Friday, November 2, 2012

KU BENGANG DENGAN ASTRO

Geram sungguh la sapa yang dok buat sales dengan astro ni. Hari raya haji boleh dok call customer nak promote channel super pack 125 tu. Mengganggu privacy orang tengah dok makan daging korban tau dak!!! Pala hotak sungguh la. Ingatkan sapa dok tepon hari2 raya tu kan, angkat pi laaa...

Bila orang tu dok promote2, aku dah malas nak layan, aku cakap, sorry, not intrested. Ok, setel.

Selasa pagi, aku tengah dok kalut buat kerja, henpon berbunyi. Aku pun angkat, mana tau ada panggilan penting. Astro lagi, tapi kali ni aku ingat nak cakap ada bil tertunggak ka hapa. Since aku tengah bizi tahap menteri kewangan + piyem, maka aku mintak dia call balik lepas 5 minit *bizi sungguh masa tu, nak pi kencing pun takdan*

Kepala hotak berjamboiiii, depa call balik malam, lepas maghrib. Nak promote benda yang sama, astro super pack yang 125 ittewwww!!! Kali ni memang aku sound, aikkk.. malam2 pun boleh call??? Dia kata, kan puan tengah sibuk siang tadi, jadi saya call la malam. Budussssnya.

Aku cakap lagi, kenapa awak nak promote benda yang sama, raya haji aritu kawan awak dah call pun cakap pasal ni. Dia kata, ohhhh... dia tak cuti la tu. Nak buat sales. Aiyooooo.  Mencik betoi la.

3 comments:

  1. hahahaha..cakap aja, "rumah saya TV pun takda la"

    ReplyDelete
  2. rumah sis x pakai astrok.. pakai cenel biasa jer.. hehehe

    ReplyDelete
  3. aku lagi best . offer credit card. dah aku kata tak nak. tayah la call lagi. byk kali dia call. suh aku amik. siol

    ReplyDelete