Monday, January 31, 2011

maafkan ai bang

Assalamualaikum.

Malam ni abang tak balik kan??
Ok, abang duty. Ai lupa.

Ai nak mintak maaf dengan abang. Ai terambik stoking abang. Ai ingatkan stoking hitam ai, rupanya stoking kerja abang. Ai mintak maaf.

Memang la pelik kalau kaki ai yang ber saiz 4 macam kaki Cinderella ni bila pakai stoking abang yang ber saiz 10 tu. Eh bang, 10 ker 11? Lupa pulak saiz kaki laki sendirik. Ekeekeke.

Sejuk sangat tempat kerja ai ni bang, pakai baju sejuk saja tak cukup, tetap kena pakai stoking. Kat luar tu, macam salji tengah turun je. Sangat sejuk. Ai ni tak pa lah orang Malaysia tulen, biasa kena panas, jadinya sebab itu ai tak berapa tahan dengan cuaca sejuk macam ni. Tapi yang ai pelik, orang-orang putih kat sini pun tak tahan sejuk jugak. Dekat Finland sana tak ada salji kah???

Ok bang, nanti ai janji, ai cuci balik stoking abang yang ai guna nih. Serius ai tak sengaja ambik. Maafkan ai abang. Nanti abang balik, ai gorengkan ikan pekasam kegemaran kita tu yang telah dibekalkan oleh mak masa kita balik kampung. Hehe.

Ai lupa nak bagitau abang, ai dah berjaya merasmikan seekor ikan pekasam dari balang yang mak dah ikat tiga lapis plastik takut busuk. Sedapnya. Pandai mak buat kan.

Buat kawan-kawan ai dari terengganu, pantai remis dan yang seangkatan dengannya, sori lah tak dapat nak bagi u'olls rasa pekasam yang mak buat, sebab stok tak banyak. Lagipun ayah ai malas nak pi pukat ikan. Hihihi.

taksub dengan bomoh

"Tok, boleh tolong tengokkan dak, saya ni dah lama dah sakit. Doktor kata takdak penyakit pa pun. Pelik jugak. Kalau takdak penyakit, awat sakit habih seluruh badan ni. Aduiii....", kata Miah Karan kepada Tok Deraman.

"Tok tengok hang ni pun lain macam ja, muka pucat. Masa hang langkah masuk kat umah tok tadi, tok tau dah kata ada orang yang dengki kat hang nih. Orang kalau dah dengki, dah sakit hati, depa sanggup buat macam-macam kat kita. Ishh.. tu la. hang mai baring sini, tok nak tengok sat".

Tok Deraman pun memulakan sesi rawatan pada malam tu. Di bacanya beberapa kerat doa yang langsung tak boleh difahami butir perkataan tu.

"Tok nampak dah, orang yang dengki kat hang tu hitam-hitam, pendek, gemuk. Dia ni dulu suka kat hang, tapi hang pulak takmau kat dia. Tu yang dia sakit hati kat hang tu", Tok Deraman mula memberi perincian tentang suspek kepada kes Miah Karan.

"Ish tok, tua ka muda?? Orang kampung saya jugak ka??" Miah Karan mula tak senang duduk. Satu-satu wajah lelaki yang pernah mengorat dia dulu terpampang kat skrin kepala Miah. Hitam-hitam, pendek, gemuk, sapa hah????

"Dia tu orang dekat jugak dengan hang, ada dak orang macam ni yang hang kenai??" Tok Deraman mula bersoal jawab.

Tok Deraman senyum-senyum, membayangkan sekejap lagi dia bakal menerima pengeras dari pesakit beliau. Air jampi yang telah 'dijampi', di serah kan kepada Miah Karan. Esok-esok, mesti Miah Karan akan datang lagi. Masyukkkkk..

Miah Karan yakin sekarang, dah sah lelaki gemuk, pendek hitam tu memang sakit hati dengan dia. Mula dari saat tu, Miah Karan mula melancarkan perang dingin terhadap suspek dan keluarga suspek. Semua orang terdekat dengan suspek akan di benci.


*****************************


Realitinya, orang Melayu kita memang taksub gila dengan bomoh. Tak payah tengok orang lain, kat kampung aku sendiri, melambak orang-orang kita yang mentaliti masih percaya kat peranan bomoh. Sakit sikit je, bomoh akan di cari. Perubatan moden memang tolak tepi. Kalau sakit lama, tak lega-lega, memang sah kena bomoh dengan orang.

Dah masuk 2011 pun masih ada yang sanggup buang adik beradik, sedara mara sebab terlalu taksub dengan kuasa bomoh. Kesian pada yang jadi suspek.



** Dengar cerita, Miah Karan tu sebenarnya ada kemungkinan sakit jantung, tapi orang kampung selalu elak nak pergi hospital, jumpa doktor. Leceh. Kalau sakit, telan panadol. Kalau tak lega jugak, soheh kena bomoh dengan sapa-sapa. Sakit jantung takkan lega kalau setakat telan panadol. Hihihi.

Friday, January 28, 2011

khodokuit betuiii!!

ciss.. pandang aku macam aku ni bunian je.. tak pun macam aku ni halimunan.. dok tercangak je kat depan ni, langsung tak bagi pun limau sekotak kat aku.. sampai hati.. habis kurus cacing dalam perut ni  sebab tak makan limau.. sampai hati kau wahai encik supplier, bagi kat golongan bos je.. mentang la aku bukan bos, tak bagi limau sekotak kat aku..

memang dasar khodokuittt salty shit nose!!!

tengok arr.. lagi lima kotak limau yang encik supplier letak kat pantry tu, aku nak cilok masukkan dalam beg. ni untungnya pakai beg murah yang besar gedabak nih. boleh isi limau banyak-banyak. alkisahnya, dulu kena beli limau tiap-tiap minggu kat giant manjung, sekarang tidak lagi!! dah jimat duit sebab dapat limau priiii...

pandang kiri, pandang kanan, tengok depan, tengok belakang, tak da orang, terus pegang dua bijik limau dan bergerak ke meja, dan masukkan limau dalam beg. beberapa minit kemudian, aku akan ke pantry lagi, angkut lagi dua bijik limau sehingga aku yakin limau dalam beg dah tersangat berat dan boleh buat bahu kanan aku senget sebelah seperti seorang yang beriman, sebab pahala terlalu banyak sampai senget bahu kanan.


limau je, angpow tarak! sob3x

aku jumpa dia

Dia ni dulu kawan baik aku. Sangat baik rasanya. Pagi buta sms aku, suruh call balik, ingatkan ayah dia sakit teruk, rupanya nak cakap pasal putus cinta. Bila masa bercinta pun aku tarak tau. Pandai simpan rahsia, padahal semua masalah cerita sama aku.

