Monday, February 28, 2011

samseng mana tahu takut

* Dari 8.30 pagi, gua tulis title je. Entri tak siap-siap. Keh3x.

Laki gua kata, samseng mana tahu takut. Tapi, mustahil lah. Ketakutan tu mesti ada dalam diri setiap manusia kan, tak kira lah orang tu samseng, mafia, lemah lembut. Yang penting, mesti ada jugak perasaan takut.

Gua ni bukan takut pun dengan menatang tu, tapi gua tak suka. TAK SUKA. Bukan takut. Tak suka dan takut adalah sangat berbeza. Sila rujuk kamus dewan kalau tak faham.

Laki gua gelakkan gua, sebab bila gua tengok menatang tu, gua menjerit macam pondan kena kejar dengan orang majlis agama. Ahhh.. Lantak la nak gelak ka hapa, tapi sumpah, menatang tu memang sangat scary. Gua tak suka! Tak suka! Tak suka! Di ulang, tak suka ye, bukan takut.

Gua tak takut nak tido kat rumah tok gua yang seram dan macam berhantu tu. Gua tak takut kisah nak drive sorang-sorang tengah-tengah malam, hatta pagi-pagi buta, tapi kalau tengok menatang tu, sumpah geli.

Sumpah, gua memang tak suka ULAT. Sangat-sangat tak suka. Geli. Hodoh. Uwekkkk.




* Macam nak pengsan bila gua nampak ada ulat kat buah rambutan yang di beli di pasar malam itu. Jangankan tengok ulat real gua sudah seram satu macam, kalau tengok gambar ulat pun boleh buat gua rasa nak tendang je TV.

Friday, February 25, 2011

jangan gentar

Heyy GC, ini kan hanya ubat
Kenapa kamu begitu penakut
Ubat tidak ada gigi, dia tak boleh gigi lidah dan anak tekak kamu

Aku tahu
Tapi aku memang tidak gemarkan ubat
Baunya saja bisa buat aku mau muntah

Ohhh GC, kamu ini sungguh manja
Bukan sahaja manja, tapi penakut!!!
Hahaha

Cisss.. Setan kau!!
Aku bukan penakut
Aku cuma tak suka

Hahaha.. Konon belajar silat
Kenal kekuda
Belajar taekwondo
Tahu bagaimana mau menendang, menumbuk

Korang hajar jugak perli-perli aku!!


Gambar di cilok dari google.



* Dari kanak-kanak, sehingga remaja (perasan yang aku masih remaja), aku tak pernah suka makan ubat. Ubat batuk ok! Pil-pil jadah tu semua aku tak suka. Bau pun satu macam. Ada tak ubat untuk hilangkan fobia makan ubat nih???

* Kawan aku bagi idea, kalau tak suka makan ubat, masukkan ubat dalam pisang yang telah di potong lebih kurang 2cm, dam kemudian telan. Bijak tak? Kehkehkeh.

Thursday, February 24, 2011

jika benar cinta itu buta

Makwe: Aku cinta kau. Tolong bawa aku ke mana saja kau pergi.

Pakwe: Ohh.. sayang. Begitu dalam kah cintamu padaku?

Makwe: Sangat dalam, sedalam perigi belakang rumah nenekku.

Pakwe: Ohhh..terharunya aku jika begitu.

Makwe: Jadi, tolong ya jangan tinggalkan aku. Aku rela hidup susah denganmu. Makan megi hari-hari pun aku sanggup.

Pakwe: Tapi sayang, kita tidak boleh begini. Kita bukan suami isteri yang sah. Mana mungkin aku bawa kamu kemana saja aku pergi.

Makwe: Tidak! Jangan tinggalkan aku handsome boy.



Gambar sekadar hiasan. Kredit to Murai.



Ikuti perbualan dua beranak menggunakan telefon CSLM model empat empat siku lipat, tekan-tekan tak dapat. (sila baca dialog dibawah macam drama-drama melayu kat tibi 3)

kringgg.. kringgg.. kringgg.. telefon berbunyi...

Anak perempuan: Semekom mak, ni Zura ni. Mak sihat?

Mak: Zuraaaaaaaaaaaaaaa, kau kat mana ni hah????? Dah lama mak ayah cari tak jumpa. Kami dah buat report polis dah.

