Tuesday, November 29, 2011

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN

yer, saya dah mulakan hari saya yang indah ini dengan membayar saman di laman web MYEG. jadi, senyuman saya sangat manis hari ni. walaupun saya agak kaget, sebab haritu jumlahnya hanya 150 ringgit Malaysia, dan sekarang sudah meningkat menjadi 200 ringgit Malaysia, saya dengan gelabah bewak kata orang kampung saya, segera membayarnya.

mujur duit ni saya boleh claim dengan laki saya, kerana kesalahan ini dilakukan oleh dia. dia masih memerli saya kerana sebelum ini saya telah disaman dua kali, dia baru sekali, maka rekod kesalahan saya lagi teruk daripada dia. hmm...

ok lah, hari ini saya nak senyum sampai ke telinga. sebab saya telah bersedekah dengan kerajaan Malaysia. saya tahu hati saya mulia. bai ~~



saya suka makan menatang ni sekarang, jadi boleh lah mintak laki saya ganti balik duit saya
dan belanja menatang ini 1 pek. sekian, daripada saya yang tak berapa demanding. bai ~~



Friday, November 25, 2011

ailebiu!!!

Perkenalkan chenta hati gua!!
Berkenalan kat The Store, terus jatuh chenta
Dah lama dengan gua nih
Dari dok pregnant kat Emran berapa bulan ntah
Sampai sekarang

Pi kerja pun sarung kasut ni
Pi pasar malam pun sarung kasut ni
Pi kelenet pun kasut ni jugak
Balik rumah mak mertua pun pakai kasut ni jugak
Sesuai dengan aneka pesyen samada formal mahupun kasual
Sesuai jugak untuk aneka cuaca yang tak menentu di negara kita
Samada panas, hujan, kemarau, jalan berlumpur
Hahaha

Sumpah, dari beli sampai la ni
Tak besa gua cuci atau berus kasut ni
Pernah mak cuci sekali kasut ni sebab kesian tengok macam dah berlumut
Masa tu kat kampung, tunggu time nak beranak!
Mak pun kesian dengan anak dia, tolong la cuci
Keh3x ~~~

Sepuluh ringgit je tau..!!
Berbaloi-baloi






Tapak kaler pink, saiz 4

Wednesday, November 23, 2011

UNTUNG

Fuhhh.. Manyak untung woo..
Mak Emran balik kerja petang kang, terus nak pergi beli bola..
Bagi Emran prektis main bola dari kecil..
Walaupun mengiring pun tak boleh lagi, tapi tetap nak bagi Emran belajar main bola..
Kan orang cakap, melentur buluh biar dari anak buluh lagi..
Dah keras macam nak buat buluh lemang tu nak buat hapa kan..

Untung woo..
Mereka-mereka tu dapat sorang 30 ribu..
Mak Emran kerja bagai nak mati pun tak buleh simpan 30 ribu lagi..
Dengan nak bayaq duit pitipitipu yang tiap2 bulan makin dok naik..
Hmmm...

Emran nanti kalau dah berjaya jadi pemain bolasepak yang hebat
Tolong mama bayaq duit pitipitipu mama ye sayang..
Macehhh..
Keh3x..




"Cita-cita Emran nak jadi doktor macam Daddy Ziyyad tu, tapi mama suruh
Emran jadi pemain bola sepak pulak. Tau la mama gilakan Khairul Fahmi Che Mat dengan
Baddrol Bakhtiar tu. Stress la Emran macam ni".





Monday, November 21, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Aku kenal dia melalui telefon. Aku single masa tu. Single maksudnya tak ada pakwe. Faham??
Kawan aku bagi nombor telefon aku kat kawan dia.
Kami SMS dan cakap kat telefon je. Aku malu nak jumpa. Aku memang pemalu, faham??
Berbulan-bulan SMS dan cakap kat telefon, dia ajak jumpa. Hmmmm...

Masa jumpa kat jeti penang, dia telefon tanya aku pakai baju warna apa.
Aku tipu, aku ingatkan dia tak sampai lagi.
Padahal masa tu dia dah nampak aku. Aku malu.

Pertama kali tengok dia, tingginya. Dan besar. Aku??? Kecik je.
Bila jalan belakang dia rasa selamat pulak. Hehehe.

