Wednesday, May 18, 2011

cerita orang mengidam..!!!

thanks to Pia, sebab concern pasal aku, mengidam nak makan apa, dia nak tolong cari. keh3x. Pia ni antara blogger yang aku pernah jumpa, termasuk kak Anis yang merantau ke Sri Lanka (masa tu dia balik malaysia), Sahrom (datang masa kenduri aku last year, thanks Sahrom), dan last sekali, Pia dan Kila (aku jamu depa makan laksa kedah masa depa mai umah. hehe)

Pia sms, tanya perut aku dah besaq ka blom. jawapannya, macam blom!! haha. eh, betul la, kawan lama aku pun cakap perut aku tak besaq sangat, just muka agak tembam. padahal, aku dah nak masuk 7 bulan dah ni. hahaha. normally, aku ke tempat kerja pakai baju kurung, mungkin sebab tu perut aku macam tersorok sikit. hihi. sebab tu ada kakak yang jual kuih tu tegur, eh, awak mengandung eh? masa tu aku dah 6 bulan. padahal boleh katakan tiap-tiap hari aku singgah beli kuih kat beliau. hihih.

aku habaq kat pia, aku nak makan nasik kandaq makbul, kat penang tu. hahaha. bukan letak lauk grand-grand pun, nasik mesti banyak, kuah banjir, wajib ada ayam goreng. perghhhh.. di sebabkan kemengidaman aku nak makan nasik kandaq, maka termasuk semalam, dah berapa kali aku buat gulai mamak kat umah. gulai besa ja, ikan temenung aka ikan kembung dengan bendi. licinnnnnn... hahaha..

alhamdulillah, setakat ni takdak pulak aku mengidam nak makan yang pelik-pelik or susah nak cari. masa awal-awal dulu kot, aku terasa nak makan buah cermai. dah abih musim pun masa tu, tapi mujur ada jugak. dapat la makan cermai fresh dalam 20 bijik. haha. lepas tu, aku pernah la nak makan kfc pukul berapa pagi ntah. mujuq tak suruh laki pi cari kfc pagi-pagi buta. hahaha. sori yer banggg..

aku pernah curi-curi minum ayaq oren yang jenama mirinda tu sebab tak tahan tengok kesedapan ayaq tersebut berada dalam peti ais kat ofis. taktau la laki aku tau ka tak pasal ni, rasanya taktau kot sebab aku tak habaq kat dia. haha. aku minum sikit jaaaaaaa...

serius aku bersyukur yang aku tak loya teruk masa awal-awal pregnant dulu sampai sekarang. loya pun sebab nak mandi dan gosok gigi. makan semua aku boleh sapu, setengah orang, bau apa pun tak boleh kan, tapi aku okey. sampai sekarang pun aku still kuat, boleh drive macam biasa, boleh mop lantai, berus jamban, berjalan round pasar malam, makan dengan rakus seropa kena rasuk dengan jin. hihihih.

aku tau, tahap kemengidaman dan keloyaan sesorang pompuan yang mengandung tu tak sama. tapi, jangan sampai overrrrrrr... hahaha. aku cakap over ni based on true story, sampai aku rasa meluat. ishhh.. main order je nak makan apa, ais kacang, cheesy wedges, tapi duit takmo hulur, apa cerrr kannn.. kalo nak mengidam makan macam-macam, sila mintak dengan suami sendiri okeh.. hehehehe.

21 comments:

  1. assalamualaikum...

    nnti kalau hang dah bersalin, kalau aku lik kedah insyaALLAH aku ziarah hang erk...heeehehee

    ReplyDelete
  2. salam.

    eh GC suami hang tak tau eh belog hang nih? kot dia baca ke. kantoi lah kan ko minum mirinda oreng tu..tehehe

    ReplyDelete
  3. Ko ni GC, macam aku pulak. Semua makanan aku sapu dan semua kerja pun aku buat masa mengandung.. Morning sickness yilek. Drive jauh2 pun ok. Shopping lama-lama pun no hal.


    Pastu anak2 yang keluar semua hebat. Sampai tak menang tangan aku nak handle... hahaha..

