Wednesday, January 11, 2012

yes, aku dah tau azam aku untuk 2012!!

Tajuk gedik gila!! Memang gedik pun. Sebab aku bukan sejenis manusia yang selalu ada azam dan rancangan yang aku kena target nak dapat kan sepanjang tahun. Tapi tahun ni, aku nak benda ni. Aku suka semua benda yang aku nak atau target, tak payah nak letak dalam list azam2 ni. Kalau nak, work hard, try untuk dapatkan. Kalau tak dapat, try lagi tahun depan.

Tapi untuk tahun ni, memang aku nak sangat benda ni. Aku letak benda dalam list azam aku sebab aku rasa, aku akan work hard, dan fight untuk jadikan benda ni kenyataan. Hehehehe.

Sebenarnya, dari masa aku tengah sarat mengandung lagi, aku dan laki ku nak beli rumah. Rumah sekenhen ja, tapi ok lah tu dari dok menyewa rumah orang. Harga rumah pun murah ja, padan la pendapatan kami laki bini yang tak semenggah ni kan.

Tapi, dari masa 8 bulan mengandung, sampai la ni emran dah nak masuk 5 bulan, proses nak beli rumah tu tak setel2 lagi. Bengang dah ni. Takkan nak tunggu aku beranak kat adik emran pulak baru boleh dok rumah sendiri. Makanya, aku terus bertukar menjadi manusia yang suka mendesak sebab aku rasa mereka yang buat kerja ni terlalu terhegeh2. Boleh katakan selang 2 hari aku akan call pejabat lawyer, dan lagi, aku call pejabat perumahan kat putrajaya.

Orang kat pejabat perumahan cakap, borang penilaian rumah tak dapat lagi, orang pejabat lawyer kata dah submit bulan 9 lagi. Dan akhirnya, yang kalah adalah orang pejabat perumahan sebab dia buat kerja based on system yang tak update. Borang penilaian rumah tu memang dah lama submit. By this week or next week, kami kena tunggu surat kelulusan.

Kalau aku tau aku kena jadi seorang manusia yang suka mendesak2 ni, dah lama aku call depa ni hari2, to make sure yang depa ni betul2 buat kerja dan follow up balik kalau ada masalah. Hahaha. Aku mengaku, aku memang fussy. So what kan, takkan aku nak tunggu sampai emran masuk tadika pulak baru aku merasa dok rumah sendiri. *Over la pulak.

Untuk makluman semua, laki aku beli rumah tu under tentera ni, bukan buat loan bank. Sebab aku rasa, kalau loan bank lagi cepat kot. Betul tak??

Ok, sekian sahaja ceramah aku pada hari ini. Kita jumpa lagi pada entry akan datang. Wassalam. *tapak tangan kanan atas tapak tangan kiri, dan tunduk ke bawah. Bajet retis nasyid.

 Jangan tenung saya lama2, takut awak2 semua jatuh cinta pulak. Hahaha. Perasan

7 comments:

  1. pipi budak kecik tu mmg sesuai digeget2.. kan? kan? gehahaha

    ReplyDelete
  2. memang kene desak kalo x keje die asyik pending,kewl la hang sis.aku kalo jd hang pon aku dok desak.tu mahligai kite kot hehe.weyh makin cumel emran nih.putih gebu.kiss emran utk aku

    ReplyDelete
  3. haaahh.. memang ang kena push dorang. kalo x ang yang kena bayar denda nanti..

    nih citer adik ipar sis.. dia pon beli rumah guna loan gomen.. lepas dh hantar borang dia buat derk jek.. x folo up.. biar jek.. sampai kan lewat berbulan2.. last2 bila nak dapat kunci..owner kata adik ipar sis kena bayar denda lewat sebanyak rm11K okey!!! menggelupor kawan tuh..mana nak cekau duit..last2 buat rayuan ngan owner rumah.. kena bayar RM6K, baru leh dapat kunci rumah.. so lepas nih teruskan mendesak k~ jangan sebab keje lembab dorang kita yang kena bayar denda..

    caiyok2!!!
    sis pon keje call lawyer jek..tu pon slow jugak kejenye..geram!!

    ReplyDelete
  4. cg memang patut mendesak pun
    kak ati masa awal beli rumah dulu
    pun mcm2 hal..jadi kita kena selalu

    call pemaju
    call lawyer rumah
    call lawyer pemaju

    biaq pi sampai depa jemu
    kita kan customer :)

    ReplyDelete
  5. asip > boleh geget, bak sini nak lempang lu laju2. hehehe

    days > mahligaiku atas desakanku..wahaha..emran ni putih gebu ikut mak dia la... wahahaha. *tipu

    kak nafira > alamak kak, kena smpai 11k tu mana nak korek???? cilakak la kalo jd cmtu..

    kak ati > segan la nak call hari2. hahaha..

    ReplyDelete
  6. takpa, teruskan mendesak...ekekeke..

    eh, husband awak tentera ya? baru tahu

    ReplyDelete
  7. DZ > hahha. mendesak tu hobi baru sy taw! yup, tentera laut. hihi

    ReplyDelete