Monday, October 8, 2012

URI KAT BAWAH, TAHAP 4 DAN KUIH KERIA

 PENGASUH EMRAN

Sabtu lepas pi melawat bekas pengasuh Emran kat Hospital Angkatan Tentera Lumut. Bekas pengasuh emran warded kat situ, sebab uri kat bawah, dia pregnant 7 bulan. Awal tu dia bleeding, tapi sikit je la. Mula dia sms aku kata dia bleeding, aku ingat dia dah nak beranak. Takut jugak.

Harini aku sms dia lagi, tanya dah boleh keluar wad blom. Dia cakap blom, sebab doktor still nak monitor keadaan dia. Then aku sempat la buat research sikit pasal problem uri kat bawah ni. Tahap 4 tu stage yang paling kritikal (based on apa yg aku baca) sebab uri dah tutup tempat keluar baby. So, operation je la jalan penyelamat.

Tak digalakkan untuk berurut, takut bleeding. So bahaya. Kalau bleeding yg teruk, lagi teruk, doktor terpaksa buang rahim. Sebab tu kena stay kat hospital ja, biaq doctor monitor. Harap2 pengasuh emran rehat banyak2, lepas tu selamat bersalin.


Sunyi sepi kat HATL ni. Dalam wad pengasuh emran tu ada 2 orang ja. huhu.


KUIH KERIA AKA COQ KERIA

Aku benda2 buat kuih, kek ni memang 100% failed!!! Buat kek, bentan!!! Tapi keinginan nak masak dan menjamu ayah emran makan dengan hasil tangan aku memang tak penah pudar. Ayat cam haram. So, aku gugel la resepi nak buat kuih keria aka coq keria ni. Nampak macam simple. 

Sampai ke proses goreng adunan tepung dgn ubi tu, semua nampak macam jadi, tapi mai part yg nak goreng gula dengan ubi tu, failed!!! Meluat. Salah baca instruction. Gula tu patutnya kena masak dengan ayaq sikit kan, ni tak, hantam pi masak gula semata2. Konfem la coq keria aku keraih sebab disalut gula yg dah keraih. Demmit.

 Coq keria yang gebus tapi failed pada peringkat menyalut dengan ayaq gula




1 comment:

  1. takpa. cuma lagi. aku duka coq keria!

    *

    semoga pengasuh emran tak apa2. risauu pulak aku dgr, nak nak sampai tahap kene buang rahim kalau salah cara tuh. nauzubillah...

    ReplyDelete