Thursday, March 31, 2011

susu anlene!

Lagi-lagi cerita pasal Tok aku. Heheh.


Tok aku umur dah masuk 80 tahun lebih. Mata tok aku ni tak berapa clear, pasal muda-muda dulu katanya daun padi yang tajam tu tercucuk kat mata. Bukan tak nampak langsung, nampak, tapi agak kabur la. Kira duit nampak lagi, tu kira mata clear lagi lah tu.

Kat rumah kadang-kadang tak dak sapa-sapa, sebab mak dengan ayah aku ke kebun waktu pagi, aku pulak balik kampung masa hujung minggu. Adik-adik aku, semester break nanti baru tercongok kat kampung.

Jadi, kalau tok aku nak minum kopi ka, dia masih kuat nak buat sendiri. Tapi, masa tu aku dengan adik memang ada kat rumah. Adik aku ke dapur, tengok telatah tok aku nak buat air. Dia diam je, sambil perhati dari belakang, tengok tok aku dok buka balang yang dia ingat bekas susu anlene.

Tok aku pun cedok la 2 camca 'susu anlene' dan kacau-kacau sehingga sebati. Tapi, tak sebati pulak. Jadi berketul-ketul. Lama sikit tok aku kacau ayaq susu dalam cawan, dan dia pun berpuas hati. Tok aku pun minum la ayaq susu yang lazat itu.

Sekali aku dengar adik aku gelak macam tengah layan cerita Jozan. Aku pun ke dapur, tanya pasaipa gelak macam hantu je nih. Dia habaq, tok aku buat ayaq susu, tapi bukan guna susu anlene, tapi guna tepung pulut. Sapa la punya kerja pi letak bekas tepung pulut kat situ. Naiya ja tok aku pagi tu, pi minum ayaq tepung pulut.

Sampai sudah tok aku taktau yang pagi tu dia tak minum ayaq susu anlene, tapi ayaq susu tepung pulut. Hantam saja lah tok oiii, janji ayaq tu kaler putih. Wahahahaha.

Wednesday, March 30, 2011

abang polis trafik

petang tu akak ke kedai runcit, dekat je dengan umah akak ni
seat belt malas la akak nak pakai
skema betul, pergi kedai dalam kawasan kampung pun nak pakai seat belt

lepas pilih barang lebih kurang dan bayar, akak pun balik lah
takkan nak ajak brader kedai runcit tu pergi dating pulak kan
sangat lah melampau

masa akak nak balik tu pun, akak tetap tak pakai seat belt
lagipun akak kan pernah jadi Penang driver yang berhemah
jadi, pemanduan akak sangat lah bersopan santun di atas jalan raya
*ok, sila percaya

akak tak perasan ada abang polis kat depan
dah dekat baru akak perasan ada polis
akak apa lagi, terus sentap
tarik seat belt tu dengan kuasa henjutan cap kuasa kuda
entah macam mana, akak boleh ter free gear keta akak
sebab akak dah gelabah sangat
mujur dah dekat dengan abang polis tu, akak dah selamat pakai selt belt

jadi, akak pun pura-pura tak ada apa-apa
terus tekan minyak, bawak slow-slow kang, naiya ja kena tahan
akak pun main tekan je la pedal minyak tu kuat-kuat
sekali kereta berbunyi kuat
macam akak pergi remmmmm kat polis tu
aiyakssss.. akak terfree gear tadi..


* ni kalau akak tetiba dapat surat saman
   akak syak sebab akak berlaku biadap kat polis tersebut
   maaf ye bang, tak sengaja

Tuesday, March 29, 2011

ON DIET!!!

hey.. semalam saya ke kelinik, untuk monthly check up.. hemoglobin saya turun ke 10.5, sebelum ni 11.2. hahaha. lagi 2 minggu, saya kena ke kelinik semula. hampeh!! saya tak suka ke kelinik, sebab orang ramai. tapi saya pelik, semalam orang tak berapa ramai.

alkisahnya, berat saya naik 2.5 kilo dalam masa sebulan!! hamekkkk kauuu.. melantak tak hengat.. mee, bihun, nasik, semua saya telan, tak kira pagi, petang, siang mahupun malam. jadi, saya dalam proses mendietkan diri saya. (cakap je nak diet, tapi jangan percaya sangat)

di sebabkan hemoglobin saya dah turun dan turun lagi, saya dengan gelabahnya terus pergi beli kerang. orang cakap, makan bayam pun OK. tapi saya kan tak suka sayur. ohhh...peritnya nak makan sayur. saya rasa saya beli kerang tu dalam kuantiti yang banyak, tapi yang banyak itu rupanya kulit kerang sahaja, isi kerang sangat sikitttt.. kerang-kerang slim.

saya pun dah mula telan ubat. hahahaha. susah benor nak makan ubat, dah jadi  macam ni, baru lah gelabah nak makan ubat. ok2, saya nak jadi manusia berdisiplin. contohi saya. kiranya semalam saya MC, tapi rasa macam hari ni adalah hari isnin pulak. hahahaha.

