Wednesday, February 22, 2012

BLOG DAH BERSAWANG

Buka blog, tengok sawang labah penuh. (ni nak menggambarkan yang lama dah aku tak buka blog). Lama tak lama la, seminggu lebih kot. Minggu lepas Emran demam + batuk, sekali dengan anak pengasuh pun batuk2. Makanya hari selasa lepas aku terpaksa ambik emergency leave.

Emran dah sihat, tapi batuk tu transfer mai kat aku pulak. Batuk2 manja gitu. Bersin pun selalu jugak. Suara dah tukaq macam orang kerap pi karoksss dah ni.

Semalam kak aku sms, katanya ada sorang tok kat kampung aku dok fitnah mak aku, katanya mak aku menoreh sampai rosak pokok getah tu. Depan2 orang ramai mak aku dimalukan. Tuan kebun dah pi tengok pokok, depa tak kata apa pun. Dulu pernah sekali tok tu buat cerita yang sama, kata mak aku menoreh sampai rosak pokok getah. Kesian mak aku.

Dari dulu keturunan depa ni tak pernah nak suka keluarga aku, macam kami ada buat salah pulak dengan depa. Yang aku sedih, mak aku dimalukan. Aku memang pantang kalau mak aku teriak, mau jugak aku maki orang tua tu satgi. Hari tu aku balik kampung, tok ni teguq muka Emran sama macam laki aku, dia kata hang pi la buat2 ubat sikit ni, anak laki turun muka laki hang. (kepercayaan kapiyaq haramjadah mana ntah: kalau anak laki turun muka laki kita, hubungan kita laki bini asyik panas ja, suka gaduh, bla bla bla).

Aku malas nak layan tok tu, aku harap dia berubah. Tak payah la burukkan orang, sedangkan anak cucu dia lagi buruk. Sekian, berita orang sakit.

9 comments:

  1. ingat ni je, what goes around come around...sabarlah ye. Allah tu Maha Adil.

    ReplyDelete
  2. Pelangkong aja kepala tok tu. ~haha

    ReplyDelete
  3. benci betol dengan yang suka wat fitnah nih!!

    ReplyDelete
  4. tok tu lupa ka kubur makin hampir dgn dia? sibuk hal org.anak muka laki ka muka istri ka bukan anak die.demm tok tu kalo jumpe aku memang heart attack la tu

    ReplyDelete
  5. salam..sy student tahun 3 teknologi makanan..kene wat kajian tahun akhir pasal ubi kemili..nk tnye kt mane ade jual ubi kemili tu?nk kene beli..huhu..kalu tau cmne nk dapatkan tlg msg sy ye 0194321567

    ReplyDelete
  6. hm..

    mulut orang kampung memang camtulah. tak usah dipikir sangat. sebab kang sakit hati. kalau mulut tempayan boleh tutup kan? hish. sama je situasi dikampung ku.. grr

    ReplyDelete