Anak perempuan: Mak enggak usah risaukan Zura, Zura kini berada di Lombok, Zura sudah kahwin. Yeeehaaaa.. Mak sudah ada menantu, Suparman namanya mak.

Mak: Ohhh anakku.... Sampai hati buat mak ayah macam ni....

Anak perempuan: Aduhhh mak, enggak bisa ngobrol lama-lama, prepaidnya udah mau abissss.. Ok mak, permisi ya. Kirim salam sama ayah dan adik beradik yang lain.


tuttttt.. tuuuutttt.. tuuuuuttttt.. prepaid abissss...



* Musim anak perempuan lari ke Lombok sudah datang balik.

* FB sudah tutup, sapa-sapa mau mengorat aku, boleh cari aku kat twitter, GC.

Wednesday, February 23, 2011

rumah kampung

Ini kisah benar yang tidak disiarkan dalam slot drama Kisah Benar di TV3. Alkisahnya, rumah mak bapak aku kat kampung adalah sejenis rumah dulu-dulu yang dibawahnya sudah diubahsuai menjadi rumah batu tetapi di atasnya masih mengekalkan ciri-ciri lama iaitu kayu. Standard lah, rumah kampung memang banyak rupa macam ni.

Tinggal kat kampung, malam-malam kenderaan memang jarang lalu lalang. Jadi, kalau dah lewat sangat, sunyi betul-betul menyelubungi malam. Rumah kayu di atas biasanya akan mengeluarkan bunyi seperti dipijak orang apabila cuaca agak sejuk. Ini kata orang tua-tua. Bila tidur di rumah atas, segala mak nenek bunyi dari hujung kampung boleh kita dengar. Tak syak lagi, suara hanjing berteriak di tengah malam sangat menyeramkan.

Bersedia untuk cerita yang lebih menyeramkan.

Aku suka tidur di rumah atas sebab cuaca sangat sejuk, seronok berbalut dalam selimut. Sangat syok orang Kedah kata. Satu malam, aku terjaga dari tidur. Terdengar bunyi orang mengerang dan mengeluh. Serius sangat kuat. Sampai ke pagi tak boleh tidur. Padan muka. Nak sangat tidur kat atas. Lepas di buat siasatan pada siangnya, aku mendapati suara tersebut datangnya dari seorang pakcik yang tengah sakit dan nazak. Tak lama selepas tu, pakcik ni meninggal.

Cuba korang bayangkan, bunyi erangan pakcik tu sangat kuat padahal rumah pakcik tu agak jauh dari rumah aku. Esok tu, jangan harap aku nak tidur kat atas lagi. Bukan takut, tapi tak berani. Keh3x.

Tuesday, February 22, 2011

tak suka layout baru?

tempat aku dating



hemoii hemoii hemoii
banyak cekadak ye cakap layout baru aku tak lawa
nak kena jumping turning kick lah tu
kalo nak kena, hah sila dekat
hah, dekat lagi sikit

eh, lawa apa layout baru aku ni
mengancam apa
bijik-bijik polkadot
macam taik musang bulat-bulat

layout baru ni agak classic sikit
dolu-dolu punya stail
kena la retro sikit
baru nampak menarik tertarik dan sangat da bomb
kalo tak ada layout dolu-dolu
mana la nak ada layout baru macam sekarang ni

ni la yang tun mahathir kata nih
melayu mudah lupa
lupa pada yang lama
asyik dok teringat yang baru
maksud aku, terlalu mengagungkan layout baru
sampai melupakan layout lama yang agak bergaya

ok, aku yakin blog aku sangat bergaya sekarang
gaya, mutu, keunggulan, itulah belog GC
hihi

Monday, February 21, 2011

merisik di risik

Semalam saya dengan aksi penyibuk tahap skuad melodi, telah mengekori keluarga mentua saya, pergi merisik bunga di taman larangan buat abang ipar saya. Majlis merisik yang dirancang, akhirnya bertukar menjadi majlis bertunang.

Molek sangat lah tu, kalau merisik saja kena bawak cincin tanda, bertunang nanti ada lagi cincin tanda. Nikah nanti pun mesti ada. Besar pulak budget pihak lelaki. Susah nak kahwin ni. Lebih-lebih lagi dalam bab penyediaan duit hantaran oleh pihak lelaki.

