Friday, April 29, 2011

tazkirah hari jumaat - sabar

Tazkirah konon. Fefeeling macam ustazah siti bahyah pulokkkk. Tapi tak kisah lah, ustazah ka, ustaz ka, yang penting, kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Hehehe.

Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 kata, sabar itu ialah kematangan untuk meyakini yang setiap ujian/ dugaan/ masalah yang kita hadapi ada hikmahnya. Sabar itu bukan pasrah.

Contohnya, seseorang yang belum mendapat jodoh. Kadang-kadang kita mungkin stress dengan orang kat sekeliling kita, maybe jiran, kawan, atau sedara, mahupun family kita sendiri yang asyik tanya bila nak kawin. Derrr.. Ingat jodoh tu boleh beli kat supermarket ka? Tak pa.. Tak pa.. Sabaqqqq.... Sabaaqqqq banyak2 noh.. Ingat, ujian jodoh ni Allah bagi kat kita mesti ada hikmah.

Itu ujian dari segi jodoh. Ada jugak yang diuji dari segi duit ringgit, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah tempat kerja, masalah rumahtangga, macam-macam masalah laaaaaa... Sabo je laaa ehhh.. Cer masa dok mengeluh kata duit takdak ka apa, hangpa tengok cerita Bersamamu kat tv3 tu, soheh hangpa rasa bersyukur dengan apa yang ada.

Sebesaq-besaq masalah kita, besaq lagi masalah orang len. Sabaqqq ok.

Ok, tu saja tazkirah kita pada hari ni. Ustazah nak pi ceramah kat tempat lain pulak on fesbuk. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi noh. Selamat hari pekerja untuk semua. Surirumah pun consider pekerja jugak, pekerja di rumah. Hehehe.

Thursday, April 28, 2011

nasik lemak dua kupang

dulu, harga nasik lemak, dua kupang je
nasik lemak pure punya
balut dalam daun pisang
wangi je bau

sekarang, mana dapat lagi dah nasik lemak dua kupang
kat kampung pun koman-koman ada juai lima kupang

dulu, makan nasik lemak hari-hari pun takpa
tak obes pun
dulu, makan jugak choki-choki dengan keropok super ring
tak obes pun

sekarang, budak-budak ramai yang obes
bila dah ramai yang obes tu, salah kan nasik lemak
salahkan jajan yang jual kat sekolah, kat luar kawasan sekolah

kesian orang-orang yang meniaga kat kantin mahupun luar kantin
padahal kat rumah, mak ayah rajin belikan mekdi, kepsi, piz_za


* GC is on diet. Terlebih berat sudahhhhh.. Bukan takat GC yang terlebih berat, cikenit dalam ni pun dah terlebih berat... Hohohohoh..

Wednesday, April 27, 2011

percubaan kedua

Semalam, percubaan kedua aku nak buat cucur jawa sekali lagi.. Cucur jawa ni tak ada kena mengena langsung kot dengan orang jawa, sebab orang jawa sendiri pun taktau nama jawa diguna pakai untuk cucur ni..

Kali ni memang ikut sukatan yang kawan aku bagi kat fesgebuk. Harap-harap menjadi. Bancuh tepung semua pun senyap-senyap kat dapur, saja nak sepraiss kan laki, konon-konon aku dah pandai buat cucur jawa. Biar dia kagum dengan kepandaian bini dia yang bijak buat kuih tradisional, sedangkan buat agar-agar pun keras kejung.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula dan bancuh air gula merah. Kemudian peram, biarkan semalaman. Masa tido tu, aku berapa kali terjaga, eksaited nak tunggu subuh sebab tak sabo-sabo lagi nak menggoreng cucur jawa.

Patutnya jadi macam gambar di bawah ni.


Gambar pinjam dari gugel



Tapi tak menjadi pulak bunga-bunga kat tepi tu. Kuciwa buat kali kedua. Hahaha. Tapi redha sebab tengok laki makan tak berenti. Angkat je, makan. Itu la orang kata, cantik luaran tak penting, apa yang penting sedapppppp. Kehkehkeh.


