Friday, March 9, 2012

LUCUNYA TENGOK GAMBAR KAHWIN

Semalam balik dari kerja, aku terasa nak tengok gambar kahwin aku dengan ayah emran. Ayah emran bising sebab aku still tak mandi dan dan tak solat lagi. Nanti kang nak masak lagi, dan kami biasanya makan malam sebelum masuk waktu maghrib.

Aku panggil ayah emran, ajak dia tengok sama-sama. Dia mula tu malas nak layan aku sebab dia tengah potong ayam, bini dia request nak makan ayam goreng. Ayah emran can cook very well. *ceh, tetiba cakap mat shalehh pulak. Dia akan masak nasik, dan goreng ikan / ayam. Biasanya aku akan masak lauk yg berkuah. Lepas tu aku akan suruh ayah emran pergi tengok kan emran sebab budak tu keja menjerit2 sebab bosan takdak orang main dengan dia.

Tapi balik keja semalam, gedik nak tengok gambar kahwin pulak. Ayah emran mula2 macam serius, tapi bila tengok balik muka dia sendiri yang tutup mata masa orang amek gambar, dia gelak2. Kebanyakkan gambar, muka dia sokmo serius. Jadah pa ntah, aku rasa dia neves tu. Kah3x. Dan aku plak asyik tersengih2. Malu weh masa tu. Orang asyik tengok je. Cun sangat ka aku ni sampai orang khusyuk je dok tengok. Puihhhh.. Perasan.. Hahaha.

Muka aku pulak, mak andam tebalkan kening pakai celak hitam. Hareyyy betui. Dah macam ulut bulu dah kening aku. Ulat bulu yang badan hitam, bulu kaler putih, penah tengok??? Tahikkk betui jurumekap. Hahaha. Kesimpulannya, memang lawak kalau tengok gambar kahwin sendiri. *dan lawak jugak kalau tengok gambar kahwin orang lain. Tak percaya? Buka je facebook depa. Hihi.




Lunch semalam, ayah emran masak megi untuk bini dia yang mengada2. Rajin laki aku ni, siap masuk macam2 bahan. Kalau bini dia masak, simple gila. *simple la sebab malas. Keh3x.

8 comments:

  1. Tergoda tgk megi tu....sedaaap nya...

    * ulat bulu tu klu terkena kt kulit...mau gatai 1 badan....

    ReplyDelete
  2. seb baik aku takdak gambaq kawen lagi. kalau tak aku syak hang mesti gelakkan gambaq kawin aku jugak kan??

    ReplyDelete
  3. naseb bek aku time lawak pun lawa..... so jangan harap hang bley gelakkan gambaq kawen aku nanti.... he he..

    ReplyDelete
  4. Apa yang ko nak testing kan???? xde pon????

    ReplyDelete
  5. untung dpt suami rajin masak.... bila tgk gambar2 dulu mmg ada yg mengelikan hati kan

    ReplyDelete
  6. Alahaiiii, kemain rajin encik suami rajin nolong ke dapur! Megi tu nampak sedap, tapi nape letak pic tuuu. Letak la pic kahwen yang kening ulat bulu tuuu. Nak nengok jugakkk. hee

    ikhlas,
    Anita.

    ReplyDelete