Thursday, March 8, 2012

HUJAN

Sekarang kat tempat aku hari-hari hujan. Masa aku kena hantar emran kat rumah pengasuh lama, aku cukup susah hati kalau hari hujan. Hujan tu kan rahmat Allah, tak baik mengaduh pasal hujan. Parking kawasan rumah aku tak berbumbung, dengan nak galas beg, nak dukung emran, aku rasa aku tak mampu nak pegang payung lagi. Berat. Sebab tu aku cukup susah hati kalau hujan.



Selalunya aku akan selimut emran biar tertutup kepala dengan badan dia, tapi pastikan ada ruang untuk dia nak bernafas. Dari tempat parking nak ke lif, aku akan lalu kat tepi longkang. Risau terjatuh satu hal. Mujur setakat ni tak pernah ada insiden macam tu. Kita sakit tak pa, bayangkan kalau emran yang terjatuh. Tak sanggup aku weh. Tengok emran kena cucuk pun dah buat aku sebak. *aku memang jenis tacing tak hengat. hik3x.



Tapi itu dulu, sekarang emran kat rumah pengasuh baru. Satu blok je dengan rumah aku, so senang lah sikit. Dah tak risau pasal hujan atau panas. Lega. Minggu depan emran dah nak masuk 7 bulan, gigi baru ada sebatang. Hobi emran ialah naik kereta lumba dan makan handphone mama.



Pagi tadi masa nak mai keja, nampak sepasang laki bini tengah gigih nak masukkan anak depa dari stroller ke dalam kereta, so masa tu aku rasa bersyukur sangat emran dah duduk dengan pengasuh yang dekat, dan aku pun tak kena hadap situasi macam laki bini tadi.

Hujan tu maknanya mak aku dan ramai orang kampung aku berehat dari motong. Selamat berehat mak.

14 comments:

  1. alalala emran...

    tempat aku pun hujan sokmo. sampai banjir2!

    ReplyDelete
  2. emran akan menjadi kanak-kanak yang cerdik nnti..insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. akupun nak noreh getah gak la... leh cuti! he he....

    ReplyDelete
  4. hehe...aku ada satu hp yg dah mcm aquarium dah aku tgk.....

    ReplyDelete
  5. anak saya si zayyan dah 9 bulan, sebatang gigi pun tak tumbuh lagi! hahaha..dan dia pun sama macam emran, suka geget henfon..

    ReplyDelete
  6. memang betol.. kalo hujan memang susah sikit nak hantar anak.. nak kene naik kete pastu jalan jam plak.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  7. bainyee emran tuu .. diamm je ..
    hurmm kat sini musim panas dik huhuh

    ReplyDelete
  8. hobi emran sama mcm weyah....abih smua bahagian enpon ummi dia gigit...agak2 dia nmpak mcm choclate bar kot...hahahaha

    ReplyDelete
  9. comelnya dia gelak...anak saya pun lepas ni akan dihantar ke pengasuh setelah saya trauma hantar taska..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, keadaan dah lebih selesa sekrang.. comelnya emran.. geram akak tgk gambar yg last tu.. harap2 lepas bercuti ni, bertambah2lah hasil org yg pergi motong tu, insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. syukur, emran tak perlu berlemas bawah kain lagi kalau hujan...he..he.. sebut cuti memotong, teringat arwah ayah dulu. kak liza pun ada kisahnya kalau GC sudi nak baca entry january 2011 : http://www.adzriel.com/2011/01/bila-hujan-aku-teringatkan-ayah.html

    ReplyDelete
  12. kat sini pon hari2 hujan.. tba2 tpikir gak..apa ptanda ni.. mcm musim tgkujuh..pdahal skarang bulan 3.. mcm kdudukan bumi dh brubah.. jd..musim pon brubah.. cam tmpt y x musim salji..blh turun salji skarang..

    ololo... comelnyer dia..

    ReplyDelete