Lepas kawin, masa naik moto dia suruh aku peluk dia.
Kalau peluk baru nampak macam laki bini.
Kalau tak peluk, nampak macam abang bawak adik. Grrrr...

Selamat pengantin baru buat aku dan papa Emran.
Consider baru lah kan, sebab baru setahun kawin. Hihihi..



20112010 - Masa ni kenduri kat sebelah pihak lelaki



* Dah setahun kawin, dia tak pernah puji aku masak. Aku kecewa tawwww..
* Kalau Emran meragam, dia yang masak. Aku ambik peluang untuk tidur dengan Emran. Hahahaha.
* Dekat mesti gaduh, tapi bila jauh mesti nangis syahdu. Hihihi..








Friday, November 18, 2011

AKU SEHELAI SPENDA

Namaku spenda. Ada jugak manusia slim, keding, gemuk, montok, panggil aku panties. Tak kisah la apa mereka gelarkan aku, tapi aku suka dengan nama spenda, lebih dekat dengan jiwaku. Hemmm...

Aku dan kawan-kawanku yang ramai berjuta-juta helai itu dilahirkan dari sebuah kilang yang hebat dan kami, kawanan spenda datangnya dari jenama yang mahal dan sangat menjadi kegilaan manusia, terutama sekali golongan wanita. Golongan lelaki jarang-jarang nak pakai spenda ni.. Hemmm...

Aku dan kawan-kawanku ada bermacam rupa dan bentuk, serta warna. Ada juga reben, kartun, manik serta labuci. Hemmm.. Ada yang dijual sehelai satu, dijual tiga helai sekali, lima helai sekali, serta dijual secara longgok berlonggok.

Satu hari aku dibeli oleh seorang perempuan comel. Harga aku mahal, tapi perempuan comel ini beli aku ketika ada jualan murah, maka dapatlah aku dibeli dengan harga yang lebih murah. Bijak perempuan comel ini. Heemmmm..

Aku digunakan dan dijaga dengan baik sekali. Terima kasih perempuan comel. Hemm.. Tapi, itu dulu... Sekarang, tidak lagi... Aku agak stress dengan keadaan aku sekarang.. Perempuan comel itu merangkap tuan ku, sudah mula menyalahkan aku..Padahal, aku tidak bersalah langsung dalam hal ni..!!!

Inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana perut sendiri yang boroi, perempuan comel itu menyalahkan aku pula, dikatanya aku tidak sedap lagi untuk dipakai, makin kecil. Nampak sangat penipunya perempuan itu. Haishhh...

Sekian sahaja cerita aku sehelai spenda, aku sekarang sudah berada dalam plastik bersama spenda-spenda yang lain, kerana tuan ku tidak lagi memerlukan khidmatku lagi. Katanya, ingin mencari spenda yang lebih sedap di pakai. Tipu saja itu perempuan, dia memerlukan spenda yang lagi besar untuk mengkaverkan perutnya itu yang boroi. Melayu memang mudah melupakan. Baiiii..

Wednesday, November 16, 2011

MALAYWOOD

Gambar kredit to Abang Nara dan Ohbulan

Wartawan : Kak GC


Artis Malaysia dah macam artis Hollywood. Cantik-cantik, dan berbakat.
Body pun lawa. Complete package kata orang Kedah. Keh3x.

Kak Pashah Sandar memang terbukti berbakat. Dengan lakonan yang mantap,
Kak Pashah Sandar memang menjadi rebutan para pengarah. Drama lakonan
Kak Pashah Sandar bersama Botak Juvana
menjadi kegilaan ramai ketika ini. Terbaekkk!!





Ini pose peseng tunjuk ketiak, paha dan betis. Lakonan Adik Mierer Liyano orang kedah kata
so so je lahhh. Kontroversi yang mengglemerkan nama artis baru ni. Daripada isu
pakai baju sampai nak terkeluar tettttttttttttttttt dan sekarang sibuk bercinta dengan Syaho Jazli. Kih3x.





Ni artis tak top langsung. Tapi dulu penah la glemer sikit-sikit, rakan seangkatan Elyani dan Ct Nordiam.
Kahwin kalah Kate Middleton, dapat banglo 5 juta dan kereta maheyyyy.
Baju rekaan Hatta Dolmat ni memang curlassssss youuuu.








