Tuesday, October 30, 2012

PEMANGGANG AJAIB YANG TAK TAU AJAIB KAT MANA

Alkisahnya kawan2 aku pakat dok cerita pasal pemanggang ajaib, sampai aku pun tergedik2 nak beli jugak pemanggang ajaib ni. Kawan2 aku kata, boleh masak macam2 guna pemanggang tu. Yang penting, senang nak bakaq ikan ka, ayam ka.

Aku rasa sejak 2 minggu lepas kot aku asyik sibuk nak beli pemanggang ajaib ni. Jenuh dok gugel kat mana juai pemanggang ajaib ni yg murah. Kebanyakkan aku jumpa harga dekat2 RM 140. Last2 aku post kat fb pasal pemanggang ajaib ni, anak buah aku yang duduk kat Lumut ni kata dia pun ada beli gak, RM 96.70 ja kalau beli dengan harga ahli.

Lepas maghrib terus pujuk ayah emran pi cari pemanggang ajaib ni, member kat KL pun nak jugak. So beli 2, satu untuk dia, satu untuk aku. Wakakaka. Semangat gila. Dan pagi tadi masa nak pi keja, aku tengok ayah emran dah siap rasmi dah pemanggang ajaib ni. Ciskekkkk betui laki gua tu, orang yang beli pun tak rasmi lagi, dia dah rasmi dah. Buat roti teloq ja pun. Cewi sungguh.




Mak emran cewi dengan pemanggang ajaib baru beli.. hihihi..

21 comments:

  1. ahahahaha...cuba lah panggang ikan pulok...nak try sedap tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam dah rasmi panggang ikan, cepat dan sedapppp.. hahaha

      Delete
  2. ok je pemanggang ni...selalu gak guna =)

    ReplyDelete
  3. org KL suruh org Lumut belikan? Ajaib sungguh ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memeyyyy ajaib.. ni pun ada org kedah nak order plak

      Delete
  4. buat panggang ikan ok la.at least takdelah rumah penuh asap macam pakai arang tu.tapi ape yang ajaibnya tak taula,hee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabaq nak try panggang benda lain pulak lepas ni.. baru try panggang ikan.. hihihi

      Delete
  5. alaaaaa.. sis pon teringin sgt nak beli pemanggang ajaib nih.. jelezzz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy boleh tolong belikan, tak charge pape pun.. nak eh?

      Delete
  6. mak aku mesti suke nih pemangang ajaib nih.since keje die asik nak bakaq ikan je hahhahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh, beli lah 1 kat mak hang.. tobat syok weyyy..

      Delete
  7. serius glamer pemanggang tu sekarang.. akak belum beli lagi.. sebab tak rajin masak, itu yg bertangguh2 nak membeli tu.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih.. sy dgn ayah emran konon2 nak makan benda2 yang panggang2 ni kak.. ayah emran nak jaga badan, sy pulak nak jaga tekak.. hahaha

      Delete
  8. boleh pinjam tak mak budak? kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh, buleh blah.. hahahaha.. beli la woiii..

      Delete
  9. Belikan kat mak gak..tak payah nak guna kayu api dah

    ReplyDelete
  10. memang ajaib dik ..
    akak masa baca macam x caya
    bila mak akak beli , wahhhh semua boleh buat ngan pemanggang nie
    macam pelik gitu ..
    petang tadi buat lempeng ngan pemanggang niee haaaa bayangkan !
    sampai ke lempeng pun boleh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. sy belom explore lagi kelebihan pemanggang ajaib ni.. baru panggang ikan.. hehehe

      Delete
  11. Kami pon ada...tapi mak taktau nak guna camna..

    ReplyDelete