Macam biasa, standard degree, kerja gomen, hantaran mesti 9 ribu, mas kahwin seribu. Total 10 ribu. Bapak si bunga di taman larangan cakap, ini kira standard lah ni, sebab anak sedara dia hari tu pun 10 ribu jugak. Keh3x.

Dah sembang pum pang pum pang, masa yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Makan time. Cedok mee goreng masuk dalam pinggan, cedok udang besar lima enam ekor masuk dalam pinggan, makan dengan aksi sopan, suap kek yang sedap ke dalam mulut, malu kalau makan tak senonoh, tunduk je mengadap lantai. Sopan kan saya?

Apa motif saya cerita ni, sebab saya teringatkan kek yang sedap itu. Aiyooo.. Lupa nak mintak tapau sikit.. Rugi.. Rugi..

Friday, February 18, 2011

karya sasterawan tak berapa terkenal



Rasa macam ada bakat, tapi takut kena gelak. Lantak la, sendiri punya blog, suka hati mau tulis apa. Kalau suka, sila klik 'like' button yang memang originally aku dah di halimunankan button tersebut. Hahaha.


Dalam mimpi, aku lihat mereka
Aku senyum pada mereka, tapi mereka memalingkan muka
Aku pegang tangan mereka, seorang demi seorang
Mereka tolak aku rebah ke tanah
Aku mengaduh, sakit sangat
Ada air jernih mengalir laju di pipi
Aku lap, aku seka airmata itu
Terasa senak di perut, ohhh kesian anak dalam kandunganku
Dia turut sama menanggung kesakitanku

Aku berjalan perlahan, meninggalkan mereka
Mereka ketawa puas melihat aku menangis
Mereka menjerit "jangan berani ke sini lagi"
Aku menangis, tapi tangisku sedikit sahaja
Aku sudah mampu mengawal rasa sakitku
Mungkin kekuatan yang aku kutip dari anak dalam rahimku

Terjaga dari tidur
Aku usap perutku perlahan-lahan
Wahai anak, berjanji lah untuk bersama aku
Aku perlukan kekuatan mu

Tekadku
Aku akan terus kuat
Aku takkan menangis
Aku memang takkan kembali lagi

Aku terima ujian Allah ini
Untuk menguji keimananku
Aku redha, tak lupa aku titipkan doa buat mereka
Semoga mereka sentiasa dalam rahmat Allah

Aku senyum
Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ini


*Kadang-kadang kita di uji, menangislah kalau itu bisa buat kita lega.

* Psttttt.. Psttttt... Ada bakat tak? Keh3x.

Thursday, February 17, 2011

soalan jenis nak mintak flying kick barang 5 dassss

Situasi 1

Tahun ni umur aku dah masuk 26 tahun. Aku masih bujang. Aku berkelulusan ijazah dari sebuah universiti tempatan. Cukuplah kalau aku bagitau, nama aku Sopiah Jeng. Aku tinggal di sebuah kampung yang mana masyarakatnya sangat mengambil berat aka sangat bizi bodi. Terima kasih atas rasa prihatin masyarakat di sekelilingku pasal status aku yang masih belum berkahwin.

Pada usia 23 tahun aku menamatkan pengajian di universiti, aku kira inilah masa yang sesuai untuk aku bekerja dan membalas jasa mak dan ayah membesarkan aku selama ni. Alhamdulillah, aku mendapat pekerjaan yang baik di Pulau Pinang, tidak jauh dari kampung halamanku. Tiap 2 minggu sekali, aku akan pulang menjenguk orang tua ku.

Namun, tiap kali balik ke kampung, aku terpaksa menahan rasa geramku terhadap orang kampung yang asyik-asyik bertanyakan soalan yang sama. Kahwin, kahwin, kahwin. Bagi mereka, apa guna masuk universiti dan ada pekerjaan yang baik, tapi jadi anak dara tua. Salahkah aku kalau jodohku lambat sedikit dari orang lain???



Situasi 2

Aku sudah setahun mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, aku bahagia di sisi suamiku. Aku dan suamiku sama-sama bekerja. Dan setiap hari, aku akan cuba untuk masak makanan kegemaran suamiku, dan jika terlalu penat untuk memasak, kami akan makan bersama-sama di luar. Hujung minggu kami habiskan masa dengan keluar berjalan-jalan dan menonton wayang.

Aku selalu mengelak untuk pulang ke kampung sebab kerapkali, soalan yang di tanya betul-betul membuatkan aku sakit hati. Anak. Anak. Anak.