Gambar terakhir ni, Kak Zainab Ann Jolie. Bakat kurang, tapi kontroversi
yang lebih. Apa-apa hal, Kak Zainab memang daringgggg habehhhh.






Astaghfirullahhalazim.


HUDUD PLEASE..!!

Tuesday, November 15, 2011

AHAD YANG MEMBAHAGIAKAN

Semalam tak bersiaran sebab terpaksa EL
Pengasuh Emran tak sihat
Mak Emran pun sambung golek2 dengan Emran sebab tak payah pi kerja
Yehaaaa


Kembali kepada tajuk pada hari ini
Ahad lepas sangat membahagia kan..
Why and why??


Sebab ahad lepas aku punya 1st ANNIVERSARY..!!
Hahahaha..
Dah setahun kawin weh
Cepatnya..
Kami sambut secara kecil-kecilan je kat rumah
Candle light dinner pun tarak
Sob3x
Tapi ayah Emran buat surprise, keluar pi potong rambut, tapi bawak balik donut 6 ketui
Kami melantak 6 ketui donut dalam masa 10 minit saja..!!
Dua2 kebuloq..

Ahad lepas jugak Emran dah masuk 3 bulan..!!
Yeayy.. Emran dah besar..
Moga jadi anak yang soleh ye sayang..

Ahad lepas jugak sanggup tak keluar jalan2
Sebab nak tengok bola
Dan memang tidak mengecewakan
Malaysia menang..!!
Syabas boipren angkatku, Baddrol Bakhtiar
Hahaha


"Haiii.. Saya Badd.. Saya orang KEDAH"
Keh3x

- gambar kredit to google-

Friday, November 11, 2011

CERITA 11.11.11

Apa yang best sangat dengan tarikh hari ni???? Orang Malaysia ni pelik2, nak kawin tarikh kena cantik, nak beranak pun nak tarikh cantik jugak. Ish..ishh.. (geleng2 kepala macam mak berletiyaq kat anak).


CERITA 11.11.11 PART 1


Sakit kat ibu jari kaki aku ni makin teruk, berdenyut2. Nak tekan clutch pun seksa sangat. Hmmm.. Semalam balik dari kerja dah rasa sakit yang tahap adik2, aku pi potong lagi kuku bg lagi pendek, konon2 ingatkan kuku aku dah tertikam isi. Lepas tu terus sakit tahap kakak2 plak. Letak minyak gamat tak baik, letak minyak yuu yee cap limau yang patutnya orang guna untuk hilangkan kembung perut pun tak lega, letak ammeltz yoko2 pun tak lega (orang guna untuk hilangkan sakit sendi, aku hantam letak kat kuku kaki).

Harammmm tak lega jugak!!!

Pagi ni sebelum pi keja, laki aku kata, try la letak econozine, krim bontot Emran tu. Econozine tu kalau bontot Emran merah2 sebab lambat tukar pampers, sapu menatang tu, Insyaallah mujarab. Walaupun aku rasa sakit aku tu takdak kena mengena macam kes bontot Emran, aku sapu jugak krim econozine tu.

Dah tentu la tak lega. Pukul 10.30 macam tu aku mintak kat boss nak keluar pi klinik sat. Doc tu kata ni cekam / sekam. Doc bagi antibiotic dengan ubat tahan sakit serta krim sapu bagi kurang bengkak. Doc kata, kalau tak surut jugak, nak kena potong sikit kuku kaki aku. Demmmm!!!! Terus rasa nak kencing tang tu jugak.


CERITA 11.11.11 PART 2


Balik dari klinik, terus ke JPN Manjung. Punya la ramai orang, mujur kat kaunter nak ambik mykad tu cepat. Punya la ramai orang India kat situ, dari kecik sampai ke besar, dari muda sampai ke tua, semua pakai comel lote. Pakat dok ambik gambar kat situ. Apa kes?? Register kawin kot. Tak kisah lah.

Sekali budak JPN tu tanya, kak orang Jeniang ka? Haip.. Awat pulak dah, rupa2nya sekapal. Budak tu pun orang Jeniang jugak. Mujur tak bertukar-tukar nombor telefon kat situ. Sekali tengok mykad buruk, huduhnyaaaaaa..!!

