Monday, May 30, 2011

terima kasih anuar zain!!

gambar di cilok dari gugel. buah kuinin @ kuini.
orang kampung saya panggil buah konen.


sumpah!! saya betul2 malas nak datang kerja hari ni
saya sampai dari kampung pukul 12 tengah malam
sampai2, ingatkan lif dah ok
tapi masih tak ok
dengan gigihnya saya panjat tangga sampai ke tingkat 5
*saya risau terberanak di tangga.. hahaha..

separuh perjalanan saya masih boleh bercakap2 dengan lelaki itu
separuh perjalanan lagi saya tido
2 kali air soya yang saya pegang tertumpah atas saya
*saya minum soya kotak yang besar itu, jadi tak ada tempat nak letak, maka saya asyik memegang kotak soya tersebut

masa di kampung, saya terlebih makan
maka keadaan saya menjadi bertambah lemau
ada hidangan sambal petai
kemudian saya makan kuinin
kemudian kakak saya buatkan laksa untuk saya
kemudian saya pergi makan kenduri
*banyak yang saya makan dari hari sabtu sampai ahad.. perut saya dah tak ada space lagi.. ;-(

pagi ini, saya nak sambung tido lepas subuh
saya cakap kat lelaki itu, saya takmau pergi kerja
saya katakan pada dia, saya nak pergi klinik ambik mc
bagi alasan kaki saya cramp
lelaki itu cakap, tak baik menipu
*jadi, saya tak jadi nak menipu walaupun sebenarnya saya sangat penat dan mengantok

kemudian saya on tv
saya dengar lagu anuar zain - lelaki ini
suaranya mendayu yang amat
saya rasa di buai2
jadi, peratus kerajinan saya bertambah
maka, tanpa saya sedar, saya datang awal ke ofis
*kalau saya masuk awal 20 minit, nanti petang saya boleh balik awal 20 minit jugokkkk.. yeayyy..


*saya geli hati melihat keterujaan lelaki itu mengutip buah kuinin yang baru jatuh. banyak dia berjaya kutip, tapi banyak buah yang pecah akibat terkena batu2 di tanah. hari ahad, kami berdua breakfast buah kuinin di pangkin depan rumah. keh3x.

*ini pengalaman pertama dia kutip pucuk paku. kesian, darah lelaki itu di hisap pacat. eh, pacat itu kawan baik saya, saya langsung tidak di gigit mereka. keh3x.


Friday, May 27, 2011

BAKOR AJE.. BAKOR..

orang kata, hari jumaat tak boleh hangin2 kan.. tapi tak kira, nak hangin jugak.. balik keja semalam, dah perasan yang ayaq paip macam slow je walopun dah buka habih out orang kedah kata.. tapi gua tetap gigih nak basuh baju dalam mesin, lagipun ada uniform laki gua.. gua tak ada uniform, pergi kerja taram t-shirt pun boleh.. jadi yang penting, memang kena basuh baju dia..

alhamdulillah, baju beliau selamat jugak di basuh. ayaq untuk mandi, wuduk dan masak pun sempat guna.. alkisahnya rumah tu pesen takdak kolah, apa2hal sebelum tidoq, gua pun gigih la tadah ayaq dalam timba. mandi koboi ala2 berus gigi, cuci muka dan untuk wuduk pagi esok cukup lah.. lepas tu nak pi keja, kita spray lah minyak wangi barang 2,3 botoi..

bangun pagi, ingatkan penuh la ayaq dalam timba, ropa2nya jangan kata setengah timba, suku timba pun haraaammmm.. nak gosok gigi memang lepas, tapi nak wuduk macam mana? sekali rasa nak terberak, jenuh istinjak pakai tisu.. gua tengok laki gua siap2, gua tanya mau pergi mana, dia kata mandi kat masjid.. gua pun ada lagi, dengan terhegeh2 bersiap, maka merempit la kami berdua ke masjid.. masa sampai tu betul2 imam nak mula solat subuh..

balik rumah, lif rosak pulak!!!

gua pun gigih la eksesais subuh2 tu naik tangga sampai ke tingkat 5. nak ke tempat kerja pagi ni kena turun tangga pulak. ni gua rasa badan macam ringan sikit, gamaknya berapa gram lemak yang berjaya gua singkirkan eksesais pagi2 tadi kan.


*ni kali ke-2 ayaq takdak. tapi hari tu, tengah malam ada balik. kali ni, sampai ke pagi langsung takdak.

