Friday, February 24, 2012

JANGAN BANDING-BANDINGKAN KAMI

Ayat KAMI pada tajuk diatas merujuk kepada menantu2, tak kisah la menantu lelaki atau perempuan. Hari tu masa aku sembang2 dengan pengasuh emran, dia sedih jugak sebab mak mertua dia suka bandingkan dia dengan menantu yang sorang lagi, sebab pengasuh emran tu ada SPM dan menantu sorang lagi ada DEGREE.

Ada degree je pun???? Aku rasa melambak kot orang ada degree sekarang ni. Lepas tu tak payah la nak bangga sanagat dapat menantu ada degree kalau ada degree pun tapi kerja pengasuh macam orang ada SPM ja.

Kenapa aku tiba2 emo semacam, aku jadi macam penyokong kuat pengasuh emran tu?? Sebab aku rasa kesian, mesti terguris hati dan perasaan dia sebab mak mertua dia suka banding2 macam tu. Kalau aku, mesti berat nak balik umah mak mertua. 

Kalau semua orang kerja hebat, jadi doktor, jadi pensyarah, jadi cikgu, habis sapa nak jadi pengasuh, sapa nak jual cucuq pisang tepi jalan?? 

Aku rasa memang standard orang2 kita ni (merujuk kepada tipikal melayu yang suka banding membanding ni), depa memang suka lebihkan or sayang kalau menantu depa tu masuk U, keja kerajaan, bisnes besaq ka. Kalau orang kampung aku sendiri pun, bangga la kalau orang tanya depa, menantu depa keja apa, senyum2 depa cakap keja kerajaan. Amboiiii.. megah sangat la tu dapat menantu keja kerajaan, macam la menantu tu dok huluq tiap2 bulan duit 50 ringgit ka apa.

Aku rasa, diatas keprihatinan aku terhadap hal2 wanita dan keluarga ni, pilihanraya akan datang, aku harap PIYEM akan lantik aku jadi menteri pembangunan dan bla bla wanita dan keluarga (ala, jawatan Kak Jat tu). Aku akan pastikan nasib2 wanita terbela, dan aku akan pastikan skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Hoolimpikkk pada tahun2 akan datang. Sekian, wabillahhitaufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 


 Tak tau bila rambut emran ni nak tumbuh elok sikit. Lebat tak sekata.
Menten botak je la emran oiii..

12 comments:

  1. :) xpatut banding² ni...menjatuhkan maruah la....

    kalau banding dgn saya, saya lebih suka merendah diri.......cakap je orang lain lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, malu2 pulak bila dipuji. harap orang puji kita di belakang, kalo puji depan2, kang kembang lubang idong pulak. hehe

      Delete
  2. mmg tak elok sgt dok banding2 mcm tu.. kelulusan bukannya penentu orang itu yg paling baik atau tidak.. akak suka sgt kalau GC di lantik jd menteri tu.. dpt juga akak kwn menteri.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni pun, kelulusan bukan jaminan boleh dapat kerja yang bagus pun. ada jugak yg ada diploma je, tapi gaji lebih dr yg ada degree. hihi.

      haha. merepek la kak psl jawatan menteri tu. :)

      Delete
  3. cumel je emran tuh

    ada dgree skang ni on keje tak terjamin.

    ReplyDelete
  4. cubalah minyak rambut zam zam. Baunya mungkin tak berapa best tapi anak2 saya guna minyak ini utk lebatkan rambut. Emak saya dulu pun guna minyak ni masa saya kecik.

    ReplyDelete
  5. nak jadi menteri cheqna ke???
    silala bergusti lengan ngan kak jat dulu kikikiki

    ReplyDelete
  6. aku keje swasta jaaa, bisnes pun takdak - patut la takdak orang nak ambik aku jadi menantu. huwaa!!!

    ReplyDelete
  7. mmg malas la nk jumpa mertua kalu jadi mcm ni.

    ReplyDelete
  8. tak baikkan beza2kan menantu cam tuh~ nasib baiklah mak mertua sis x diskriminasi cam tuh..:)

    ReplyDelete
  9. hmm. tulah dia orang kata, kalau ada ilmu tu, orang akan pandang. tak pandang banyak pun orang akan pandang. percayalah. walau tak pandai masakkkk pun!

    ReplyDelete
  10. kenapa la nak compare menantu, bukan dia yang bela menantu dia sampai menantu dia masuk U pun. Suh makcik tu cool ja, SPM better dr org takdak PMR pon. Bahagian masing2. redha lew. ~senang ar ckp sbb aku tak jd menantu sapa2 lg.hehe

    ReplyDelete