    ReplyDelete
  4. sahrom,

    aku bersalin posa nnti insyaallah. nak duit raya sekali. kah3x.

    ReplyDelete
  5. cik anita,

    haha. dia baca. mampossss... tp biaq p laaa.. kah3x

    ReplyDelete
  6. kak reen,

    awl2 prggy dlu, sy siap boleh drive dari lumut ke kedah, jauh tu. kah3x.


    *anak2 yg hebat??? ishhh..hebat peseng buassss ka?? haha

    ReplyDelete
  7. hang ni sajaaa....kalau aku mkn nasi kandaq tgh hari ni aku taruk kat hang sajalah. huhu

    psstt..makbul tu kat shah alam ni pun ada. nak? :D

    ReplyDelete
  8. GB,

    hahaha. saja nak buat aku terliyuqqqq..!!!


    *anak ikut muka shah rukh khan kot, sbb tu dok gila makan nasik kandaq.. wahahaha

    ReplyDelete
  9. weh.kalau dah bersalin sekali pun jgn lupa update blog.HAHAH..tgn kanan pegang tungku,kiri tekan laptop,anak bg laki pgg.;p

    ReplyDelete
  10. sampai sekarang pun aku still kuat, boleh drive macam biasa, boleh mop lantai, berus jamban, berjalan round pasar malam, makan dengan rakus seropa kena rasuk dengan jin.

    HANG SUDI DAK MAI TOLONG BERUS JAMBAN + MOP LANTAI UMAH AKU SEKALI SEKALA?HE HE......

    ReplyDelete
  11. mmg klu time mengidam minta dgn suami aje.. gerenti dia layan.. klu minta kat org lain, mmg susah sikitlah nak dapat.. lebih2 lagi klu taknak hulur duit sekali.. he..he..

    ReplyDelete
  12. Selamat mengidam yang best2.
    Minum soya bebanyak...dapat anak kulit cam ayo soya....

    ReplyDelete
  13. bagus lah kalau tak mengidam benda pelik2...

    ReplyDelete
  14. ecah,

    melampau tu.. haha.. *nanti anak jadi blogger jugak kang..haha.


    pia,

    sendiri berak, sendiri cuci okeh. hahaha.

    ReplyDelete
  15. kak hanis,

    haha. betul2, mintak dgn suami sndiri pun kdg2 dia layak tak layan, ini kan plak mintak dgn org lain, lps tu peseng tak hulur duit,ahhh.lagi lahhh..


    cikgu humairi,

    haha. kalo mak ayah gen itam, anak takkan nak kuar kaler ayer soya pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  16. akak mengandung best, sbb yg mabuk dan loya adalah suami... merasa la member dok uwekkkkk-uwekkkkkk berminggu le juga.... sian dia... masuk keter ekon pun tak mau nak muntah... haruuu

    ReplyDelete
  17. Seronoknya baca kisah orang mengandung dan mengidam itu ini. Rasa cemburu nak mengandung lagi.. oh tidak!

    Betul tu, teringin sekali pun, biar berpada dan jangan sampai mudarat..

    Semoga segalanya lancar dan selamat.

    Tak teringin nak makan ubat gigi? hahahaha

    “NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...”

    ReplyDelete
  18. hai GC,

    oh rupanya inilah blogger yg sharom
    cite pernah gi masa kenduri tp tak
    di izin ambik gambar yek

    selalunya bila org mengandung mengidam
    apa2...insyaAllah pasti akan dpt

    itu pengalaman kak ati sendiri tau :)

    ReplyDelete
  19. kak pnut,

    sy seriesli nak suami merasa tu sume. sebab dia memang tak percaya, ada stgh suami yang kena alah. haha. tapi ok lah, sy pun tak alah sgt. hihih


    kak AA,

    makan ubat gigi? haha. alhamdulillah, setakat takdak la sy teringin nak makan yg pelik2. hehehe.


    kak ati,

    haha. mmg sahrom ada dtg knduri sy. dan sy tak bagi dia letak gmbr sy kt blog. sy kan low profile. keh3x.

    ReplyDelete
  20. perut kecik, baby kecik la tu... mcm emok ehhh..hehehe

    ReplyDelete