Thursday, May 26, 2011

orang kampung

aku orang kampung, lahir kat kampung, membesar kat kampung. terjun parit, terjun sungai, main dalam bendang, main dalam kebun getah, panjat pokok, terjun pokok, main guli, main tuju tin, main tuju kasut, main rounders, eh sume berkenaan kampung ni aku pro ahh. dulu zaman aku rasanya takdak playstation, dan tanpa malu2 kuceng, aku nak bagitau, aku tak penah main game playstation sampai sekarang. ok, aku outdated. aku mengaku, tapi aku tak kisah pun.

kampung aku baru sangat ada coverage telefon ni. baru pun tak baru sangat, ada la dalam 2 tahun lepas kot. masa balik cuti, gila malu nak habaq kat kawan2 yang kampung aku takdak line. so dalam rumah tu, terpaksa la search coverage secara manual. last2 tak sangka, ada weh. masa tu ada line celcom ja. gila teruja, line tu ada kat tepi tingkap ja. kalo angkat2 henpon tu, nescaya line tu takdak. nak sms ok arr, tapi kalau nak call, memang celak* sikit laa. henpon takleh angkat, satgi line terus takdak, jadi terpaksa la membongkokkan badan, letak telinga kat henpon. hahaha. sungguh lawak masa tu.

dan alhamdulillah, aku kawin pun dengan orang kampung jugak. hahaha. senang weh kalo background kita ni sama. kalau berbeza sangat, boleh bikin gaduh jugak. contohnya dari segi makan. aku ni orang kampung, dah tentu reti masak lauk2 orang kampung ja. haaa.. senang sangat la, goreng pekasam, goreng kailan ikan masin, buat sambal ikan bilis dengan tempe, siappppp.. tu pun mengkedarah tak hengat kan. memang real orang kampung punya, sampai makan pizza pun cicah pekasam. har har har.

ni aku rasa, anak dalam perut ni pun insyaallah jadi pure orang kampung jugak. alasannnya ialah, setakat ni mana penah aku mengidam nak makan italian food ka, afrika food ka, sume makanan bercirikan kampung2 jugak aku suka. makan nasik dengan teloq goreng kicap, potong cabai sikit kasi masuk dalam itu teloq, wallawehhh, makan siap bertambah lagi. sama jugak kes makan nasik dengan ikan masin goreng, boh bawang besaq dengan cabai kering, itu pun melantak siap ketuk2 rice cooker tu. sabaq cek, sabaq.



lauk2 yang di hidang masa aku kawin last year.. keh3x.. taktau apa motif aku tayang.. haha..

22 comments:

  1. kita pun tak pernah main playstation... apa playstation tu?

    ReplyDelete
  2. kog - ntah la, aku pun taktau playstation tu hapa.. station bus aku tau..


    bujal - peccel? mana2?

    ReplyDelete
  3. Seronokkan jadi orang kampung.

    ReplyDelete
  4. sedap woiii~
    terliur ni haaa
    iskh3

    ReplyDelete
  5. sedap weyh lauk kawen ko.. tak macam lauk kenduri yang tipikal. mesti ayam masak merah, dagingbhiam, ngn sayur layuuu. huhu

    ReplyDelete
  6. anak nak makan tuuuu....tengok gambaq pon jad lahhh.

    ReplyDelete
  7. mak oiiii... sambal belacan sebeban!

    ReplyDelete
  8. hang nak kembalikan ingatan aku kat kampong hang ka heheheheee

    ReplyDelete
  9. special tu memang nampak style menghidang orang kampung ngan bandar berbeza. cik ina orang kampung dan masih suka duduk kampung.

    ReplyDelete
  10. saja tayang lauk nk perangat org jauhh laaa niiii!!!!

    ReplyDelete
  11. org kampung kawen org kampung..

    ReplyDelete
  12. sedap tuu. anak aku kawen sok nasik putih, ikan kembung goreng, telo dadar, sambal belacan sama ulam jer. berselera kannnn?

    oh ada dizet jugak...

    pisang emas.

    ReplyDelete
  13. best apa jadi org kampung... budak2 yang tinggal kat bandar aku rasa rugi sangat... yelah dorg kecik2 lagi dah main dengan 'teknologi'... tak merasa langsung panjat pokok... angkat air dari perigi... mandi sungai.. dulu masa aku kecik fav aku main rounders... rindu gila weh...

    ReplyDelete
  14. lauk kawin pun lauk kampung..best !!

    kampung u tahun 2009 baru ada line celcom? biar betik?

    ReplyDelete
  15. kampung skrg dh x mcm kampung..dh mcm duduk felda sbb depan, kiri,kanan sume pokok sawit..huhu

    ReplyDelete
  16. kak ati org bandar tapi kahwin
    org kampung...seronok...sbb dpt
    balik kampung...huhu

    ReplyDelete
  17. weh, weh, tu sambal belacan ke? nahh...kalo aku makan lauk kenduri ko tu, mmg laki aku berzikir ajak balik..sbb aku xmo angkat bontot..sedap tuuu...lauk kenduri skang boriiinnnngggg....
    -ola-

    ReplyDelete
  18. fuhh dasat...bab makan ,mmng aku pilih yg kampung2 ni...tapi yg aku terkezut,dulu aku balik kmpung,depa x dak tv..skang ni siap astro beyond lg...mmng canggih kalah aku kt pekan koboi ni...heheheheheh

    ReplyDelete
  19. apa lauknya GC? cer listkan, bagi aku terliuq sikit, hehehe

    ReplyDelete
  20. aku ziatrah hang pagi jumaat nie heheheee

    ReplyDelete
  21. hmmm..hmmmm..

    yamm..yammm..


    erk.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete