Monday, October 31, 2011

MISI YANG SUKAR LAGI MEMBERATKAN!!

Ni yang susah jadi tukang beli breakfast. Sekali sorang MC dan sorang lagi nak balik cepat, so takmo breakfast, jadi, tukang beli terpaksa la menghabiskan semua makanan ni. 3 bungkus nasik lemak dan 3 bijik cucuq.



Ingat kerja yang mudah ka nak menghabiskan nasik 3 bungkus ni? 3 bungkus ni bersamaan seperiuk nasik okeh. Dengan berlemak bagai, dah la aku dalam proses nak mementenkan berat badan yang tak berapa nak unggul nih.

Dapat dilihat disitu, nasik lemak tu dah tinggal 2 bungkus, sebab sebungkus tu dah selamat masuk dalam perut. Aku ingat, 2 bungkus lagi aku akan setelkan masa lunch nanti. Bangggg, kalau bini abang ni nampak gemuk yang luarbiasa, sori lah ye. Ni sume gara2 takmo membazir. Kan membazir tu amalan syaitonnnnn nirrojimmm.

Monday, October 24, 2011

pembesaran prostat




tajuk kemahen lagi yuuuu
prostat tu hape?
idak ler aku tau
biologi failed!!
cikgu ajaq kat depan, aku kat belakang sebok makan kacang

aku ada snap gambaq ni masa aku kat hospital
bosan kemahen nak jumpa doktor
2 jam tunggu turn nak jumpa doktor
padahal doktor pung pang pung pang ada la dekat 10 minit

homaigod!!

permainan hari ini ialah mencari perkataan yang eja tak betul
seronok tau main game ni buat mereka2 yang tak dak gheja
yang ada gheja tapi sibuk jugak nak cari perkataan tu, maknanya hangpa makan gaji buta
haha
sama la macam aku

ok, selamat mencari. 

Tuesday, October 18, 2011

TAK ADA PUTIH, HITAM PUN BOLEYYY

Pose menguap dari Emran untuk semua... hehe..


Sian Emran, pakai baju murah je mak dia belikan
Ni siap butang baju tertanggal lagi
Nak beli baju baru pun, belom gaji
Kesian anak omak

Di sebabkan gua ni seorang ibu mithali ibu yang sejati
Jadi usaha la jugak nak jahit balik butang kat baju Emran
Cari punya cari benang kaler putih, tak jumpa dik nonnnnn
Yang ada pong kaler hitam je

Alaaa... hantam sajalah
Janji butang tu kembali ke tempat asal beliau
Harap2 babysitter tu tak la belek2 baju Emran nih
Pasalnya haritu babysitter tu gelak2, awatnya baju Emran banyak kaler pink

Hitam itu menawannnnn



Hitam dan putih, warna tahekk cicak

Thursday, October 13, 2011

menghitung anak tangga

Ok, ni peristiwa masa balik kerja semalam. Lif rosak dong!! Hampeh betui. Kalau setakat naik tangga tu bawak diri sendiri tu ok lagi, ni dengan nak pegang si Emran yang sekarang ni entah berapa kilo gamaknya. Beg lagi. Sumpah rasa nak tersungkuq jilat lantai tangga tu.

Lenguh habih kaki ni, bukan senang nak panjat tangga sampai ke tingkat 5. Dah la baru lepas beranak, stamina pun takdak, energy dah abeh masa proses meneran Emran. Hahaha. Nampak sangat menipu. Kalau angkat beras sekampit lain cerita dengan dukung anak. Kalau bawak beras, penat kalu, boleh letak dulu. Bawak anak, takkan nak letak kat lantai pulak bila penat. Hohohoho. 

Emran pulak baik je, tak teriak langsung. Mungkin sebab dia dah biasa rasa naik tangga sebab masa aku pregnant dulu pun, memang kerap jugak lif rosak.Dia pun enjoy je tengok mak dia tercungap2 panjat tangga.

Bukan main bayar duit maintenance tinggi tiap2 bulan, tapi lif kerap rosak!! Sakit hati aku ni. Mujur rumah sewa je, kalau rumah sendiri, memang tak kosaaaaa akak nak beli rumah apartment camni. Buat anaiya badan ja nak panjat tangga time lif rosak.

Haiii.. Saya baru lepas pakai bedak sejuk..


Mak cakap aku suka aniaya Emran, bagi pakai sarung tangan lain2. Dah tu bunga2 pulak. Bukan camtu mak, tak jumpa pulak sebelah lagi sarung tangan tu, so pakai je la sebelah lain pun. Yang penting dia tak garu muka. Sarung tangan bunga2 ni, yang kakak aku punya, anak dia kan gegirl. Mesti la bunga2.

