Wednesday, May 25, 2011

minyak wangi

saya dah lama beli minyak wangi nih
sebotol berapa ringgit entah
tidak ingat pula saya sebab dah lama beli
bukan branded punya minyak wangi pun

selalu saya pakai sikit-sikit je
tak berani nak pakai banyak-banyak
takut ada orang tergoda
keh3x

dulu saya guna tiap-tiap bulan
sapu kat perut dan pinggang
lepas tu dah lama saya tak guna
pagi ni saya TERPAKSA guna
macam biasa, saya kan kedekut, saya guna sikit-sikit je minyak wangi tu
takut 'cepat habis'

saya tuang minyak wangi tu atas tapak tangan
sapu kat kedua belah kaki saya
rasa lega sikit


*kaki saya cramp sejak akhir-akhir ni, jadi terpaksa lah saya sapu minyak wangi panas. bau minyak panas ni dah cukup kuat, hilang bau minyak wangi saya. keh3x.

*kawan saya kutuk saya manja sebab saya cakap saya tak berani nak drive sorang2 diri, dari perak ke kedah. 3 jam lebih ok, dan saya mengandung 7 bulan. macam mana dia expect saya nak drive sorang2, dia baru 6 bulan pregnant, nasib orang tak sama yer kawan. wait and see masa u 7 bulan nanti. hehehe.

13 comments:

  1. ubat ketiak pun mujarab untuk kaki cramp, har har

    takyah tunjuk macho dengar cakap kawan beb, jaga kandungan dan kesihatan, penyakit jangan dicari takut menyesal kemudian hari (wah aku macam orang tua plak kasi nasihat)

    ReplyDelete
  2. aku jenis xsker pakai minyak wangi byk2.sembur light2 je.heh~

    ReplyDelete
  3. tak pernah pula aku dengar orang sapu minyak wangi kat perut... selalunya kat leher bahu atau tangan

    ReplyDelete
  4. hehe dh agak ni mesti minyak angin.

    well, yea. better jgn drive sorg. biar lah org nk kata apa.

    take care. =)

    ReplyDelete
  5. kena tinggikan kaki
    waktu tidur tu ye cayang :)

    ReplyDelete
  6. minyak wangi jenama chanel erk hehehhe

    ReplyDelete
  7. minyak wangi cap kapak ye? ke cap kaki tiga? hikhikhik

    ReplyDelete
  8. akak suko guna minyak mastika..hehehe..

    ReplyDelete
  9. betol kata ko, pregnancy orang lain-lain.. ada yg boleh buat mcm tak pregnant, ada yg tak leh bangun langsung... so tak baik dia kata kat ko mcm tu.. aku dulu, orang kata kenapa tak cuba puasa, bukan aku tak cube, aku cuba, tapi sebab setiap kali puasa, blood pressure naik, so gynae aku paksa aku jgn puasa, katanya boleh ganti kan sok sok. begitulah adanya

    ReplyDelete
  10. aku pakai minyak wangi one drop perfume je. XD

    ReplyDelete
  11. kahkahkah..minyak wangi cap kapak ek? ah, persetankanla org tu kata apa weh..aku dulu 5 bulan dah takleh drive sbb prut aku bsr (spesis lemak tebal kot) biarla dia...dia nak bawak ferry g pangkor pn larat lagi kot pregnant 7bulan kang...
    -ola-

    ReplyDelete