Bukan aku dan suamiku tak mahu anak sebagai penyeri rumahtangga kami tapi belum ada rezeki buat kami. Jumpa pakar pun sudah, kami sama-sama normal, tak mandul.



Ya Allah, kuatkan semangatku.



Gambar sekadar hiasan.

Wednesday, February 16, 2011

ada orang nak tarik kereta???

Cerita ni jadi dalam minggu lepas kalau tak salah aku. Petang, masa tu baru balik keja. Kat guard house, masa nak scan pass, tetiba je pak guard tu tahan kereta aku. Aku cuak jugak, mungkin sebab sekarang pelekat kenderaan dah dikuatkuasakan, tapi kereta aku belum ada pelekat kenderaan lagi. Grrrrr. Tak pun, memang pak guard tu saja tahan kereta aku sebab nak mintak nombor telefon. Almaklum la, hari-hari lalu, kot-kot dia terjatuh cinta. Walaupun dah kahwin, tapi muka still sweet-sweet gitu macam muda remaja. Who knows kan?? Kih3x.

"Ada India nak tarik kereta, baik blah. Dalam pukul 7 baru masuk balik", pak guard tu bagi arahan.

"Pehal pulak ada orang nak tarik kereta saya, bulan-bulan saya bayar tak pernah missed. Saya sendiri yang bayar, lewat pun tak pernah", signal angin puting beliung dah mula mencanak naik ke kepala. Terus tak boleh nak cakap sopan-sopan.

"Haa.. Betul la no plat kereta ni, P** 84**. Kereta warna putih. Baik blah dulu, nanti baru masuk", pak guard tu cuba nak tunjuk hero konon-konon nak selamatkan kereta aku dari kena tarik.

"Pehal pulak", aku dah kali ke berapa asyik ulang dialog tu. Bengang gila.

Tetiba datang sorang lagi pak guard, datang usya roadtax kereta aku. OK, tengok lah puas-puas sebelum aku korek bijik mata kau dan aku kutip bijik mata tu, balik buat sup. Grrrr...

"Eh, bukan kereta ni. Roadtax hidup lagi ni. Kereta yang satu lagi tu roadtax dah mati tahun lepas, installment pun dah lama tak bayar", mujur brader pak guard ni bijak dengan mengeluarkan statement macam tu, kalau tak, nahas je tak dak bijik mata.

"Bang, ada sebijik lagi kereta, same model, same color, plat no. pun hampir sama, P** 84 jugak, cuma beza dua nombor kat belakang", aku terus tekan minyak kuat-kuat, ala-ala Michael Schumacher, saja nak tunjuk lagak kata kereta aku masih suci dan dara, dari kena notis dengan pihak bank.



** Lepas dari kes tu, serius dah lama aku tak nampak kembar kereta aku. Please noted yang kereta aku better dari kereta tersebut sebab kereta aku sangat bersih dan comel seperti tuannya, tak macam kereta yang satu lagi tu. Hihi.

Monday, February 14, 2011

lawak yang lebih lawak dari raja lawak

Rugi sapa tak tengok ujibakat kat Mentor semalam
Sumpah lawak
Lebih lawak dari tengok Raja Lawak

Kalau tak dak bakat tu, tolong la terima hakikat
Dah Ajai suruh balik tu, balik je la
Jangan buat bantahan, jangan teriak-teriak
Sangat buruk
Kalau muka kacak tapi teriak, itu boleh di terima
Haha

Serius lawak, ohhh lawaknya
Ada jugak yang cakap, dia tu pengganti Awie
Aiyooooo
Sangat nak putuih urat kentut kalau banyak gelak

Friday, February 11, 2011

I want to speak english

Sometimes, people want to speak english, but look very weird if you don't know how to speak english but you still want to speak. But, if we don't try and feel shy-shy cat, forever we cannot speak. Ohhh my God. Can you understand what I try to tell you??? If you don't understand me, confirm you cannot speak english very well. Seriously, I look stupid when I speak in Malay. WTH??????

That day, I open my facebook account. I read my friend status, she said, "Abortion for two times". I thought, she try to abort the baby for the second time, but I wrong. So, I ask my friend, my friend is very clever in english. My friend said, the right word is miscarriage. Then, I agree with my friend. Even I not so clever to speak english, but I don't want to make myself feel shy if I use wrong words, then people can easily laugh and laugh at me. Damn!!