Friday, March 25, 2011

termos, bukan termometer

Lagi-lagi kisah benar. Macam biasa, nama watak akan ditukar untuk menghormati perasaan mereka yang terlibat.


Ada seorang cucu yang baik, yang mengasihi neneknya walaupun kerap kali mereka bergaduh kerana si cucu nak tengok TV, tapi si nenek ajak si cucu menemani beliau makan-makan di dapur. Ahhh nenek, ada cerita best di TV, si cucu suka layan cerita Wonderpets, Wonderpets kami datang, membantu anak tikus yang kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudahhhh... yeayyyy.. Wonderpets.. Begitulah kisahnya.

Satu hari si cucu berada di dapur, mengemas pinggan mangkuk di dapur sambil terpandangkan termos milik neneknya. Kesian si cucu mengingatkan mata nenek yang agak rabun, jadi si cucu dengan rasa baik dan rajinnya, segera mengambil termos neneknya itu dan mencuci. Kesian nenek, mesti dah lama termos tersebut tidak berbasuh.

Si cucu cuci termos tersebut, ahh.. macam mana hendak cuci bahagian dalam termos ni?? Bahagian dalam termos ni sempit dan kecil, macam mana hendak memasukkan tangan ke dalam? ahhhh.. kuciwa sudahhhh si cucu.

Si cucu yang bijak lagi pandai serta rajin teringatkan idea si emak yang menggunakan pasir untuk mencuci bahagian dalam botol kicap kerana botol kicap ada sesetengahnya dijual kepada pakcik yang beli botol. Tapi si cucu fikir, apa kejadah nak letak pasir dalam termos, nanti kuman dan bakteria melekat pada termos tersebut.

Uikkksss.. apa susah. Gunakan saja garam kasar. Maka si cucu dengan riang seperti kanak-kanak Ribena yang riang, segera memasukkan beberapa sudu garam kasar ke dalam termos dan menggoncangkan termos tersebut seperti menari tarian gelek gerudi kakak Inul. Untuk kesan yang lebih bersih, si cucu membiarkan sebentar termos tersebut dan pergi menonton TV semula. Tapi akhirnya si cucu lupa akan termos tersebut kerana asyik bergelak menonton TV.


 ***************************


Tidak lama kemudian, si nenek mengadu yang air kopinya rasa sangat masin. Si nenek yang tidak tahu apa-apa telah mengisikan air panas ke dalam termos tersebut. Kecoh satu rumah mencari punca kenapa air kopi boleh jadi masin. Si cucu yang baik tadi segera teringatkan termos neneknya dan mencuci termos tersebut sehingga hilang bau, warna dan rasa. Tadaaaaa... Kan dah tak ada rasa masin lagi. Sampai sudah, rahsia air kopi masin tersebut tidak di ketahui ramai.

Thursday, March 24, 2011

Hantu Kak Limah bertemu jiran

Ini cerita benar. Tapi, segala watak telah ditukar untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Harap maklum.


Sepasang suami isteri yang baru berkahwin, baru sahaja menduduki rumah yang di sewa. Rumah tersebut kosong, tak ada sebarang perabot masa mereka memasuki rumah tersebut. Cerita berkenaan perabot amatlah tidak relevan dengan cerita hantu.

Si suami bekerja di sebuah kilang yang mempunyai 2 shif. Satu hari, ketika si isteri tinggal di rumah seorang diri, lebih tepat lagi ketika hampir waktu maghrib, tiba-tiba si isteri mendengar seperti grill rumahnya di goyang. Mangga yang memang terkunci pada grill bergoyang-goyang sambil berbunyi. Si isteri diam, sambil memikirkan mungkin si suami cuba menakutkan si isteri.

Kemudian, si isteri mendengar pula seperti grill di goyang di bahagian dapur. Ahhh.. Sudah. Jangan main-main. Kali ini si isteri bangun dan pergi memeriksa di dapur. Nothing! Segera si isteri ambil wuduk dan solat maghrib. Baca yassin, biar semua gangguan yang ada tadi tidak datang lagi. Harap-harap begitu.

Apabila si suami pulang keesokkan harinya, terus di khabarkan cerita seram tersebut. Si suami memberikan ayat-ayat perangsang supaya si isteri tidak takut untuk berada seorang diri lagi selepas ini. Mana tahu, mungkin ada gangguan lagi.

Selang beberapa hari kemudian, dan ketika ini si isteri masih tinggal berseorangan, dia terdengar lagi seperti grill rumahnya di goyang dengan kuat. Kali ini si isteri bangun dengan berani, ingin berhadapan dengan Hantu Kak Limah (kalau mungkin Hantu Kak Limah yang terpacul disitu), kalau bukan Hantu Kak Limah pun, si isteri redha. Mungkin koman-koman si isteri pengsan, takpun histeria.

Bertindak seperti seorang krew Seekers, takpun wartawan Misteri Nusantara, si isteri yang berani tadi terus buka pintu dannnnnnnnnnnnnnnnnn.. kelihatan di situ Hantu Kak Limah versi beruk yang terkejut beruk sebab mungkin beliau tidak sangka si isteri akan buka pintu dan memeranjatkan beliau.