* Malas nak letak gambar cucur jawa yang aku buat, sebab cucur jawa dah masuk perut. Lagipun rupa cucur jawa tu sangat tak boleh blah. Hihihi.



Tuesday, April 26, 2011

REZEKI

Alkisahnya, aku baru sangat bekerja kat tempat ni. Probation period 6 bulan. Sekarang belum confirm jawatan lagi. Bulan 8 aku due. Insyaallah. Sepanjang 2 bulan bercuti, kemungkinan aku tak dapat gaji. Aku redha, jadi aku belajar untuk lebih berjimat cermat.

Semalam aku kisahkan pasal tak ada gaji pada sorang kawan, dia cakap, "eeee..mampus ahh kalo tak ada gaji".

Aku cakap, tak apa. Rezeki baby yang Allah bagi untuk aku dan suami lagi besar dari segala rezeki yang ada. Ingat, rezeki tu bukan datang melalui duit ringgit sahaja, badan yang sihat juga rezeki.

Aku tak berniat untuk perli sahabat aku ni, sebab dia sendiri dah lama kahwin dan memang berusaha untuk dapatkan anak. Makan supplement yang terbaik, berjumpa pakar, namun sampai sekarang masih belum ada rezeki untuk memiliki anak.

Ada orang, dah lama kahwin, tapi masih belum dikurniakan rezeki anak oleh Allah. Ada orang, baru saja kahwin, dan dikurniakan rezeki anak. Ada orang, langsung tak kahwin, tapi tetap dikurniakan rezeki anak jugak. Hehehe.

Duit ringgit memang selalu di anggap sebagai rezeki yang paling besar dalam hidup kita, tapi kadang-kadang kita lupa, ada nikmat lain yang Allah limpahkan untuk kita tapi kita tak pernah anggap itu REZEKI.

Monday, April 25, 2011

new post

dari pagi lagi aku klik kat new post
tapi sudahnya, haram aku tak post2
idea dah terbang jauh
jauh mana hala
sebab pagi tadi pergi renew roadtax dgn insurance
bila duit dah terbang jauh
idea pun kurang mari nak hapdet
haha

Friday, April 22, 2011

gigih

Apa makna gigih? Tak tau?
Pi la buka kamus dewan
Takkan itu pun kena kena habaq
Ishhh!!!

Menurut kamus GC pulak, gigih bermaksud pulun
Hahaha
Macam pulun Kedah pulun
Ok, tak ada kena mengena gigih dengan team Kenari kesanyangan saya

Kisah benar
Saya tengok ada seorang manusia yang gigih
Gigih nak turunkan berat badan gamaknya
Takpun nak jaga kesihatan dengan bersenam

Tapi agak-agak la kak
Takkan nak jogging pukul 1 petang
Waktu matahari memang terik atas kepala

Kalau jogging kat taman ok jugak
Redup sebab ada pokok-pokok
Tapi kalau dah jogging kawasan parking apartment yang tak redup langsung tu
Memang akak seorang yang gigih dan cekal



* Semoga kita dikurniakan kegigihan seperti akak ni yang berjogging tengahari panas terik.. hehe..
* Weekend ni ada Navy Day dan hari pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Maritim dan Tentera Laut.. Bang, terbuka untuk orang ramai tak??? Ekekeke.

Thursday, April 21, 2011

mendirikan rumah

Nak mendirikan rumah, bukan pakai modal yang sikit derrrr
Kalau nak beli rumah sekarang, koman-koman kena bayar 10% down payment
Untung orang kerja gomen, tak payah bayar down payment

Rumah-rumah sekarang pulak, harga bukan main mahal
Mau 100 ribu ringgit ke atas
Tengok tempat jugak
Kalau kat Kedah, boleh dapat lagi yang harga bawah 100 ribu ringgit
Tapi kalau usya harga rumah kat Lumut ni, homaigod

Itu pasal rumah tempat tinggal
Belum masuk part nak mendirikan rumahtangga
Hantaran saja mau dah 10 ribu ringgit
Orang key ell lagi mahal
Sampai 13 ribu ringgit!!!
Hantaran saja tu
Homaigod lagi


* Daripada menyewa, bulan-bulan bayar 2,3,4 ratus, baiklah beli rumah sendiri, walaupun rumah sekangkang kera.. Ekekeke.

