Friday, October 19, 2012

KERJA SURIRUMAH YANG TAK PERNAH HABIS

Bukan senang nak jadi sorang surirumah. Penat, kerja rumah memang tak pernah abeh. Dapat pulak anak yang macam emran, suka tolong mak dia "mengemas". Penat kuasa 2 okeh. Nak pulak mak2 yang bekerja, lagi la penat rasanya. Alhamdulillah kerja 5 hari ja dalam seminggu, setengah tempat, sabtu pun kena kerja halfday. Soooo penat.

Rutin hari2 kerja. Bangun pagi terus mandi, solat. Lepas tu salam dengan ayah emran sebelum dia pi kerja. Untung kalau emran tak bangun lagi, boleh la kemas2 beg sekolah dia yang nak bawak ke rumah pengasuh. Boleh la iron tudung + baju. Yang jadi lambat tu sebab beg sekolah dgn tudung, pagi2 baru terhegeh2 nak iron. Hmmm.. Malam dah penat sangat, tak larat nak buat semua tu. Dalam kepala yang tau nak tido kan emran, dan automatik aku pun boleh rehat dan tido sekali.

Esoknya kalau emran dah bangun, buatkan susu untuk dia 7oz. Lepas minum susu biasanya emran dah start aktif. Kalau jumpa bakul yang ada baju, mesti dia tolong 'kemas2'. Penuh baju atas lantai. Sudahnya nanti ayah dia beletiyaq kata aku tak kemas rumah, biaq baju penuh atas lantai. Citttt...

Siapkan makanan emran dalam bekas, tukar pampers emran, pukul 8 kadang2 tu baru keluar rumah. Masuk kerja pukul 8, tapi pukul 8 baru nak gerak ke rumah pengasuh. Kadang2 sempat lagi sembang dengan pengasuh. Pum pang pum pang sembang sampai 10 minit, baru gerak ke tempat kerja. Singgah beli breakfast, semestinya my feberet, nasik goreng cabai tambah teloq mata.

 Ni haaa nasik goreng cabai feberet aku, letak teloq mata 1. 
RM2 sahaja, tunai.


Sampai ofis dah dekat 8.30. Balik kerja pukul 5.30. Kadang2 barang dapur abeh, singgah kedai dulu beli barang nak masak. Kalau ada lagi barang dapur, terus pi amek emran. Sampai rumah dah dekat pukul 6, cepat2 mandi, solat asar, terus masak.

Aku dengan ayah emran memang dah terbiasa makan sebelum maghrib. Jadi, imagine sendiri la betapa kelam kabut aku nak kena bersilat kat dapoq, nak kena siap masak dan makan sebelum azan maghrib. Tapi serius, aku lebih suka masak bagi ayah emran makan, tak kira betapa penat aku hari tu.

Tu la rutin aku sepanjang 5 hari bekerja. Kalau ayah emran duty, aku tak masak, balik keja, singgah beli nasik siap2. Malas nak masak. Tapi syukur, ayah emran memang selalu tolong aku buat kerja rumah. Mop lantai, sapu lantai, kadang2 pinggan yang penuh sinki tu pun ayah emran tolong basuh. Hihihi.

Ni ayah emran  masa kursus apa benda ntah. Dia tak 
suka aku letak gambar or tag dia kat fb. Macam menunjuk2 
dia kata. Cewi sungguhhhh.. 

10 comments:

  1. betol tuh~ suri rumah mmg keje nye tak akan abes kan~ huhuhu.. bertuah kita dapat suami yang memahami dan sanggup berkerjasama buat keje kat rumah.. cuma hubby sis tak tau masak jer~ yang lain semua dia boleh sama2 buat.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sat basuh baju, sat basuh pinggan, lps tu masak, lps tu basuh pinggan blk. cemana nk abeh... hahahaha.. dok berpusing2 kt situ ja keja.hahaha

      Delete
  2. gua yg xde ank nih pon rase mcm kelam kabut nak catch up dgn status bini org nih.dgn keje lg dgn rumah lg.dgn somi dan perut beliau lg.perghh gua jd dabel kagum dkt mak2 yg ade anak 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. super kelam kabut weh. kadang2 emran tiyak, kena berenti bersilat dlu ka dapoq. itu kalau ayah emran duty, aku mandi seminit ja, sepanjang seminit aku mandi tu, emran tiyak ja. huhuhuhu

      Delete
  3. ye dikk
    super woman .. x semua org boleh buat kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. superwoman eh.. baru anak sorang kak, kalau ramai2 nanti, migrain jugak ni.. hahahah

      Delete
  4. wak pon sukak nasi goreng cabai tuuu.. eeeHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama taste la pulak kita ni.. hehehe

      Delete
  5. boh la gambaq yang tak hensem, mesti dia kata tak menunjuk.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ensem pun weh.. hahahaha

      Delete