* Beruk nak say hi kat jiran baru.. Sabo je lahhhhh..

Wednesday, March 23, 2011

menjawab persoalan

Selalu kan aku cite pasal makanan? Hahaha.. Aku memang tertarik dan menggilai makanan.. Ayat macam harammmmm.. Haha.. Bila aku asyik post pasal makan dan makanan, ada beberapa individu yang dapat meneka yang manusia blogger bernama GC ni sudah 'berisi' kah?

Berisi tu bukan seperti terlebih makan sehingga menyebabkan faktor fizikal badan terus mengembang seperti adunan kek yang di letakkan tepung naik sendiri, tapi adalah disebabkan oleh faktor lain.

Ok, aku akui, mengikut jangkaan pakar, baby GC akan lahir pada awal Ogos nanti. Dapatlah beliau menyambut raya bersama-sama GC dan keluarga pada tahun ini. Doakan yang terbaik buat GC dan baby GC. Hehehhe.

Jangan risau, aku tak ada sebarang alahan. Sikit-sikit tu kira ok lah, tak teruk pun. Yang penting, aku cepat lapar dan lapar dan lapar. Sebab tu lah aku sekarang ni tembam tembam pun tomeyyyy. Hahaha.




"Jangan risau tau, mak njang GC Zahra okey punyaaaaa. Mak njang GC Zahra kuat makan tau, sebab tu dia gumukssss. Hahahaha. ".

Monday, March 21, 2011

parcel dari bonda

Aku dah lama tak pulang ke kampung. Gamaknya dekat berapa purnama dah. Purnma tu apa? Hantam, sedap jugak guna bahasa macam zaman P Ramlee. Tak, sebenarnya dah berapa bulan aku tak jejak kaki ke kampung halamanku yang tercinta. Busy, ok sangat busy. Terima je la alasan tak berapa munasabah nih.

Terima kasih buat mak kerana mengirimkan yang terbaek buat anaknya. Terima kasih anak buah sebelah rumah yang balik kampung dan sudi membawa pulang pesanan dari mak dan menyerahkannya kepada aku. Berbunga-bunga hati aku bila dapat parcel dari bonda. Berbunga-bunga, kembang jadi berseri hati aku yang amat kangen dengan mak, kangen pada masakan mak.

Dalam plastik berwarna ungu, aku buka bersama suami. Ada jambu air berwarna merah. Aku tahu, ini hasil pokok belakang rumah. Ada pelam, aku tahu juga, itu hasil pokok tepi rumah. Ada jeruk pelam, mesti kakak aku yang buat. Ada pekasam sebalang, aku tahu itu hasil tangan mak aku, ikan di pukat ayah di sungai belakang rumah. Ada sekali garam belacan (colek ataupun kuah rojak), aku tahu hasil tangan mak aku, mesti ingat anak bonda ni tak pandai buat garam belacan yang sedap macam mak buat kan. Hmmm... Ada jugak telur puyuh, pemberian jiran di kampung.

Aku makan jambu air cicah garam belacan yang mak bagi, pedas, masin, manis, semua bercampur. Sedap sangat. Aku rindu mak, air tangan mak. Aku makan jeruk pelam, sedap. Rasanya tetap sama. Sedap macam dulu.

Aku busy, tak berkesempatan nak balik. Hanya doa aku titip buat mak, buat keluarga. Aku mungkin akan balik, tapi tak tahu bila. Tunggu sahaja. Pasti akan tiba masa itu.

3T

Tembam, tembam pun tomeyyyy

Laki saya kata saya nampak tomeyyy sekarang

Ok, saya hepi

Inilah manisnya alam rumahtangga



* Saja nak promote kat kawan-kawan yang belum kahwin. Haha.

Friday, March 18, 2011

kemaluan hilang

Hari ini hari jumaat, kau-kau semua jangan fikir yang lucah-lucah saja
Pergi cuci otak kalau asyik fikir yang lucah-lucah
Saya sangat marah

Entri saya semalam, ada jugak yang fikir lucah
Tak baik tau......!!
Yang otak biru, nanti saya cuci otak awak pakai cloroxxxxx

Eh, semalam awak-awak semua tengok berita tak??
Kesian, ada mayat bayi dijumpai
Kalau tak salah saya, di Penang
Kaki dan tangan serta kemaluan mayat bayi tersebut hilang
Dipercayai di makan oleh binatang

Sampai hati manusia yang bertindak kejam macam tu
Sudahlah engkau lahirkan anak tu tanpa ikatan yang sah
Engkau buang pulak
Bayi tu adalah manusia, bukan sampah
Engkau ingat dia kulit pisang kah, engkau ingat dia tin sardin kah??
Kejamnya engkau!
Engkau ni lebih teruk dari vavi
Vavi pun tak pernah buang anak beliau

Ok, saya emo
Saya emo bila ada manusia vangang macam ni
Saya ada kawan, dia muda dari saya
Dia ada bela anak angkat, saya kagum dengan beliau

Tadi saya emo kan, saya nak minum milo
Bila saya minum milo, saya jadi cool dan sihat dan kuat
Jom minum milo!