* Kaum lelaki, selamat berjimat cermat dan menyimpan duit untuk perbelanjaan kawin. Nak jimat, ajak je nikah kat siam. Balik Malaysia, jangan lupa daftar. Hehehhe.

Wednesday, April 20, 2011

MC

Hari tu saya pergi check up macam biasa
Tapi saya rasa nak rileks-rileks di rumah
Macam la kat rumah saya ada jakuzi bagai
Tapi saya sangat suka berada di rumah saya

Saya cakap kat misi kat klinik kesihatan
Saya nak MC hari ni sebab saya malas nak kerja
Kakak misi cakap, MC tak ada dik, time sleep je ada
Saya kecewa

Tapi saya bijak
Balik dari klinik kesihatan siti_awan
Saya terus ke klinik panel company saya
Lega, tak ada orang masa tu

Saya cakap kat doktor
Tadi saya muntah doktor
Doktor kata, aikkk.. dah berapa bulan pun muntah lagi??
Saya cakap, ohhh.. saya tak tahan, rasa loya dan muntah masa berus gigi

Tapi memang saya loya, cuma tak muntah.. ekekeke
Terima kasih, doktor bagi cuti 1 hari

Tuesday, April 19, 2011

pengawas sekolah

* mood nak mengimbas balik kenangan-kenangan lama. hihi.


Saya dulu sekolah kat kampung. Bila sekolah kat kampung, kelas tak banyak. Darjah 1 sampai darjah 6, ada satu kelas sahaja. Pelajar pun tak berapa ramai. Orang tu lah yang nak main bola jaring, orang tu lah yang nak main hoki, orang tu lah yang nak wakil sekolah itu ini. - Saya lah tu. Hahahaha. Riak pulak.

Cikgu saya kata, kalau periksa (exam) dapat keputusan yang okay, kedatangan okay, boleh jadi pengawas. Saya dulu pandai jugak, selalu dapat nombor 5 ke bawah, tapi cikgu tak ambik jadi pengawas sekolah. Kawan-kawan saya yang kurang pandai jadi pengawas sekolah.

Sampai sekarang saya tak puas hati dengan cikgu sekolah rendah saya. Hahahaha.

Tapi, saya rajin ke perpustakaan. Dan, saya dapat jadi pengawas perpustakaan. Okay lah tu, pengawas jugak. Tapi saya tetap tak puas hati.

Saya tahu sebabnya, saya dulu comot budaknya, saya tinggal dengan tok. Tok saya bukan kisah saya pergi sekolah tak iron baju sekolah. Saya pun tak kisah pakai baju berkedut. Hahaha.

Kalau cikgu-cikgu sekolah rendah saya ada baca entri saya nih, saya masih nak cakap yang 'saya tak puas hati cikgu tak ambik saya jadi pengawas sekolah. Saya memenuhi kriteria yang di tetapkan untuk menjadi pengawas walaupun saya comot'. Kahkahkah.


** Saya tak sesuai jadi pengawas sekolah sebab saya pernah buli orang , eh bukan. Saya ada banyak aktiviti luar  iaitu dengan mewakili sekolah, jadi tak dapat nak menjalankan tanggungjawab saya. Hihihi. - Alasan, ayat penyedap hati.