Tarak duit, datang mengendeng dekat aku. Aku baik, dan aku jenis penjimat orangnya (perasan), tak pakai baju branded macam dia, tapi apa guna, menang gaya tapi poket kerap kosong.

Bila tarak duit, aku jadi bank, buat loan sementara tunggu duit pinjaman masuk.

Itu zaman belajar sama-sama.

Menganggur 4 bulan sebelum kahwin, tapi masih ada keinginan nak buat kenduri yang hebat. Tarak duit lagi nak bayar photographer, last-last aku jugak di cari. Kawan, kalau tahu duit tak banyak, tak payah buat kenduri yang hebat. Sedar dengan faktor kewangan yang tak mengizinkan tu. Tapi tak apa, bila susah, ada kawan yang nak di cari. Bila senang, lari jauh-jauh.

Kata kawan baik aku, aku nikah, aku kahwin pun tak tunjuk muka. Ok, aku terima. Sekarang ni dah ada akaun facebook, boleh pulak add orang lain, tapi aku yang dulu jadi bank masa tarak duit, lupa pulak nak add aku? Kenapa, segan nak add aku kah?

Bodohnya manusia macam ni. Sangat penting diri sendiri.

* aku ingat lagi sms lama dia dulu : kalau lah mencuri tu halal, aku akan buat untuk bayar hutang hang. (masa nak pinjam, bukan main janji manis menghiris kalbu, bila mintak hutang, macam-macam alasan).

* aku ingat lagi sms lama dia dulu : hang tak faham masalah orang yang dah kawin macam mana. (mentang lah aku jodoh lambat, senang hati nampak sound aku macam tu. ni sekarang aku dah kahwin, dan aku cuba faham masalah hang sekarang, tapi aku tetap tak faham. tak dak duit, kena kerja la sayang oii. bukan simpan ijazah yang hang dapat tu dalam almari bagi tikus tengok).

Thursday, January 27, 2011

tak apa lah aku tak ada bonus

Kawan-kawan kat company lama dah dapat bonus. Dengar kata, ada yang dapat 1.3. Yang dapat sikit pun ada. Based on performance kan. Syukur kan, dapat jugak bonus. Ada orang yang langsung tak dapat bonus, contohnya aku. Haha. Kalau kat company lama, confirm merasa jugak bonus.

Cadangnya dulu, lepas kahwin, memang aku nak stay kat Penang lagi. Nak tunggu bonus dulu, baru pindah ke Lumut. Mungkin rezeki aku, sebelum kahwin aku dapat offer kerja kat Lumut. Dan alhamdulillah, gaji lebih tinggi dari tempat lama walaupun kat tempat lama, aku dapat elaun makan kan kantin. Apa lagi ek, boleh claim OT.

Tapi, aku bersyukur, walaupun tak dak bonus, aku tetap merasa bonus kebahagiaan yang aku dapat lepas kahwin. Daripada tugas nak jadi weekend housewife, sekarang aku boleh jadi surirumahtangga yang berkerjaya. Boleh masak untuk suami, sedap atau tak lantak la tapi aku confirm sedap walaupun dia tak pernah puji sebab berdasarkan aksi menghabiskan semua makanan tu, menampakkan yang aku memang pandai masak. haha. Walaupun kadang-kadang aku memang malas nak  masak sebab penat, balik kerja, mandi dan solat asar, terus ke dapur, sumpah penat. Tapi aku rasa itu bonus yang  terbaik untuk aku, lebih dari bonus duit ringgit.

ohhh.. ni saja nak share, because tok aku cakap, sharing is caring. Mak aku call semalam, cakap dia dah beli ubi kemili (tempat aku orang panggil ubi kemili, sesetengah tempat panggil ni ubi keling, sesetengah tempat yang lain, tak pasti pulak panggil apa). Dah lama tak makan ubi kemili, boleh rebus makan macam tu je, atau buat gulai campur dengan udang. Mak kan, kalau anak-anak nak balik, dia suka sangat. Sabtu ni jugak mak nak buat kenduri doa selamat sebab adik aku dah habis belajar kat UTM, tapi dalam proses nak sambung lagi, ambik PHD. Good luck adikku. Kak hang nak muntah tengok buku. Migrain tiba-tiba ja mai. Haha.



ni contoh ubi kemili yang mak aku dah beli khas untuk aku. keh3x.
gambar macam biasa, di cedok dari google.