Tuesday, October 11, 2011

katil hujung dalam wad

Sejak jadi mak budak ni, cerita banyak tertumpu pasal Emran je. Redho je lah ye. Ni nak share 1 cerita masa aku kena stay kat hospital sebab nak breastfeed Emran yang masa tu tak boleh discharge lagi sebab ada demam kuning. Aku sehari lepas beranak dah boleh balik tapi Emran kena stay. Nurse call, suruh aku mai hospital, tido kat wad.

Aku masa tu tak duduk wad biasa, duduk dekat bilik yang mostly mak2 kat situ anak ada masalah sikit. Kat bilik tu memang nurse tak masuk, melainkan anak teriak, nurse akan mai cari kita. Masa tu, aku sorang je yang paling muda. Dah la baru beranak. Bayangkan 3 jam sekali nak kena pi bilik baby dengan mak2 yang lain, dengan aku yang baru lepas beranak, terhegeh2 la nak  turun dan naik katil.

Kakak2 lain tu ok la, depa ada yang dah 20 hari beranak pun ada, pulak tu bukan anak sulung macam aku. Malam tu aku tido, katil sebelah kanan aku kosong, masa aku tengah lalok2 nak tido tu, aku rasa macam katil kat sebelah aku tu ada orang. Masyaallah. Serius, terasa macam ada kawan aku. Dalam pejam mata tu aku boleh nampak dan rasa kawan aku tanya soalan, "weh, wahyu tu apa?"

Aku diam  tak jawab soalan dia. Ntah hapa2 punya feeling masa tu. Aku terjaga, terus ambik henpon nak pasang ayat quran yang ada. Sekali ada asma-ul husna je, yang lain semua lagu2 laghooo. Lepas pasang asma-ul husna, aku kasi letak henpon bawah bantal, dan alhamdulillah, tak dak lagi gangguan lepas tu. Mujur kena tido sehari je kat situ, sebab esok tu Emran dah boleh balik.

Lega sangat sebab dapat balik. Lepas tu baru la bermula sesi berpantang dengan lebih efisien. Efisien lah sangat, membazir duit je beli set bersalin Amway, haram tak luak punggg!! Rasa macam boleh je simpan ubat2, param, pilis semua tu untuk adik Emran nanti. Hahahaha. 

Friday, October 7, 2011

muhammad aliff emran - hadiah terindah..!!

Alhamdulillah, pengalaman masa mengandung sangat best aku rasa sebab loya pun tak teruk, cuma alah kalau nak kena ayaq pagi2 dan masa nak gosok gigi. Ada la aku muntah dalam 2 kali. Tu ja. Semua benda makan aku boleh taram. Dari berat 48.7kg masa sebelum mengandung, terus mencanak naik ke 63kg.

Tambah pulak dekat2 dengan due date, aku dah mula cuti sebab takut terberanak kat rumah sorang2 masa ayah emran keja. Due date sepatutnya 11 Ogos, tapi hujung bulan Julai aku dah mintak ayah emran hantar aku balik kampung, lagipun elok sangat lah, 1 Ogos kan dah nak posa.

Aku nak posa selagi boleh. Nak ajaq jugak anak dalam perut ni posa. Hehe. Hari2 masa bukak posa & sahur, melantak kaw2. Makan sungguh2. Sampai la dekat2 due date tu aku kena darah tinggi. Tension, hari2 kena pi klinik desa, check blood pressure. Ada sekali tu, tinggi plak tekanan darah aku, terpaksa la misi kat situ call ambulans dan bawak aku ke hospital. Dengan berkain batik, naik la ambulans. Tapi hampeh, ambulans tu tak bunyi nenong, nenong. Tak merasa naik ambulans macam tu.

Sampai kat hospital, doktor suruh aku rehat dan datang check tekanan darah aku. Banyak kali jugak dia check dan dia satisfied yang aku boleh balik, dia kata standard lah tu tekanan darah tinggi sikit, sebab dah overdue. Aku pun balik. Masuk hari ke 14 posa, aku ke klinik dengan ayah emran. Tekanan darah aku tinggi lagi, kali ni kena admit hospital lagi. Aku stay semalam kat hospital sik, then kena transfer ke hospital sg. petani since kat situ tak ada pakar untuk induce, aku pun dah overdue dah masa tu.

