Tuesday, September 18, 2012

PROMO SUSU DUTCH LADY KAT TESCO

Emran sekarang minum susu Dutch Lady 123 biasa, harga biasa dalam rm21 dan kupang2. Hari tu tengok Tesco ada buat promo susu Dutch Lady 123, harga rm18 dan kupang2. Murah. So Isnin public holiday sempena Hari Malaysia, kami 3 beranak pun pi jalan2 beli susu dan barang2 rumah sikit kat Tesco Manjung.

Tujuan utama nak beli susu, tapi mesti takkan beli susu saja, mesti ada benda lain jugak. Beli ayam sekoq, 1.6kg harga dalam rm10 dan kupang2. Selalunya kami beli barang dapoq kat econsave, tapi memandangkan nak beli susu emran yang tengah promo tu, so beli sekali barang2 dapoq. Teloq, nugget, sosej, mee goreng, susu dutch lady 4 pek untuk stok sebulan, pung pang pung pang semua dalam rm119 dan kupang2.

Since aku baru tukaq kad Maybank baru, so nak try la konon2 boleh guna as debit card. Cewi la pulak. So apa lagi, huluq la kad Maybank tu. Lepas tu tipu ayah emran kata aku bayaq guna credit card. Hahaha. Normally kalau pi tesco, mesti pekena sizzling yee mee. Nice. Makan laju2 sebab emran dok tak diam dalam troli. Nak terjun dari troli pun ada budak tu. So what to do, aku dengan ayah emran makan laju2. Hahaha.

Lepas makan tu, bawak emran ronda2 dalam tesco. Nampak kereta mainan yang kena masuk duit tu. Emran mula2 cuak, lepas tu seronok. Siap pusing2 stereng macam professional F1 driver. Hahaha.

 Curut tak penah lekang dari mulut. Hahaha
Masa ni tengah explore butang2 yang ada kat keta

 Pusing2 stereng. "Mama, nanti emran dah masuk tadika, 
nak drive keta sendiri boleh dak??"


Cerita selingan. Ayah emran ikut kawan dia pi cari siput sedut. Aku dari dulu memang tak pandai sangat nak makan siput ni, tak reti nak sedut. Tu dapat ketam sekoq. Besaq, kulit ketam tu keras kematu. Kalau tokak dengan gigi aku, pakai hancoq la. So buat2 manja dengan ayah emran, so dia tolong tokak kan ketam tu. Hehehe. Yang dalam mangkuk sebelah kanan tu ikan pekasam goreng. Mak aku yang buat. Ambik stok sebelang besaq dari sebelum posa lagi tak abeh makan. Masak 2 jenis ni ja. Balik keja tak larat nak masak banyak2. ;-).


Simple menu untuk dinner. Masak lemak siput sedut dengan
ketam kulit keras kematu, ikan pekasam goreng hasil tangan 
Mak Cik Paezah dengan ulam timun. 


8 comments:

  1. Suami saya mmg minat ikan pekasam, saya pula minat siput sedut, sedut sesungguh hati kalau nak makan.. tak kira punya..

    ReplyDelete
  2. nuraarin-life:

    kami laki bini mmg suka pekasam. hehe. siput sedut tu mmg tak pndai sedut. hahaha.

    ReplyDelete
  3. kak anis:

    pi roger kat mai i.. hahaha

    ReplyDelete
  4. sis pon selalu tunggu promo baru beli banyak2.. selalunye susu ngan pempes lah.. kekekeke

    ReplyDelete
  5. kak nafira:

    pampers takdak promo lak.. huhu.. sblm ni dok beli jugak

    ReplyDelete
  6. Saya tak makan siput sedut. Saya geli. Sekian. Hahaha..

    Rajin2 lah shopping kat Tesco tu..best wooo dpt voucher setiap 3-4 bulan...:)

    ReplyDelete
  7. tetiba aku lapaq nasik.... awat tatau!!!!

    ReplyDelete