*lif jangan dok kata, kerap jugak rosak. kalo tak mengandung, tak dak hal. rosak seminggu sekali pun takpa, boleh jugak eksesais (tipu je ni, eksesais la konon).


gambar yang tak ada kena mengena
* 3 orang petugas di majlis kawen gua

Thursday, May 26, 2011

orang kampung

aku orang kampung, lahir kat kampung, membesar kat kampung. terjun parit, terjun sungai, main dalam bendang, main dalam kebun getah, panjat pokok, terjun pokok, main guli, main tuju tin, main tuju kasut, main rounders, eh sume berkenaan kampung ni aku pro ahh. dulu zaman aku rasanya takdak playstation, dan tanpa malu2 kuceng, aku nak bagitau, aku tak penah main game playstation sampai sekarang. ok, aku outdated. aku mengaku, tapi aku tak kisah pun.

kampung aku baru sangat ada coverage telefon ni. baru pun tak baru sangat, ada la dalam 2 tahun lepas kot. masa balik cuti, gila malu nak habaq kat kawan2 yang kampung aku takdak line. so dalam rumah tu, terpaksa la search coverage secara manual. last2 tak sangka, ada weh. masa tu ada line celcom ja. gila teruja, line tu ada kat tepi tingkap ja. kalo angkat2 henpon tu, nescaya line tu takdak. nak sms ok arr, tapi kalau nak call, memang celak* sikit laa. henpon takleh angkat, satgi line terus takdak, jadi terpaksa la membongkokkan badan, letak telinga kat henpon. hahaha. sungguh lawak masa tu.

dan alhamdulillah, aku kawin pun dengan orang kampung jugak. hahaha. senang weh kalo background kita ni sama. kalau berbeza sangat, boleh bikin gaduh jugak. contohnya dari segi makan. aku ni orang kampung, dah tentu reti masak lauk2 orang kampung ja. haaa.. senang sangat la, goreng pekasam, goreng kailan ikan masin, buat sambal ikan bilis dengan tempe, siappppp.. tu pun mengkedarah tak hengat kan. memang real orang kampung punya, sampai makan pizza pun cicah pekasam. har har har.

ni aku rasa, anak dalam perut ni pun insyaallah jadi pure orang kampung jugak. alasannnya ialah, setakat ni mana penah aku mengidam nak makan italian food ka, afrika food ka, sume makanan bercirikan kampung2 jugak aku suka. makan nasik dengan teloq goreng kicap, potong cabai sikit kasi masuk dalam itu teloq, wallawehhh, makan siap bertambah lagi. sama jugak kes makan nasik dengan ikan masin goreng, boh bawang besaq dengan cabai kering, itu pun melantak siap ketuk2 rice cooker tu. sabaq cek, sabaq.



lauk2 yang di hidang masa aku kawin last year.. keh3x.. taktau apa motif aku tayang.. haha..

Wednesday, May 25, 2011

minyak wangi

saya dah lama beli minyak wangi nih
sebotol berapa ringgit entah
tidak ingat pula saya sebab dah lama beli
bukan branded punya minyak wangi pun

selalu saya pakai sikit-sikit je
tak berani nak pakai banyak-banyak
takut ada orang tergoda
keh3x

dulu saya guna tiap-tiap bulan
sapu kat perut dan pinggang
lepas tu dah lama saya tak guna
pagi ni saya TERPAKSA guna
macam biasa, saya kan kedekut, saya guna sikit-sikit je minyak wangi tu
takut 'cepat habis'

saya tuang minyak wangi tu atas tapak tangan
sapu kat kedua belah kaki saya
rasa lega sikit


*kaki saya cramp sejak akhir-akhir ni, jadi terpaksa lah saya sapu minyak wangi panas. bau minyak panas ni dah cukup kuat, hilang bau minyak wangi saya. keh3x.

*kawan saya kutuk saya manja sebab saya cakap saya tak berani nak drive sorang2 diri, dari perak ke kedah. 3 jam lebih ok, dan saya mengandung 7 bulan. macam mana dia expect saya nak drive sorang2, dia baru 6 bulan pregnant, nasib orang tak sama yer kawan. wait and see masa u 7 bulan nanti. hehehe.

Tuesday, May 24, 2011

terima kasih uncle sebab sound saya

medium untuk communicate antara orang kat dalam ofis ni ialah menggunakan skype.

pagi2 on skype, nampak engineer dari site request for new purchase order.

"Puan, please provide new PO number".


alkisahnya, engineer ni dah umur baya2 bapak gua jugak. uncle ni chinese.

gua pun apa lagi, dengan hormat terus bagitau uncle tersebut.

"Uncle, tak payah la panggil saya puan. You can call me JLo".


sekali uncle tu reply, memang sentap gua. mallewww pun ada. keh3x.

"ok, sorry about that, berbudi bahasa adalah kebudayaan kita".


rasa macam nak letak kepala dalam laci.

Monday, May 23, 2011

cakar ayam

tulisan tangan saya sangat buruk. orang kata, tulisan doktor sangat buruk, tak faham kalau mereka tulis. haha. *sorry daddy ziyyad. tapi tulisan tangan saya pun lebih kurang, sekejap senget ke kiri, sekejap senget ke kanan, sekejap tegak macam tiang bendera.

sebab tu saya malas nak tulis surat cinta di sebabkan tulisan saya yang buruk ini. hahaha. masa saya bercintan cintun dulu, suami saya aka pakwe saya masa tu gelakkan tulisan tangan saya. masa tu saya isi application form kat parkson kalau tak salah. itu first time rasanya dia tengok tulisan saya yang huduh. haha. *orang tulisan huduh ni boleh tulis laju2 tau. sebab tu saya boleh copy note lecturer laju2. hahaha. tipu.

saya takmau salahkan diri sendiri disebabkan tulisan saya yang huduh tu, saya nak salahkan makhluk bernama ayam. sebab beliau lah tulisan saya buruk. hahaha.

saya suka makan sup kaki ayam, jadi no wonder lah tulisan saya sangat cakar ayam. kah3x. *ayam, maafkan saya...


picca sup kaki ayam yang saya curikss dari google. thanks to the owner.



sampai sekarang pun tulisan saya tak lawa, sebab suami saya asyik jamu saya makan kaki ayam. hahaha. saya suka sup kaki ayam, dia pun suka. kaki ayam berharga RM2 je sekilo, beli kat pasar malam manjung. ada sesetengah orang rasa geli je tengok kaki ayam, ye lah kan, ayam pijak hapa kebenda la kat atas tanah tu, tahi mereka sendiri, tahi binatang lain, kuman2, bakteria, haha.. tapi ada saya keshahhhhh??? janji sodapppp..

Saturday, May 21, 2011

homework - sila isi tempat kosong ye anak murid

You have won $1,000000USD in the western union compensation promo.Confirm this receipt by replying the due process unit officer Mr. David Mark.

Fill The Form Below:
1. Name:______
2. Address________
3. Country:_______
4. Phone Number____
5. Occupation:________
6. Sex:_________________
7. Age___________________



* weh, sapa nak jadi jutawan, sila reply dengan details2 yang di mintak ke western_unionpay@nba2k.com.cn

* gua receive menatang ni dari email. haramzadeyyy mana yang dok hantaq email macam ni. gua syak, mamat2 _itam yang dok kena tangkap dalam 999.

Friday, May 20, 2011

menjala di atas api

perghhh.. hebat gila tajuk kat atas..
macam tajuk puisi a-samad-said pulak
haha

ini cerita semalam, gua salin resipi roti jala
daripada website masak2 kegemaran gua
balik kerja, eksaited gila nak tunjuk skill menjala

masukkan semua bahan ke dalam blender dan biarkan selama 20 minit
cukup 20 minit, terus gua bergegas ke dapur
*ayat bergegas tu macam poyo je

percubaan pertama, tak lawa pula hasil jalaan gua
percubaan kedua, laki gua plak terai
hasilnya, agak huduh dari percubaan pertama..hahaha.. sorry ye bang
tapi dah laki gua kata, "tak lawa tak pa"
gua pun menjala dan menjala lagi

pukul 11 malam, laki gua kata lapar
nak makan sikit
*elelele bang, cakap je la nak makan roti jala yang huduh tapi syedappp itu

disebabkan nafsu menjala saja yang ada
maka roti jala tersebut telah gua cicah dengan susu pekat manis
nafsu nak buat gulai aka kari ayam tak berapa nak mariiiiii

sekian, cerita gua yang selalu buat kuih huduh
tapi rasanya agaknya syedapppp..
keh3x

Thursday, May 19, 2011

biasiswa

Alkisahnya, minggu lepas datang seorang lelaki india ke ofis, nak jumpa bos. Bila di tanya bos yang mana, dia cakap mana2 bos. (sini memang ada ramai bos, president pun ada). Nama bos pun dia taktau, jadi gua pun selidik jugak, mana tau setakat nak mintak kerja, tak payah la nak jumpa bos. Baik pass resume kat gua, nanti gua pass sama HR.

Hasil kajian gua, rupanya lelaki ni (consider uncle la sebab dah tua, takkan nak panggil abang pulak) nak jumpa bos sebab nak mohon bantuan pendidikan untuk anak dia. Anak lelaki dia belajar di Universiti Lim Kok Wing, tiap-tiap semester, nak kena bayar RM1,500, jadinya dia nak mintak company sponsor. Katanya dah berapa bulan tertangguh, belum setelkan lagi yuran RM1,500 tu.

Gua ambik penyata yuran yang uncle tu dah fotokopi dan bagi pada budak admin. Uncle tu pulak, merayu2 nak jumpa bos sedangkan bos2 besar memang tak ada di ofis masa tu. Gua suruh dia balik, kalau ada apa2 nanti kitorang akan kol dia. Dia pun berat hati nak blah, sambil mintak gua punya bisnes card.

Sejak dari hari tu, dia hari2 akan kol gua. Mula2 tanya khabar, cakap baik2, lepas tu mula la cakap nak jumpa bos or president, nak mintak bantuan/biasiswa untuk anak dia. Gua dah cakap sehabis baik, if ada apa2 good feedback, kitorang kol. Tiap2 hari mesti dia akan kol, sampai gua dah naik muak. Mula2 gua cakap baik2, tapi gua risau jugak, takut terkeluar bahasa  haramzadeyyy pulak. Jenis tak paham bahasa ni, memang tak larat gua nak layan.

Rabu pagi dia kol lagi, cakap nak jumpa dengan bos lagi. Gua cakap, bos tak ada di ofis. Dia merayu2 lagi, cakap yuran anak dia dah tertangguh. Gua cuma boleh cakap, belum ada feedback dari bos. Tengahari, tetiba dia muncul di ofis. Dah menyirap darah gua, pakcik ni memang tak kenal erti putus asa.

Alhamdulillah, dengan bantuan budak admin, gua syak esok2 dan lusa2 serta hari2 yang seterusnya, pakcik tu takkan kol dan datang lagi ke ofis. Budak admin tu cakap, sorry uncle, company memang tak bagi apa2 biasiswa atau bantuan pendidikan. Company memang bagi bantuan, tapi lebih kepada rumah anak yatim yang bos pilih.


* kajian GC: macam mana dia boleh ingat yang company akan sponsor anak dia??? sampai tak segan silu nak mai mintak bantuan pendidikan. company bukan badan kebajikan yang nak tolong orang yuran pelajaran. macam tu, esok2 mesti ramai lagi yang datang mintak bantuan/biasiswa.

* kajian GC: kalau rasa tak mampu nak bayar yuran yang mahal2 macam tu, jangan la hantar anak belajar ke tempat2 yang mahal, lagipun ptptipupelajar ptptn kan ada.

Wednesday, May 18, 2011

cerita orang mengidam..!!!

thanks to Pia, sebab concern pasal aku, mengidam nak makan apa, dia nak tolong cari. keh3x. Pia ni antara blogger yang aku pernah jumpa, termasuk kak Anis yang merantau ke Sri Lanka (masa tu dia balik malaysia), Sahrom (datang masa kenduri aku last year, thanks Sahrom), dan last sekali, Pia dan Kila (aku jamu depa makan laksa kedah masa depa mai umah. hehe)

Pia sms, tanya perut aku dah besaq ka blom. jawapannya, macam blom!! haha. eh, betul la, kawan lama aku pun cakap perut aku tak besaq sangat, just muka agak tembam. padahal, aku dah nak masuk 7 bulan dah ni. hahaha. normally, aku ke tempat kerja pakai baju kurung, mungkin sebab tu perut aku macam tersorok sikit. hihi. sebab tu ada kakak yang jual kuih tu tegur, eh, awak mengandung eh? masa tu aku dah 6 bulan. padahal boleh katakan tiap-tiap hari aku singgah beli kuih kat beliau. hihih.

aku habaq kat pia, aku nak makan nasik kandaq makbul, kat penang tu. hahaha. bukan letak lauk grand-grand pun, nasik mesti banyak, kuah banjir, wajib ada ayam goreng. perghhhh.. di sebabkan kemengidaman aku nak makan nasik kandaq, maka termasuk semalam, dah berapa kali aku buat gulai mamak kat umah. gulai besa ja, ikan temenung aka ikan kembung dengan bendi. licinnnnnn... hahaha..

alhamdulillah, setakat ni takdak pulak aku mengidam nak makan yang pelik-pelik or susah nak cari. masa awal-awal dulu kot, aku terasa nak makan buah cermai. dah abih musim pun masa tu, tapi mujur ada jugak. dapat la makan cermai fresh dalam 20 bijik. haha. lepas tu, aku pernah la nak makan kfc pukul berapa pagi ntah. mujuq tak suruh laki pi cari kfc pagi-pagi buta. hahaha. sori yer banggg..

aku pernah curi-curi minum ayaq oren yang jenama mirinda tu sebab tak tahan tengok kesedapan ayaq tersebut berada dalam peti ais kat ofis. taktau la laki aku tau ka tak pasal ni, rasanya taktau kot sebab aku tak habaq kat dia. haha. aku minum sikit jaaaaaaa...

serius aku bersyukur yang aku tak loya teruk masa awal-awal pregnant dulu sampai sekarang. loya pun sebab nak mandi dan gosok gigi. makan semua aku boleh sapu, setengah orang, bau apa pun tak boleh kan, tapi aku okey. sampai sekarang pun aku still kuat, boleh drive macam biasa, boleh mop lantai, berus jamban, berjalan round pasar malam, makan dengan rakus seropa kena rasuk dengan jin. hihihih.

aku tau, tahap kemengidaman dan keloyaan sesorang pompuan yang mengandung tu tak sama. tapi, jangan sampai overrrrrrr... hahaha. aku cakap over ni based on true story, sampai aku rasa meluat. ishhh.. main order je nak makan apa, ais kacang, cheesy wedges, tapi duit takmo hulur, apa cerrr kannn.. kalo nak mengidam makan macam-macam, sila mintak dengan suami sendiri okeh.. hehehehe.

Monday, May 16, 2011

selamat hari cikgu

bagusnya ada hari istimewa untuk cikgu cikgi. ada tak hari untuk kerani-kerani cikai macam aku? tak ada?? ohhh.. kuciwa rasanya.. harap-harap pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan sudi mewartakan mana-mana hari dalam kalendar sebagai hari kerani. hahahaha.

tu la dulu GC, mak ayah hantaq pi sekolah suruh mengaji bagi pandai, hang pi dok buli anak orang. kalo dak, pandai boleh gak jadi cikgu. dan kalo pandai lagi, boleh jugak jadi dokter. walopun sah2 hang akan pengsan tiap kali tengok darah. tak pa la, redha je la dapat jadi kerani pun. ;-).

dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari cikgu kepada cikgu tadika aku, cikgu azizah yang ajar aku masa kat tadika kg. kuala ruman. cikgu, mintak maaf. saya yang selalu pi curi buah koko belakang tadika tu. cikgu, terima kasih sebab selalu pimpin tangan saya masa nak lintas jalan.

selamat hari cikgu jugak saya ucapkan kepada cikgu-cikgu saya di sekolah kebangsaan kampung kota bukit, jeneri, sik kedah. terutama cikgu normah ismail, cikgu yunus zakaria, cikgu rashid, ustazah zaiton, cikgu md zain, cikgu hijazi, teacher lim, cikgu-cikgu lain yang saya tak ingat nama, mintak maaf la noh. hihi. please noted that cikgu normah, cikgu yunus, cikgu rashid dan cikgu md zain masih mengajar kat sekolah rendah saya sampai sekarang. hihi

selamat hari cikgu jugak saya ucapkan kat cikgu-cikgu sekolah menengah saya di sekolah menengah kebangsaan sik, kedah. ramai benor cikgu dari form 1 smpai lower 6 (lower 6 saya mengaji sekerat jalan..haha). cikgu biologi saya adalah kakak kepada roslin hashim. tapi saya tak pernah ambik kesempatan suruh cikgu saya bawak balik buku autograph. cikgu-cikgu, mintak maaf kalau saya asyik tidoq dalam kelas kimia, fizik dan biologi.

selamat hari cikgu cikgi jugak kepada semua lecturer2 saya. (di sebabkan tak ada hari lecturer, maka hari cikgu jugak consider sebagai hari lecturer). terima kasih kepada lecturer2 yang mengajaq saya sehingga saya tak pernah repeat mana2 paper dari diploma sampai degree walaupun ada ketika saya tiru masa test dan baca paper dan sms masa lecturer kat dalam kelas. ohhh.. saya rasa berdosa sekaranggggg...

dan tak lupa, selamat hari cikgu kepada cikgu sekolah memandu saya, pakcik osman.. pakcik, terima kasih sebab selalu tunggu saya pagi2 dan ajar saya memandu dengan berhemah dan mendapat beberapa saman. terima kasih jugak buat pakcik kerana berkenan hendak menjadikan saya menantu pakcik. kah3x.


