Friday, February 3, 2012

MOTOR KECIL AYAHKU

Masa aku kecil, ayah aku tidak mempunyai kereta. Hanya motor kecil keluaran FAME. Dengan motor kecil itu, ayah bawa aku, dan dua orang adikku, termasuk emak pulang bertemu tok di kampung. Aku yang besar diletakkan di hadapan, dan dua orang adikku diletakkan dihadapan emak. Kami berlima diatas satu kenderaan yang kecil.

Masa tu aku ingat, belum ada topi keledar untuk kanak-kanak. Jadi kalau ayah bawak motor laju, aku akan pejam mata rapat-rapat, sebab pedih mata. Kadang-kadang, ada binatang-binatang kecil terbang masuk mata. Tak lupa juga habuk-habuk dari jalan.

Aku rindu moment-moment indah masa kanak-kanak. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar-sedar sudah dewasa, dah kahwin dan ada anak. Adik-adik aku masih tetap comel seperti zaman kanak-kanak kami walaupun seorang lagi sudah bergelar tunangan orang, dan seorang lagi masih gigih untuk belajar dan belajar dan belajar dan belajar. Hihi.

5 comments:

  1. sis pon ade kenangan cam tuh.. balik kampung naik motor.. cukup seronok kalo dalam perjalan balik kampung tuh hujan~ sampai kecut2 jari..hehehe... semua tu tinggal kenangankan~

    ReplyDelete
  2. teringat arwah abah. maksu gi beli barang nak masuk uitm ngan dia, naik motor gi pekan...

    ReplyDelete
  3. masa berlalu sgt pantas..

    memang kita sentiasa terbayangkan
    wajah2 kesayangan sama mcm dulu juga :)

    ReplyDelete
  4. eee, syok! aku ada kuda kayu ja....he he

    ReplyDelete
  5. gua dlu kalo naik motor mesti nak duduk dlm bakul depan tu.walaupon time tu bontot dh xmuat.tetap xsedar dri lagi hehe.

    ReplyDelete