• News

    24 October, 2012

    MISI MENCARI SUSU EMRAN



    Aku biasanya memang akan beli susu Emran dekat tesco, almaklum la harga kat Tesco lebih murah berbanding harga kat tempat lain. Sekali beli, memang beli untuk stok sebulan terus, so 5 pek susu untuk Emran. Yeayyyy.


    Ahad lepas kami pi Tesco Manjung sebab nak beli susu emran dan barang-barang dapur. Mungkin bukan nasib kami, tengok-tengok dekat rak susu, licinnnnn. Tinggal susu Dutch Lady 123 yang perisa madu dengan coklat. Emran minum yang biasa punya. So, tak dapat la nak beli susu Emran hari tu.


    2 hari lepas, kami ke Giant pulak. Terkejut berok sebab Giant buat promotion kot, susu Emran sangat murah, 1 pek yang 1kg tu 18.79 sen!! Murah berbanding harga kat Tesco. Dan lagi, susu kat Giant pun licinnnnnn. Demmit. Stok susu Emran kat rumah ada 1 pek saja lagi. Aku ajak ayah Emran pi The Store, dia takmau, sebab agak jauh.


    Kami singgah pasaraya rapid kat Manjung, dan lagi stok susu Emran kat sana licinnnnnn. Harga mahai sikit, tapi tetap orang beli. Huhuhuhu. Aku beli pampers Petpet sebab ada promo, size M baru 31.90. Beli jugak pampers Fitti untuk kegunaan masa siang.


    Sampai sekarang tak beli lagi susu kat Emran. Sob3x.


    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    6 comments:

    Dr K said...

    susu formula pun licin!! Giant mmg pelik pesen nya..kadang2 kalau dia nak murah, murah gila gila berbanding tesco..

    aLin arLene said...

    bulan lepas aku pun menghadapi krisis yang sama. susu ariana dugro fruit n vegie habis. sampai 7 kedai cikgu pegi still licin. salesgirl cakap mmg takde stok mungkin sebab diorang nak tukar packaging. pastu terpaksala ariana bertukar ke susu dugro perisa madu.daripada label 0% gula sukrosa ke "kurang gula sukrosa".masuk nih dah 3 peket dia bedal, dugro fruit n vegie still belum ada. mgkin dutchlady pun gitu kot?

    Unknown said...

    salam kenal..

    amboi tuh licin betul tuh...huhu

    Siti Noor Aminah said...

    itu la, pelik sgguh cemana giant boleh promo susu formula. sy memang tak penah beli susu / pampers kat giant, harga gila2 mahai.

    Siti Noor Aminah said...

    alhamdulillah, semalam jumpa 4 pek susu emran. itupun pek tu sembunyi2 sikit blkg pek2 lain. harga 20.90. ok lah tu, sebab aritu terpaksa beli jugak kat giant, 1 pek dah 24 brp kupang tah.

    Siti Noor Aminah said...

    frust sebab susu abeh langsung. pelik betul, bukan takat tesco manjung, tesco seri iskandar pun sama

    Total Pageviews

    My Followers