Wednesday, January 26, 2011

malas

bangun pagi, lepas solat subuh, rasa macam nak tidur balik. nak mandi pun malas, air sejuk macam mandi pakai air dari peti ais. ohh.. macam mana nak pergi overseas kalau air sejuk macam tu pun tak tahan. gamaknya kalau pergi overseas, soheh hari-hari tak mandi. main lap-lap badan dengan tuala basah je. itu pun mesti super duper sejuk. ok, tak jadi pergi tempat sejuk, baik pergi afrika. sana kan panas, kalau panas, sedap pulak kalau dapat hirup ice lemon tea. ngeh ngeh ngeh.

malas nak pergi kerja, malas nak siap-siap ke tempat kerja. lif masih rosak, kena guna lif sebelah lagi, kadang-kadang ada bau tahi kucing sebelum nak sampai ke lif. kenapa biarkan kucing berak merata-rata, suruh kucing belajar cara-cara nak berak kat tandas dengan lebih efektif.

malas nak panaskan enjin kereta. kalau boleh, start enjin, terus nak masuk gear. ok, lepas tu kereta lingkup cepat. padan muka kena pergi kerja naik beskal. malas nak tekan pedal minyak, kenapa kereta tu tak bergerak pakai arahan dari suara je. "Ok kereta, sila bawa aku ke ofis". malas nak tengok kiri kanan masa nak lintas jalan, macam nak terus jalan je. kalau pakai kereta kebal, mungkin selamat tapi kalau setakat pakai kerata kecik, confirm aku yang terlenyek macam kentang lenyek KFC. demmmm.. sedapnya kentang lenyek tersebut.

sampai tempat kerja, malas nak buat kerja, rasa macam nak tidur je. biar semua kerja, boss buat sendiri. tapi hujung bulan, gaji masuk macam biasa. dan lagi best kalau gaji aku bertukar dengan gaji boss. tapi tak payah bayar LHDN. kan bagus kalau masuk-masuk kerja, tengok-tengok dah 5.30 petang, boleh terus balik rumah.

boleh tak kalau tak payah masak? hari-hari makan oblong pun tak apa kan avang. ayang tak larat nak masak. malam tu kita makan oblong tu sangat sedap lah avang, dan rasanya lebih kurang prosperity burger. kita dah boleh jimat, dari habiskan duit beli prosperity, baik kita beli oblong yang sedap lagi murah itu. kat kedah dulu, tak pernah pulak jumpa orang jual oblong. ayang macam sedikit jakun bila mendengar nama yang lucu itu tapi rasanya sungguh sedap.

malas nak update blog. malas nak blogwalking ke blog kawan-kawan. malas nak taip new posting, malasnyaaa...

tapi excited nak balik kampung. dah pujuk mak ubah tarikh kenduri doa selamat. mak mesti sanggup ubah date tu semata-mata anak kesayangan beliau nak balik. ibu zahra gebuss pun dah cakap nak beli ikan keli dan buat ikan keli bakar. bakar atas dapur kayu, berminyak-minyak ikan keli tersebut. buat yang pesan ikan pekasam tu, sorry. tak ada stok. pekasam tu special mak buat untuk aku. ok, nak sambung tido kat ofis. kroiiiihhh.. kroiiihhhhh... kroihhhh...



rupa bentuk oblong yang sedap itu.
harga tidak pasti sebab di bayar oleh encik avang.
gambar di cilok dari brader gugel.

Monday, January 24, 2011

TOMOK YANG BUKAN MOMOK

Mula-mula nak cakap yang aku menigdam nih! Mengidam nak lempang orang yang kata aku mengidam. Haha. Berani membuat onar di blog aku sambil kutuk yang aku mengidam. Hohohohho. Hangpa pun mengidam nak kena lempang kot. Grrrr.. Aku garang ni..

Berbalik kepada tajuk entri, bila ntah aku layan Hot FM, dan tetamu jemputan hari tu adalah Tomok budak jutawan tu. Terus aku teringat masa zaman sekolah dulu, top gila ahh Tomok dan kumpulan dia yang muka budget hensem, New Boyz. Macam ni ka cara eja New Boyz?? Haha.

Kalau tak salah, masa tu aku tingkatan 4 or 5. Aku pun tak berapa ingat, cumanya yang aku ingat, ramai sangat budak-budak perempuan beli majalah mangga, ambik gambar Tomok dan buat macam folio. Kah3x. Lawak-lawak. Penuh satu buku dengan gambar Tomok and the gang. Masa ni aku ingat lagi, Tomok buat rambut belah tengah. Haha. Sumpah jiwang.

Dan yang paling buat aku geram, lagi kita benci satu-satu lagu tu, lagi tu la lidah yang tak bertulang ni asyik-asyik termenyanyi lagu tersebut. Sejarah mungkin berulang, walaupun suara Tomok masa tu macam sengau tak se macho sekarang, haha tapi sumpah, lagi benci lagu tu, lagi tergian nak menyanyi. Ohh.. demm gila.

Dan, yang paling buat aku geram, Tomok sekarang sangat kacak berbanding dulu-dulu. Haha. Apa motif entri aku ni?? Ntah, tak ada motif. Sekian, dari aku yang tengah makan limau sebab ada dua tong limau kat ofis ni. Kentut pun ada bau limauuuu.. Keh3x.

Friday, January 21, 2011

hari ini hari jumaat, bukan hari isnin

ni sambungan entri awal pagi tadi. aku salah taip la woi, tak payah ar nak kutuk-kutuk. haha. serius, dalam kepala aku memang dah set hari ni hari jumaat, sebab tu hari ni aku mai keja pakai baju kurung, tapi tah kenapa aku pi taip hari ni hari isnin. haha. ni la kesan naik turun tangga, buat urat-urat kat saraf serebrum dan akal tunjang aku dah bengkak dan efek kepada daya kepala hotak nak link ke jari mengalami masalah. (ok, ini merepek, tak paham tak pa).

benda paling penting yang aku ingat hari ni hari jumaat adalah hari ini aku rehat lama sikit, dua jam. kalau dak, sejam ja. sejam tu, nak korek telinga pun makan masa 10 minit dah. nak pi kedai makan, pilih lauk pun dah amik masa 20 minit. nak solat zohor lagi, tapi dah nama pun orang bijaksana, walaupun rehat sejam, mesti sempat punya. hihihi. (ini part perasan).

