Monday, January 30, 2012

30 RINGGIT

Apa yang boleh dibuat dengan 30 ringgit? Dengan 30 ringgit, aku boleh isi minyak kereta putihku dan guna untuk 2 minggu (pi keja balik keja, siap pi meronda) . 30 ringgit jugak aku boleh guna untuk topup handphone maxis aku (boleh guna sebulan).30 ringgit  aku boleh guna untuk belanja makan untuk seminggu (beli breakfast dan lunch). 30 ringgit aku boleh beli t shirt (brand cheetah girl ka, ladylike ka). 30 ringgit lepas nak beli ayam sebelah, ikan temenung sekilo dan sayur (belanja dapur untuk seminggu).

Apahal nak kecoh sangat dengan 30 ringgit ni? Tak ada benda sangat lah 30 ringgit ni untuk orang yang rasa nilai dia kecil. Tapi bagi aku, 30 ringgit macam2 boleh buat.

Alkisahnya, hari tu ada jiran datang rumah, nak pinjam 30 ringgit. Lupa pulak alasannya, mungkin kad atm kena telan, tak pun gaji belum masuk. Kalau tak salah aku, memang itu la alasan yang jiran aku bagitau kat laki aku. Tak ada masalah nak pinjamkan 30 ringgit, aku siap cakap kat laki aku, bagi je 50 terus. Tapi laki aku cakap, tak payah la, 30 ringgit dah cukup.

Dah berbulan rasanya pinjam 30 ringgit tu, tapi sampai sekarang tak bayar. Siap cuba elakkan diri, parking moto kat tempat jauh, takut bertembung barangkali. Walaupun cerita ni antara jiran aku dengan laki aku, tapi tak baik aniaya laki aku yang baik itu. Laki aku dah la muka naif, senang- senang nak ambik kesempatan. Keh3x.


Tangan budak naif. Hitamnya, macam tangan bangla pulak. Hahaha.


Lu ingat brader, lepas ni lu susah, jangan ingat gua nak suruh laki gua tolong. Wahahaha. Macam kejam la pulak. Buat baik berpada-pada, hutang orang kena bayar. Kih3x. Sekian, dari GC yang mata duitan. ~~

8 comments:

  1. ee tak malu..dah pinjam nak lari pulak..

    tu la manusia..kang akhirat esok2 nak lari mana tah..

    ReplyDelete
  2. RM30 boleh drive 2 minggu? bestttttttttttttttt betol.

    Hazab betul jiran tu, pi simbah cat merah kat moto dia, padan muka. ~ haha

    ReplyDelete
  3. 30 ringgit tuh boleh buat macam-macam. hidup untuk seminggu pun lepas.

    harap-harap jiran tu bayarlah hutang tu nanti. amin.

    ReplyDelete
  4. time nak pinjam lembut gigi dari lidah.. time nak membayar!! siap larikan diri x tahan tuh!! dah!! lepas nih jangan kasi pinjam dah..

    ReplyDelete
  5. kete aku rm30 sehari pun boleh habis tau! kalau nak meronda2 jauh sekali la nak cukup!

    *

    apa kata ko tulis surat pos kat jiran ko tu. tabaek la buat mcm tu.,....

    ReplyDelete
  6. forward k belog lu dekat mamat jiran lu tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. anta la surat cinta kat dia..dia balas tak dgn wang pos rm 30 huhuhhhhh

      Delete
  7. eh. kenal ke dak tu bagi pinjam duit kat orang?? ishk3... nasib baik lah 30 hengget!

    ReplyDelete