* selamat hari cikgu kepada blogger2 yang bergelar cikgu. ;-)

Thursday, May 12, 2011

yanti oh yanti

tettt.. tettt.. tettt..
1 message received


Gua pegang henpon, tengok sms dari siapa. sms dari kawan gua, nak jemput bekas pensyarah ke kenduri beliau nanti, bulan jun akan datang.

Katanya; weh, ingat lagi tak nama penuh Puan Yanti yang ajar subjek Finance tu? Aku ingat nama yanti je. Nama penuh aku tak ingat.

Gua pun usaha jugak fikir, apa kebenda nama Puan Yanti tu eh?? Muka memang stok comel gila. Tapi garang yang amatzzz.. Tak berani nak main2 masa kat dalam kelas.. Kalau lecturer lain, boleh jugak lecturer kat depan, gua dengan kekawan lain kat belakang ber sms, tak pun baca paper.. Yang tido pun ada..

Gua pun reply sms kawan gua. Nama SARI YANTI kot.



Ini SARI YANTI. Gambar cilok dari gugel.



Kawan gua reply: jadahnya, itu nama artis laaa.

Itu la, asek tengok tv je. Sampai lupa nama lecturer sendiri. Siap pergi petik nama Sari Yanti ni, nampak sangat dulu dok layan Kisah Kaisara. Wahaha. Dah sedar kesilapan diri sendiri, gua suggest kat kawan gua, apa kata buat kontes kat FB, sapa dapat teka, dapat hadiah topup rm5. Hahahaha. Ini gua tengah tunggu jugak, bila kawan gua nak post kontes tersebut kat FB dan nak tau, sapa yang berjaya mendapat topup rm5. Gua memang sah2 out, dalam kepala gua memang dok sebut2 nama Sari Yanti je. Ayoyoyoyo.


* Kalau lecturer gua tau yang memurid dia semua dah tak ingat nama mereka, mesti mereka sedih. Melayu mudah lupa..

Wednesday, May 11, 2011

bahasa Melayu kebanggaan kita - mari berpantun..!!

Tempat lembu meragut rumput.



pergi ke pekan bersama cik noni,
nampak cik leha dating dengan jamal,
hajat di hati nak balun nasik lemak pagi ni,
apa kan daya orang tak jual.


anak kucing menggesel-gesel,
sarapan pagi dengan roti telorrr,
alamatnya singgah Shell,
beli roti lorrr.


pakai baju singkat nampak pusat,
memang sah nak tiru gaya J.Lo,
nak kuat dan sihat,
makan la roti bersama milo.


pergi klinik dapat MC,
lengussss kat tangan ni tak ok2 lagi,
sampai di sini mari berpantun bersama GC,
esok2 kita berpantun lagi.


mat saleh,
dan hantu kak limah,
keh.. keh.. keh..
kah.. kah.. kah..

Tuesday, May 10, 2011

lengusssss

akak pagi tadi ke klenet, besala, normal check up untuk ibu2 mengandung macam ni la.. asek2 kena check up.. hari tu lepas berat akak naik 2.5kg, akak terus cuak.. akak terus mengamalkan diet yang seimbang.. seimbang lah sangat yer, jangan percaya sangat.. nasik tetap feberet akak nombor 1.. almaklumlah, orang melayu tulen, haruslah suka makan nasik kan.. lagipun, akak tak muntah2, tak loya.. makan berselera jerrr.. kadang2 macam makan tak bismillah pulak, makan macam kena rasuk dengan hantu..

jadinya tadi pi timbang, kagum akak, berat akak naik 1.5kg je dalam masa sebulan.. okey lah tu.. tak banyak sangat.. hari tu, masa akak kena rasuk dengan hantu, makan tak hengat dunia, berat akak naik 1.6kg dalam masa 2 minggu jeee... ishhhh.. betul2 kena rasuk hantu masa tu..

