Wednesday, December 28, 2011

kenapa perut akak terus-terusan memboroi

sabtu pergi makan kenduri
ahad pun pergi makan kenduri
lauk-lauknya ialah daging dan daging
lauk-lauknya siap boleh ditapau pulang

balik rumah tak payah masak
membalun lagi lauk pauk dari rumah kenduri

terima kasih encik lemak yang makin menebal
bagus juga ada encik lemak
boleh jadi penebat (penebat ka penyerap) haba yang baik

sila lihat bukti yang akak pergi kenduri
ok bai!






Wednesday, December 21, 2011

NASIK LEMAK SINGGIT DAN SEPRAISSSSS!!!

Macam mana perut tak maju ke depan kalau hari2 makan nasik lemak
Memang wajib beli nasik lemak untuk sarapan dan tiga ketul kuih
Kuih tu aku makan secara berperingkat sekiranya lapar. Haha.

Sedap nasik lemak makcik ni
Singgit je sebungkus
Penggunaan daun pisang masing di kekalkan
Sambal yang mantap, ikan bilis yang kadang2 jarang dijumpai
Kacang yang melampau banyak sebab disedekahkan oleh member yang tak makan kacang



Dah makan separuh baru ingat nak amek gambaq




Saya dengan riaknya nak bagitau rumah saya dah ada oven!!!
Kah3x
Itupun nak riak, orang lain lebih daripada oven pun tak kecoh. Hahaha.
Dah lama nak beli sebab nafsu nak makan tu sentiasa beraja dihati
Tapi tak beli2


Malam tu suami tercinta dan dikasihi (ekekeke.. gedik) pi Tesco sorang2 dan bawak balik oven!!
I like it sooo much sayang (saja puji lebih2 kot dapat gelang emas besaq rantai beskal pulak lepas ni)
Tak sabar nak memulakan sesi masak memasak dan melempar makanan
yang tak jadi ke dalam tong sampah dan di cover dengan sampah2
yang lain sebab malu kena kutuk dengan laki sendiri sebab masak tak jadi.
Hahahaha.

"Papa, malam tu mama try masak bubur kacang hijau, sudahnya bubur tu masuk tong
sampah sebab kacang tu takmau bekerjasama dengan mama. Sori, tak dapat
papa nak makan bubur kacang yang mama buat".
(lakiku sampai sudah taktau aku buat bubur kacang
tak jadi sebab ku pandai cover makanan yang ku lempaq dalam tong sampah tu).


Untung lakiku dapat bini yang yang rajin masak dan bijak.
Sekian sahaja untuk hari ini. Bai~~


Tuesday, December 20, 2011

SUATU MALAM KUBUR BERASAP

Tajuk filem ni kemahen seram lagi
Tapi lagi seram tengok poster filem ni
Apadaaaa.. Muka Angah Raja Lawak tu tak seram langsung
Cer tengok awek pakai kain batik terlondeh tu
Memang seram

Gambar original yang tak di edit mahupun photoshop
Mengikut kata tuan punya badan kain batik terlondeh
"Kalau tunjuk depan baru seksi, tunjuk belakang yang macam papan ni tak seksi"
Macam tu la ayat tuan badan kain batik terlondeh ni
Di ambil daripada Melodi Tv3 suku


Monday, December 19, 2011

HANGPA YANG MANA SATU????

Gila malas nak hapdet blog sekarang. Badan super duper letih. Baru je balik dari Kedah, kampung halamanku tercinta sempena majlis pertunangan adikku. Aku makan sungguh2, sebab depa masak gulai daging dengan batang pisang, kerabu pucuk paku bersama tauge dan kerang, ayam masak merah yang dah tak dak ayam (aku makan lambat), keladi masak apa kebenda aku taktau, cabai tumbuk yang banyak belacan tapi sedap, dan ulam2 serta ikan masin.


Sedapnya aku makan, menambahkan lagi keboroian perutku yang over, risau kena kutuk sebab tak pandai jaga badan lepas beranak. Hahahhaha. Tapi lantak la, yang penting "Hidup biar sedap".


Ni dia budak yang bertunang sabtu lepas. Aku tak sure berapa hantaran dan bila majlis kawin depa. Sebab sebok dok angkat2 makanan. (saja nak bagitau bajet aku rajin arr tu. ekekeke).


Masa geng pihak lelaki nak balik, ada sorang tu tanya mana mak si kecik Emran tu, sebab masa tu aku tengah main2 dengan Emran. Aku cakap, "saya laa". Sambil kembang lubang idong dok bajet orang tak caya aku yang macam anak dara ni sebenarnya dah kawin dan ada anak. Kot2 berkenan nak buat menantu, kacauuuu. Hahaha.



 -
-
-
-



Cerita kat atas ni selingan saja. Padahal nak cakap pasal gambar kat bawah ni. Hangpa yang mana 1? Sila jujur. Hihi.