Wednesday, June 15, 2011

haiii.. saya belum beranak lagi tau.. keh3x..

hari ni saya bizi
semalam saya bizi jugak
bizi dok chatting dengan kak anis sri lanka
kah3x

jangan ingat saya tak post new entri
tandanya saya dah beranak
keh3x
belom lagi lah
doa-doa lah saya beranak cukup bulan
doa-doa lah budak kecit ni takmo keluar lagi
bagi lah peluang saya nak makan laksa lagi
bagi lah peluang saya nak taram semua makanan puas2
ekekeke

lepas ni nak kena berpantang pulak
hohoho
nak kena mengembalikan bentuk tubuh yang dah out of shape ni
*padahal masa bujang pun tak selim mana..poyo je lebih

ok la, saya nak sambung minum milo saya yang dah sejuk
konon2 orang bizi lah kan, tak sempat nak minum, banyak kerja sgt
ekekeke...

Monday, June 13, 2011

hero

gambar tak ada kena mengena


hari ni gua rasa malas nak post entri baru.. tapi sebab cewi nak bagitau yang hari sabtu lepas gua dah pi scan, budak kecit yang dok menendang ni adalah hero. laki gua senyum sampai nampak gusi. suka lah dia, ada geng nak bawak pi main bola kot. jadi keeper macam khairul fahmi che mat pun okeyyyy.

gua ingat kalau girl, nak pergi borong skirt ropol2 barang sedozen. hahaha.

dah memasuki usia kandungan ke 30 minggu, gua kena kerap ke klenet untuk check up. sebulan, dua kali check up. harapnya semua berjalan lancar. amin.

sapa2 ada nama2 yang baik makna, boleh la sharing2. hehehe. sharing is caring kan..

Thursday, June 9, 2011

rindu lah

ni cerita pasal makan2 semalam
penuh ruang2 kosong dalam perut
ter isi dengan makanan
malas nak cerita, kang meleleh lak ayaq liyuq

yang penting, semalam aku melantak 3 jenis kek
sedapppp...
ada kek macam kat bawah ni..
makan dan makan dan makan
sampai lupa laki di rumah tak tau dah makan ka blom

bang, nasik sejuk dalam rice cooker tu ada
goreng la teloq ka apa yang patut
ekekeke...

*colan isteri mithali.. hihihhi


kek semalam ada pisang di dalam.. nyam3x
ada jugak cheese cake..
homaigoddd...



pagi2 tadi mai keja, gigih betui dok edit gambar ni
bukan apa, teringat kat jeans lama ni
lama betui tak pakai jeans ni
rindunya kat dia
agak2, muat lagi ka tak nak pakai jeans lepas ni
sob3x


ni gambar masa baru balik dari explore pulau jerejak, penang
masa ni blom kawin lagi
nak kata slim tu, tak la slim
cun tak spek mata aiii?


Wednesday, June 8, 2011

akak keji..!!

akak semalam kan, beria-ria la cakap kat avang nak posa
siap dah masak untuk sahur
sekali masa akak tengah solat isyak
akak teringat yang kat ofis arini ada farewell party..!!!!
*keji yang pertama sebab tengah solat boleh teringat pasal farewell party

kalau farewell party, haruslah ada kek sikeret resipi
haaa.. akak memang gatai2 je tekak ni rasa macam nak makan kek
sekali ada farewell party
haruslah akak meng hold kan niat suci akak tu
*keji yang kedua sebab membatalkan niat nak posa semata2 kerana kek..!!

mengingatkan makanan yang masih panas2 itu
akak segera makan
sedap kan makan panas2
tetiba, akak kena rasuk
sedap pulak masakan akak
jadinya, akak terus tambahkan makanan itu
*keji yang ketiga, sudah la makan tengah malam, banyak pulak tu

astaghfirullahhal 'azim

insyaallah
esok je la akak teruskan niat suci akak ni
harap2 tak ada unsur2 syaiton yang merasuk akak lagi




budak kecik bernama Zahra ni bukan anak kedua akak,
merepek betul hangpa2 ni. ni anak menakan kesayangan akak.
sesapa yang berkenan nak buat menantu, boleh hubungi akak yer.

Tuesday, June 7, 2011

rock..!!

akak baru balik check up nih, kat klenet kesihatan siti_awan. orang tak ramai sangat harini, tapi service slow sikit. ramai misi2 cuti malaysia gamaknya. ramai bebudak praktikal je. akak sampai kol 8.04 pagi pun dah ramai orang. gamaknya depa ni datang lepas subuh kot. ekekeke..

misi tu tanya akak, awak pakai heels tak? akak of kos la tidak memakai heels. mau terpeleot kaki akak kalo pakai heels. akak dulu pun layan wedges je. yang jantan2, kome jangan ingat wedges tu cheesy wedges pulak. luku pala kanggg...

akak cakap kat misi tu akak pakai selipar je.. misi tu tanya, awak pergi kerja pakai kasut apa pulak?? yela, selipar ni laa.. sambil menunjukkan selipar mahal akak yang di beli di pasar malam ketika masih bujang dulu.. misi tu kata sama akak, hishh.. rocknya kamu.. brutal pulak.. haippp.. pakai selipar pun rock? brutal? itu akak blom berkaki hayam lagi.. kalo berkaki hayam, ntah hapa pulak misi tu kata kat akak..

cerita lain masa kat klenet tadi, akak nampak satu suwitt kapel. si suami berkopiah, pimpin tangan isteri yang sarat mengandung, tak larat nak jalan. sambil menunggu giliran, akak nampak depa baca buku islamic2 nih. suwitt gila. berdasarkan ukur lilit perut, akak rasa akak lagi sarat dari si isteri yang suwitt kapel ni. tapi mungkin kaki si isteri tu bengkak dan susah nak berjalan, sebab tu perlu suami pimpin. akak setakat ni ok lagi, takde pulak si avang kena pimpin, dan akak pun masih drive macam biasa. semoga akak terus kuat dan sihat sampai nak bersalin nanti.


