Tuesday, June 7, 2011

rock..!!

akak baru balik check up nih, kat klenet kesihatan siti_awan. orang tak ramai sangat harini, tapi service slow sikit. ramai misi2 cuti malaysia gamaknya. ramai bebudak praktikal je. akak sampai kol 8.04 pagi pun dah ramai orang. gamaknya depa ni datang lepas subuh kot. ekekeke..

misi tu tanya akak, awak pakai heels tak? akak of kos la tidak memakai heels. mau terpeleot kaki akak kalo pakai heels. akak dulu pun layan wedges je. yang jantan2, kome jangan ingat wedges tu cheesy wedges pulak. luku pala kanggg...

akak cakap kat misi tu akak pakai selipar je.. misi tu tanya, awak pergi kerja pakai kasut apa pulak?? yela, selipar ni laa.. sambil menunjukkan selipar mahal akak yang di beli di pasar malam ketika masih bujang dulu.. misi tu kata sama akak, hishh.. rocknya kamu.. brutal pulak.. haippp.. pakai selipar pun rock? brutal? itu akak blom berkaki hayam lagi.. kalo berkaki hayam, ntah hapa pulak misi tu kata kat akak..

cerita lain masa kat klenet tadi, akak nampak satu suwitt kapel. si suami berkopiah, pimpin tangan isteri yang sarat mengandung, tak larat nak jalan. sambil menunggu giliran, akak nampak depa baca buku islamic2 nih. suwitt gila. berdasarkan ukur lilit perut, akak rasa akak lagi sarat dari si isteri yang suwitt kapel ni. tapi mungkin kaki si isteri tu bengkak dan susah nak berjalan, sebab tu perlu suami pimpin. akak setakat ni ok lagi, takde pulak si avang kena pimpin, dan akak pun masih drive macam biasa. semoga akak terus kuat dan sihat sampai nak bersalin nanti.


** akak hot sikit kat misi tu sebab bagi time sleep kat akak sampai 10.30 pagi je, akak nak mintak sampai pukul 1, boleh balik rumah masak2 dulu. keh3x.

** get ready untuk rasa lenguh kat tangan kiri, sebab tadi akak kena inject tetanus untuk kali kedua. akak nak pura2 tak larat lah, boleh mengelak dari kena masak. ekekeke. avang, jom makan kat luar... tak larat, tangan lenguh. hihihihi..



Selamat Hari Lahir buat Zahra boolat yang berusia setahun bulan ni.
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Dialog Zahra: Apa usya2, nak penendang???

15 comments:

  1. ouh cik akak, pegi kelinik sensorang eh tak ada cik Avang teman?

    semalam nita pergi jenjalan mandi manda kat Marina Park tu, teringat kat akak tetiba semalam..hehe

    ReplyDelete
  2. hepi befday zahra.
    mmg bulat...
    comel..


    .

    ReplyDelete
  3. hepy besday zahra...anak 1st kot..tu yg romantik sgt tu..gc ade ngidam mkn durian musang king ke aritu...teka je :P..semoga gc selamat menemph hari2 yg mendatang ye...

    ReplyDelete
  4. tu gambar latest kah? amat bulat!

    ReplyDelete
  5. akak pakai slipe rcmni smpai rock sgt tu . hehe happy beday zahra :)

    ReplyDelete
  6. tang yg check klinik masa preggy mmg lah malas..hehe

    akak penah misi pi umah sb akak xpi check..hoho..

    ni anak kedua eh?..tahniah deh..

    ReplyDelete
  7. rajin nya buat check up kat klinik kerajaan...:P

    kadangkala saya menyampah dgn style misi KK yang membuta tuli ikut protokol, kerj tak pakai budibicara, yang menyusahkan ibu2 mengandung..

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir ye......

    ReplyDelete
  9. boolat nye pipi dia.sakit tuh kena tendang.

    ReplyDelete
  10. Masak la. Bubur dengan ikan bilis je.

    ReplyDelete
  11. seronok tengok couple yg mcm tu. =)

    ReplyDelete
  12. rock pun rock lah yer.. janji kaki tak sakit.. akak pun suka klu tgk sweet couple ni..

    ReplyDelete
  13. kalo zahra penendang confirm terbungkang..takut mak
    -ola-

    ReplyDelete
  14. Semoga anak dan ibu sihat. Jeles lak baca kisah orang mengandung ni. Macam tak puas ngandung. hehehehehe

    ReplyDelete