• News

    02 March, 2012

    REWARD UNTUK DIRI SENDIRI

    >>>> Entry hari Jumaat lepas. Recycle. Hahaha<<<



    Assalamualaikum.. Dah sampai hari jumaat dah kita kan, rasa macam baru sangat kerja minggu ni. Hari jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu, lagipun hari ni rehat 2 jam. Hehehe. Selalunya, aku keluar cari barang-barang Emran. Tapi untuk kali ni, cukup-cukup la asyik beli barang Emran, kesian jugak kat mak Emran, asyik pakai kasut crocs tiruan tu ja.


    Pakai baju kurung kemain cun lagi, digandingkan pulak dengan crocs tiruan ni, rasa macam cool sebab rasa selesa sangat. Tapi kalau orang tengok, macam nak pi pasar malam pulak. So, hari ni dah decide nak beli kasut baru. I mean, wedges!!


    Aku suka wedges, dalam bonet kereta tu sebenarnya ada 2 pasang wedges yang aku rasa dah tak mau pakai. Tak tinggi sangat wedges tu, tapi sepasang wedges tu tali dia mcm dh rosak laa. Sedih, kasut masa bujang dulu. Yang sepasang lagi macam ketat, apa kes lepas beranak kaki kembang semangkuk ni. (please noted yang lepas kawin aku tak pernah beli kasut, melainkan beli crocs tiruan dan 1 lagi kasut yang aku beli masa pregnant dulu sebab tapak dia soo selesa tapi bertali2 pulak, susah nak tanggal. hamfess laa).


    Dulu suka wedges jenama Crocodile sebab kasut dia sangat tahan lama, walaupun harga 50 ringgit lebih jugak kan. (50 lebih tu aku consider mahal, ada jugak wedges yang murah tapi design tak cantik plus takdak jenama. hahaha). Alah membeli menang memakai kan. Biar la keluar duit lebih sikit, janji bila pakai rasa lawa, dan tahan lama. Kerana diriku begitu berharga. *tibeee...


    So, kalau nanti aku keluar beli kasut, tapi balik tangan kosong (tak semestinya kosong, mesti akan beli something untuk emran jugak, maksudnya balik tanpa kasut), itu tandanya aku memang cerewet!! Yes, aku memang cerewet bab nak beli kasut yang mahal ni. Hahaha. Harap-harap jumpa satu yang berkenan satu di hati. Pstttt.. Esok nak balik rumah mertua, boleh la tayang-tayang kasut baru. Kahkahkah..

    5 comments:

    Hanis Azla said...

    akak pun suka wedges.. jenama yg crocodile pun pernah beli.. mmg selesa..

    gadisBunga™ said...

    aku suka wedges jugak tapi dengan syarat design dia tak boleh nampak bulky dari belakang atau boleh buat haiwan pengsan kalau kene baling!

    || NaFiRaa || said...

    sis pon slalu beli sandle murah jek.. kadang2 jek beli yg mahal..hehehe

    Aida Azryn said...

    haha. sama la.. aida kalau nak beli baju or kasut,memang cerewet.. :D

    LYAfrina said...

    lya skarang suka pakai kasut jenis flat..y ttp penuh..rasa laju j nak bgerak.. biasa beli kat vern jer,,ok la stakat utk pakai sokmo kan.. kalo time raya j la bru pakai y ok2 skit.. tp.. sama cam lya.. ssh nk jumpa y btl2 bkenan n selesa dipakai

    Total Pageviews

    My Followers