Thursday, March 17, 2011

sedap itu subjektif

Gambar sedap yang di cedok dari google.
Versi sambal petai yang berbeza dari cara mak aku masak.




Kamu tahu, sedap itu subjektif

Kalau aku bilang sedap, belum tentu kau akan bilang sedap jugak

Ya, kita tidak sehati dan sejiwa

Tak mengapa


Aku bilang, petai sedap

Kau bilang tidak

Kau bilang durian sedap

Aku muntah dulu



Sedap itu untuk makanan

Sedap pun untuk suara jugak (kalau cakap merdunya suara kamu, sangat skema rama rasanya)

Apa sahaja boleh di bilang sedap

Dapat garu belakang badan pun sedap

Dan lagi sedap, lepas beberapa hari tak berak, tiba-tiba dapat lepaskan hajat yang lama terpendam

Ohhhh.. Sangat sedap


Ok, jemput minum milo yang sedap ini.. kehkehkeh..

Tuhan bayar cash!!

Sejak bila statement "Tuhan bayar cash" ni diguna pakai??
Wallahualam


Ni cerita pasal "Tuhan bayar cash". Dulu masa aku study, aku ada sorang classmate yang poyo. Hahaha. Pernah dia cubit lengan aku sebab aku pakai T-shirt tangan pendek, nampak aurat. OK, kalau nak tegur, tegur baik-baik tauuuu. Jangan cubit-cubit tangan aku, kau cubit, kang aku balas dengan lempang, mauuuu? Hahaha.

Sejak daripada kes kena cubit tu, aku pun insaf. Tipu je, bukan insaf sebab kena cubit, tapi kesedaran tu muncul lepas ustaz cakap, "tak payah nak tayang bulu roma kat lengan kamu kat orang". Baiklah ustaz, saya insaf ni. Sob3x.

Budak poyo tu pun insaf awal sikit dari aku, sebab selalu join tazkirah ustaz. Alhamdulillah, tapi yang macam ngoksss nya, manusia yang dulu pernah cubit lengan aku sebab pakai t-shirt tangan pendek, sekarang slumber pulak pakai.

Ishhh.. ni la ibarat kata pepatah, kera di hutan mati di susukan, anak di rumah mati kelaparan. Sekian cerita saya berkenaan topik hari ini.

Wednesday, March 16, 2011

pekerjaan pertama

Aku pernah cerita kan, yang aku ni orang kampung. Sampai bila-bila pun tetap akan jadi orang kampung. Kehkehkeh. Pekerjaan pertama aku bermajikankan cina tanam cabai kat kebun belakang rumah. Kebun cabai ni sumpah dekat dengan sungai.

Masa ni bukan aku je yang kerja, ramai sangat. Keja mudah, kutip cabai besar yang warna merah masuk dalam guni. 2,3 hari sebelum hari jumaat, memang dah pakat dengan kawan-kawan, nak ikut makcik-makcik dekat rumah pergi kutip cabai.

Masa tu baru sekolah rendah, darjah 4. Pagi-pagi lagi dah bangun awal, kayuh beskal pi kedai beli nasik lemak 2 bungkus, buat bekal nak makan masa rehat nanti. Nasik lemak masa tu murah dan sedap, balut dengan daun pisang, nasik banyak, sambal ikan bilis sedap.

Balik dari kedai, parking beskal kat rumah, dan tak lupa bekal air. Jalan beramai-ramai dengan kawan-kawan dan makcik-makcik ke kebun cabai. Mula kerja pukul 8. Cuaca pagi masa tu, yang amat sejuk. Embun pun masih kat daun. Dengan dekat dengan sungai, kalau terkencing dalam seluar pun tak sedar. Hahaha. Tipu.

Dah sampai kat kebun cabai tu, cepat-cepat cari guni yang tak koyak, yang tak berapa comot, nanti nak isi cabai. Bila tokey cina kata, boleh mula kerja, kami pun berjalan turun ke lorong-lorong cabai yang panjang tu. Sumpah panas tangan kalau terpegang cabai yang dah rosak. Kena berjaga-jaga jugak dengan ulat. Ini perkara penting, aku tak suka ulat. Bila cabai makin memberat dalam guni, boleh panggil abang-abang yang keja angkut cabai, dan depa akan pergi tuang dalam bekas besar yang tokey cina letak.

Kadang-kadang kerja dengan serius, kadang-kadang main-main. Kalau ada makcik-makcik yang nampak, dan nak mengadu kat tokey cina, baru aku dengan kawan-kawan aku lebih tekun bekerja. Bila sampai masa rehat, pegi perabihkan bekal nasik lemak yang aku bawak tadi. Sedap, kenyang. Kemudian sambung kerja.