hari ni memang konpem hari jumaat sebab hari ni ada pasar malam. ini cerita minggu lepas, aku memang dah lama nak makan buah mata kucing. kucing kat blok aku semua habih buta sebab bila jumpa, mesti aku korek mata beliau dan kunyah-kunyah dengan lazatnya. errkkkk.. geli.. ok, ceritanya minggu lepas beli buah mata kucing. harga kemahen mahal, sekilo rm8. beli arr jugak sebab anak cacing dalam perut ni kempunan nak makan. balik rumah, eksaited gila vavi nak makan buah mata kucing, cari plastik sana, jumpa sayur, cari plastik sini jumpa bawang, cari plastik sinu jumpa bihun sup, cari plastik suni jumpa jambu batu.. demmmm.. buah mata kucing tu taktau tercicir kat mana!!! serius kecewa.. malam tu tidur tak lena. termimpi-mimpi buah mata kucing. haha. petang ni kalau muka tak malu, memang nak pi tanya pak cik yang jual buah mata kucing tu, ada simpankan tak buah mata kucing yang aku tertinggal minggu lepas. harap-harap pakcik tu ganti balik buah mata kucing aku. amin.....

jangan sampai aku terberak di situ

hampeh punya lif
asyik-asyik rosak
nama je tinggal kat apartment
tapi servis macam haram
macam duduk flat cap ayam

1, 2, 3, 3A, 4
apa motif letak level 3A
letak je la 1, 2, 3, 4, 5
tak pasal-pasal aku pulun mendaki sebab rumah kat tingkat 4
kalau lah aku nak terberak masa tu
confirm aku akan berak depan lif
padan muka!!!

memang ar tak senonoh
tapi aku nak tunjukkan tanda aku protes dengan management tempat tu
budusss!!!
nampak sangat kecik-kecik dulu tak makan kismis

ingat senang nak panjat ke tingkat 4 tu
perlukan stamina dan ketahanan badan yang tinggi
avang jangan la kutuk bini avang yang tak pernah exercise nih
kalau dah daki 4 tingkat aka yang sepatutnya 5 tingkat
pankreas pun boleh tercabut

ohhhh...lupa hari ni hari isnin
patutnya tulis entri yang lebih sopan
maaf!!!
sila baca kat blog lain
hari ni tak ada entri sopan kat sini

yang bestnya management tempat ni
saman parking pun ada
haha
mengalahkan majlis perbandaran pulak

Wednesday, January 19, 2011

taip-taip padam

taip-taip padam
taip-taip lagi dan padam
idea tarak
rasa macam nak kena hapdet seminggu sekali
lagipun blog tak hot, tak femes, rasanya takdak yang mai sini


pesanan buat nuffnang, woi.. bila mau bagi cek aku ni hah?? 2 keping!! aku nak beli henpon blekberi nih. blekberi made in China pun tak pa.

(jangan suruh aku belanja, kan dah bagitau nak kena beli henpon blekberi. kalo tak, susah nak telefon mak ayah kat kampung) -  statement seorang anak yang baik. keh3x.




gambar tak ada kena mengena

Tuesday, January 18, 2011

makanan ni je yang murah kat sini

Kat Lumut ni, mana ada Jusco, Pasific pun tak dak. Kalau tak salah aku, kat Manjung ada Billion, kat Sitiawan ada The Store. Tapi kat sini macam bandar besar, makan kemahen mahal. Lunch aku tiap-tiap hari kena dekat rm5 jugak. Makan je tu, tak masuk ayaq lagi.

Kat Penang dulu (aku duduk sebelah island), still boleh jumpa makanan tengahari yang murah. Boleh cari kat area Pantai Seagate, mengadap ke Pulau Jerejak. Makanan memang banyak pilihan. Tapi murah. Kat sini, sumpah mahal nasik campur. Tak dapat di terima akal, lauk macam tu cikai dah rm4.50.

Tapi aku ada jumpa tempat yang jual sarapan yang murah.. Tadaaaaaaa... Karipap sardin dan bihun goreng.



Kakak tu jual, 3 bijik singgit. Ok lah tu.
Yang penting, sedap.
Kalo mahal tapi rasa macam haram, terus boikot bisnes kakak tu.
haha.

(gambar macam biasa, cilok gugel arr)




Masa kat Penang, makcik tu jual rm1.50 kalo letak extra sambal ikan bilis
Kakak Lumut ni kira ok ar, maintain rm1
Nasik lemak dia jual pun rm1 je

(gambar ni pun cilok kat gugel)



Dua makanan ni je la yang aku rasa sekarang murah dan sedap. Berbaloi-baloi kalau beli. Nak jimat, aku ingat nak beli je bihun goreng ni dua bungkus, sebungkus makan masa breakfast, sebungkus lagi makan masa lunch. Haha. Daif gila aku. Haha. Kita kena berjimat cermat ye kawan-kawan, ni telefon cokia aku pun dah mula buat hal. Ingat nak kena tukar pakai telefon beri-beri lah. Berapa kupang gamaknya telefon beri-beri tu ye??? Sapa ada jumpa telefon beri-beri yang murah, pelisss roger me. (telefon seken hen, tak mau, aku rijek awal-awal. OK, very demanding).


Sekian, salam hari selasa dari GC yang tak sabar nak cuti Thaipusam. Hooreyyy.. Cuti..

Monday, January 17, 2011

apa la lawak sangat operator tu

aku failed BM atau orang kat syarikat telco tu yang failed BM.kah3x. jangan buat lawak petang-petang ni weh. aku dah la lapaq, suka hati je buat lawak. sat lagi aku gelak-gelak, tertelan telefon macam mana? jenuh doktor dan misi nak tarik telefon tu keluar dari kerongkong aku. aku pun risau, nanti aku gelak kaw2, orang ingat aku gila vavi lak. mujur dah kawin, kalau belom maunya takdak lelaki yang mau kawin dengan aku. haha.

yang biasa aku dengar, operator telefon akan cakap, nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi. tapi yang kali ni aku dengar, rasa nak jugak aku tarbiyah operator tu yang tatabahasa dia tu salah. kesian lah sangat, aku takut operator telefon tu teriak ja kalo kena tarbiyah dengan aku. almaklum la, sapa suruh kementerian pendidikan tak ambik aku jadi cikgu. haha. perabih duit aku saja beli no. pin kat BSN. haha.



