Tuesday, October 11, 2011

katil hujung dalam wad

Sejak jadi mak budak ni, cerita banyak tertumpu pasal Emran je. Redho je lah ye. Ni nak share 1 cerita masa aku kena stay kat hospital sebab nak breastfeed Emran yang masa tu tak boleh discharge lagi sebab ada demam kuning. Aku sehari lepas beranak dah boleh balik tapi Emran kena stay. Nurse call, suruh aku mai hospital, tido kat wad.

Aku masa tu tak duduk wad biasa, duduk dekat bilik yang mostly mak2 kat situ anak ada masalah sikit. Kat bilik tu memang nurse tak masuk, melainkan anak teriak, nurse akan mai cari kita. Masa tu, aku sorang je yang paling muda. Dah la baru beranak. Bayangkan 3 jam sekali nak kena pi bilik baby dengan mak2 yang lain, dengan aku yang baru lepas beranak, terhegeh2 la nak  turun dan naik katil.

Kakak2 lain tu ok la, depa ada yang dah 20 hari beranak pun ada, pulak tu bukan anak sulung macam aku. Malam tu aku tido, katil sebelah kanan aku kosong, masa aku tengah lalok2 nak tido tu, aku rasa macam katil kat sebelah aku tu ada orang. Masyaallah. Serius, terasa macam ada kawan aku. Dalam pejam mata tu aku boleh nampak dan rasa kawan aku tanya soalan, "weh, wahyu tu apa?"

Aku diam  tak jawab soalan dia. Ntah hapa2 punya feeling masa tu. Aku terjaga, terus ambik henpon nak pasang ayat quran yang ada. Sekali ada asma-ul husna je, yang lain semua lagu2 laghooo. Lepas pasang asma-ul husna, aku kasi letak henpon bawah bantal, dan alhamdulillah, tak dak lagi gangguan lepas tu. Mujur kena tido sehari je kat situ, sebab esok tu Emran dah boleh balik.

Lega sangat sebab dapat balik. Lepas tu baru la bermula sesi berpantang dengan lebih efisien. Efisien lah sangat, membazir duit je beli set bersalin Amway, haram tak luak punggg!! Rasa macam boleh je simpan ubat2, param, pilis semua tu untuk adik Emran nanti. Hahahaha. 

11 comments:

  1. SALAM,
    SEMOGA BERTAMBAH SIHAT (IBU DAN ANAK)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sihat ye...Insyaallah

    ReplyDelete
  3. awat hang tak tanya 'kawan' hang tu beranak anak ke berapa....???

    *tetiba bulu2 aku rasa berdiri2*

    ReplyDelete
  4. die tanye wahyu tu hape? gua suspek die ingt lu calon ustazah pilihan heee

    ReplyDelete
  5. ayokk!! aku dh byk kali gk stay spital,, tak dak plk cm menakutkan plk,,, feeling bahgia ja org layan..

    Meremang bulu roma la hakak oiii!!

    ReplyDelete
  6. ini memang gayanya Emran dapat adik cepat ni.. hihi

    ReplyDelete
  7. siapa yang tanya soalan tu ?

    nko mimpi ke apa ni ? konpius aku..

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah.Tahniah.

    awak brestfeeding baby tak?
    kalau ingin cuba trial pack SHAKLEE untuk set breastfeeding, sila lawati blog saya...

    http://shaklee-kulim-distributor.blogspot.com/

    lihat Euphoria trial pack utk breastfeeding.

    thanks.

    ReplyDelete
  9. huuu....takuntnya nak stay kt wad.


    si hero sihat tak?dah pandai baca abc dah ke?;p

    ReplyDelete