Monday, May 16, 2011

selamat hari cikgu

bagusnya ada hari istimewa untuk cikgu cikgi. ada tak hari untuk kerani-kerani cikai macam aku? tak ada?? ohhh.. kuciwa rasanya.. harap-harap pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan sudi mewartakan mana-mana hari dalam kalendar sebagai hari kerani. hahahaha.

tu la dulu GC, mak ayah hantaq pi sekolah suruh mengaji bagi pandai, hang pi dok buli anak orang. kalo dak, pandai boleh gak jadi cikgu. dan kalo pandai lagi, boleh jugak jadi dokter. walopun sah2 hang akan pengsan tiap kali tengok darah. tak pa la, redha je la dapat jadi kerani pun. ;-).

dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari cikgu kepada cikgu tadika aku, cikgu azizah yang ajar aku masa kat tadika kg. kuala ruman. cikgu, mintak maaf. saya yang selalu pi curi buah koko belakang tadika tu. cikgu, terima kasih sebab selalu pimpin tangan saya masa nak lintas jalan.

selamat hari cikgu jugak saya ucapkan kepada cikgu-cikgu saya di sekolah kebangsaan kampung kota bukit, jeneri, sik kedah. terutama cikgu normah ismail, cikgu yunus zakaria, cikgu rashid, ustazah zaiton, cikgu md zain, cikgu hijazi, teacher lim, cikgu-cikgu lain yang saya tak ingat nama, mintak maaf la noh. hihi. please noted that cikgu normah, cikgu yunus, cikgu rashid dan cikgu md zain masih mengajar kat sekolah rendah saya sampai sekarang. hihi

selamat hari cikgu jugak saya ucapkan kat cikgu-cikgu sekolah menengah saya di sekolah menengah kebangsaan sik, kedah. ramai benor cikgu dari form 1 smpai lower 6 (lower 6 saya mengaji sekerat jalan..haha). cikgu biologi saya adalah kakak kepada roslin hashim. tapi saya tak pernah ambik kesempatan suruh cikgu saya bawak balik buku autograph. cikgu-cikgu, mintak maaf kalau saya asyik tidoq dalam kelas kimia, fizik dan biologi.

selamat hari cikgu cikgi jugak kepada semua lecturer2 saya. (di sebabkan tak ada hari lecturer, maka hari cikgu jugak consider sebagai hari lecturer). terima kasih kepada lecturer2 yang mengajaq saya sehingga saya tak pernah repeat mana2 paper dari diploma sampai degree walaupun ada ketika saya tiru masa test dan baca paper dan sms masa lecturer kat dalam kelas. ohhh.. saya rasa berdosa sekaranggggg...

dan tak lupa, selamat hari cikgu kepada cikgu sekolah memandu saya, pakcik osman.. pakcik, terima kasih sebab selalu tunggu saya pagi2 dan ajar saya memandu dengan berhemah dan mendapat beberapa saman. terima kasih jugak buat pakcik kerana berkenan hendak menjadikan saya menantu pakcik. kah3x.


* selamat hari cikgu kepada blogger2 yang bergelar cikgu. ;-)

13 comments:

  1. hang pun cikgu gak..selamat hari guru utk hang

    ReplyDelete
  2. sahrom,

    bila masa lak aku jadi cikgu??? hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahhaa..bernikah dgn anak cikgu memandu ka...

    doktor pun takde hari doktor..huhuhu...hari jururawat ada! tak adilllllllllll......

    ReplyDelete
  4. aku berangan nak jadi cikgu arh, maka aku ucapkan terima kasih lah pada ang. sebab wish hari guru tu, untuk aku jugak..haha

    ReplyDelete
  5. terima kasih GC..saya terharu

    ReplyDelete
  6. kenapa takde hari pelukis pelan?? grrrr

    ReplyDelete
  7. hari surirumah pon tarak.benci ahhhh!!!

    ReplyDelete
  8. hari ni teringat pula cita2 yg tak kesampaian nak jadi guru dulu.. klu tak hari ni tentu byk dapat hadiah.. he..he..

    ReplyDelete
  9. anak menantu cikgu memandu ke?

    HEHE.

    ramai bloggers yang bergelar guru, bakal guru.

    Selamat hari Guru untuk semua.

    =)

    ReplyDelete
  10. hehehehe....kalo aku mintak hari hantu sedunia,dorang nk kasi x...keh..keh..keh...psl kalo ade hari tu ,aku bebas n cuti umum,leh pi main nyuruk nyuruk ngn cikgu norizan yg dende aku ketuk ketampi sampai pengsan...hahaha

    ReplyDelete
  11. Bila kita ingatkan cikgu-cikgu kita, mesti kita rasa sayang kepada mereka. Memang banyak kenangan dan perasaan sayang kepada mereka kerana sikap mereka yang tak pernah jemu melayan kerenah kita...

    Untung la hang GC, sebab hang boleh rasa sayang juga dekat cikgu sekolah memandu hang....

    ReplyDelete
  12. Ini baru betul2 ucapan dedikasi utk cikgu!!! :)

    ReplyDelete