Then, I laugh at my sister. She also not so clever to speak english but so perasan she is very clever to speak. Haha. I laugh at her. What lah you ni, i said to her. She angry at me, he kick me. I kick her back because she very rude to me, I am her older sister, she cannot kick me, only me can kick her. Haha. Very crazy pig la my sister. I laugh at her because she said Baby Doll. I laugh and laugh, I said, not baby doll, its barbie doll. My sister said, it same what. Ohhh.. She dont want to believe me. I don't care about her, I don't want to teach her anymore. Let people laugh at her next time if she use wrong words.

What I think is, people always want to show off that they can speak english and know that words, but sometimes it's not. Like the celebrity in Malaysia, they like to use 2,3 words in english, but then continue with bahasa. What la, if you want to speak, you speak la, not need to mixed english and bahasa, just like me. This is my first time you know, I write in english for my blog. I very happy because I show that I good in english because all of you also can understand what I try to share with you all.

If you don't understand, I suggest to you all, find the words in dictionary, that the way my teacher teach me during school long-long time ago. That's why my english is good now.

Ok, I want to drink Milo, because drink Milo you feel very good and clever, just like me. See you later.

Thursday, February 10, 2011

nasik putih + ikan kembung + kicap

Syahdunya ku rasa di saat ini.. huhu.. Kat kampung arini, mak ayah buat kenduri doa selamat sebab adik dah selamat setelkan study dia kat UTM. Cadangnya, dia nak sambung lagi. Mak ayah tak pernah pulak buat kenduri untuk aku, almaklumla mengaji tak berapa cemerlang. Haha. Cukup la kenduri kahwin untuk aku. Haha. Terima kasih mak ayah.

Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru 2 hari lepas pi tadika, meloncat bagai nak rak dengan kawan-kawan. Masa tu tak kira jantina, lelaki atau perempuan, semua rapat. Budak-budak sekarang, belum masuk tadika lagi dah pandai cintan cintun.

Masa tu, dekat dengan tadika, ada pokok koko milik orang yang tinggal dekat dengan tadika tu. Aku dengan kawan-kawan, selalu curi  ambik buah koko. Sedap, manis. Kadang-kadang, belum masak pun kami dah makan. Kat situ jugak ada pokok jambu batu. Biji jambu tu warna merah. Selalu mintak budak-budak lelaki panjat pokok dan ambikkan jambu.

Balik je tadika, terus nak makan. Masa tu, rasa sangat heaven kalau dapat makan nasik hasil dari suapan mak. Mak balik je dari motong getah, tak kisah tangan masih ada bau busuk, aku dan adik-adik makan dengan lahap. Mak letak nasik sepinggan, ikan kembung sekor, tuang toyu aka kicap, aku dan dua adik lagi duduk keliling mak, berebut nak mak suap. Telan nasik laju-laju, sebab nak mak suap lagi.

Orang tua-tua cakap, kalau tak mau adik beradik suka gaduh, buat la macam ni. Suapkan anak-anak tu, sorang demi sorang, insyaallah dah besar nanti, tak gaduh. Tapi kerap jugak aku gaduh dengan adik-adik aku, sebab depa suka cilok baju aku. Almaklumlah, satu saiz. Baju kurung yang paling best, kami empat orang anak perempuan mak ayah, boleh share pakai baju kurung sebab saiz yang lebih kurang. Hehe.

gelandangan


Saya GC, wartawan 365 darjah celcius, berada di Jalan Haji Taib, ingin menemuramah beberapa orang gelandangan ataupun homeless people yang sedang berada di kawasan ini. Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih kurang 200 orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan menjadikan kaki lima sebagai tempat tidur mereka. Surat khabar dan kotak-kotak lusuh dijadikan alas sebagai 'tilam vono' mereka.

Ok, bersama saya sekarang adalah Abang Mat yang berasal dari Kedah, yang datang ke Kuala Lumpur ini untuk mencari kerja. Walaupun tidak mempunyai sijil pelajaran yang tinggi, tapi Abang Mat merasakan Kuala Lumpur adalah tempat yang paling mantop untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sekolah tak pandai mana.

GC: Ok Abang Mat, boleh cerita sikit latar belakang Abang Mat, asal dari mana, pekerjaan Abang Mat, sudah kahwin atau belum. Hihi.

