Thursday, March 1, 2012

TAK SUKA YANG PAHIT-PAHIT

Aku agak kuriyes (maksud kuriyes tu adalah merapatkan kening sambil mata disepetkan dan buat muka serius) bila tengok BOH GREEN TEA kat pantry sangat laku. Aku suka normal tea, tapi bukan green tea. Benda yang laku dan cepat habis dah tentu lah sedap, jadi aku pun menggedik la try green tea ni.

Bau saja dah cukup buat aku batalkan niat aku nak hirup ayaq teh tu, tapi tak pa, gagahkan jugak. Hirup la sikit, sekali memang serius tak sedap. Sudahnya memang satu mug green tea tu aku tuang dalam sinki. Sorry, not my type. Terus minum milo yang lazat. (Ingat lagi kecik2 dulu, ratah milo kat dapuq. Dah kawin ni pun, kalau ayah emran suruh bancuh milo, sempat jugak cedok serbuk milo masuk mulut dulu. Keh3x).

Aku memang tak suka benda pahit, sebab tu ulam2 langsung tak makan. Bila tengok ayah emran makan pucuk betik, aku kuriyes lagi. Cakap la pucuk2 ulam apa, memang tak berapa berkenan. Sawi dulu susah nak makan. Masa dalam pantang, hari2 makan sawi. What to do.. Makan je la, itu pun dah cukup bagus sebab orang tolong masakkan.. Hehe. Dah la bulan puasa, so jangan nak ngada2 nak demand itu ini.

Teringat sekotak set bersalin Amway yang memang tak luak langsung aku guna. Dari ayaq kunyit, sampai ke 2 botol ubat, last2 aku sedekah je la kat jiran aku yang baru beranak. Pahit gila babeng ayaq kunyit tu. Dari param, sampai ke pilis, macam tak luak jugak aku guna. Param dengan pilis tu sapu2 kat badan pun aku tak buat sebab aku malas. Haha. Last mak aku bebel sebab tengok aku langsung tak makan ubat. Bla bla bla bla, last aku makan la jugak. Tapi bukan ubat amway yang bau macam hmmmm... Mak aku suruh beli ubat kedai cina. Senang telan ubat tu, takdak bau, so ok la.

10 comments:

  1. sy pn baru cuba2 mkn sayur2 yg pahit..peria contohnya
    tryla peria yg dgoreng ngn cili n telur tu.sedap!bagus utk kesihatan :)

    ReplyDelete
  2. ika,

    dah penah try masak peria ni, tapi still tekak takleh terima. pahit. tp tgk husband makan rilek je.

    ReplyDelete
  3. green tea utk naikkan metabolisme, so maknanya, bagus utk slim kan badan. hahah

    ReplyDelete
  4. akak suka green tea.. bancuh jangan letak gula..minum panas2.. bestnye~

    ReplyDelete
  5. so?

    tak makan jamu langsung lah ni yer?

    ishkk.

    ulam tu lah yg sedap!

    ReplyDelete
  6. tak leh telan jugak green tea, yg jasmine green tea tu lagila nak termuntah..

    ReplyDelete
  7. Daddy Ziyyad >>green tea utk naikkan metabolisme, so maknanya, bagus utk slim kan badan. hahah

    ===>>> tapi rasa green tea tu sangat tak digemari oleh tekak. so, tak pa lah tak slim. hahaha. (ayat pasrah)

    ReplyDelete
  8. || NaFiRaa || >>akak suka green tea.. bancuh jangan letak gula..minum panas2.. bestnye~

    ====>>> erghhh..memang langsung sy tak minum lah kak. muntah ijau lak nanti.

    ReplyDelete
  9. Cik Anita>>>so? tak makan jamu langsung lah ni yer?ishkk.ulam tu lah yg sedap!

    ===>>>sedangkan ulam pun aku tak makan, ini kan pulak jamu.aku kuriyes bila tgk org makan ulam mcm benda tu tak pahit langsung. hihi

    ReplyDelete
  10. Mama Iddin & Irdina>>>tak leh telan jugak green tea, yg jasmine green tea tu lagila nak termuntah..

    ===>>>jasmine green tea tu lagi teruk eh?huhuhu.tak berani la nak try.

    ReplyDelete