"nombor yang anda dail, tidak di pakai"


nak pakai celah mana woi? haha. teriak cikgu BM kalau ada murid-murid yang tulis macam ni. sob3x.





ni gambar aku masa kecik-kecik dulu
suka sangat lari-lari kat lavendar farm milik Oprah Winfrey
kami dulu berjiran ja
hidup berjiran, mana boleh sombong-sombong kan
haha

rojak

aku konfius
aku cakap yang ni rojak




tapi orang kat tempat baru aku sekarang pun cakap ni rojak





bukan yang ni pasembur ka?
yang beza sikit kat sini, pasembur dia tak ada timun dan sengkuang potong-potong macam tu
konfius ni
macam kena kejutan budaya je kat sini
sudah la cuci kereta kat sini mahal dari penang
kat penang cuci keta dalam luar baru rm8
sini melampau rm10
cekik darah betul


Ps:

1) sumber gambar, godek kat gugel. tq.

2) ayat mak-mak kalau nak suruh anak balik kampung, "mak dah buat dah pekasam kat hang sebalang". isshhh.. memang nak kena balik ni.. haha.. aku tengok pekasam yang dok jual kat pasar malam, 3 ekor besar tapak tangan aku ni dah rm5. sedap belom tentu lagi tu. ok mak, wait haaa.. anakmu akan pulang hujung bulan nanti. ekekeke.



Friday, January 14, 2011

gila babi

boss suruh call syarikat ni
sebab nak hantar PO

call ofis, tak dapat
gigit wayar tepon ka orang opis ni
try call handphone pulak
dapat!

"encik, tadi saya call ofis tak dapat"-aku
"yer, line tepon kat ofis tu gila babi sikit"-dia

sembang pung pang pung pang
dia cakap nak datang ofis, ambik sendiri PO tu

"ye pakcik, nak cari sapa?"-aku yang sopan
"nak cari GC, dari syarikat blahblahblah"-dia


confirm terkejut!!!
orang yang aku call tadi adalah seorang pakcik
pakai kopiah, tua-tua sikit sebaya ayah aku rasanya
nama pun ada title Haji kat situ
rock gila, cakap gila babi
ingatkan ayat gila babi tu, remaja riang macam aku je sebut
takkan orang yang title haji pun sebut gila babi
grrrrr...
tak pasal-pasal dapat title pakcik gila babi rock



sekian, dari aku yang tak pernah jumpa babi dalam kebun getah
selamat berhujung minggu





(zahra yang rimas sebab di paksa pakai tudung-melentur buluh biar dari rebungnya.kah3x)

rindu budak kecik ni sangat-sangat
rasa macam nak letak gambar dia je dalam blog ni
haha

koyak dan kupas

ni nak habaq ni, orang kedah kata, kalau nak kupas kulit buah tu, depa tak kata kupas kulit.
depa kata, koyak okeh. haha.
memang la koyak tu macam koyak kertas
tapi dari azali lagi dah cakap macam tu, jadi sukar nak ubah.
tapi kalau ada orang kedah kat sini yang claim depa sebut kupas,
maka orang kampung aku je la kot yang salah nahu dan tatabahasa.
tapi jangan risau, BM aku masa SPM tak kantoi.
lulus dengan cemerlang.
kah3x.
perasan.




"mai sini nak koyak kulit pelam itu"

hari tu beli pelam ni 3 kilo, tahan 3 hari ja. siang malam
pagi petang mentekedarah pelam
memang spesis perot tong.


ni pasal orang dari selatan tanahair
yang baru datang ke kedah
kononnya orang kedah akan tambah Q kat belakang ayat
contoh paling umum sekali: ayaq, bakaq, lapaq, lempaq, tampaq, ajaq
jadinya, orang tu kat kedai makan
nak order kopi

"bagi ayaq kopiyaq satu"


bangsa penjajah mana hang ambik ni woiiii...
merosakkan bahasa betul
kasi sekeh kepala kaw-kaw baru tau
pantang keturunan raja tak berapa bersiong
ada orang merosakkan bahasa budaya bangsa macam ni.



sekian, selamat hari jumaat
esok sabtu
lusa ahad
selamat bercuti dengan cemerlang, gemilang dan terbilang
kalau ada yang berhajat nak cari minyak masak hujung minggu ni
selamat mencari!!
hihihi










Thursday, January 13, 2011

khairul fahmi dah dapat bonus, mau ajak beliau pergi shopping

kah3x. agak-agak nak kena lempang dengan awek beliau, sila cuba. hahaha. semalam tengok berita, kerajaan dah bagi insentif dekat team bola yang menang piala suzuki AFF baru-baru ni. alhamdulillah, rezeki. banyak jugak tu. tu yang ada hati nak ajak khairul fahmi pi shopping. kih3x.

kalau awek dia tau, takkan la dia sanggup nak datang lumut ni semata-mata nak lempang gua. derrrr.. ada berani ka mau lempang jurulatih silat pulut peringkat kampung ni woiii? hahaha. sekali aku bukak kekuda je, dah kecut awek khairul fahmi.

for khairul fahmi, nanti jangan lupa bawak saya pergi shopping tau. duit tengah banyak tu, tak apa kalau belanja saya sikit. hihihihhi. suka sangat muka awak yang macam orang korea tu. hahahaha.



grrrrrr... mau lari. laki gua sudah tau gua ajak khairul fahmi pi shopping. srettttttttttttttttttttttttttttttttttttt...





zahra gelakkan gua bila tau gua kena marah dengan laki gua.
hampesss punya anak menakan..
hahahaha..