Abang Mat: Abang Mat mai ke Kola Lumpuq ni 10 tahun lepas. Abang Mat asai dari Kedah, umuq dah 35 tahun, belum kahwin dan bujang trang tang tang.

GC: Abang Mat mempunyai pekerjaan atau tidak, dan bagaimana Abang Mat boleh tinggal di kawasan ini.

Abang Mat: Abang Mat kheja sebagai pak guard, tapi gaji Abang Mat tak berapa nak cukup kalau nak sewa rumah, sewa rumah kat KL ni mahaiii, mana Abang Mat mampu, gaji pun kecik. Sebab tu Abang Mat pilih nak tidoq kat sini ja. Sewa rumah, bil api, bil ayaq semua tak kena bayaq.

GC: Adakah keluarga Abang Mat tahu keadaan Abang Mat yang tinggal merempat macam ni?

Abang Mat: Depa semua tak tau, kalau ada sapa-sapa nak mai sini, nak melawat Abang Mat, Abang Mat tak bagi, Abang Mat suruh depa tunggu Abang Mat kat kampung saja. Abang Mat malu kalau depa tau Abang Mat dok kat tempat macam ni.

GC: Ok Abang Mat, terima kasih sebab sudi di temubual.


Skrettttttttttttttttttt... Iklan serbuk pencuci.... Pung pang pung pang....

GC: Sekarang bersama kita adalah Norma Zakaria yang hanya mahu di kenali sebagai Norm. Glemer betul nama beliau. Ok Norm, boleh cerita sikit macam mana Norm boleh jadikan kawasan kaki lima ni sebagai rumah Norm.

Norm: Saya ni sebenarnya gaduh dengan family, lepas tu saya keluar dari rumah, taktau mana tempat nak tuju, jadi saya tinggal kat sini. Sini pun ramai kawan, saya tak kisah sangat. Kadang-kadang ada orang datang bagi kitorang makanan, pakaian. Jadi, saya OK je la tinggal kat sini. Biar la keluarga saya buang saya, saya tak kisah. Lagipun dah lama saya hidup merempat macam ni. Untuk keluarga saya, kenang daku dalam doa mu.

GC: Keh3x. Poyo je Norm ni. Ok, terima kasih.


Terima kasih di ucapkan kepada NGO-NGO mahupun orang perseorangan yang sudi menghulurkan sumbangan buat komuniti gelandangan kita ini. Saya pasti, komuniti seperti ini tidak hanya berada di sekitar Bandaraya KL ini, tapi turut juga berada di seluruh Malaysia. Mungkin ada sebilangan dari golongan ini yang dipinggirkan oleh ahli keluarga masing-masing, ataupun mungkin yang hidup sebatang kera kara. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, haruslah sama-sama membantu golongan ini. Janganlah rakyat negara lain dibantu, tapi rakyat Malaysia sendiri terbiar seperti pengemis. Sekian saja rancangan kita pada hari ini, jumpa lagi minggu depan, pada hari dan waktu yang sama. Majulah sukan untuk negara. Drive safely, ingatlah orang yang tersayang.


Skrettttttttttttttttttt... Iklan ubat gigi cap daun lidah buaya... Pung pang pung pang...

Wednesday, February 9, 2011

kerja kosong

Company kawan gua ada buat iklan untuk kekosongan kat situ. Sapa-sapa berminat, boleh email resume kat email yang tertera kat bawah. Company ni bukan company cikai cap ayam, boleh la cuba. Mana tau, rezeki tahun 2011, dapat keja kat sini.

BKH tu stand for BUKIT KAYU HITAM. Company ni ada cawangan kat Ipoh, Penang, dan Bukit Kayu Hitam. Ni je yang gua tau. Cawangan lain, gua tak tau. Malas pulak nak google. Keh3x.

Jawatan kosong:
 
I. Penyelia di Jabatan Operasi – (2) Kekosongan ( IPOH / BKH)
II. Penyelia Bahagian Billing (1) Kekosongan ( BKH)
III. Penyelia Jabatan Sumber Manusia ( 1 ) Kekosongan (BKH)


Sila email: Najitul.akmar@kn.com.my
 
 
ps: kalo dapat keja ni, jangan lupa belanja aku makan kek sikeret resepi.. hehehe..
 