Bukan sebab gambar awek dalam mykad tu huduh, tapi sebab kaler untuk gambar tu sangat blur. Memang la masa aku ambik gambar tu aku dalam pantang lagi, tapi seri muka aku yang original tetap ada, lawa semulajadi mak aku kata. Tapi sebab kualiti warna atas mykad tu sangat hampeh pada hemat aku, maka otomatik gambar aku pun jadi huduh.

Benci, menyesal tukar mykad baru. Baik guna mykad lama yang lebih cun. Dah la kad macam nipis je. Hissshh.. Ni malu nak tunjuk mykad baru kalau2 polis trafik tahan nanti. Keh3x.





"Gua ada mykad, lu ada???"

gambar kredit to abang google.

Thursday, November 10, 2011

FACEBOOK VS TWITTER

FACEBOOK

- menyampah bila yang cuba nak add kita, tapi sebenarnya ada agenda tersembunyi, samada nak jual insurans / baju online / promote apa2 pakej termasuk la MLM haramjadah

- orang over yang beria2 nak upload kereta baru beli, rumah cat warna apa, pergi bercuti kat mana2 (ni stok geng MLM yang konon dapat hadiah bercuti dari syarikat MLM).

- orang tudung lubuh (bukan pakai tudung bawal biasa, tudung wardina, tapi tudung bidang besar) tapi upload gambar peluk2 laki bini.

- like status sendiri! ni yang paling sadis. kesian, sebab tak ada orang nak komen status dia.

- pelik bila ada yang update status banyak2 kali dalam sehari.

- tak suka kalau someone post pasal benda sedih, then ada orang pi tekan button like.



TWITTER

- boleh taip status berapa juta kali dalam sehari

- kadang2, nak lipat baju pun nak cerita dalam twitter

- boleh follow akaun artis dan komen status depa, mana tau depa akan reply. keh3x. kalau kat facebook, belum tentu artis tu nak reply.

- suka twitter sebab tak ramai ada akaun twitter, jadi nak kutuk ka hapa rasa sangat selesa. kah3x

- kalau follow akaun imammudaasyraf, ada Q and A session. bestttt...

- tak boleh upload gambar banyak2, 1 gambar untuk sekali twit. tak macam facebook, sekali upload boleh masuk 40 gambar. bajet artis kot, nak letak gambar banyak2. haha

- takdak status in relationship / married to /  single



  


Wednesday, November 9, 2011

IBU BERKERJAYA

Ibu ialah emak, mama, umi dan istilah2 yang diguna pakai untuk seorang wanita yang mempunyai anak, samada anak sendiri mahupun anak angkat. Kemain poyo lagi nak berdefinisi bagai. Sejak beberapa bulan menjadi seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang kacak, aku rasa jadual aku seharian agak tunggang langgang.

Seawal pukul 5 aku bangun dan siapkan beg baju emran, pastikan semuanya cukup. Kalau emran tak meragam, boleh lah mandi dan solat dengan tenang. Nak berak pun tak kelam kabut. Bersiap ala kadar, sapu lip balm jenama Nivea bagi mengelakkan bibir kering, senyum 2,3,4 kali depan cermin, rasa cukup cun dah, maka siap!

Pukul 7 aku dah siap2 keluar dari rumah nak hantar emran ke rumah pengasuh. Perjalanan ke rumah pengasuh kadang2 agak mencabar dengan keadaan trafik yang tak boleh di duga, kadang2 lancar, kadang2 tak berapa nak lancar, iaitu tersekat2. Lepas hantar emran, terus gerak ke opis. Buat kerja pum pam pum pam, sampai pukul 5 lebih, terus cabut pi ambik emran kat rumah pengasuh.

Memandangkan lif haramjadah kat blok rumah aku tu haram tak elok2 lagi, rasa mencabar betul mendaki tangga2 ke puncak rumah 5 tingkat tu sambil mendukung emran yang gamaknya sudah lebih 5kg beratnya. Penat tak payah nak cakap, tercungap2. Mujur emran cool, buat emran meraung kat tangga tu, mau aku kena cepatkan speed memanjat tangga dengan kuasa otromen yang makin berkurangan.