Monday, April 18, 2011

cerita lima ringgit

masa kecik, aku di besarkan oleh tok. aku nekad tak mau ikut ayah pindah sebab aku lebih selesa tinggal dan membesar di sini. tak sanggup berpisah dengan kawan-kawan. aku dan kakak tinggal di sini, adik-adik ikut mak dan ayah. tiap-tiap minggu, ayah akan datang untuk ambik aku atau kakak ke rumah ayah, tapi salah seorang dari kami kena tinggal dengan tok, tok dah tua, kesian kalau di tinggalkan sorang diri.

masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap tahun cikgu akan buat lawatan sambil belajar. peluang ni lah yang akan di 'grab' oleh orang susah macam aku yang tak pernah tengok tempat orang. nak harapkan ayah bawak, mimpilah sampai sudah.

duit rombongan dah bayar, tapi duit bekal nak ke sana belum ada. masa tu ayah sedikit sibuk sebab masa tu ayah selalu mengikut 'someone' kerana tugas ayah sebagai setiausaha sulit kepada seorang ahli politik di kawasan aku. kalau ayah tak balik, susah lah nak mintak duit ke shopping nanti. sedih.

mintak duit kat tok, tok bagi aku duit bekal sebanyak lima ringgit sahaja. sedih. orang lain, paling sikit bawak dua puluh ringgit. apa aku nak beli dengan lima ringgit?? aku nekad, aku tipu tok. aku cakap kat tok, duit lima ringgit tu hilang. tok marah. aku diam.

tok bagi lagi lima ringgit. jadi sudah ada sepuluh ringgit. masa tu, aku pergi rombongan sekolah berbekalkan sepuluh ringgit. lima ringgit pemberian ikhlas tok aku, dan lima ringgit lagi hasil aku menipu.


* hidup biar tak bergaya, janji jangan suka berhutang. (hutang bank, hutang ptptn, hutang mara, hutang budi bawa ke mati, macam-macam jenis hutang, jangan hutang budi tergadai body sudehhhh)

Friday, April 15, 2011

sarawak malaysia ku

Tajuk kat atas tu macam tajuk pidato pun ada
Tapi layan je laaa

Nowadays kan, kalau on telibesyen tak berbayar nih
Almost lah kan, mesti ada story pasal sarawak
Siap ada lagu lagi
Siap ada wartawan yang testing testing 1 2 3 cakap sarawak

Gua ni bukannya ada masalah kenegerian ka hapa
Tapi tahu la nak cakap pasal pilihanraya kat sarawak tu
Tapi takkan la sampai kena buat promotion gila-gila pasal sarawak

Cukup la pasang lagu pasal pergi mengundi tu
"Mari lah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan pada negara"
Ekekekeke

Derrrr, sapa yang belum daftar mengundi tu, sila lah mendaftar (gua belum lagi)
Masa depan negara di tangan anda
Cewahhhhhhh.. Ayat macam wakil rakyat pulokssss

Thursday, April 14, 2011

public holiday

19hb April Perak cuti woi
Gua tak tau
Lupa pulak gua sekarang berada kat Perak
Yeayyyyy
Selalu tengok cuti untuk Kedah & Penang je
Yeayyyyy

Wednesday, April 13, 2011

samak

Pagi tadi tak boleh nak hapdet
Tak ada tenaga
Tenaga abeh langsung sebab kepenatan memanjat tangga ofis
Hahaha

Gua masuk ofis pukul 10 pagi
Lapaq, sebab tak breakfast lagi
Usya kat tepi coffee machine tu
Ada biskut lahhh
Yeayyyyy

Baru je pegang plastik biskut tu
Perasan ada orang lekat note kat situ
"From Taiwan - Non Halal"

Mujuqqqqq!!!
Tidak jenuh nak samak lidah, anak tekak, usus, ginjal, pankreas dan sebagainya


* Pagi tadi ke klinik, untuk check up. Alhamdulillah, sume ok. Yeayyyyyy...