** akak hot sikit kat misi tu sebab bagi time sleep kat akak sampai 10.30 pagi je, akak nak mintak sampai pukul 1, boleh balik rumah masak2 dulu. keh3x.

** get ready untuk rasa lenguh kat tangan kiri, sebab tadi akak kena inject tetanus untuk kali kedua. akak nak pura2 tak larat lah, boleh mengelak dari kena masak. ekekeke. avang, jom makan kat luar... tak larat, tangan lenguh. hihihihi..



Selamat Hari Lahir buat Zahra boolat yang berusia setahun bulan ni.
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Dialog Zahra: Apa usya2, nak penendang???

Monday, June 6, 2011

cuak!

Jambatan Pulau Pinang


hari sabtu lepas
akak dengan avang pergi soping
berejam-rejam soping
sampai kematu tapak kaki akak

seronok betui soping
rasa macam nak hangkut sume barang dalam kedai tu
tapi akak masih sedar diri
akak bukan beruang berwang

kat kaunter tempat nak mambayar
cashier menjalankan tugas dengan gigih
titt.. titt.. titt..
mesin scan berbunyi

menghampiri angka ringgit malaysia tiga ratus
muka akak sudah mula nak bertukar menjadi otromen
duit dalam wallet memang ada tiga ratus dan syiling2 sahaja
setelah di kirakan semua jumlah dan tolak diskaun
semua barang yg di beli berharga rm316

haipp..mujur cukup duit akak dengan avang
kalau tak cukup, tak kan nak cancel je barang2 tu??
mallew ahh, ramai orang pulak tu
akak ada terfikir nak pura2 sawan je masa tu
tak ler mallew sangat kan.....

moral dari cerita akak:
1) sebelum soping, pergi cucuk duit dulu
2) kalau nak soping, jangan lupa diri
3) jangan berdiri dan berjalan lama2 sangat, nanti kaki sakit dan menangis

Friday, June 3, 2011

cuti 1 hari

"Bik, tolong buat kan susu untuk baby". Laung gua untuk my bibik.

Sian anak nombor 5 gua, nangis nak susu.

Tiba-tiba bibik tercongok, siap jeans dan bergincu bagai.

"Waduhhh Datin, bibik nak kluar nih, sama teman-teman. Nak ke KLCC, udah janji sama teman-teman. Lagipun Datin lupa, hari ini kan hari ahad, bibik off ini hari".

Gua pandang muka bibik. Huduh bebenor mekap ko nih bik oiii...

"Eh, tapi kalau datin mahu bibik kerja ini hari, bisa aja. Tapi upahnya, 2x ganda datin ya". Ekekekeke.. Bibik ketawa terkekeh. Nak lempang kang, muka gua terpampang kat paper. Nak kena jaga reputasi sebagai Datin jugak. Hihihihi. Ohhh..Lupa. Masa ni gua dah jadi datin, bini kepada datuk F. Hahahaha.

"Tak apa lah bik, saya buat sendiri. Jangan layan mat rempit pulak", sempat lagi gua berpesan.

Bibik gelak-gelak. Memang muka peseng nak mintak kaki saiz 4.

"Enggak lah datin. Bibik pulang lewat sikit ya, malamnya mau ke Hard Rock Cafe", sambung bibik sambil senyum-senyum dan berlalu, meninggalkan bau minyak wangi cap one drop drop.




Gaya datin wannabe yang pregnant 7 bulan.. Ekekeke.. Eh, patut ka
gua letak gambar ni?? Macam tak patut je...

Thursday, June 2, 2011

daku kuciwa...

tadi aku dah taip entri elok2
siap gigih haplod gambar lagi
sekali bila aku tekan publish post
tenet jadi cam cipan

ingatkan entri tu ada kat draft
rupanya tidokkkkk
aku kuciwa.. kuciwa.. arghhh..
memang sedap gila entri aku tadi
hahahaha... perasan

dah la, malas nk tulis bebanyak
kang hilang plak
kasi blood pressure aku naik sajork


keadaan aku sekarang..

Wednesday, June 1, 2011

tektik is a tactic

ni idea lecturer gua kalau nak mengelak dari bercakap dengan orang bank yang call kita
"call back later, im driving"
then, terus letak phone
idea yang bernas, memang guna penah try sebelum ni
keh3x

pagi semalam, gua dapat 1 call dari C_I_M_B
gua tipu cakap line tak berapa clear, tak dengar suara beliau
hahaha

petangnya, gua tengok ada orang call lagi
nombor pun dekat2 dengan nombor C_I_M_B tadi
terus angkat, guna balik tektik 'kotor' lecturer gua
"call back later, im driving"
keh3x
gua gelak sorang2
berjaya tektik gua

tidak berapa lama selepas itu
gua dapat sms dari kawan gua
"sorry, aku yang call tadi"

eh, kawan gua lah
dah la lama betul tak sembang2 dengan beliau
hampeh jugak tektik ni