Monday, February 7, 2011

empat hari tak hapdet blog

cuti empat hari
khamis, jumaat, sabtu dan ahad
4 hari tak hapdet blog
rindu aku tak??

tak rindu??
ok, fine
(merajuk, nak bawak diri)

khamis pagi bertolak ke Pangkor
orang ramai sangat, sendat macam dalam tin sardin!
jumaat dah balik
pekan Lumut memang sendat!!
Sabtu petang keluar dating dengan cik abang
Perghhhh.. jalan jammed!!!
Mujur merempit naik motor, senang nak cilok kanan kiri
Jaga bang, kang sedaq2 lutut ayang tersangkut kat keta orang

Hari ni mai ofis rasa macam orang lalok
Muka blur semacam
Serius best kalo cuti ni sambung lagi 5 hari
Takpun sambung terus seminggu
Eh tak, nak sambung cuti sebulan terus
Tapi... Hujung bulan gaji masyukkk macam biasa
Ok, tu kalau kompeni ni bapak aku yang punya

"Ayah, bulan ni cek nak work from home. Gaji cek don't forget ahh, bank in awal sikit".
Gamaknya, terus bankrap kompeni bapak aku kalo dapat pekerja merangkap anak yang macam ni

Ok, dah melalut tak tentu pasal
Tadi masa lunch time
Sempat tengok pelajar-pelajar Malaysia yang selamat sampai dari Mesir
Ayaq mata ni senang sangat nak keluar
Sayu, sebak
Alhamdulillah, semua selamat tiba di tanahair

Terima kasih PM
Terima kasih bini PM jugak
Terima kasih Tabung Haji
Terima kasih MAS
Terima kasih AIR ASIA
Terima kasih semua

Wednesday, February 2, 2011

cuti sekolah adalah musim makan kenduri

Pihak lelaki: "Kami datang bawak hajat. Hajat besar, menggunung tinggi. Harap sudi terima hajat kami ni".


Pihak perempuan: "Apa hajat yang tinggi menggunung tu? Tinggi Gunung Everest kah? Kih3x".


Pihak lelaki: "Cisssskek.. Buat lawak cerdik pulak. Ok.. Ok.. Berlagak cool, kang pinangan di tolak, naiya".


Pihak perempuan: "Maaf la ye, bergurau. Tak leh bergurau, dok surau... Kah3x... Mari gelak secara marathon".


Pihak lelaki: "Grrr.. Demmm siot bakal besan aku nih. Grrr.. Kena sabar lagi. Cenyum, cenyum. Ok Encik Dollah, kedatangan kami yang ramai sampai sebijik bas dari jauh sampai penuh rumah Encik Dollah ni sampai ada yang kena bersila kat luar, ada hajat, nak meminang anak dara Encik Dollah untuk anak teruna saya".


Pihak perempuan: "Ohh.. begitu. Jadi, yang mana satu anak saya yang menjadi pilihan hati anak Encik Samad, sebab saya ni memang ada ramai anak perempuan. Hohoho.. Untung.. Untung".


Pihak lelaki: "Anak teruna saya amat lah berkenan dengan anak Encik Dollah yang bernama Dayah, Dayah binti Dollah. Jadi, macam mana??".


Pihak perempuan: "Ohhh.. Anak saya Dayah Dollah tu memang ramai yang datang bertanya, tapi saya belum mahu lepas lagi anak saya tu, almaklum la, baru sangat habis SPM, masak pun belum pandai. Tapi, dah tengok semangat Encik Samad sekeluarga ni, datang ramai-ramai ke rumah saya, saya rasa, saya rela hati nak lepaskan Si Dayah Dollah ni. Hihi. Untung.. Untung".


Pihak lelaki: "Bagus.. Bagus.. Jadi, berapa hantaran yang Encik Dollah sanggup nak letak ni??"


Pihak perempuan: "Ishh..Segan pulak saya nak cakap pasal ni. Hihi. Letak murah-murah saja. Lagipun, anak saya tu, SPM pun tahap tak ada gred, pangkat lebih dari pangkat tiga. Masak pun tak berapa pandai. Jadi, boleh la noh kalau saya letak hantaran Si Dayah Dollah ni dalam Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu, mas kawin sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu, Sembilan Ratus, Sembilan Puluh Sembilan Ringgit, Sembilan Puluh Sembilan Sen, dan barang kemas serba satu! Hihi. Bukan apa, sekarang ni, barang naik harga, minyak petrol RON 97 pun baru saja naik lagi sekupang. Keh3x".