Hemoglobin akak pun okey, atas pagar.. keh3x.. mungkin sebab pengambilan sayur bayam yang di beli seikat lima kupang di pasar malam dan kerajinan laki akak mencari kerang, terus dapat memaintainkan hemoglobin akak.. keh3x.. tambahan lagi, terima kasih atas bantuan obimin yang di syorkan oleh kakak hangkat dalam dunia blog, puan anis, rakyat malaysia yang tercampak di sri lanka.. keh3x..

ehhh..sudah lah.. malas nak cerita lagi pasal mengandung2 ni, risau plak kang ada yang kata akak cewi / poyo / mengada2. anak pun belum ada, cewi je lebih. kang ada yang kata akak menunjuk2 pulak. ishhh..bukan gitu niat akak sebenarnya. sedangkan akak pun suka mengutuk status rakan2 akak di fesbuk bila mana ada yang cewi dok post pasal2 mengandung ni kan... hishhh.. akak tak suka laaa.. laki akak lagi la tak suka.. tapi ni kira takpa kot, akak tak post benda ni kat fesbuk, akak post kat blog.. keh3x..



* lengan akak lengusss sangat2 ni, tadi kena inject untuk kancing gigi (tetanus). mujur kena belah kiri, kalo kena belah kanan, riso akak takleh suap nasik masuk mulut. kah3x. beria2 je, padahal boleh je menaip macam biasa. hihihihi. tapi serius, memang lengusss tauuuu..

Monday, May 9, 2011

bini PM

akak arini super duper bizi
nak hapdet blog pun kemain takdan
inikan pulak nak jalan2 kat blog adik2 semua

nanti kalo akak dah tak berapa bizi bodi
akak singgah yer

bizi kemain mengalah bini PM
hapa ingat PM je bizi
bukan senang der nak jadi bini PM
sana sini nak kena pergi teman abg PM
itu belum di ajak pergi rasmi apa2 program lagi
nak ke luar negara lagi

itu la perumpamaan yang akak boleh habaq sekarang
bizi mengalhakan bini PM
akak memang bizi
bizi bodi.. kah3x

Thursday, May 5, 2011

peluk dan cium

Gambar ulang siar. Khas untuk Kak Tasek yang lupa gua dah kawin.
( Ishhh.. disuruhnya gua jangan bercintan cintun dengan laki yang lebih tua.. wahahaha)


Sapa tengok cerita Nanny 911 kat NTV7? Tak penah tengok? Aku pernah tertengok cerita ni banyak kali jugak. Nanny ni akan pergi ke rumah parents yang ada problem nak handle anak-anak depa. Ingat nak ada ni senang?? Uishhh.. Aku yang belum ada anak ni pun riso, macam mana nak handle anak sendiri nanti.

Kalau anak sepupu-sepupu aku, anak jiran-jiran aku kat kampung, aku jegil mata sekali dah takut. Melawan jugak, kasi jerkah dua tiga kali, diam lah. Tapi, bukan gitu yer cara nak handle budak-budak. Macam cerita semalam, laki bini ni ada 6 orang anak kecik. Sekali kembar 3 orang daaa. Lagu mana nak handle budak-budak kecik yang banyak kerenah ni. Yang sulung lelaki, 5 yang lain of kos la perempuan. Semua kecit-kecit lagi.

Jadi bila si Nanny ni mai umah, dia akan catat apa mistake yang mak ayah dan anak-anak ni buat, sampaikan family tu boleh jadi caca marba. Antara masalah yang dia berjaya identify:

* mak ayah suka gaduh depan anak2 - anak2 tengok je mak ayah dok gaduh depan depa. tu contoh tak baik yang depa tunjuk kat anak2

* mak suka cakap bad words - haha. macam2 perkataan 'canggih' yang si mak guna masa tengah marah.

* mak ayah tak bagi perhatian kat anak lelaki - cian anak lelaki yang sulung tu, mak ayah lebihkan yang perempuan sampai dia mula memberontak sebab nak tarik perhatian

* mak suka cakap kuat2, jerkah2, tengking2 - si mak ni ingat, bila dia cakap kuat2, budak2 tu akan diam. tapi lagi pening, budak2 tu semua ketegaq.

* kalau nak badan yang sihat, kena makan benda2 yang sihat dan berkhasiat - hari2 taktau berapa kali mak ayah budak2 ni bagi depa susu. gaduh je, bagi susu. Nanny kata, banyak minum susu sangat pun tak elok, nanti boleh kena sembelit. tak salah kalau sekali sekala bagi budak2 tu mentekedarah eskerim.

