Friday, September 21, 2012

WESTERN LAH SANGAT!!!

Aku dengan ayah emran kalau pi Tesco, mesti pekena sizzling mee / sizzling yee mee. Macam dah jadi benda wajib. Mujuq kami tak pi Tesco tu tiap2 minggu. Pi pun bila tengok ada promo susu dengan pampers ja. Hehehe.

Since kami suka makan sizzling ni, aku rasa aku patut masak sendiri. Macam biasa, menggugel la cari resepi. Alaahhhh... senang jugak nak buat sizzling ni. Kat rumah memang ada balance mee lagi separuh bungkuih, guna hat tu sudah la. Malas pulak nak singgah kedai cari yee mee.

Berat aku naik 3kilo masa raya hari tu. Hahaha. Makan tak hengat. So nak try avoid nasik untuk dinner. Ayah emran pun asyik mengadu, berat dah naik. Tentera macam dia lagi la nak kena jaga BMI apa jadah ntah. 2 hari lepas aku dah masak spagheti cap orang kapong, so this time try sizzling pulak. Western betul menu makan malam aku minggu ni. 

Balik kerja, terus bersilat kat dapoq, sebab dah solat siap2 kat ofis. Tumis bawang putih, halia, bawang besaq dengan cabai kering 4-5 tangkai. Amboi, semerbak bau. Heheheh. Tunggu garing2 sikit, boh ayam pulak dengan lada hitam. Lepas tu, boh sos tiram dalam 2 camca, kicap pekat, kicap cayaq dan ayaq. Disebabkan sayuq dalam peti ais tu dah kecut, taktau stok berapa minggu punya, so takmau membazir, aku boh la sekali carrot, bunga kobis dalam tu.

Cendawan kering tu takdak, malas nak beli sebenarnya, so guna je la cendawan tiram tu. Janji cendawan. Jangan lupa garam secukup rasa dan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Semangkuk untuk aku, semangkuk untuk ayah emran.

"Sedap dak? Ada apa2 lagi nak kena improve dak?", mintak pendapat ayah emran. Padahal dalam hati, rasa macam sizzling tu sedap tak kira dah.

"Nak improve apa lagi, ok dah ni", susah jugak dapat laki pesen tak suka puji bini masak ni. Hahaha.

"Hmmm.. tu la, untung dapat bini pandai masak kan". Hahaha.

Menyesai takdan amek gambaq, makan tak hengat sebab masa tu dah nak maghrib. Alhamdulillah, kenyang. Modal pun tak kena keluaq sekupang pun sebab guna barang yang mana ada kat dapoq ja. Kalau makan kat tesco, mau dekat 10 ringgit gak ni. Isteri yang pandai berjimat cermat akan disayangi suami. Haahhaha.



*gambar cilok dari gugel*

13 comments:

  1. waahhh.. bertuah lah hubby GC dapat bini pandai masak macam2.. cam mana berat badan tak naik.. kikiki

    ReplyDelete
  2. Kak nafira:

    Bertuah mende, tak bertuah pun. haha. masak org malas camni la...

    ReplyDelete
  3. kalau buat buat tak reti masak aci tak? ehehehe!

    ReplyDelete
  4. GB:

    aci ja, dulu masa bujang, aku pun tak reti masak. ni dah kawin, saja la nak belajaq benda lain bg ayah emran makan. hehehe

    ReplyDelete
  5. Untung bini pandai masak kah ..... kena bg elaun khas tu ......

    ReplyDelete
  6. ayah emran kena jaga perot tau..ramai askar yg boroi, tak segak nanti pakai uniform..akakakaka...

    ReplyDelete
  7. chik att,

    wife tentera memang ada elaun tiap2 bulan. hehehe.


    ReplyDelete
  8. DZ:

    yup, tu la pasal, perut dah naik sikit. hahaha. lepas tu salahkan bini masak macam2. :-)

    ReplyDelete
  9. ni bukan setakat jaga perut supaya tak lapar, tapi jaga perut supaya tak boroi juga! salam kenal!

    ReplyDelete
  10. alasan ja tu TAKDAN AMIK GAMBAQ... padahal rupa mi tak semenggah, hang malu kan? kan? kan?????

    ReplyDelete
  11. ellynadyra: haiiii.. selamat kenal


    pia: dajey hang pia.. hahahha

    ReplyDelete