Wednesday, August 29, 2012

RUMAH BARU YANG TAK BERAPA NAK BARU

Alhamdullillah.. Lebih kurang 2 bulan jugak kami 3 beranak pindah masuk rumah yang ayah emran baru beli. Bukan rumah baru pun, rumah second hand ja. Tapi, syukurlah, rumah sendiri kan. Sebelum ni menyewa kat apartment. 

Memang tak best dok apartment tu, macam2 kes, daripada rumah kena pecah masuk 2 kali, lif asyik rosak, ayaq selalu takdak, parking problem. So now, duduk kat rumah teres, memang lega. Tak payah risau pasal masalah2 sebelum ni. Alhamdulillah.

Rumah sekarang dekat sangat dengan masjid. Tadika kemas tu 10 langkah ja dari gate rumah. Hahaha. Tadika PASTI pulak selang tak sampai 10 bijik rumah. Kedai runcit pun dekat. Nak pi Giant, Tesco, Billion, kedai 1 Malaysia pun dekat. Hahahaha.

Sebelum masuk rumah tu, ada kes jugak la sebab penyewa dengan owner lama takmau keluaq. Last2 kami beralah, bagi dia dok lagi sebulan. Sepatutnya hujung bulan 5 dia kena chow, sekali tak chow jugak. Siap cakap nak tunggu abeh cuti sekolah apa benda ntah, bla bla bla. Gaduh jugak la dalam telefon. 

Last2 cakap kat dia, "kak, kalau kak tak kluaq dari rumah tu, kami terpaksa buat police report, dan sewa kena banyaq kat kami. Kalau kak keluaq awai, takpa tak payah bayaq sewa rumah pun takpa". Last kak tu cakap, "eee.. banyak cakap la ko ni". Kojaq gak kak tu. Kami ni kira baik hati bagi dia dok sebulan lebih, dah la tak ambik sewa. Dok free okeh. Mengenangkan kak tu ibu tunggal, kami kesian kat dia. Takpa2, sabaq.

Rumah masa dia tinggai, memang kotoq gila. Geli nak tengok. Orang kedah kata "komoh". Kalau tengok dalam toilet, memang sangat2 geli. Kak ni pulak meniaga nasik lemak pagi2. So takleh bayangkan keadaan rumah ni dengan dia dok meniaga tu. 

Ayah emran dah renovate sikit rumah tu. Pasang tile. Buat wiring balik. Cuma bahagian dapur tu la sempit sikit. Nak pasang kitchen cabinet pun takleh, sebab sempit. So, tunggu ada duit lebih sikit, nak tambah sikit bahagian belakang tu, so besaq la sikit dapoq tu. Sekarang ni rilek dulu. Tapi serius, memang sempit sikit la dapoq tu. Insyaallah, ada duit lebih nanti baru tambah. Hehehe.

Kami pun dah selamat buat majlis doa selamat, jemput orang masjid. Penat, tapi lega. Semua dah setel. 
 

 Cermin yang dah retak menanti belah 


 Nak kena cat balik. Lepas indon tu cat warna putih,
ayah emran cat pulak dengan warna kuning ayaq.


 Bilik tengah. Kucing jiran2 suka berak kat longkang
belakang bilik ni. Sumpah aku takleh masuk bilik ni.
Aroma taik kucing buat aku pening. Hahaha.


 Bilik utama. Rumah ni serius banyak nyamuk.
Kalah rumah kampung. Malam pertama
kat rumah ni takleh tidoq, berjaga tampaq nyamuk.


Bahagian sinki yang teruk. 
 

 Best part, depan rumah ni ada pokok pelam. Asyik berbuah pulak tu.
Dahan pokok ni turun betui2 depan gate.
 
*nampak tak signboard tadika kemas kat depan tu*









15 comments:

  1. seronok sebab rumah sendiri kan.. lagipun masa menyewa dulu banyak sgt masalah.. hihi

    ReplyDelete
  2. mcm rupa rumah kak kt johor ni ja..tp umah kak 2tingkat.bilik suma kt atas.rumah haluih cenonet.tp xpalah.lepas deco2 jadi lawa la pulak.tiba2 jadi syok dok umah kecik comei ni.senang nk sapu sampah.tp pk2 sok lam pantang,nk naik turun tangga,hazaaaabbbb!

    ReplyDelete
  3. ohh.. bilik kat ats, jenuh pulak.. ni kalau ada duit, mmg nak tambah kat dapoq tu bg luas sikit. sempit sgt. cenonet btoi dapoq tu.

    ReplyDelete
  4. lya pon..bila la dpt rmh sendiri..

    ReplyDelete
  5. x perlah dikk
    penat sikit . janji rumah sendiri dah ada kan ..
    slow2 lah renovate mana yg perlu
    akk pun x suke kalau duk rumah x tentu arah nie .. kita suke tgk tenang dan bersih kan ;)

    ReplyDelete
  6. lya: insyaallah, harap2 awak murah rezeki, beli rumah sendiri. amin.


    k.ieda: rasa lega sekarang ni kak, dok rumah sendiri. compare rumah teres dgn dok apartment, memang better dok rumah teres.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...syok kan ada rumah sendiri dan duduk pulak tu. feeling tak sama dgn ada rumah sendiri tapi menyewa tempat lain.

    tapi beli umah second hand, nak nak yg dah sedia ada penyewa mmg lah kene sabar bebanyak. guwe dah rasa. huhuhu~

    ReplyDelete
  8. tima kacih cikceriacorner. :-)


    tu la GB, now rasa lega sebab duduk umah sendiri, lagi pulak rumah atas tanah. ayah emran amek kesempatan tanam cabai, daun sup, serai, tanam depan rumah. hiih

    ReplyDelete
  9. lahai.. dah masuk rumah baru dah.. cepat jugak proses dia.. sis pon baru jek sebulan lebih masuk rumah..hehehe

    ReplyDelete
  10. yeyyy,, ada rumah baru....

    mahu mimpi indah mcm kamu jgk la.. ^___^

    ReplyDelete
  11. kak nafira:

    eh, sama la kita, beraya kat rumah baru. *padahal rumah 2nd hand*. hahaha.


    NZ:

    mai la lumut. emran nak jumpa aunty. :-)

    ReplyDelete
  12. hoho,, tgk la nti lau blk kg lama,,
    n rajin aku calling2... hehe

    ReplyDelete
  13. weii buah pelam depan umah hang tu bleh la bg aku wat jeruk pastu kalo tak abeh bleh wat eskrem jeruk hahahaha

    ReplyDelete