Monday, November 12, 2012

PENGASUH EMRAN

Tak ingat berapa lama hantar emran kat pengasuh ni sejak pindah rumah. Aku rasa dia ok bab2 jaga emran, yang tak Ok nya, dia suka mintak cuti. Kalau cuti emergency macam ada sapa2 sakit or meninggal, aku rasa aku boleh consider lah. Tapi ni cuti kawin. Aku faham la kalau pengasuh ada ramai sedara mara, tapi jangan la sampai kerap sangat. Efek kerja aku ni.

Pagi tadi masa aku hantar emran, dia cakap nak mintak cuti 2 hari bulan 12 ni. Muka aku otomatik terus lain. Yela, kerja aku banyak. Bertimbun2 nak kena setel, dia pulak nak cuti. Aku plak memang pesen susah nak amek cuti. Ada sekali hari tu pengasuh cakap nak cuti, aku pun pi la amek mc. Bab mc aku tak kisah, masalahnya kerja aku la yang tergendala.

Ada sekali hari tu pengasuh mintak aku amek half day, tapi mujur ayah emran ada. So dia la yang terpaksa half day aritu. Stress aku kalau macam ni.......

Minggu lepas subuh2 dia dah sms aku, mintak hantar emran lambat sikit, aku ok je la. Mungkin dia ada hal. Rupanya anak jiran pengasuh nak kawin. Dia pergi tolong, dia kata rasa macam nak mintak cuti hari tu tapi tak jadi. Mujur tak jadi, kalau jadi, bertambah stress la aku.

Ni yang aku rasa ringan2 je nak hantar emran ke nursery. Nursery ada tak yang mintak cuti?? Takdak kan?? Aku ingat nak bagi alasan hantar emran ke nursery konon2 nak bagi emran belajar berkawan, tak la budak tu penakut sangat. Aku rasa tu yang terbaik walaupun aku agak risau sebab kat nursery tu ramai, ntah macam mana depa jaga anak teruna aku tu. Banyak kes sekarang ni pasal nursery, so aku takut jugak.

Hmmm.. stress.. stress..

8 comments:

  1. leceyh weyh kalo mcm tu.nursery xde asik2 cuti tp sbb budak yg di jaga ramai kau kene selalu monitor je la.hishh kalo dekat aku dh offer dri jaga ank teruna hensem hang hahaha

    ReplyDelete
  2. leceh gila weh, kalau pesen kerap nak cuti ni. aku ni dah la jarang2 nk amek cuti.

    ReplyDelete
  3. mai hntaq emran kt jb.bam2 nnti buleh latih dia jd komando perang.hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bambam jangan dok ngorat emran lak.. ahhahaha

      Delete
  4. Kena tgk kontrak masa agree hantar emran..Apa yg tercatit dlm kontrak...Sebab kena saling hormat menghormati hak sebagai pengasuh, dan hak anak yg di asuh...Mmmg susah wooo kalau tetiba mintak cuti...Yg cuti tu on weekend ke weekday?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdak contract2.. kalo cuti masa weekend, mmg takdak masalah sbb weekend mmg sy tak hantar pun.. ni masalahnya nak cuti hari bekerja..

      Delete
  5. mai aku je lah yang babysit Emran. heheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang jauh sgt, kalau dekat, aku pi hantaq dah.. hahahaha

      Delete