Wednesday, February 8, 2012

PROSES MEMBOROIKAN PERUT

Jumaat lepas, kami 3 beranak balik kampung halamanku, Kedah yang pantang kalah. Hihi. Dalam kereta, Emran sedap je tidoq dalam car seat beliau. Aku pun lena jugak, siap meleleh2 ayaq liyuq. Buruk punya perangai, bini sapa lah tu. First terjaga dari tidoq, tak naik highway lagi. Kali kedua terjaga, dah kat Penang. Kali ketiga terjaga, wahhhhh dah dekat dengan kampung. Sonokkk!!!

Balik kampung kali ni keja makan kenduri ja. Kenduri pertama, anak sepupu aku kawin. Alhamdulillah, selepas menempuh pelbagai halangan dan ujian, kawin jugak depa ni. Jodoh depa kuat. Aku makan banyak, boroi perutku sebanyak 10% daripada biasa. Tahniah buat Uda dengan Nordin.

Petang sikit, aku dengan family pi makan kenduri rumah jiran lama. Pi jugak kenduri tu mengenangkan pakcik tu dengan anak perempuan dia sanggup datang rumah malam2 demi nak jemput pi kenduri rumah depa. Naik motor pulak tu!! Lagipun masa berjiran dulu, memang family pakcik ni sangat baik. Masa sampai tu dah petang sangat, tapi masih ada tetamu yang lain. Tengok lauk biasa2 ja, rasa macam tak mau makan. Tapi tak sampai hati tak makan, sekali rasa sup daging tu, sedapppppp sangat. Terus hirup2 sup yang sedap itu. Menu pulak so simple, sup daging, acar limau, ayaq asam kerisik.

Ahadnya pulak aku pi makan kenduri lagi. Kali ni siap ada orang main gendang dengan silat lagi. Lama dah tak tengok orang main silat. The best and funny thing ever, masa aku nak balik, aku salam dengan sorang ni, ingatkan dia tuan rumah, nak sedekah la duit sikit. (memang sikit sungguh pun duit dalam enevelope tu. haha) sekali tersalah orang. Wahahaha. Aku malu, terus jalan laju2, tak pusing belakang dah. Hahahahahaha.....

8 comments:

  1. ohhh.. tetiba rasa nak makan nasi kenduri.. sedapnye..eh! lari dari tajuk eh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim2 cuti sekolah ni mesti ada byk kenduri. p la boroikan perut. hahahaha

      Delete
  2. gila! kalau aku jadi kes silap orang camtu, aku balik manjung teruih buat plastic surgery..... kot2 la orang hat aku salam tu mai jalan2 pangkor, kalau terserempak at least dia tak kenai dah.... he he.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku malu gila babi. kak aku dok gelak tak berenti. jadah betui. haha. cemana aku boleh salah tuan rumah. haha

      Delete
  3. gua tak pernah lagi dapat nengok orang bersilat taim kenduri.. kalau ada pun mesti gua miss sebab datang lambat..

    ReplyDelete
  4. kalau sedap acar limau tu hang habaq kat aku. aku nak order SEKILO!

    ReplyDelete
  5. ishh2... da habis proses memboroikan perut, kena la kempiskan lak. ye dok?

    ReplyDelete