Tuesday, November 1, 2011

peminta sedekah yang suka merantau

Alkisahnya sabtu lepas, aku dan laki ku, bersama anak kecilku ke pasar malam berdekatan Giant Manjung. Banyak yang hendak dibeli kerana stok makanan segera dan tidak berapa segera sudah tinggal sikit di rak makanan. Antara yang bermain di mindaku untuk dibeli ialah ikan bilis, sayur-sayuran, bawang putih dan berbagai-bagai lagi. Pada masa yang sama, antara makanan yang langsung tidak tersenarai untuk dibeli pun dibeli juga disebabkan nafsu lapar yang membuak-buak iaitu apam balik dan murtabak ayam. Apa kejadahnya cerita pasal makanan pulak ni, sedangkan tajuk kemain gah lagi. Sobsobsob.

Penat berjalan dan merayau-rayau disekitar pasar malam tersebut, tiba-tibaaaaaaaaaaaa.. Jeng-jeng-jeng.. Ternampak la kelibat seorang peminta sedekah yang agak well known di kalangan pembaca blog avang mazidul. Aku terus sentap, sambil berkata-kata didalam hatiku, "rupanya macam pernah ku lihat tapi di mana yaaaa". Ohh ya, aku pernah terbaca pasal peminta sedekah yang glemer ini di blog abang botak chinnnn itu.

Ni gambar peminta sedekah tersebut yang aku pinjam dari blog avang botak.




Peminta sedekah ini memang sentiasa mengukirkan senyuman manis beliau. Mungkin mengharapkan aku menghulurkan duit besi mahupun duit kertas berwarna kepada dia. Maaf la brader, jangan harap aku nak bagi. Kalau aku nak bagi, lebih aku masukkan dalam tabung masjid. Kalau tak salah aku, avang botak dapat tangkap brader ni kat kawasan Damansara, dan ada yang pernah ternampak brader ni kat kawasan Tanjung Malim.

Wahhh.. Sampai ke Manjung ni ye brader outstation. Hebat!


* Menurut avang botak, brader ni tak boleh sambung bacaan al-Fatihah. Dan dia sebenarnya ada kaki palsu yang dia sorokkan kat tempat lain. Dalam sejam, brader ni boleh collect dalam RM 80. Hebat income kau brader, lebih daripada gaji aku. Hahahaha.

6 comments:

  1. ko boleh ganti abang botak la. cayalah!hehehe~

    ReplyDelete
  2. ohh...
    patutlah dia sentiasa tersenyum..hihi~

    ReplyDelete
  3. saya juga pernah dedahkan org yg sama & mmg elok ramai yg dedahkan supaya org ramai kenal muka2 penipu ni

    ReplyDelete
  4. jauh dia pergi cari makan ek...

    ReplyDelete
  5. seb bek avang votak dah pecahkan rahsia dia kan..tampaq skali baru tau!

    ReplyDelete
  6. akak pun pernah terbaca pasal pengemis ni.. hebat betul pendapatannya..

    ReplyDelete