Serius, gelak-gelak, main, serius balik bila tokey cina dengan makcik-makcik tegur, tengok-tengok habis 1 kebun kami kerjakan, habis semua cabai. Sampai masa, tokey cina suruh beratus nak bayar gaji. Tapak tangan kanan masa tu serius gatai, nak dapat duit lah katakan. Masa tu, dapat 6 ringgit pun ibarat 60 ringgit. Lepas habis kerja, ramai-ramai pergi mandi sungai.

Duit 6 ringgit tu, boleh beli macam-macam masa tu. Choki-choki, cekelat nano-nano, cloud 9, keropok super ring, pagi-pagi pi sekolah pi tapau roti canai dulu kat kedai makan, sampai sekolah, bantai pulak makanan RMT, masa rehat boleh makan nasik, makan laksa. Dulu tak ada nugget, yang ada kacang kuda, kacang rebus, sengkuang yang sapu dengan kuah rojak, atas kuah rojak tu ada plak dengan kacang. Perghhh..

Tokey cina tu bukan takat tanam cabai, sekejap tanam bendi, sekejap timun. Memang masyukkkk. Bestttt..

Tuesday, March 15, 2011

informasi di hujung jari

Best jugak godek-godek gambar kat facebook
Boleh tengok kawan-kawan lama
Boleh tengok gambar bini or laki diorang
Boleh tahu diorang dah ada anak ka blom
Boleh tahu diorang keja mana
Boleh tahu diorang masak apa masa weekend lepas
Boleh tahu masalah diorang
Semuanya kita boleh tauuuuu..

Ohh.. ada jugak member yang baru kahwin
Best woo tengok gambar mereka pergi honeymoon
Ok2,langsung tak jeles
Hahahaha

Ada yang single, bagi peluang untuk orang lain mengorat
Ada yang in relationship with someone
Ada yang married
Yang widow or divorce jarang-jarang jumpa

Ada yang suka cerita anak dia demam, laki dia demam, mak ayah dia demam
Ada yang suka upload-upload gambar
Ada yang suka nak tunjuk kereta yang baru beli
Ada yang jiwang suka tulis lirik lagu sebagai luahan perasaan

Ada yang semua benda nak cerita dalam facebook
Kalau boleh nak semua orang tau pasal dia
Tapi, hati-hati
Tak semua benda boleh di kongsi


Notakakidantangan: Pagi ni terjumpa gambar cikgu komputer masa sekolah menengah dulu. Dulu, sangat kurus kering, sekarang sangat berbadan sasa. Fuyoooo. Kawan-kawan beliau pun stok berbadan sasa jugak. Macam tak percaya je itu cikgu komputer yang kurus kering dulu. Hahaha.

Monday, March 14, 2011

link

Tsunami kat Jepun hari Jumaat lepas, betul-betul menggerunkan
Takziah untuk mereka-mereka dan keluarga
Kawan aku ada bagi link ni, suruh aku tengok
Ada 3 link


Ada benda berwarna putih, apakah benda tersebut?
Helikopter kah?
Tengok kat sini pada saat ke 0.44


Tengok kat sini pada 1.30
Masih jugak objek berwarna putih
Kereta sport kah?


Kat sini pula, pada 2.19
Kali ini berwarna hitam pula
Layang-layang kah?


Apakah benda tersebut?

Friday, March 11, 2011

heyy.. aku orang kampung, engkau orang bandar

Aku lahir di kawasan pedalaman, dalam daerah yang terbesar di negeri Kedah. Bendang, sungai, kebun getah, kebun buah, semua tu adalah tempat paling heaven sekali nak buat apa-apa aktiviti. Kalau hujung minggu, tak sah kalau tak habiskan masa siang di sungai.

Dari pagi sampai bawak ke petang, selagi perut tak lapaq, selagi ayah tak bawah ranting pokok nak tibai, selagi tu tak balik. Kulit masa tu jangan cakap lah, memang hitam. Nak lagi best, pi curi tebu orang yang dekat-dekat sungai. Pi curi timun kat kebun cina, makan dalam sungai. Lapaq punya pasai, nak balik makan kat rumah, sayang pulak nak tinggalkan sungai. Kadang-kadang, bawak bekal nasik dari rumah, mai makan tepi sungai. Lauk ikan temenung goreng dengan toyu (kicap), letak la kuah gulai sikit kalau mak masak gulai, dah memang cukup terbaek, sedap nak mampuihhhh orang Kedah kata.

Nak lagi terbaek, tepi sungai ada pokok yang akar dia panjang-panjang. Boleh bergayut macam tarzan, terjun dalam sungai. Cebummmmmm!! Ayaq sungai terpercik. Syok woo. Kena jaga-jaga jugak, takut terjun atas kepala kawan kat dalam sungai.

Selalu pi sungai, bawak kain batik mak, tak pun kain baju kurung. Nanti, boleh buat pelampung. Kalau budak-budak lelaki yang anak orang kaya tu, depa ada pelampung yang guna tayar dalam lori. Yang perempuan-perempuan pakai kain batik cukup lah. Kerap sangat mandi sungai, sedar-sedar pandai berenang. Rugi Majlis Sukan tak panggil aku pi belajar kat Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kahkahkah.

