Tuesday, January 17, 2012

musim luruh di tengah panas

Hamboi tajuk, boleh tahan jugak ye. Seropa tajuk novel pun ada jugak. Bukan main, sejak producer2 filem/ drama berminat nak adaptasi novel ke layar perak dan gangsa, aku pun dah kena tempias nak letak tajuk grand2. Gemersik kalbu lah, ombak rindu lah, nafas cinta lah, mujur takdak yang nak letak tajuk nafas berbau.

Alkisahnya pasal musim luruh di tengah panas tu, mengisahkan seorang perempuan yang baru lepas beranak 5 bulan lepas. Dia tinggal bersama suami dan anaknya di Lumut yang mana keadaan disini sangat lah panas.

Sejak beranak, dia menyedari yang rambutnya bukan  main luruh dengan hebatnya. Atas lantai ada rambut, dalam jamban ada rambut, dalam beg ada rambut, bukan takat tu saja, kadang2 dalam makanan pun boleh ada rambut. * Ingat nak beli topi chef lepas ni, untuk mengelakkan rambut terjun ke dalam periuk.

Laki dia dah mula bising. Bukan pasal takut bini dia jadi botak sebab rambut bini dia makin hari makin luruh, tapi sebab tugas menyapu memang kerapkali dilakukan oleh laki itu. * Kecoh la bang, risau pasal rambut banyak atas lantai, bukannya nak risau rambut bini dah makin kurang ni. Grrrr..

Klimaks cerita ini bilamana si isteri makin stress dan berminat untuk menghubungi Dr. Rozmey dan berbincang mengenai produk rambut yang mungkin bakal dihasilkan oleh doktor rambut belah dua itu. Tamat lah cerita musim luruh di tengah panas. Sekian terima kaseyyy.

15 comments:

  1. hehe..guna syampu yg sesuai ye.. :)

    ReplyDelete
  2. err... kalau dah dapat jawapan dari dr roz sila syer information dengan aku, hihihi

    ReplyDelete
  3. akak pon sama.. lepas bersalin jek mesti ade masalah rambut gugur.. memang hormon x stabil lg.. sampai sekarang rambut akak masih lagi gugur.huhuhu

    ReplyDelete
  4. hormon kot der.mak aku pon kne dlu mcm tu.tp kejap je.lu sabar la tunggu emran besar sket.hehehe kot la die berenti gugur sendri.tp mmg fakta kan rmbut manusia akan gugur setiap ari? brape helai nth.tp gugur la.lu xmo ggur kasik trim la.mcm rmbut rihanna hehehee

    ReplyDelete
  5. yana > bukan sebab shampoo kot, lepas beranak terus jadi cmni.


    kog > kau pegi la yun-nam tu. haha

    ReplyDelete
  6. kak nafira > sampai berapa lama hormon nak stabil eh? rambut macam makin kurang dah ni


    days > abeh la rambut aku ni wehhhh..

    ReplyDelete
  7. wakakakakkaka...gelak besar saya baca tajuk filem "Nafas Berbau"

    ReplyDelete
  8. biasanya lah.. biasanya... kalau nak elak rambut gugur.. kita botak je terus.. gehahahaha

    ReplyDelete
  9. DZ > pelakon dia boleh ambik memek dan normangg


    asip > good idea!! *terus kena lempang dengan laki aku.

    ReplyDelete
  10. akak ni lagi pulak.. setiap musim rambut luruh.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa kak, nanti pi yun nam. hahaha

      Delete
  11. lepas anak abis menyusu ok lah nanti.. kurang kalsium oram kabo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyak minum susu anlene la nih!

      Delete