Tuesday, April 12, 2011

datin

mak datin ni pergi rancangan tanyalah ustaz kat tivi sembilan ittewww
mak datin nak tanya soalan
jadi bila nak tanya soalan, haruslah perkenalkan diri
sopan sikit, ada adab

mak datin kata,
assalamualaikum ustaz, saya ingin tanyakan soalan (ate udah nama rancangan tanyalah ustaz, tanya je laaaa)
saya puan... errr datin limah dari persatuan datin-datin peringkat daerah Manjung
bla bla bla bla (sudah lupa soalan mak datin tersebut)


cemana la mak datin ni boleh lupa status dia nih????
agaknya baru seminggu jadi datin kot.. ekekekeke...

motif cerita ni?
saja lah.. bukan senang yu olls nak dapat title datin
ko ada????
wahahahaha

sekian saja entri keji dari saya, puan GC. ehhhh.. datin GC. baiiiii....

Monday, April 11, 2011

seluar tecit

ofismate aku, bawak tuala-tuala tecit ke dobi
tuala-tuala tecit kat pantry ofis ni haaa
ada ler yang design kotak-kotak
dan kotak -kotak lagi

bila ofismate aku bawak balik tuala-tuala tecit yang dah siap di basuh
sedar-sedar ada seluar tecit kotak-kotak dalam plastik
sekali dengan tuala-tuala tecit yang lain

sapa ada kehilangan seluar tecit, sila roger kat aku


* ni seluar tecit oghe jate punyooo.. a.k.a boxer kotak-kotak..
sila roger aku kat twitter untuk menuntut balik seluar tecit ni ye...


Ini seluar tecit yang comel. Hahhaha.

Friday, April 8, 2011

kalaulah kail panjang sejengkal, jangankan lautan, sungai atau parit pun tak lepas ko nak mancing

makk aii.. panjang gilos tajuk entri hakak kali ni
pes taim gamaknya hakak wat tajuk panjang2 cenggini
baca tajuk pun dah panjang
entri tunggu tengok lah, tobat la panjang lagi

maksud peribahasa tu (itu peribahasa or pantun, ohh.. lantak lah)
kalaulah ada kail yang kontot, jangan lah ko mimpi ye dik nak mancing kat tempat dalam
tengok jari la, kalo jari ko peseng panjang runcing tu, panjang sikit la kail ko
cer kalo jari peseng jari hakak ni, memang kontot la kail tersebut

apa hakak merepek ni
hakak nak cakap psal mende lain lah
tapi rasanya ada kena mengena dengan peribahasa di atas

kalau lah masa bujang pakai baju size M
janganlah perut dah 5 bulan masih mimpi nak pakai size M

hakak frustttttt merasssss tau beli baju online
sebenarnya hakak lupa
ingatkan badan hakak masih selim melimm macam dulu
sekali hakak pakai baju tersebut
ketat metatttt
ehhh.. hakak ingat, badan hakak baru naik 200 gram
arghhhh

tak jadi nak pakai, nak sedekah je lahhhhh
sapa mau? sapa mau?
sila angkat tangan macam sayerrrrrrrr

Thursday, April 7, 2011

khatulistiwa

Petang yang tadi cerah bertukar menjadi mendung. Mau ujan agaknya. Hari gelap jangan di sangka mau ujan. Clear water don't sangka no buaya.

Mak Limah  baru sudah bancuh seteko air kopi. Tadi sudah disiapkan sepinggan pisang goreng. Kopi tu Mak Limah tanam, dan proses sendiri menjadi serbuk kopi. Kopi kampung, walaupun harga tak semahal kopi Arabica mahupun Robusta. Pisang nangka belakang rumah dah berapa biji di makan beruk. Mujur sempat Mak Limah tengok, di suruhnya suami tercinta segera mengambil pisang tersebut.

Mak Limah memerhatikan suami tercinta, Pak Ucop di bendang, tak jauh dari rumah. Di laung nama suaminya supaya lekas pulang, boleh minum petang bersama-sama. Lagipun hari sudah kelihatan sangat mendung.

