Tuesday, January 31, 2012

ALAH BISA TEGAL BIASA.. HO YEAH!!!


Aku teringat masa mula2 kerja lepas beranak kat Emran haritu. Masuk kerja pukul 8, balik kerja 5.30. Rumah pengasuh Emran pulak dalam base TLDM, kadang2 nak masuk / keluar TLDM tu, kereta kena tahan kot2 depa ingat aku nak bawak lari bom / peluru. Kadang2 sampai rumah dah pukul 6, mandi dan solat asar, terus bertungkus lumus masak kat dapoq. Masa makan pulak sebelum maghrib, jadi hangpa imagine la berapa jenis lauk aku mampu masak dan lauk apa aku jamu laki aku makan. Hihi.

Masa tu punya la kelam kabut, dengan pagi nak hantaq anak pi rumah pengasuh, lepas tu celapak pi kerja. Mujuq tempat keja ni masa dia flexible, hg masuk keja lambat, hg balik la lambat sikit. Takpun, hg ganti la bila2 pun masa yang hg lambat tu. Sekarang ni 5.15 aku make sure aku dah on the way pi ambik Emran, sampai kat rumah, kalau laki aku ada, dia masak nasik dengan goreng ikan siap2. Kadang2 dia balik awal, aku sonok la sebab dia tolong masak semua dah. Aku makan ja. Sonok woo.

Kalau laki aku duty, aku tak masak nasik, aku makan megi,tak pun makan roti ja dengan melo. Haha. Aku malas nak masuk. Masa awal2 dok kat rumah sewa ni, kiri kanan depan rumah takdak orang. Masa tu bukan takut kat hantu sangat, tapi takut lebih kat orang. Banyak kes curi kat situ. Takut la kalau depa tau aku dok sorang2, dengan jiran kiri kanan takdak, sekali depa mai "ziarah" aku. Masyaallah, harap2 tak jadi la benda2 camtu. Awal pregnant kat Emran tu aku demam teruk sampai takleh bangun. Dengan lapaq, dengan tak larat, terkedang aku tidoq sambil teriak. Laki lak takdak, kena duty. Sedih, masa tu la teringat kat mak. Sedapnya ayaq melo mak bancuh tiap kali aku demam. Hahahaha.

La ni lepas Emran dah 5 bulan, aku rasa jadual aku tiap2 hari makin selesa. Dah tau macam mana nak manage tak bagi kelam kabut sangat. Kalau nak rilek sikit, aku siapkan beg sekolah Emran siap2 malam tu, basuh baju lepas maghrib, sidai awal baju2 tu. Pinggan kalau tak sempat basuh, letak pi la bagi penuh dulu dalam sinki tu, nanti laki aku balik awal, dia tolong basuh. Hahahaha.
Emran demam lepas kena cucuk 5 bulan, aku cari towel tak jumpa dah.
Letak je la napkin dia yang kusam tu. Letak kool fever yang haram tak kool pun. Haha.





Baru boleh meniarap.

Sibuk nak angkat punggung pulak. Sampai tertonggeng2.

Dah give up plus letih. Kena baringkan dulu, satgi meniarap lain.

Dah besaq2 pun kena pakai sarung tangan lagi. Kuku tajam sangat, garu muka sampai calaq.
Dah tak ensem anak aiiii. *Gedik pulak mak dia.

16 comments:

  1. alolo..tomeynye..moga sampai rezki maera satu hari nanti..,amin.. =)

    ReplyDelete
  2. bape bulan dah Emran nih??? dah angkat punggung dah.. Delisha yang 8 bulan pon x merangkak lg.. baru belajar angkat2 punggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emran baru 5 bulan kak. baru je boleh menerap, tengok2 ni dok kalut angkat punggung plak. macam org dok pumping je. haha

      Delete
  3. baru2 mmglah kalut.. dah lama2 baru okey sikit kan.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tengok la mak dia comel ka tak.. kehkehkeh..

      Delete
  5. dah makin besar dah dia.. shumelll! ;)

    ReplyDelete
  6. calaq muke baru vain weyh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka calaq tak encem la aunty days.. wihihihi..

      Delete
    2. masalahnya mak dia comel ke?? hihihhhhh

      Delete
  7. hi GC,, baby kita sama umurlah.. skrg dah tiarap n merayap. dah 3 hari demam, coolfever mmg xcool pun. haha

    ReplyDelete
  8. celapak tu apa??? tak pernah dengar pun.. si Emran yang comey lotey. Nnati dah besaq comfirm lagi tinggi dari mama dia. hee

    ReplyDelete