* tak ada peluk dan cium - Nanny tu perasan, dalam rumah tu mak ayah treat anak2 depa macam takdak kasih sayang. tak ada peluk dan cium.


Aku suka last mistake yang Nanny tu perasan pasal mak ayah budak2 ni. Serius berjaya buat budak2 yang ketegaq ni jadi lembut, lebih tenang. Mak ayah memang sayang kat anak2, tapi kadang2 depa tak tunjuk. Kita yang besaq2 ni lain la, rasa lain macam ja nak pi peluk mak ayah sendiri, kalau raya ka apa, masa nak salam tu ok lah. Tapi yang kecit2 ni, boleh la kita tunjuk sayang kita kat depa dengan peluk dan cium. Derrrr.. ingat laki bini / pakwe makwe je boleh peluk cium. Dengan anak2 pun kena peluk cium okeh. Baru budak2 tu rasa disayangi.

Ok, setakat ini saja tips kekeluargaan dari Dr.GC yg pandai cakap saja sedangkan diri sendiri pun tak ada anak lagi. Wakakaka.


 > KITA BOLEH BELAJAR DARI PENGALAMAN DAN KESALAHAN ORANG LAIN <



Wednesday, May 4, 2011

break off!!

Dah baca paper hari ni? kesian-kesian
Ada budak perempuan mati kena tikam dengan pakwe beliau
Innalillah

Sebab apa kena tikam?
Dalam paper tulis sebab budak perempuan ni nak mintak putus dengan pakwe beliau
Wujud pertengkaran antara mereka, dan arwah di tikam bertubi-tubi
Masyaallah

Arwah ni baru sangat grad, kerja engineer kat kilang di Gurun
Alaaa.. Dah dekat sangat dengan kampung aku nih
Umur muda lagi, baru 23 tahun
Depa ni dah bercinta dekat 6 tahun
Yang laki tu umur dh 50 tahun

Ishhh.. Seriau betul lah
Donia.. donia..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat
Al-fatihah

Sumber kat Kosmo


* aku baca kat paper homputih tu, rasanya maklumat lebih banyak. Hari ni genap 8 tahun pemergian Fatimah Syam, arwah mak sedara yang ajar aku mengaji quran masa kecik-kecik dulu. Semoga arwah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Tuesday, May 3, 2011

pisang goreng

Sebeno-beno nya, pisang goreng or goreng pisang? Cer habaq betui-betui sikit.

Orang utara jugak senang, CUCUQ PISANG.

Apa kes pagi-pagi cerita pasal cucuq pisang?? Alkisahnya, haritu aku teringin nak makan cucuq pisang. Hahahaha. Baguih betui, nak makan benda-benda yang simple je. Mau kalau teringin nak makan burung unta masak kicap, jenuh gak nak cari. Keh3x.

Pagi sabtu lepas, aku dan encik tukang belanja, telah sama-sama melantak nasik kandaq, bukan kat kedai yang original nasik kandaq macam yang berterabuq ada kat Penang tu. Nak kata Kayu Nasik Kandaq pun bukan, Nasmir, Subaidah, Makbul pun bukan. Makan kat kedai yang biasa-biasa ja, tapi boleh la masuk kategori adik beradik nasik kandaq.

Sumpah dah lama tak makan nasik kandaq. Masa kat Penang dulu, aku suka la makan nasik kandaq kat Makbul Bayan Baru tu. Makan tak hengat, macam dalam perut ada jin. Tapi, sejak pindah ke Lumut, memang tak makan nasik kandaq lagi.

Jadi, rasa puas sangat sebab hari sabtu lepas dapat makan nasik kandaq. Harga tak payah habaq la, lagi mahai dari nasik campuq.Tapi tak pa la, sekali sekala ja makan, mau makan hari-hari, mau aku jadi booolattt.

Orang pregnant ni memang la kadang-kadang tu teringin nak makan yang tu, nak makan yang ni. Kang kalo tak dapat, orang kata nanti anak yang keluaq meleleh pulak ayaq liyuq. Kesian plak. Tapi kalo dah mengidam benda-benda yang mahal, mengada-ngada la jugak. Kesian la sama kat laki nak mencari / beli benda yang di teringinkan tu.


* Meluat tengok aksi sesetengah orang yang tak larat nak baut kerja rumah, bagi alasan pregnant, sedangkan sembang bagai nak rak. Malas je yang lebih.