Sampai kat rumah, letak emran kat tilam beliau, terus aku pun terlentang sekali. Rasa cecair kat hidung pun macam nak meleleh sekali. Ayah emran masa tu dah ada kat rumah, dah siap masak nasik dan goreng ikan. Terima kasih yang tak terhingga sebab dah ambik alih tugas memasak, dan kadang2 mencuci pinggan dan mangkuk.

Lepas maghrib biasanya kami 3 beranak dah terlentang tido. Penat sangat. Pukul 12 selalu emran akan terjaga balik, masa tu jugak la baru nak terhegeh2 basuh baju2 anak, baju2 mak, baju2 laki. Pukul 1 kadang2 tu baru nak lipat baju. Lipat baju pukul 1 pagi lebih kat depan tv, boleh la layan cerita2 indon kat tv3. Ada jugak drama Memek Memey kat tv2. Ingat lepas ni nak beli bakul besarrrrr, malas nak lipat baju, sumbat je semua baju dalam bakul. Isyak pun buat pukul 3,4 pagi. Sabo je lah.

Jadi, menjadi seorang ibu ni sebenarnya tugas yang tak mudah. Jangan la lepaskan tugas menjaga anak kita kat mak kita kat kampung. Mungkin kita boleh bagi mak kita upah sebab mengasuh anak kita, dan kita boleh bersenang lenang tidur sedangkan mak kita terpaksa berjaga pagi menjaga anak kita yang suka meragam. Seeloknya, kita kurangkan beban mak kita yang dah tua tu, bagi dia rehat2, bukan mintak dia jaga anak kita.

Sekian sahaja tips membesarkan anak daripada GC. Untuk tips2 yang akan datang, GC akan kongsi lagi. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.




Lawa dak muka emran kalau teriak??? Kombang lobang hidongggg.. Haha..
Pengasuh pulak tiap2 hari sms, kabo pasal emran meragam. Nak kerja pun hati tarak senang woo..
Berhenti kerja kannggggg... Glurrrppp!! Tak sanggup. Haha..

Tuesday, November 8, 2011

BERAYA DI PERANTAUAN

Sob3x.. Kali ni, pertama kali aku beraya jauh dari keluarga di kampung
Sedih weh, mujur ada si kecit Emran menemani aku..
Hilang sikit rasa sedih sebab tak dapat beraya dengan family tercinta..


Kali ni pertama kali aku beraya sebagai bini dan mak
Hihi.. Teruja beb..
Almaklum la masa raya posa lepas, aku still dalam pantang


Aku baring je masa raya posa hari tu sebab takmau sakit kan hati
Tengok orang lain makan syedapppp2..
Sob3x lagi


Pagi hari raya korban, aku pun berkobar2 iron kan baju melayu laki aku
Perghhh.. taciingg gak masa tu..
Sebab tahun lepas kami bukan jadi laki bini lagi.. haha..
Dan aku pun berkobar2 iron tudung dan baju kurung aku
Semangat gila ni nak beraya, hatta raya haji je pongggg


Baju kurung dan tudung yang dah siap iron aku gantung elok2
Takmau kasi kedut2 punyerrrr
Tapi, sampai sudah baju kurung tu dok tergantung dalam almari
Sebabnya kat tempat laki aku, raya haji orang tak datang beraya
Hahahaha...
Dan kami pun tak pi beraya mana2..
Hahaha...


Sudahnya, berkain batik dan t shirt je la di hari raya haji
Nak meriah lagi, ambik semangkuk mee kari dan makan depan tv..
Baru feeling raya ye dak???



Di kesempatan ini, Emran ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf
kalau ada terkasar bahasa. Keh3x.

Thursday, November 3, 2011

UCAPAN BUAT PM DAN ISTERI

Tak nampak pulak mana isteri PM.


Ucapan ni bukan untuk bodek mintak PM bagi bonus lebih banyak tahun depan untuk kakitangan awam, sebabnya saya bukan kakitangan awam pungggggg. Hahaha. Kalau boleh, nak mintak jugak PM buat kedai 1Malaysia kat kawasan Lumut / Manjung / Sitiawan ni.

Kesian jugak kami kat sini ye PM, jeles rasa di hati ini bila tengok orang kat KL dok bagitau dalam Buletin Utama, yang harga barang kat kedai 1Malaysia ni murah. Buat la sebijik kedai kat sini. Ye dak??? Nanti saya janji, pangkah BN untuk next pilihanraya. Amacam, win-win situation kan?? Hahaha.

