Wednesday, October 10, 2012

AHMAD ADAM SYUKRI

Haritu aku tengok iklan pasal Adam dengan mak dia, iklan berapa saat saja, tapi aku teriak sampai 5 minit. Dah mula teriak, susah pulak nak berenti. Harini masa hantar emran kat rumah pengasuh, aku tengok muka pengasuh lain macam, rupanya tengah teriak. Dia kata tengah tengok Malaysia Hari Ini, ada cerita pasal Adam.

Aku pun lepak sat sambil tengok tv. Mula2 pengasuh emran lap ayaq mata, lepas tu turn aku pulak. Dah tak rasa malu nak teriak depan pengasuh emran walaupun aku baru kenal dia baru berapa bulan. Situasi lap ayaq mata tu lama jugak berjalan, last aku mintak diri nak pi keja. Sepanjang berapa minit aku drive nak ke ofis, sempat lagi aku teriak. Bertakung2 ayaq mata.

Tabahnya mak Adam. Kagum aku dengan ketabahan dan semangat yang ada kat mak Adam. Kalau aku kat tempat mak Adam, gamaknya aku langsung takleh nak cakap, sebab terlampau sedih. Emran penah demam dan batuk, sedih aku tengok dia masa tu. Lembik. Minum susu, lepas tu muntah. Lepas 2 hari emran dah sihat. Alhamdulillah, syukur ya Allah. So aku tak dapat nak imagine diri aku kat tempat mak Adam, kuat betui dia.

Untuk info semua, emran masa lahir kena masuk NICU. Tergamam aku masa beranak kat emran tu dia tak teriak. Lepas nurse tunjuk jantina anak kat aku, terus depa bawak emran  jumpa pakar. Lepas aku dah kuat sikit, ayah emran bawak aku ke NICU, nak tengok emran. Teruja nak tengok emran pertama kali, tapi sebak dada aku tengok wayar2 yang berselirat kat badan emran masa tu. Masyaallah.

Aku senyum, tapi dada macam nak pecah tahan sebak. Nurse cakap aku boleh pegang emran, tapi kena cuci tangan dulu. Aku cuci tangan bersih2 takut segala kuman ka bakteria tak kena emran. Aku cakap2 dengan emran, pegang2 dia, tapi takleh angkat dia. Nampak lemah ja anak aku. Aku tengok badan emran, besaq jugak anak aku ni. Patutla kemain cekang perut aku. Lebat rambut dia. Alhamdulillah, mujuq la emran kena dok 2 hari ja dalam NICU tu.



 First time aku tengok emran. Sedih dengan wayar2 kat badan.


 Jaundice pulak.


Dalam pantang lagi masa ni.

 
 Jom kawan2, kita bantu family Adam. Mak dia sekarang 
ambik cuti tanpa gaji selama 5 tahun (kalau aku tak salah dengar).


 Keadaan Adam sekarang.


 Sedih kan tengok Adam, jom kita pakat2 tolong. Derma la walaupun sikit.
Sumbangan kita yang sikit ni mungkin mampu bantu Adam. Semoga Adam
cepat sembuh.


NORAISYAH MD MALENA
02040007292201
CIMB BANK







10 comments:

  1. x dapat tengok MHI tadi.. sebab gi keje awal.. kalo tengok mesti lap air mata jugak.. sis ade folo FB Adam.. selalu ikut perkembangan dia kat FB tuh la..:)

    ReplyDelete
  2. cheqna pun update pasal adik adam hari ni...

    ReplyDelete
  3. saya dpt tahu pasal Adam ni pun pasal blogwalking hari ni...byk juga blog komen tentang isu ni...

    tak sangka dulu emran masuk NICU ya

    ReplyDelete
  4. Kak nafira:

    sy tengok masa nak hantar emran tadi. sedih sgt. awal tu tengok iklan pun dah teriak.

    ReplyDelete
  5. cheqna:

    good cheqna, harap2 ramai yg bantu Adam.

    ReplyDelete
  6. DZ:

    sy pun sebab hari tu tertengok iklan. baru tau pasal adam ni.

    yes, emran masuk NICU dulu. hehehe

    ReplyDelete
  7. ALLAH MAHA BESAR...sy tgk MHI hr 2.....tp sampai ht ad yg tergamak kata kalau Adam meninggal mak dia kaya...kaya ka seorang ibu bila kehilangan anak yang dicintai??? memng JAHAT org yg ckp 2...xda ati perut n xpk dulu...kesian mak adam sampai kena pinjam ceti...moga ramai yang membantu...

    ReplyDelete
  8. sme gak..,tngok iklan hri 2 dh sebk gla .2 yng duk intai2 kt it ni nk thu apa cite,mak dia mmng seorng ibu yg tabah.spa yng ckp cm 2 memng gla la.ade ke nk smakn ank ngan duit.ingat ank ni bleh bli kt psar ke? pstu bleh tkar ngan dt.esk bla orng yng ckp mcam 2 kalu kne,bru thu cm mne rasa ibu dia.sya berhrp Adam akan sht sntiasa..2 smua urusan ALLAH,DIA boleh trbalikn nsib kta cam 2 je..yng psti INSYAALLAH adik Adam tmpatnya d syurga..Aminn2..

    ReplyDelete
  9. sme gak..,tngok iklan hri 2 dh sebk gla .2 yng duk intai2 kt it ni nk thu apa cite,mak dia mmng seorng ibu yg tabah.spa yng ckp cm 2 memng gla la.ade ke nk smakn ank ngan duit.ingat ank ni bleh bli kt psar ke? pstu bleh tkar ngan dt.esk bla orng yng ckp mcam 2 kalu kne,bru thu cm mne rasa ibu dia.sya berhrp Adam akan sht sntiasa..2 smua urusan ALLAH,DIA boleh trbalikn nsib kta cam 2 je..yng psti INSYAALLAH adik Adam tmpatnya d syurga..Aminn2..

    ReplyDelete
  10. Syurga untuk mu pasti wahai Adam. Semoga ibu mu kuat dan tabah

    ReplyDelete