Wednesday, January 12, 2011

hantu kopi

orang-orang dekat ofis aku ni memang penggemar kopi nombor satu. paling kuat mentekedarah ayaq kopi. sekarang ni mereka dok mengkedarah kopi columbia yang sekilo rm 41.50, selalu aku pi beli kat giant. kalau stok columbia takdak, beli la kopi brazil, sama jugak harga. kopi yang murah sikit kopi robusta, sekilo rm 30.

bukan apa, nak cerita semalam aku terpaksa melilau dalam giant tu sebab nak tunggu budak tu blend bijik kopi. lama siot. mesin kopi tu pulak kecik gila. jenuh tunggu.

satu hari mereka-mereka ni boleh habihkan satu pek kopi yang seberat 500 gram. walaupun hari-hari aku bancuh, aku tak pernah minum kopi tersebut. minum tanpa letak gula, konfem lidah aku jadi kecut dan keras kejung. sekian, berita terkini hiburan sensasi.



status muka tak berbuku: meluat tengok ada kawan-kawan yang cewi (menunjuk-nunjuk) kat facebook. sudah la weh, takkan hal laki bini pun nak cerita kat orang.

Tuesday, January 11, 2011

insaf, tak mahu seksi lagi!

sejak beliau lahir kat muka bumi ni, beliau memang masuk kategori seksi.
bogel tu bagi beliau, adalah biasa-biasa saja.
beliau langsung tak ada rasa malu.

tapi kini beliau dah insaf.
cukuplah kalau dulu beliau seksi-seksi.
sekarang sempena tahun baru 2011, beliau ingin berubah.
berubah ke arah yang lebih baik.
beliau nak jadi muslimah sejati.
perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

lihatlah transformasi beliau, sebelum dan selepas beliau insaf.


sebelum insaf.



'awak dekat, nanti sy tendang awak. tengok kaki saya nih.'- kata budak
itu seandainya ada yang berani dekat.


hampir-hampir nak insaf




'saya masih tak ada gigi'




'saya rimas tak tau pakai tudung macam ni. tudung macam dato'siti nurhaliza tak ada?'



sesudah insaf




'salam semua. saya dah insaf, saya janji takkan seksi lagi'.






Monday, January 10, 2011

jangan tahu beranak saja


budak ni makin cun dan cumel seperti mak menakan dia
*ok, ini iklan



peringatan buat mak dan ayah
kalau ada anak, jangan biar terlepas ke jalan raya
memang anak bukan macam lembu yang nak kena ikat dekat tiang
tapi kalau di biar anak tu lari kat atas jalan
dan aku yang langgar budak-budak tu
memang aku fobia dan trauma seumur hidup!!!
oh pelis lahhh


ter accident dengan tupai
(kawan aku terlanggar tupai dan aku dapat rasa tayar kereta melenyek kepala tupai)
aku terasa sangat sedih dan sayu
rasa seperti seorang pembunuh yang kejam
ini kan pulak terlanggar anak manusia


ini kes benar
lunch tadi kat kawasan perumahan aku
ada dua orang budak melintas kat selekoh
mujur aku bawak slow
kalau laju, nahas la budak-budak tu


pelisss lah mak ayah
jaga budak-budak kecik tu
jangan biar kayuh beskal kecik tu atas jalan raya
sayangi lah anak-anak anda
bak kata pepatah
"jangan tahu beranak saja"


sekian, terima kaseyyyy..





kecik-kecik lagi sudah pandai lepak

skill lepak melepak ni sebenarnya bukan baru hari ni bermula. ekceli, memang sejak kecik lagi terutamanya untuk budak-budak kampung macam aku. nak pi cyber cafe masa tu, mana ada. cyber cafe dulu mana ada tumbuh seperti cendawan lepas hujan macam sekarang ni. nak pi jalan-jalan makan mekdi, tudiaaa nuh, kena pi pekan sungai petani. jauh kemain. masa sekolah rendah, jangan kan kata tengok mekdi, makan kfc pun tak pernah. sedih gila cerita nih, gamaknya sekarang kalau cerita cam aku ni wujud lagi, boleh la masuk bersamamu TV3, hulurkan tangan, ringankan beban.

dulu kalau lepak-lepak, tak pi jauh-jauh. petang-petang menempek di kedai makan yang tak beroperasi pada waktu petang, duduk dalam 3,4 orang, sambil tengok kereta lalu lalang. dah duduk ramai-ramai tu, mesti ada game yang tercipta. masa tu, game yang paling glemer ialah pilih nombor plat kereta yang lalu lalang, dari huruf A sampai Z. pilih la nak hruuf apa pun, terpulang. janji tak sama dengan orang lain.

nak lagi hebat, pilih huruf tu berdasarkan pangkal nama masing-masing. konon nak nampak hebat. contoh nama rehan, so orang tu akan pilih huruf R dan tunggu kereta lalu lalang, sapa yang kereta paling banyak lalu, dia menang.

untungnya, R tu tandanya kereta tu dari perlis. perlis kan berjiran dengan kedah. untung-untung, ada kereta perlis yang lalu. kalau pilih huruf S, memang boleh pengsan jugak kalau nak tunggu. tak banyak kereta berplat pendaftaran S. ada member yang konon nak nampak hebat, pilih huruf Q, konon-konon tak mau sama dengan orang lain. berjanggut nak tunggu kereta plat Q.

masa tu memang agak bangang dan cerdik-cerdik pak pandir, belum tau yang plat K tu untuk Kedah, P untuk Penang, R untuk Perlis. Serius ngok, kalau ingat-ingat balik, ada tak dulu aku terpilih huruf O atau F, G. grrrr....

bila ada kereta yang lalu ada huruf yang kita pilih, menjerit kemain macam orang kena loteri. serius seronok. balik rumah, ada yang berbirat paha sebab kena cubit dengan mak sebab tergedik-gedik kat tepi jalan. yang tu mak tak bagi buat, yang ni mak tak bagi buat, tapi masih cool, lepas ni cuba game lain pulak. masa tu takdak feel lagi nak lari dari rumah. tak macam budak-budak sekarang, merajuk sikit nak lari dari rumah. huhu.


ps: keputusan anugerah juara lagu ke 25 semalam agak tidak best... grrrr...