Pak Ucop sampai ke rumah, sambil di perhatikan seekor lintah kerbau yang buncit perutnya selepas menyedut darah di betis. Haram betul lintah ni. Di mintaknya kertas dari isteri tercinta dan diletakkan lintah kerbau tersebut di atas kertas dan di bakar. Padan muka. Mati kau si lintah kerbau.

Mak Limah segera mengangkat air kopi dan sepinggan pisang goreng kepada suaminya yang baru selesai membakar seekor lintah kerbau. Pak Ucop bangun membersihkan kaki dan tangan yang berlumuran dengan lumpur. Mak Limah segera memanggil Abi yang berada di bilik, sedang buat kerja sekolah.

"Abi, mari minum petang dengan mak dan ayah", kata Mak Limah. Abi yang sedang leka memegang henpon nokia 3G jenama tiruan tersentak. "Sekejap mak, nanti Abi datang", kata Abi sambil mengangkat jari telunjuk dan jari tengah (peace) kepada emaknya. Mak Limah senyum dan berlalu.

Mak Limah mendengar suaminya meminta mengambil telefon bimbitnya, segera di ambil dan di berikan kepada suaminya. Pak Ucop mengambil telefon bimbitnya dan menekan beberapa punat. Mak Limah tidak ambil kisah. Mungkin mahu SMS Lebai Jusuh. Mak Limah nampak kelibat anak daranya berjalan pulang dari tempat kerja, kilang buat kicap di pekan.

"Leha, mari minum petang sama-sama"", kata Mak Limah menegur anak daranya. "Sekejap mak, nak masuk bilik dulu, letak barang", kata Leha. Leha segera masuk ke bilik, di keluarkan telefon bimbitnya dari beg yang di beli di pasar malam 5 hari lepas.

Mak Limah menunggu suami, Abi dan Leha sambil menghirup air kopi panas. Pak Ucop hendak mendownload sesuatu dari youtube, tapi tak berjaya. Dia kecewa. Di panggilnya Abi, minta Abi tolong download kan. "Abi, tolong ayah download kan vidiyo yang kecoh kat tibi tu", kata Pak Ucop.

"Abi dah try, tapi tak boleh. Cer ayah tanya Kak Leha kot-kot dia ada", kata Abi, muka Abi pun agak frust. Abi berlalu ke bilik Leha dan meminta Leha mendownload vidiyo tersebut. Leha geleng-geleng kepala, tanda tidak berjaya. Semua orang buat muka frust.

Lalu Mak Limah bersuara, "Laaa.. kenapa abang tak mintak vidiyo tu kat Limah je, Limah dah save awal-awal lagi vidiyo tu kat henpon Limah", kata Mak Limah sambil senyum ke arah suaminya.

Pak Ucop, Abi dan Leha duduk minum petang dan makan goreng pisang panas diiringi hujan yang mencurah-curah lebatnya, sambil on bluetooth kat telefon bimbit masing-masing. Mak Limah menang.

Wednesday, April 6, 2011

dan bila

Bila saya malas, saya memang baring terbongkang saja depan tv
Bila saya malas, orang nak datang rumah pun saya tak bagi
Saya cakap, tak apa, esok saya pergi rumah awak

Bila saya malas, saya hanya mampu pandang sampah-sampah di lantai
Bila saya malas, langsung saya tak basuh pinggan
Eh, esoknya ada orang suami yang tolong basuhkan pinggan
Yeayyy

Bila saya malas, saya asyik nak tidur je
Dan saya hanya bangun ke bila saya lapaq
Lepas saya makan pun, saya masih hendak tidur
Teruk!

Tapi bila saya rajin, sumpah saya kagum dengan diri sendiri
Bila saya rajin seperti semalam, saya mop lantai supaya wangi dengan ajax fabulosososssososo
Bila saya rajin, lantai rumah saya nampak berkilat-kilat macam cermin (tipu yang keterlaluan)

Bila saya rajin, clear semua pinggan di sinki
Bila saya rajin, habih baju-baju kotor saya kutip dan basuh

Saya sendiri kagum dengan kerajinan saya
Rajin kan saya???
Ok, terima kasih kerana setuju dengan kata-kata saya


* Mood hari ni belum pasti lagi rajin or malas. Hihihi.