Mulut dah biru, badan menggeletar sebab terlampau lama mandi dalam sungai, kena jugak naik ke darat. Aktiviti atas darat bersambung pulak dengan acara cari udang bawah batu. Batu yang kat tepi sungai, mesti ada udang kat bawah tu. Kena angkat batu slow-slow, kalau dapat tangkap udang tu, masak pun atas batu menggunakan terik matahari. Tunggu sampai udang tu tukar warna merah sikit, cabut kepala udang, trus ngap. Manissssssssss isi udang tu. Hahahaha.

Kadang-kadang tengah syok mandi, tiba-tiba kawan kat kawasan atas jerit suruh naik tepi sungai. Pakat kelam kabut lari, ingatkan ada boya (buaya), takpun hantu ayaq (air) nak tarik kaki, rupanya ada benda tenggelam timbul. Havaammmm.. Setan mana berak dalam sungai.

Ni baru aktiviti kat sungai. Belum masuk part terjun dalam bendang lagi, mengail ikan puyu dapat labi. Aiyakssss.. Panjang pulak entri. Kang penulis skrip sesat cilok entri aku buat drama pulak. Hahahaha. Ok, perasan. Dah la, chow. Pesanan dari aku, sayangi sungai kita. Jangan buang bayi dalam sungai. Tahi tak apa. Nanti ikan makan tahi. Gemuk-gemuk ikan tersebut. Hahaha.

Thursday, March 10, 2011

attitude yang saja nak cari nahas

* tajuk macam ganas semacam.. hohoho..

Aku rasa, driver-driver kat Penang yang kurang sabar macam aku suka hon kereta kuat-kuat
Aku rasa, semua driver suka hon kalau tiba-tiba ada kenderaan lain buat hal
Nak jadi pembuli atas jalan raya ye
Ok, meh sini aku nak hon kat kau

Kat Penang, aku penah hon sorang mamat ni. Lampu dah hijau, sila masuk gear 1 dan jalan. Ralit dok ingat satgi nak amek makwe kat Queensbay Mall kot. Takkan nak tunggu lampu dah tukar ke merah baru nak jalan. Jadi, aku pun hon. Ponnnnn.. Mamat tu terkejut, terus dia masuk gear 1 dan jalan. Sempat dia pusing belakang, sambil angkat jari tengah sama aku. Bang, lu ada 1 jari saja kah??? Gua ada 20 jari okeh, termasuk jari-jari kaki gua. Kang kalau gua angkat jari-jari kaki gua, tak boleh nak tekan clutch pulak. (alasan je tu).

Attitude suka hon kereta ni terbawak-bawak sampai aku dah tinggal kat Perak. Laki aku dah pesan, jangan hon-hon kereta. Kang orang marah. Baik kanda, dinda ingat pesanan abang. Tapi, kadang-kadang pesanan yang sesimple macam tu bukan kita nak ingat. Dan, tetap aku terbuat. Masa tu aku tengah drift gila, dah lambat nak masuk ofis. Kereta depan ni bawak macam kura-kura. Sekali haghamm betui, masuk parking tak bagi signal. Serius terkejut. Bila terkejut mestilah aku hon. Tengok-tengok, ada 2 ekor jantan muda dalam kereta tersebut usya gua. Apa usya-usya, luku pala baru tau.

Aku pun sampai ke parking depan ofis, lu orang tau, 2 ekor jantan tadi folo gua, siap usya-usya kereta gua. Parking dekat-dekat kereta gua. Gua yang tadi berani, terus takut. Terus mintak abang engineer tu folo gua ke parking, dan-dan tu jugak 2 ekor jantan tadi blah. Gua syak, nak mintak nombor telefon gua tuh. Gua pun cun sangat. Inilah susah jadi orang cun. Hahaha.


* Semalam aku hon sorang awek, bawak motor kemain laju. Membahayakan nyawa dia dan jugak aku. Terus aku hon dan folo motor dia rapat-rapat. Sebab awek kan, so aku berani lah. Kalau jantan, tak kurang berani. kehkehkeh.

Wednesday, March 9, 2011

lelaki yang gelojoh

aku nampak sebuah kereta bagi signal dan brek laju-laju
aku nampak ada perempuan di sebelahnya
kawasan tu agak sunyi

eh, apa lelaki tu mau buat
risau, takut aku kena jadi saksi kejadian pulak
aku perlahankan kereta di jalan yang lurus itu
kiri kanan jalan adalah hutan yang tak berapa belantara

aku tengok lelaki tu keluar dari kereta
laju-laju dia keluar
dia pergi ke sebelah kiri jalan

rupanya
dia nak buang hajat
hajat kecil saja

bila kereta aku menghampiri kereta tersebut
perempuan kat sebelah tempat duduk pemandu malu-malu
rilek la kak, bukan akak pun yang kencing tepi jalan
kehkehkeh

lelaki tu memang gelojoh
mungkin dah tak tahan sangat
tapi depan sikit je lagi ada stesen minyak


GC: mujur aku tak nampak 'apa-apa'

Tuesday, March 8, 2011

Rugi kalau pasang NuffNang pada blog tapi takde income. Kini rahsia NuffNang terbongkar!