Saturday, January 8, 2011

taska bangang

macam pelarian je...


aksi tido beramai-ramai


grrr.. gambar ni senget pulak.. ok, malas nak tukaq..



gambar-gambar kat atas ni sebenarnya kawan aku yang bagi through email.
mana sumber email ni aku tak tau.
tapi aku tetap nak letak gambar-gambar ni kat blog.
sebab aku mesti sakit hati kalau orang buat macam ni kat zahra.
haramzadeyyy betui.


kat bawah ni aku ada copy jugak email dari orang yang hantar email ni.
parents kepada budak-budak dalam gambar ni kot.
kalau hangpa kat tempat mak pak depa ni, apa hangpa rasa??

Salam.
Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal.
Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.

Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.


-fimmie-



selama ni dok ingatkan taska tu jaga anak kita baik-baik
tengok-tengok jadi lagu ni...
naiya budak-budak weh..


yang mak pak pun satu
dah tau taska ni buat macam ni kat anak-anak hangpa
angkat je la budak-budak tu
hantaq kat taska lain
takkan nak tunggu ada kes baru nak angkat kot


jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa...







Friday, January 7, 2011

dah jumpa, berbaloi-baloi

ni cerita pasal minyak masak lagi. hari ni jumaat, lunch break 2 jam. singgah kedai runcit dekat kawasan rumah, saja nak cuci mata, kot-kot ada minyak masak yang diinginkan. alhamdulillah, jumpa jugak minyak jenama knife, 2 kilo rm7.20. sudah dikira murah, sebab masa pi giant dengan econsave, jumpa minyak masak yang harga dua puluh lebih. ohhh.. tidak berbaloi-baloi. sebelum ni pandang kedai runcit tu sebelah mata je sebab kedai runcit kan, mesti stok minyak masak confirm takdak. tengok-tengok ada, serius tak ramai lagi yang serbu dan habiskan stok minyak masak kat situ.

so balik kerja petang nanti, boleh mandi minyak sekali sebab minyak masak dah banyak kat rumah. ekekeke. sapa-sapa nak join, boleh sms dengan kadar segera.

grrr... tadi beli bawang besar. konfem!!! naik harga. kentang 4 ketul, bawang besar 5 ketul dah lima ringgit lebih. rasa nak lempang je tokey kedai runcit tu. tapi saja malas nak masuk lokap free sebab pagi tadi dah tengok kat berita, ayah si dafi tu umum harga bawang naik lima puluh peratus. lima puluh peratus okeh!!! awat yang tak penaik bagi seratus peratus teruihhh? senang sikit nak kira.

demmm.. terus jadi emo nih. lepas ni tak mau makan bawang dah, nak makan megi kari ja. makan megi kari tak boh bawang, aku boh teloq dengan cabai ja. kot nanti depa umum harga megi naik pulak, aku tukaq makan biskut cream crackers jenama hup seng aka roti pat segi, cicah dengan ayaq tehhhhh...

grrrr...

Thursday, January 6, 2011

woiii.. minyak masak sudah habihhhh...

masa masak makan malam semalam, terperasan minyak masak dah tinggal ciput. kemahen lagi dinner semalam, buat gulai aka kari ikan sembilang. tukang siang ikan mesti lah encik suami, encik bini malas dan tak berapa pandai nak siang ikan peseng bermisai lagu tu. nampak ganas semacam dan menakutkan. ekekeke.

menu kedua adalah sayur goreng yang mantop dan ikan kerapu goreng. ikan kerapu dan ikan sembilang tu bukan di beli kat pasar malam ataupun kat mana-mana pun, tapi encik suami kan rajin memancing masa duty, jadinya jimat la duit untuk beli ikan. keh3x. kalau dapat ikan duyung lepas ni, boleh bela kan. boleh buat kawan masa encik suami pi duty. hahahaha.

memandangkan stok minyak masak dah tinggal paras bontot botol, makanya kami pun keluar cari barang rumah sikit, nak tambahkan stok baru. almaklumlah, si bini tu kan pandai masak. yang si suami pulak, langsung tak mau puji (padahal tau, puji dalam hati. bangga lah tu dapat bini yang pandai masak, comel, kiut miut dan banyak tidoq). kah3x.

sampai kat giant, tengok minyak dah tak dak. grrr.. camne nih? camne nak masak yang best-best dan memboroikan lagi perut si suami padahal perut sendiri yang makin boroi. haha. macam mana nak buat udang goreng tepung, macam mana nak buat cucuq pisang, macam mana nak buat bihun goreng singapore thailand dan indonesia???? grrr.. demmm.. so ajak la si suami ke econsave pulak. orang kemahen ramai, berpeluh ketiak nak elak dari berlanggar antara satu sama lain.

kaki terus melangkah cari minyak, tapi tetap tak ada stok. demm lagi lah. nak beli minyak masak yang botol yang harga dua puluh lebih tu, rasa macam mahal pulak. tak apa, cadangnya berapa hari ni bang, kita makan je lah makanan yang rebus-rebus punya. teloq rebus, nanti kita boleh lawan kentut. haha. rebus la stok teloq masin yang ada kat rumah tu. ikan masin masak kukus, ayam masak stim, cendawan rebus cicah sambal belacan. keh3x.

ni ada pesanan penaja dari datin zahra yang gebussss...







hai, zahra nak pesan ni. biar muka berminyak, tapi pakcik dan makcik semua
kena kurangkan minyak dalam makanan.
baru la dapat pipi yang gebu macam pipi zahra ni.
ok lah, zahra chow dulu.
renung-renungkan, dan selamat merenung.
kih3x.