Malam tu tido kat wad, misi letak aku kat betul2 dekat dengan meja depa, sebab kes aku agak berat compare dengan orang lain, overdue dan ada darah tinggi. Malam tu dapat la dengaq orang menjerit nak beranak. Seram gila dengaq, sampai tak boleh nak tidoq. Tetiba je rasa takut nak beranak. Tapi nak tak nak memang tetap kena beranak. Hahaha.

Dari hospital sik naik ambulans nak ke hospital sg. petani, terus rasa nak tercabut pinggang sebab ambulans tu macam teruk sangat, takpun mungkin sebab jalan yang teruk. Hahaha. 15hb Ogos, aku dengan 2 orang lagi kakak yang kes depa di transfer ke hospital sg. petani terus 'check in'. Doc terus check, dah buka 2cm katanya. Aku langsung tak rasa sakit apa pun masa tu. Petang tu jugak, dalam pukul 6 terus aku kena induce. Peliknya, aku langsung tak rasa sakit. Kakak2 dalam bilik tu pun kerap tanya aku, dah rasa sakit belum, aku jawab tak.

Tak silap aku, ubat tu akan bertahan 6 jam, kalau bukaan belum 3 atau 4 cm, doc akan masukkan lagi ubat. Mujur malam tu bila doc check, dah terbuka 4 cm. Misi pun pesan, pukul 12 nanti siap2, pergi bilik bersalin. Dalam pukul 10 or 11 macam tu, aku rasa sakit kat pinggang ni, so aku pun turun katil, jalan2 kat luar bilik. Berjalan dan berjalan, sebab orang cakap kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin.

Lebih kurang pukul 12 malam, misi mai cari aku, dah nak tolak ke bilik bersalin. Masyaallah, masa tu aku rasa takut yang teramat sangat. Takut mati pun ada, takut apa2 jadi dekat baby, macam2 yang aku takut. Huhu. Malam tu pulak, ramai betui orang nak beranak. Bilik beranak penuh!!!

Setelah segala usaha menge'push', akhirnya lebih kurang 6.55 pagi, lahir la anak teruna aku. Emran kena stay kat NICU sehari kalau tak salah aku, then bila dah ok, kena jaundice pulak. Tapi sekarang Emran dah sihat dan kuat, Emran selalu teman aku masa ayah dia kena kerja malam. Bila Emran tido, aku pun tido sekali. Hahahaaha..

"tido macam ni baru puas. so please, jangan bedung saya. saya rimassss"

Thursday, October 6, 2011

kembali bersiaran... GC is back!!!

Assalamualaikum wbt. Mukadimah yang paling bagus untuk aku mula bersiaran balik dalam arena penulisan blog. Ekekeke. Skema semacam plak ayat. Tak payah la tulis skema2, rasa nak muntah pulak. Lama gila tak buka blog, masa dalam pantang hari tu, rasa nak tulis jugak, tapi di sebabkan masalah domain, membantutkan pulak semangat. So, semalam masalah domain tu dah setel. Terima kasih la kat team serverfreak yang bagi aku diskaun. Haha. Rugi bisnes kalau dapat ramai client macam aku.

Masa dah sarat mengandung aku dah rasa malas nak buka blog. Dah bersarang sikit blog aku ni. Hari ni lepas bersalin 51 hari, baru nak mula tulis balik. Sebenarnya aku dah mula kerja 3 hari dah. Memang baru lepas pantang sangat2. Masa hari ke 35 lepas bersalin, aku dah drive bawak anak teruna aku ke klinik. Terdesak, tak dak sapa nak bawak.

Hari ke 45 lepas bersalin, aku drive sekali lagi pi JPN, ambik mykid anak teruna aku. Sempat jugak aku tukar IC baru. IC lama tu muka macam kanak2 sangat. Muka sekarang ni cun sikit kot, putih sikit sebab dok dalam rumah sepanjang berpantang, langsung tak kena panas. Hahaha.

Lepas 2 bulan cuti panjang, rasa susah sikit nak pick up semua kerja yang tertinggal. Nak kena follow up balik kerja yang kita tak tau kepala ekoq. Tapi slow2 lah kan. Apa2 hal, blog tetap tidak dilupakan.

Aku nak share gambar anak teruna aku, Muhammad Aliff Emran yang lahir 4 hari lepas due date. Lahir kat Hospital Sultan Abd. Halim, Sg. Petani Kedah dengan berat 2.94 kg. Emran ada masalah sikit masa lahir, orang kita kata makan taikkkk. Hehe. Then, masa lahir dia tak teriak. Tapi sekarang, teriak tak mau2. Hahaha. Test vocal tu...





"Hai aunty dan uncle dan kakak dan abang, thanks sebab baca blog mama Emran. Ok, Emran nak sambung tidoooo"