Tuesday, April 5, 2011

durian oh durian

Durian tu di gelar raja buah
Sebab badan beliau ada banyak duri
Hati-hati kalau terhempap durian
Boleh berdarah kaki
Ohhh.. sakitnya

Kata orang yang nak makan durian sangat-sangat
Walaupun sekarang bukan musim durian
Harga untuk 2 bijik durian 39 ringgit Malaysia
Fuhhhhh...

Mujur saya tak suka makan durian
Saya suka rambutan aka moktan
Sekilo paling mahal baru 5 ringgit Malaysia
Nak makan 5,6 kilo pun boleh
Sebab masih lagi murah berbanding durian
Hihihi

Walaupun saya boroi peknen
Saya tetap tak menggemari durian
Dulu ayah saya paksa saya makan, baru saya makan
Nak jaga hati ayah
Dulu saya tengok kawan-kawan saya makan durian dengan lahapnya
Saya secara otomatiknya terasa nak makan

Mujur saya masih diberi ketahanan untuk tidak mengidam nak makan durian!!
Wahahaha

Monday, April 4, 2011

dashboard

Hari ni isnin, tentulah hari terpaling malas. Cuti 2 hari, macam cuti 2 jam je. Ahakssss.. Hegeh-hegeh. Bila malas, harus lah mencari sesuatu untuk di baca. Tapi bila belek-belek dashboard blog, semua blogger asyik cerita pasal ABPBH semalam.


* Siyesli, gua berapa kali tertido tengok ABPBH ni. Sedar-sedar tengok dah ada ucop dan si abi kat stage.

* Blogger yang buat entri pasal ABPBH adalah blogger yang gila traffic. Hahaha. Lu orang nak ganti beautifulnara dengan murai.com tu kah??? Ekekekkeke.

Saturday, April 2, 2011

blog blogger blogging blogwalking

1) Gua dah delete shoutbox kat blog gua. Macam haram je bila ada yang masuk blog gua takat nak cari shoutbox. Tak ada promosi percuma dan jangan buat ayat skema, "hey, nice blog", konon2 gua rasa hepi gila vavi sebab ada orang yang puji blog gua sangat nice dan harap gua visit lu balik. Hahahha.


2) Gua sangat menyampah bila tengok blogger yang gila buat entri lucah semata-mata nak up traffic. Aiyoooo.. Gila traffic kah? Ohhh.. nak cash out nuffnang yer?? Ok2, teruskan buat entri-entri lucah. Lu nak cek nuffnang kan.. Ok2. Gua paham.


3) Ok, gua memang perasan macam gua ni penulis blog yang bagus. Sapa follow blog gua, gua buat vodoh je. Itu memang feeling manusia yang perasan bagus. Hahaha. Mesti lu harap gua folo blog lu balik kan??? Hahahaha. Tak, dulu boleh lah. Tapi di sebabkan gua feeling bagus, feeling best, gua tak folo, melainkan gua rasa suka dengan entri-entri lu, lu pulak suka komen-komen kat blog gua, baru gua masuk blog lu. Hihihi. Lu tahu, berapa lama gua folo blog Tasik Merah tu sampai dah dekat setahun lebih baru dia folo balik blog gua. Ada gua kesah sebab dia tak folo blog gua? Takkkk... Tapi di sebabkan gua suka blog dia, gua tak kisah pun dia folo blog gua ka tak. Pahammmm??


4) Itu je nak cakap, sapa rasa nak kutuk gua, sila kutuk. Gua senang hati takkan delete lu orang punya komen. Kalau ada sapa2 nak tambah apa2 komen yang bernas pun boleh. Suka hati lah. Jadi lah penulis blog yang berhemah.

