Thursday, May 19, 2011

biasiswa

Alkisahnya, minggu lepas datang seorang lelaki india ke ofis, nak jumpa bos. Bila di tanya bos yang mana, dia cakap mana2 bos. (sini memang ada ramai bos, president pun ada). Nama bos pun dia taktau, jadi gua pun selidik jugak, mana tau setakat nak mintak kerja, tak payah la nak jumpa bos. Baik pass resume kat gua, nanti gua pass sama HR.

Hasil kajian gua, rupanya lelaki ni (consider uncle la sebab dah tua, takkan nak panggil abang pulak) nak jumpa bos sebab nak mohon bantuan pendidikan untuk anak dia. Anak lelaki dia belajar di Universiti Lim Kok Wing, tiap-tiap semester, nak kena bayar RM1,500, jadinya dia nak mintak company sponsor. Katanya dah berapa bulan tertangguh, belum setelkan lagi yuran RM1,500 tu.

Gua ambik penyata yuran yang uncle tu dah fotokopi dan bagi pada budak admin. Uncle tu pulak, merayu2 nak jumpa bos sedangkan bos2 besar memang tak ada di ofis masa tu. Gua suruh dia balik, kalau ada apa2 nanti kitorang akan kol dia. Dia pun berat hati nak blah, sambil mintak gua punya bisnes card.

Sejak dari hari tu, dia hari2 akan kol gua. Mula2 tanya khabar, cakap baik2, lepas tu mula la cakap nak jumpa bos or president, nak mintak bantuan/biasiswa untuk anak dia. Gua dah cakap sehabis baik, if ada apa2 good feedback, kitorang kol. Tiap2 hari mesti dia akan kol, sampai gua dah naik muak. Mula2 gua cakap baik2, tapi gua risau jugak, takut terkeluar bahasa  haramzadeyyy pulak. Jenis tak paham bahasa ni, memang tak larat gua nak layan.

Rabu pagi dia kol lagi, cakap nak jumpa dengan bos lagi. Gua cakap, bos tak ada di ofis. Dia merayu2 lagi, cakap yuran anak dia dah tertangguh. Gua cuma boleh cakap, belum ada feedback dari bos. Tengahari, tetiba dia muncul di ofis. Dah menyirap darah gua, pakcik ni memang tak kenal erti putus asa.

Alhamdulillah, dengan bantuan budak admin, gua syak esok2 dan lusa2 serta hari2 yang seterusnya, pakcik tu takkan kol dan datang lagi ke ofis. Budak admin tu cakap, sorry uncle, company memang tak bagi apa2 biasiswa atau bantuan pendidikan. Company memang bagi bantuan, tapi lebih kepada rumah anak yatim yang bos pilih.


* kajian GC: macam mana dia boleh ingat yang company akan sponsor anak dia??? sampai tak segan silu nak mai mintak bantuan pendidikan. company bukan badan kebajikan yang nak tolong orang yuran pelajaran. macam tu, esok2 mesti ramai lagi yang datang mintak bantuan/biasiswa.

* kajian GC: kalau rasa tak mampu nak bayar yuran yang mahal2 macam tu, jangan la hantar anak belajar ke tempat2 yang mahal, lagipun ptptipupelajar ptptn kan ada.

11 comments:

  1. Mudah aja...(bukan berniat racist)..bangsa mereka mmg jenis muka tebal minta bantuan yg bukan2..serius..kat klinik saya pun byk kali datang nak mintak sumbangan bina kuil! logik lah sikit kalau nak minta bantuan pun...lainlah kalau nama klinik saya, Klinik Ravi ka..Klinik Deva ka..ekekekkee..

    Patutnya dari awal lagi u terangkan kat uncle tu tentang company u tak sponsor..eh..u keja company apa ni sampai ada org nak apply scholarship? :P

    ReplyDelete
  2. mungkin dia memegang kata2 dimana ada kemahuan di situ ada highway~
    kui3
    sbb tu dia tak kenal erti putus asa

    ReplyDelete
  3. daddy ziyyad,

    sy tak berani nak bagi apa2 decision, takut dia terjumpa bos or president, then dia tanya psl status permohonan utk dptkan biasiswa utk ank dia.


    *syarikat cikai je doc. hehe


    alien,

    byk la dia punya highway. hari2 kol, naik muak jgk nak melayan. hahaha.

    ReplyDelete
  4. ramai yang kutuk ptptn tapi bila terdesak ke situ jugak nak g pinjam..

    keh3

    ReplyDelete
  5. tak pernah berlaku di company saya, mungkin sebab awal2 lagi dah kena interview ngan security dulu so tak sampai opis kut..

    tapi kalau terjadi mmg tak tahu nak atasi camne kan...

    ReplyDelete
  6. oi!!!aku tak pernah lagi lalui benda ni semua hahahahhaa!!!!!

    ReplyDelete
  7. haishhh..nasib baik pakccikk kalau abang dah lama kena bambu.,heeeee

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu....
    company lu ade wat persenel loan x..
    kalo gua lepas...gua belanje lu lolipop....gua nak sambung master bidang paranormal la...hahahhahahha

    ReplyDelete
  9. kalo dia dapat bantuan tu, aku dengan senang hati nk merayu gak minta bantuan kat company hang, GC..hehehe

    ReplyDelete
  10. mmg pesen jiwa kental la tu hihihi

    ReplyDelete
  11. aida takutlah nak amk ptptn.. =.=

    ReplyDelete