Thursday, May 12, 2011

yanti oh yanti

tettt.. tettt.. tettt..
1 message received


Gua pegang henpon, tengok sms dari siapa. sms dari kawan gua, nak jemput bekas pensyarah ke kenduri beliau nanti, bulan jun akan datang.

Katanya; weh, ingat lagi tak nama penuh Puan Yanti yang ajar subjek Finance tu? Aku ingat nama yanti je. Nama penuh aku tak ingat.

Gua pun usaha jugak fikir, apa kebenda nama Puan Yanti tu eh?? Muka memang stok comel gila. Tapi garang yang amatzzz.. Tak berani nak main2 masa kat dalam kelas.. Kalau lecturer lain, boleh jugak lecturer kat depan, gua dengan kekawan lain kat belakang ber sms, tak pun baca paper.. Yang tido pun ada..

Gua pun reply sms kawan gua. Nama SARI YANTI kot.



Ini SARI YANTI. Gambar cilok dari gugel.



Kawan gua reply: jadahnya, itu nama artis laaa.

Itu la, asek tengok tv je. Sampai lupa nama lecturer sendiri. Siap pergi petik nama Sari Yanti ni, nampak sangat dulu dok layan Kisah Kaisara. Wahaha. Dah sedar kesilapan diri sendiri, gua suggest kat kawan gua, apa kata buat kontes kat FB, sapa dapat teka, dapat hadiah topup rm5. Hahahaha. Ini gua tengah tunggu jugak, bila kawan gua nak post kontes tersebut kat FB dan nak tau, sapa yang berjaya mendapat topup rm5. Gua memang sah2 out, dalam kepala gua memang dok sebut2 nama Sari Yanti je. Ayoyoyoyo.


* Kalau lecturer gua tau yang memurid dia semua dah tak ingat nama mereka, mesti mereka sedih. Melayu mudah lupa..

18 comments:

  1. biasalah tu..

    nama ...lupa

    tapi ..muka ..ingat :)

    ReplyDelete
  2. saya kekadang nama kawan sendiri pun lupa~~sebab da biasa panggil pakai nama manja~~haha~~

    ReplyDelete
  3. sari yanti memang comel kan...suka tgk cerita kisah kaisara tuu....suciiii je muke..hehe

    salam kenal sahabat..

    ReplyDelete
  4. nama memang selalu payah nak ingat. kalau ingat muka tu dah cukup baguih dah.

    ReplyDelete
  5. kne ucap selamat hari guru kat depa tue huhuhhhh

    ReplyDelete
  6. ye...saya amatzzz setuju ngan sahrom.

    ReplyDelete
  7. baik ko bukak balik buku alumni!

    ReplyDelete
  8. suzilayanti kot nama dia..~haha..

    guna FB aja senang, tanya budak2 ex course dulu..tak kan lah takda sorang pun yg ingat..melampau lah...haha

    ReplyDelete
  9. akak pun selalu lupa nama org.. kdg tu dah berjam berbual.. still tak ingat nama.. haru betul.. nak tanya malu pula..

    ReplyDelete
  10. kalau nama artis yang tak pernah kita jumpa tu pon boleh ingatkan.nama lecturer yang dok ajar kita hari-hari pon boleh lupa.haha.melayu.melayu.

    ReplyDelete
  11. kasi by-hand jek. senang. muahahaha~

    ReplyDelete
  12. mmg slalu bagi name gelaran kt lecturer.jadi aku tmasuk jugak dalam hal murid lupa nama lecturer dan melayu mudah lupe heheheh

    ReplyDelete
  13. Memang tak patut kalu tak ingat nama guru sendiri.

    tapi kalu guru tu sendiri tak popular, janganlah nak salahkan anak murid plak.

    Ada orang diingati kerana bagusnya, tidak kurang diingati kerana teruknya dia. Bergantung kes. heheheh

    “SALIH YAAKOB tu minum kopi apa?”

    ReplyDelete
  14. GC - aku pun dah lupa nama lecturer aku dulu... apo ke namo ntah...hehehe

    ReplyDelete
  15. cuba cari kat facebook

    haha~

    ReplyDelete
  16. carik kat twitter tau heheheeeee

    ReplyDelete
  17. aku dah komen ni. tapi aku komen balik.


    hantar je by-hand. senang. x payah tulis2 nama. ngeh3x

    ReplyDelete