Nampak tajuk kat atas ni rasa macam nak penyepak je manusia-manusia macam ni
Hahaha.. Emo pulak!
Ni manusia mana yang mai belog GC dok buat hawaqqq macam ni
Sila rujuk kat shoutmix belog GC tu ye

Rahsia Nuffnang bagai
Mai tunjuk sikit kat aku berapa BE hangpa ada
Ada aku kesah kalau aku takdak BE langsung
Kahkahkah

Dah la siap perli-perli aku
Statement "Rugi kalau pasang NuffNang pada blog tapi takde income" tu memang menusuk kalbu
Tapi, ada aku kesah??
Aku nak berblogging secara sihat
Sebab aku blogger yang hebat
Kahkahkah



Ni bukan duit aku. Sumber dari bank pakcik gugel.

Monday, March 7, 2011

pengkritik tetap

Nama: GC
Pekerjaan: Pengkritik dan mengkritik
Pengalaman: Pernah berlakon masa sekolah rendah sempena pertandingan lakonan peringkat daerah, drama bertajuk Nelayan dan Ikan Emas


Sabtu lepas, aku ada tengok satu drama melayu kat TV. Pelakon utama Eman Manan dan Fauziah Nawi. Cerita ni pung pang pung pang memang dah ok, part yang tak ok ialah masa klimaks cerita ni. Aku rasa, produksi drama ni terlepas pandang kot. Mujur ada aku yang perasan kelemahan cerita ni. Cewahhhh.. Dah macam Mamat Khalid plak aku nih kan. kehkehkeh.

Eman Manan berlakon sebagai Jalil, anak kepada Fauziah Nawi yang belum berkahwin, tinggal di kampung, pada malamnya membantu mak dia mengajar budak-budak kampung mengajar baca muqaddam. Nampak kan karakter Si Jalil ni yang very nice punya orang.

Satu malam, Jalil ni pi memancing. Tiba-tiba, dia terjumpa sorang awek yang pengsan akibat mabuk tahap luarbiasa dan  baru lepas berhibur. Awek tu datang berjoget-joget kat tepi pantai dengan kawan-kawan, tapi di sebabkan semua dah mabuk, tak perasan plak tertinggal awek tersebut di situ. Kejut dah banyak kali tetap tak bangun, maka si Jalil pun bawak la awek tu balik rumah. Awek ni serius lah sorang awek bandar yang suka berhibur. Moden lah katakan.

Berada kat umah Jalil ni, awek ni rasa sangat tacing bila dengar suara Jalil yang baca quran. Sungguh merdu suara Jalil. Dan aura-aura insaf pun muncul dalam diri awek ni. Awek ni ada gak cuba-cuba nak cakap dengan Jalil, tapi Jalil ni stok lelaki yang pemalu, tak suka bertentangan mata dengan perempuan yang bukan mahram dia.

Ishhh.. panjang plak entri aku nih. OK la, di pendekkan cerita, dengan Jalil yang sangat baik ni, dengar cakap mak, sekali part yang aku takleh nak terima, bila mana mak si Jalil ni nak kahwinkan Jalil dengan awek tersebut, lagipun awek tersebut dah insaf. Sekarang dah tak kelabing, tak minum-minum. Pergi belajar solat dan mengaji dengan mak Jalil. Part klimaks, Jalil pun hepi sebab mak dia nak kahwinkan dia, jadi dia pun pi cari awek tersebut kat tepi pantai, dan menghulurkan tangan tanda mereka berdua akan bersatu akhirnya. Part pegang tangan tu yang hampesnya, sebab Jalil ni digambarkan sebagai lelaki yang baik dan alim, tapi last-last, pergi hulurkan tangan kat awek tu.

Demmmm.. panjang sangat entri nih. Malas arrr nak baca balik apa aku tulis. Tak paham sudah. Nak stop lah, babai. Hahahaha.

Friday, March 4, 2011

4 ketua wanita

4 ketua wanita ni bukan ketua wanita bahagian BN atau PKR
tak kuasa akak nak cer citer pasal ketua-ketua bahagian tu
ni ketua wanita yang lain
yang tak payah nak undi-undi
tak payah nak bodek-bodek
opssss....

haritu masa akak on tibi sebelum pi kerja
akak sempat la layan rancangan Tanyalah Ustaz kat tibi dekat dihati
dengar suara macam kenal, rupanya Ustaz Kazim
ohhh.. i like Ustaz Kazim

Ustaz Kazim cakap, ada 4 ketua wanita di dalam syurga
yang di ketuai oleh Khadijah
dan jugak Siti Fatimah
dan jugak Asiah
serta Mariam

yang tu je akak ingat pasal ketua-ketua wanita
yang lain akak lupa pulak
kalau rajin, adik-adik semua google la sendiri ye
dok google resipi dan gambar artis je, apa baranggg
kehkehkeh..

Thursday, March 3, 2011

seppraissss...!!!

