Friday, May 20, 2011

menjala di atas api

perghhh.. hebat gila tajuk kat atas..
macam tajuk puisi a-samad-said pulak
haha

ini cerita semalam, gua salin resipi roti jala
daripada website masak2 kegemaran gua
balik kerja, eksaited gila nak tunjuk skill menjala

masukkan semua bahan ke dalam blender dan biarkan selama 20 minit
cukup 20 minit, terus gua bergegas ke dapur
*ayat bergegas tu macam poyo je

percubaan pertama, tak lawa pula hasil jalaan gua
percubaan kedua, laki gua plak terai
hasilnya, agak huduh dari percubaan pertama..hahaha.. sorry ye bang
tapi dah laki gua kata, "tak lawa tak pa"
gua pun menjala dan menjala lagi

pukul 11 malam, laki gua kata lapar
nak makan sikit
*elelele bang, cakap je la nak makan roti jala yang huduh tapi syedappp itu

disebabkan nafsu menjala saja yang ada
maka roti jala tersebut telah gua cicah dengan susu pekat manis
nafsu nak buat gulai aka kari ayam tak berapa nak mariiiiii

sekian, cerita gua yang selalu buat kuih huduh
tapi rasanya agaknya syedapppp..
keh3x

17 comments:

  1. tajuk tak ble blah~~~haha~~

    saya punya roti jala lagi sadis~~da siap bancuh baru perasan bekas untuk menjala takde~tak pasal2 jadi lempeng~~haha~~

    ReplyDelete
  2. yelaaa sedappppppppppppppp...lebih sedap kalau pos kat ecah.kerh3

    ReplyDelete
  3. hmm janji makan dan tk membazir ye dakk..practice makes perfect...upgrade rupa je tinggal...

    ReplyDelete
  4. Jala saya terbakar..dah cuba menjala atas api.. hahaha

    ReplyDelete
  5. aku ingat menjala ikan tadi...




    GC,
    huduh takde hal janji sodap !!

    ReplyDelete
  6. mlm2 buta makan riti jala???? roti apa tue heheheheee

    ReplyDelete
  7. tak pernah pulak aku makan roti jala dengan susu pekat manis.. hurmmpp

    ReplyDelete
  8. nasib baik menjala bukan menjala**, oppsss

    bukan senang nak kuasai teknik menjala ni, saya yg berniaga pun terkial2 g hahaha..

    Yg penting air tangan isteri, huduh ke cantik belakang kira kan...

    ReplyDelete
  9. cicah susu pekat manis sedap ape..kan

    ReplyDelete
  10. oooo..baru tau susah rupa rupanya nak buat roti jala...hahaha..

    as usual, yang penting rasanya...kalau lawa macam chef hotel 5 star buat pun, tapi rasa hampeh, tak guna jugak kan...ekekeke

    ReplyDelete
  11. pukul 11 malam?? ko nak buat supper ke nak buat brekfast besok??

    ReplyDelete
  12. cer letak gambar sikit.. nak tgk gak rupa roti jala huduh tu.. hahaha..

    ReplyDelete
  13. huduh tak huduh pun,janji sodap dimakan. hehe

    ReplyDelete
  14. ko boleh telan dgn susu eh? erkk, umpama pancakes dimakan dgn maple syrup gitu, hehehehe

    ReplyDelete
  15. pergghh hebat la tu buat kuih tu.gua nih nak pegang acuan tu pon gegaq haha

    ReplyDelete
  16. kalau setakat makan dengan family, x kisah pun nampak huduh, tapi sedap.

    mak gua, serious ckp, entah apa2 rupa jek dia masak lempeng, cekodok , kuih talam semua tuh. tapi sedap weh !

    HAHA

    ReplyDelete