Friday, April 1, 2011

masak-masak

Orang tua-tua kata, kalau nak kahwin, kena tahu masak. Paling hebat, boleh buat gulai aka kari. Paling teruk sangat, kena tahu masak nasik. Kalau nasik pun tak tahu masak, hari-hari confirm lu tarik tangan laki lu pergi makan kat kedai. Senang cerita, sediakan duit jerrrr.. Hahaha. Ok, kesimpulannya gua tahu masak nasik. Ekekeke. Rice cooker ada maaaa, masak je la guna rice cooker. Tapi gua bukan nak cakap besar, gua biasa jugak masak nasik pakai penunu bunsen  dapur gas. Terrrrrrrorrr tak gua? Hahahaha.


Tapi gua mengaku secara ikhlasnya, gua memang tak pandai masak. Mak gua ada 4 orang anak perempuan, campur mak gua, ada 5 orang kat dapur. Takkan la lima-lima orang nak masak, jadi kita kena cari kelebihan kita ke arah mana. Jadi, gua dengan berbesar hatinya memilih untuk ambik tugas mencuci pinggan, mangkuk, periuk, belanga. Biar yang pandai masak je masak, yang kurang pandai, jangan tunjuk pandai, kang bapak gua boleh cam air tangan sapa. Pernah gua masak, bapak gua tak makan. Bapak gua cakap, gua hanya pandai tumbuk sambal belacan je, sebab sambal belacan tersebut akan jadi pedas macam orang yang tumbuk tu. Ok, kesimpulannya bapak gua nak habaq, gua memang garang. Ishhhh.. gua bangkang 1%!!!


Dulu masa study kat universiti awam yang paling banyak di Malaysia ni, gua dikenali sebagai yang paling pandai masak. Ini bukan propa, tapi fakta. Budak-budak rumah gua tu bukan ikhlas rasanya nak puji gua, tapi sebab depa malas, bila puji gua pandai masak, lagi lah gua bersemangat nak masak. Hahahaha. Hampehhhh. Menu utama di rumah sewa kami masa tu, sambal ayam dan ikan masin.


Masa gua bujang-bujang dulu, gua tak pernah buat agar-agar. Takat tolong mak gua kacau je agar-agar tu. Kuih muih ni memang sumpah gua tak pandai buat. Takat nak bancuh tepung nak goreng pisang atau ubi tu, memang agak cekap lah. Hahaha. Sudahnya, masa awal-awal kahwin haritu, gua terasa nak buat agar-agar. Terus gua sms akak dan adik gua cara-cara nak buat agar-agar milo. Malu. Padahal, boleh je gugel kat myresipi.com.my. Wahahaha.


* Lupa nak habaq, agar-agar gua ada yang terlebih letak agar-agar, dan jadi keras. Ada pulak yang takdak rasa manis langsung.


Kemarin gua gugel lagi myresepi.com.my, terasa nak wat burger malaysia. Masa lunch, gua siap beli yis lagi. Gua balik, terus duduk kat dudur. Campur tepung, campur air, campur semua bahan-bahan yang dah siap gua salin atas buku kecik gua. Sambal ikan bilis pun dah siap gua buat. Punya la pantas. Tiba masa nak menggoreng doh yang telah diuli tadi. Kojaqqqq.. Tak jadi. Tepung dalam tu pun tak masak. Ahhhh.. frusssttt!!! Sudahnya, gua goreng jugak doh tu, kali ni gua buat kecik-kecik. Perghhhh... Lembut gila tepung tu. Cicah dengan sambal ikan bilis, memang terbaekkkk!!!


Burger Malaysia yang nampak sedap. Gambar di kidnep dalam gugel.


* Kononnya kalau jadi burger malaysia tu, nak bawak la sikit ke ofis pagi ni, last-last kena jugak goreng nugget ayam tempura brand ramly. Terima kasih pakcik ramly, untuk produk yang cedappp ini. Nyam3x.