Lelaki ini adalah manusia yang sangat suka bagi seppraisss
Dari zaman cintan cintun, bertunang dan kahwin serta nak ada anak
Hahaha


Zaman bercinta
Masa tu kakak aku kahwin, aku ajak-ajak ayam je lelaki ini ke rumah
Takut dia betul-betul datang
Kang kecoh, kakak aku kahwin, tapi orang kampung tengok aku dengan dia pulak
Sumpah!! Memang dia datang, dari Lumut naik motor ke kampung aku di Kedah
Kesian bila tengok ada minyak petrol yang dia spare dalam raga motor


Zaman bertunang
Aku di Penang, tak balik kampung masa weekend
Weekend, normal hari untuk bermalas-malasan tahap gaban
Lelaki ini sms, katanya dia dah sampai bawah flat rumah sewa aku
Macam tipu, beli tiket pun tak bagitau, dah on the way dalam bas ke Penang dari Lumut pun tak di bagitau
Jenguk-jenguk kat bawah dari tingkat 4 rumah sewa, confirm dia memang dah sampai kat bawah
Masa tu aku belum mandi pun!!! Haha


Zaman dah kahwin
Aku tanya dia, weekend ni duty lagi
Jawapan, dia duty lagi
Tapi ada jawapan yang lebih seppraisss lagi
Jumaat nak pergi belayar selama 4,5 hari, hari rabu baru bagitau aku
Hahaha.. So seppraisss laaaaa...
Kali ni jauh lagi, ke Singapore maybe


Jadi, untuk pemergian kanda ke sana, dinda nak nyanyi satu lagu sepesel untuk kanda
Kanda tau kan suara dinda memang merdu sebab selalu kanda dengar dinda menyanyi di dapur
Kehkehkeh

Perwira

Perwira.. Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira.. Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni blogging
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur diri
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwirakuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Wednesday, March 2, 2011

malam yang sepi dan hangat

Malam itu, keadaan dalam bilik agak panas. Ohhh.. Lupa on kipas rupanya. Dalam gelap malam, aku bangun meraba-raba kipas dan menekan suis. Kalau buka lampu, alamatnya susah pulak nak sambung feel tidur yang sudah mari tadi.
Macam ada yang kurang lengkap aku lakukan malam itu. Ohhh.. Lupa pakai bedak batu nasila rupanya. Aku bangun dalam keadaan meraba-raba lagi menuju ke meja solek. Di situ aku letakkan botol bedak batu nasila. Nak cantik, kena la ada usaha sikit. Guna cara tradisional pulak tu, tak perabih duit beli produk kosmetik seperti dalam iklan kat TV.


Sumber dari google. 

Gelap, malas nak buka lampu. Cahaya dari luar bilik pun langsung tak dapat menembusi ketebalan langsir yang memang sengaja di beli kain macam tu. Almaklumlah orang bujang masa tu, hujung minggu digunakan untuk membuta tanpa ada sebarang gangguan bunyi mahupun cahaya.
Ok, jumpa jugak botol bedak batu nasila. Mula-mula, kena goyang-goyang dulu. Bukan goyangkan badan, tapi goyangkan botol bedak. Kemudian, tuangkan ke atas tapak tangan dan sapu ke muka. Harap-harap kurang sikit parut-parut jerawat kat muka ni. Aminnnnnnnn. Terus sapu bedak ke seluruh muka.

Perghhhh.. Kenapa rasa lain macam? Berminyak, panas semacam. Mata terus tak boleh buka. Meraba-raba lagi cari suis lampu. Cahaya lampu menerangi bilik, tadaaaa…Dengan mata yang boleh dibuka sikit sebab pedih yang teramat sangat, aku dapat saksikan kat tapak tangan sekarang ada saki baki minyak berwarna merah.
Sumpah, nescaya aku dah sapu minyak panas, benda wajib yang perlu di sapu di perut dan pinggang ketika senggugut. Malam tu terus tak jadi tidur dalam bilik, tidur dalam bilik air jawabnya.


Sumber dari google jugak. Promosi Minyak Panas Jerangau Merah
di belog GC. Jangan lupa beli. Kehkehkeh.


Tuesday, March 1, 2011

2 hari 2 malam


Aku suka layan cite ni. Rugi betul zaman aku kecik-kecik dulu takdak cite kartun ni.



2 hari 2 malam ni bukan rancangan cuti-cuti Malaysia
2 hari 2 malam ni bukan jugak rancangan makan-makan
2 hari 2 malam ni bukan plan nak pergi honeymoon. Keh3x

Tapi saja nak kabo
2 hari 2 malam aku makan laksa
Ahad pagi buat, pagi petang siang malam aku melantak laksa
Sampai ke malam semalam
Hebat jugak perut aku nih
Jenis taktau jemu mengkedarah laksa

Almaklumlah, benda sedap kan
Kahkahkah.. Larikssss...
Nanti ada orang kata aku perasan...


* Sendiri buat, sendiri makan. MR. GC takdak, pergi bertugas menjaga keamanan negara. Tetiba fefeeling nak nyanyi lagu 'Perwira.. Engkaulah harapan bangsa untuk pergi berjuang'. Haha.