Monday, March 12, 2012

BIL LETRIK

Cuti 2 hari macam tak cuti. Sat sangat kan. Sibuk mengemas rumah, kononnya adik yang kat Skudai dengan Melaka tu mai rumah ingatkan nak tidoq kat sini, kak depa pun sibuk la kemas rumah. Sekali depa mai singgah ja nak tengok baby emran. Lepas makan2, depa terus gerak balik Kedah. Nak sampai rumah cepat sebab nak spend time dengan family kat kampung. Rabu dah nak balik tempat depa balik. Bagus jugak depa mai tu, kain baju dah macam busut dah sebab tak berlipat. Kalo depa tak mai tu, mau yang busut tu bertukaq jadi gunung. Sekurang2nya rumah kemas la sikit. *sat ja kemas tu, kang esok lusa mesti semak balik. hik3x.



Tension la dok apartment ni. Malam kalu, ayaq paip jadi slow. Rumah tingkat 5 macam ni la. Blok lain ok ja. Blok F ni ja yang jadi macam ni. Dah nama pun blok F, elok sangat la tu dengan F###. Rumah jenis takdak kolah tu, jenuh la nak menadah ayaq. Tu mujuq pagi ni tak rasa nak membuang. Pagi ahad tu, sama kes jugak takdak ayaq. Ayaq dalam besen cukup amek wuduk ja, lepas tu aku dengan ayah emran decide pi mandi kat tandas awam kat pekan Lumut. Nampak macam pelancong sebab mandi kat tandas awam, padahal rumah takdak ayaq. Bila tanya2 balik dengan orang dekat2 blok, rumah tingkat 2 ada ayaq. Line rumah aku ja kot yang takdak. Kesian emran, pagi ahad tu mandi kat tandas awam. Hahaha. Takpa la emran, kita bajet2 la macam pelancong sikit kan.

  "mama bawak saya mandi kat tandas awam. macam pelancong pulak saya ni"

Rumah yang aku dengan ayah emran beli tu lembapppp benorrr prosesnya. Dari mengandung kat emran 6 @ 7 bulan lagi, sampai emran pun dah nak masuk 7 bulan, tak setel2 lagi. Duit KWSP dah 2,3 minggu dapat. Kang abeh aku guna buat shopping baru tauuuuu.. Hahahaa. *tak la, ada lagi, tak berani nak usik.

Ni bil letrik bulan lepas. Terkezut tetiba bil letrik kena -150 lebih. Seronok gila tak payah bayar bil letrik. Sekali sampai bil letrik bulan ni, kena 72. Yang minus tu sebab TNB salah kira kot. Boleh pulak main salah2 kira noh.

 bil letrik bulan lepas


 bil bulan ni

3 comments:

  1. ingatkan bil air sakni
    kejut gak
    umah cheqna kalau semua balik baru sampai angka tu
    kalau tak dalam 50 60 jela

    ReplyDelete
  2. hahah masyukkk la duit epf br kuar...

    ReplyDelete
  3. penat pi Lumut, jauh dari Kolaruman

    ReplyDelete