Pihak lelaki: "Glurrrpp.. Tak boleh kurang sikit ka Encik Dollah. Mahal kemain Dayah Dollah ni. SPM pun teruk, masak tu belum tentu boleh lagi. Harap muka saja boleh tahan''.


Pihak perempuan: "Itu dah kira murah lah Encik Samad oiiiii, apa ingat anak saya ni spenda yang jual kat pasar malam, boleh mintak kurang. Kalau nak, ambik. Kalau tak mau, sudehhh!! Ramai lagi yang mau kat anak saya tu. Putih, tinggi lampai, walaupun tak pandai masak, kerja kilang elektronik saja, tapi ramai yang mauuu okeh''.


Pihak lelaki: "Cehhh.. Tak hingin aku nak dapat besan mata duitan macam ni. Ok lah, kansellll... Tak jadi!! Kami chow dulu. Assalamualaikum".


Pihak perempuan: "Pinggan tak retak, nasik tak dingin, orang tak hendak, kami sikit pun tak hinginnnnnnnnnn... Waalaikumussalam".




ps: terkejut sebab ada mak bapak yang sanggup letak hantaran anak tinggi-tinggi, kerja tak, sekolah pun takat SPM ja, harap muka saja lawa. harap-harap perempuan tu pandai buat kerja rumah, pandai ilmu agama.

Tuesday, February 1, 2011

Nestle Low Fat Milk

Low Fat Milk = Susu Lemak Rendah



Bukan kat kotak ni, tapi kat kotak yang kalau kita beli 1 carton
kat situ ada tulis Susu Lemak Rendah


Serius, aku nampak kat kotak tu tulis macam ni
Sepatutnya, Susu Rendah Lemak kan???
Ker, Rendah Lemak Susu???
Demmm.. Konfius..








assalamualaikum salam sejahtera

Tahniah buat brader Lin Dan sebab berjaya mengalahkan Dato' Lee Chong Wei.
Kononnya, Dato' Lee Chong Wei kalah sebab asyik fikir pasal masalah
Misbun dan BAM. Alololo.. So sweet.



Ucapan selamat pagi atau morning tu sebenarnya simple sangat. Kalau sesama Islam tu, lebih baik ucap salam. Betoi dak? Kalau betoi, boleh angguk kepala sebanyak dua kali. Alhamdulillah, betul-betul dengar arahan.

Aku baru lagi kat tempat kerja ni, baru masuk dua bulan, tapi aku rasa orang-orang kat sini agak mesra kalau nak aku bandingkan dengan orang-orang kat tempat kerja lama. Dah dua syarikat aku kerja, tapi aku tak pernah di kelilingi oleh ramai pekerja Melayu.

Syarikat lama, majoriti bangsa Cina. Aku satu-satunya Melayu yang bertudung kat situ daripada semua department, contohnya HR, Purchasing, Admin, Shipping, IT dan Finance. Makna kata, kalau sapa-sapa pi situ, mesti akan nampak kepelikkan seorang budak yang bertudung sebab yang lain semua tak pakai tudung.
Di situ, boss pun tak pernah ucap selamat pagi.

Di tempat baru, aku di kelilingi oleh bangsa asing yang bukan makhluk asing. Kebanyakkan staff kat sini warga Finland dan sangat tak ramai orang tempatan. Tapi aku rasa, mereka-mereka ni sangat mesra. Pagi-pagi sampai ofis, ucap selamat pagi. Nak balik, say goodbye walaupun tak pernah cakap dengan mereka. Tak kira apa pangkat mereka, Manager hatta President sekali pun kalau sampai ofis terus ucap selamat pagi.

Bangsa asing tak pernah pertikai kenapa wanita Islam kena pakai tudung, kena tutup aurat, kenapa tak boleh makan babi. Bangsa C kat tempat lama, mungkin pergaulan mereka dengan Melayu kurang, jadi ada setengah bangsa C ni yang sangat kolot. Sampaikan ada yang pernah tanya, orang Islam tak boleh potong bulu ketiak kan. Kah3x.

Grrr.. serius pulak topik hari ni. Daripada nak stori mori pasal selamat pagi je, dah masuk kepada isu agama dan bangsa pulak. Ok la, caucendolpuluttttt...