Apa-apa pun, saya harap PM dan jugak isteri (apa orang panggil, first lady @ iron lady?), dapat haji yang mabrur. Balik nanti, boleh mintak ayaq zamzam dan kacang2 sikit??? Tolong la doa2 bagi kami semua pi haji sama ye.

Wednesday, November 2, 2011

Dik, kau hengat keta akak ni span eh??

Dik, akak tau la kau baru rasa nak up
Tapi jangan la lintas jalan tu macam itik pulang petang
Kemain lagi kau yer, lenggang kangkung
Macam la jalan raya tu ada cop nama mak ayah adik kan

Mula tu akak sabar je tengok adik jalan terkedek-kedek macam tu
Kesian pulak kat adik jalan kaki nak pergi sekolah
Akak pun brek la keta akak pelan2
Teringat pulak zaman muda akak, masa baru  nak up macam adik
Pergi sekolah jalan kaki jugak
Tiba2 akak rasa tacingg dgn memori zaman sekolah akak

Tapi, adik slumber je kan
Lari2 lah sikit, muncung keta akak dah betui2 kat montot adik
Tapi adik haramnya nak berlari2 anak
Jalan jugak macam keta akak tu span
Dan kalo langgar montot adik, takde efek pape kanssss

Sampai tersengguk2 keta akak sebab akak malas nk tukar gear lebih rendah
Bila akan ponnnn adik sekali, terus adik pusing
Siap jeling2 akak lagi!

Dik, kalo pun nak ngorat abg2 navy kat gate tu
Hagak2 lah kan, jangan la sampai akak langgar montot adik yg suci ittewww
Ingat, jalan raya bukan hak milik persendirian
Sayangi montot anda, jangan sampai montot anda senget gara-gara dilanggar keta murah akak.

Jumpa lagi esok ye dik.

Tuesday, November 1, 2011

peminta sedekah yang suka merantau

Alkisahnya sabtu lepas, aku dan laki ku, bersama anak kecilku ke pasar malam berdekatan Giant Manjung. Banyak yang hendak dibeli kerana stok makanan segera dan tidak berapa segera sudah tinggal sikit di rak makanan. Antara yang bermain di mindaku untuk dibeli ialah ikan bilis, sayur-sayuran, bawang putih dan berbagai-bagai lagi. Pada masa yang sama, antara makanan yang langsung tidak tersenarai untuk dibeli pun dibeli juga disebabkan nafsu lapar yang membuak-buak iaitu apam balik dan murtabak ayam. Apa kejadahnya cerita pasal makanan pulak ni, sedangkan tajuk kemain gah lagi. Sobsobsob.

Penat berjalan dan merayau-rayau disekitar pasar malam tersebut, tiba-tibaaaaaaaaaaaa.. Jeng-jeng-jeng.. Ternampak la kelibat seorang peminta sedekah yang agak well known di kalangan pembaca blog avang mazidul. Aku terus sentap, sambil berkata-kata didalam hatiku, "rupanya macam pernah ku lihat tapi di mana yaaaa". Ohh ya, aku pernah terbaca pasal peminta sedekah yang glemer ini di blog abang botak chinnnn itu.

Ni gambar peminta sedekah tersebut yang aku pinjam dari blog avang botak.




Peminta sedekah ini memang sentiasa mengukirkan senyuman manis beliau. Mungkin mengharapkan aku menghulurkan duit besi mahupun duit kertas berwarna kepada dia. Maaf la brader, jangan harap aku nak bagi. Kalau aku nak bagi, lebih aku masukkan dalam tabung masjid. Kalau tak salah aku, avang botak dapat tangkap brader ni kat kawasan Damansara, dan ada yang pernah ternampak brader ni kat kawasan Tanjung Malim.

Wahhh.. Sampai ke Manjung ni ye brader outstation. Hebat!


* Menurut avang botak, brader ni tak boleh sambung bacaan al-Fatihah. Dan dia sebenarnya ada kaki palsu yang dia sorokkan kat tempat lain. Dalam sejam, brader ni boleh collect dalam RM 80. Hebat income kau brader, lebih daripada gaji aku. Hahahaha.