• News

    08 November, 2011

    BERAYA DI PERANTAUAN

    Sob3x.. Kali ni, pertama kali aku beraya jauh dari keluarga di kampung
    Sedih weh, mujur ada si kecit Emran menemani aku..
    Hilang sikit rasa sedih sebab tak dapat beraya dengan family tercinta..


    Kali ni pertama kali aku beraya sebagai bini dan mak
    Hihi.. Teruja beb..
    Almaklum la masa raya posa lepas, aku still dalam pantang


    Aku baring je masa raya posa hari tu sebab takmau sakit kan hati
    Tengok orang lain makan syedapppp2..
    Sob3x lagi


    Pagi hari raya korban, aku pun berkobar2 iron kan baju melayu laki aku
    Perghhh.. taciingg gak masa tu..
    Sebab tahun lepas kami bukan jadi laki bini lagi.. haha..
    Dan aku pun berkobar2 iron tudung dan baju kurung aku
    Semangat gila ni nak beraya, hatta raya haji je pongggg


    Baju kurung dan tudung yang dah siap iron aku gantung elok2
    Takmau kasi kedut2 punyerrrr
    Tapi, sampai sudah baju kurung tu dok tergantung dalam almari
    Sebabnya kat tempat laki aku, raya haji orang tak datang beraya
    Hahahaha...
    Dan kami pun tak pi beraya mana2..
    Hahaha...


    Sudahnya, berkain batik dan t shirt je la di hari raya haji
    Nak meriah lagi, ambik semangkuk mee kari dan makan depan tv..
    Baru feeling raya ye dak???




    Di kesempatan ini, Emran ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf
    kalau ada terkasar bahasa. Keh3x.

    12 comments:

    Unknown said...

    SALAM,
    SOB (3 KALI) TAPI MASIH DAPAT BERGEMBIRA BERSAMA SUAMI DAN ANAK. NAK RASA MEE KARI TU. LAIN KALI JEMPUTLAH KAWAN2 NI.

    Dr K said...

    nanti tahun depan sila feeling pulak rasa RAYA AIDILFITRI sebagai laki bini (dan emak orang)..hahaha

    Hanis Azla said...

    klu akak time raya walaupun tak jalan ke mana2 dan tak ada teta,u yang dtg, mesti nak pakai baju raya jugak.. he..he..

    atieaizam said...

    ksian ada.. nak tergelak pun ada.. kelakar lah GC ni.. hihi.. beraya kat ner tu.. takkan x sambut kot.. pakai jer baju raya tu.. sambut sendiri2 jer.. Selamat Hari Raya Emran :)

    bujal X said...

    la~~kamu baru kawin kah?

    cikpia said...

    oh, bahagia nya aku balik beraya di kampung halaman...... tengok pak aku tolong orang semelih lembu..... tolong mak aku masak daging...... gelak ketawa ngan adik2, guling2 sambil karaoke lagu raya...... makan durian sambil memasing citer pasal life masing2..... OMG! nikmat yang tiada ternilai......

    aeyman_syafiq301 said...
    This comment has been removed by the author.
    ahmad humairi said...

    pandainye mak emran susunkan splo jari emran. Emran jangan ikut keh3x K.

    ardzmarn said...

    kenape tak kabo awal2 lu tak dpt pakai baju raya..

    gua yang terpaksa bertugas nie pun dapat pakai baju raya kt tpt kerja..

    hahaha10x

    .

    Siti Noor Aminah said...

    > Luah Fikiran:

    Mak mertua yang masak mee kari tu, menantu mithali ni tolong kacau apa yg patut dan tolong makan je. keh3x


    > Daddy Ziyyad

    Tahun depan nak raya berganda2 sebab tahun ni raya dalam pantang. So, nak makan habis2an. Hihi.


    > Kak Hanis,

    Rasa lain macam pulak kalau kita sengsorang pakai baju kurung. Takpa, ni pengalaman pertama, so tahun depan dah tau la cara org kt situ macam mana. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    > Kak Atie,

    kali ni beraya kat ipoh. hehe.


    > bujal,

    yup, baru kawin, tak sampai setahun lagi. hahahahaha.


    > pia,

    macam harammmmmm.. langsung tak jeles.. sob3x.. makkk.. nak balik kampung jugakkkkk!!!


    > Cikgu,

    Eh, mak emran tak susun lah jari2 kecik tu, emran yg susun sendiri. Hehe.

    * tahun depan susun jari nak mintak duit raya plak. haha.


    > Man,

    setannnnnn..!!! hahahha.

    NER said...

    kesiannya Emran. sabor yea...nanti leh beraya ngn Mak Dak eh. bulan 12 balik!!!

    Total Pageviews

    My Followers