Wednesday, September 12, 2012

KAD ATM HILANG.. SOB3X

 * gambaq from google *

Alkisahnya baru2 ni aku pi Maybank Lumut, orang macam biasa la, memang ramai. Maybank Lumut ni biasanya muka2 navy ja, banyak uniform putih dengan biru ja kat dalam bank tu. Aku buat hal sendiri, layan henpon dalam bank. Takkan nak ajak mamat navy sebelah aku sembang2 plak kan.

Aku sebenarnya nak keluarkan duit dari ASB akaun, so lepas semua setel, aku pun pi cash deposit machine sebab takkan nak bawak duit banyak macam tu, usung dalam beg. Nanti aku nak guna baru aku withdraw. Lepas dah masukkan duit dalam cash deposit machine, aku pun lenggang lenggang kangkung pi kat kereta.

Kemarin masa nak cari kad bank, tengok2 memang takdak kat atm aku. Dalam beg takdak, dalam keta pun takdak. Cuak pulak rasanya. Yela, banyak la jugak duit kat dalam akaun tu. Lepas tu kad atm maybank aku tu memang aku link dengan akaun yippie emran. Campur akaun aku dengan akaun emran, dah berapa kat dalam tu.

Kelam kabut call maybank centre suruh blocked kad tu. Selamat, amount tak kurang.

So, nak kena pi buat kad atm baru. Malas nak keluaq time keja. Dah la parking susah kalau nak pi maybank tu, dengan ramai navy. Hmmm.. Tapi what to do, terpaksa jugak pi buat sebab cemana nanti nak keluarkan duit. Dah la buku bank pun takdak.

Harap2 tak lupa nak register maybank2u, sebab selama ni memang bayaq bil, duit kereta, saving bla bla bla memang guna maybank2u. Memang ada charge singgit dua, tapi aku rasa berbaloi daripada aku nak kena pi affin bank sebab nak bayaq duit keta, pi pejabat pos sebab nak bayaq bil astro. Hatta topup pun aku guna maybank2u.Cepat dan mudah.


5 comments:

  1. Malang tak berbau......

    Nak guna ....kenalah buat jugakan ......

    ReplyDelete
  2. mmg seriau beb kalau kad ATM tercicir!

    ReplyDelete
  3. kalo org tua2,mesti kata,seb bek 'benda' tu melekat kt badan.kehkeh!

    ReplyDelete
  4. nasib isi dalam kad x hilang.. kalo tak boleh meroyan~

    ReplyDelete
  5. ini pon nk cerita????

    hahaha.... owh, sadis betul, len kli mtak phone number mamat navy yg kacak pass aku aku k... hehe

    ReplyDelete