Wednesday, January 5, 2011

kuasa telepati

perasan tak, dulu-dulu kalau tengok tv, banyak betui drama-drama pasal kuasa telepati. kuasa telepati ni kalau di rujuk kepada kamus dewan kampung kuala ruman iaitu kampung aku sendiri, adalah merujuk kepada kuasa minda yang diberikan oleh Allah kepada hanya orang-orang yang terpilih. maksudnya, tak semua orang dapat kuasa telepati ni. telepati ye kawan-kawan, bukan telemerpati. kuasa telepati ni membolehkan seseorang itu berkomunikasi dan mengetahui sesuatu tanpa perlu berkomunikasi malahan dari jarak jauh. grrrr.. apa aku merepek ni.

alkisahnya kemarin ada seorang budak, dia nak makan bihun, maka dia telah shout di facebook beliau mengenai jenis-jenis bihun yang terdapat di pasaran samada bihun sup, bihun kuah, bihun hailam dan sebagainya. dan beliau mempunyai seorang kawan blogger di facebook beliau yang mencadangkan beliau makan bihun tomyam. ohhh.. bagusnya pendapat itu.

maka, setelah tamat waktu bekerja, budak itu pun pulang ke rumah sambil membayangkan menu bihun tomyam untuk makan malam nanti. alkisahnya, budak itu tertido depan tv dari lepas asar sampailah ke malam, berkemungkinan hampir pukul 10 malam, dengan tv terpasang, rumah gelap gelita. hampir pukul 10 malam budak itu merasa terkejut yang amatzzz dan terjaga dari tidur dalam keadaaan mamai apabila melihat kepulangan laki beliau. ohhh... lakiku pulang, bisik budak itu di dalam hati dan sambung tido tanpa memperdulikan kepulangan lakinya.

laki budak tersebut membawa pulang sebungkus bihun sup ye kawan-kawan. inilah yang dinamakan kuasa telepati tersebut. tanpa perlu sms dan menelefon, si laki telah tahu kehendak dan tahap kebuluran si bini. mungkin selepas ini, budak itu boleh berimaginasi untuk makan burger prosperity pulak, mana tau kuasa telepati si laki akan membolehkan beliau makan burger prosperity. hehe.

tamatlah cerita pasal kuasa telepati. malam ni nak makan .... hmmmmm... no idea pulak.

Tuesday, January 4, 2011

kisah budak itu di dalam kelas

ada seorang budak yang memang aku kenal sangat sejak dia lahir sampai dia sebesar anak gajah sekarang, dan sudah berlaki pun. beliau masa sekolah rendah dulu, ada rahsia yang tidak diceritakan kepada ramai orang kerana bakal digelakkan dan dikutuk secara marathon. maka, baiknya jugak dia berdiam diri. sebab orang kata, banyak cakap, banyak salah. bila dah banyak salah, akan banyak dosa. jadi, maka tidak syak lagi kenapa dia ambik langkah untuk berdiam diri.

di sebabkan blog ni adalah diari masa depan yang mahu beliau kongsikan bersama anak dan cucu-cucu beliau, maka beliau pun mengambil keputusan yang paling bijak untuk berkongsi cerita sengal ini bersama kawan-kawan dan anak cucu beliau nanti. mujur lah, ramai antara kawan-kawan yang baca blog beliau bukan beliau kenal pun. tengok je kat kotak komen tu kemahen macam kenal rapat, padahal harrrommm tak kenal.

suatu masa dulu, di sekolah rendah jenis bukan kebangsaan cina mahupun tamil, ada seorang kanak-kanak kecil darjah berapa tak ingat, beliau memang sengal sengalan.

sebelum tu, adakah kawan-kawan tau apa itu singgam? singgam ni adalah adik beradik sebapa dan seibu kepada chewing gum. di sebabkan kebijaksaan orang-orang kampung kanak-kanak tersebut, maka menatang kunyah-kunyah itu hanya dipanggil singgam.
 
berbalik kepada cerita kanak-kanak tadi, beliau memang pandai membuat letupan menggunakan singgam yang dimakan. biasanya, singgam tersebut dibeli di kedai Pak Lang Haron yang masih beroperasi sehingga sekarang. singgam yang dibeli biasanya menghabiskan kesemua duit sekolah petang beliau, iaitu sebanyak lima kupang.

letupan atau bola menggunakan singgam bukan mudah untuk membuatnya. hanya orang yang pakar sahaja mampu membuatnya dan mampu menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawan yang tidak tahu membuatnya. tidak semua orang boleh membuat bola menggunakan singgam, ternyata kanak-kanak itu sangat bijak sejak azali lagi.

untuk kesekian kalinya, kanak-kanak tersebut merasa jemu dan bosan dengan fungsi menatang singgam itu, asyik asyik buat bola dan 'show off' kepada kawan-kawan. maka hari tu terjadilah idea bangang lagi mangkuk kanak-kanak itu.......


..............................................


dirumah, kanak-kanak itu dimarahi oleh emaknya. puas emak beliau berletiyaq sambil menyapu sejenis minyak di leher kanak-kanak riang itu.


"orang, singgam tu orang makan ja, bukan buat rantai boh di tengkuk. ni tak pasai-pasai kena baju sekolah, kena rambut".


grrrrr... mak, diam-diam sudehhhhhh...

Monday, January 3, 2011

kembali bersiaran

kembali bersiaran setelah beberapa hari bercuti dengan riangnya . (riang lah sangat, batuk masih menyerang.. konggg konggg konggg).

dah cuti lama nih, idea nak menulis memang dah ke laut China Selatan. nak kejor pun tak larat der, biar je lah idea tersebut ke laut. babai idea. hehe.

dalam beg, ada sekarung cekelat HACKS hitam, buat bekal batuk konggg konggg konggg lagi. dua pek fisherman's friend dah berjaya berada dalam perut.




ps: janji dengan Pia dengan Kila, nak ajak makan laksa kat umah. sabar ye budak-budak lapaq, nanti aku buat laksa okeh. bagi aku betul-betul sihat. bila dah sihat, baru lah dapat menghasilkan laksa yang sedap dan bermutu tinggi. kehkehkeh.