Monday, December 3, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Semalam, 2 Dec, genap la umurku 28 tahun. Tua pada umur, tapi hati masih remaja gittew! Semua orang tanya ayah emran bagi hadiah apa. Huhu. Takdak hadiah ponggg!! Ayah emran wish ja. Ok lah tu, sebab aku tau, dia selalu doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Amin.

Takdak coklat, takdak bunga, takdak kek!!

Pagi2 lepas ayah emran balik jogging, dia belikan roti canai. Celebrate birthday makan roti canai ja??? Ok lah tu, orang kat Palestin nu jangan kata nasik, roti canai pun takdak. Syukur alhamdulillah. Harus tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. *feeling ustazah siti bahyah pulak*

Cakap kat ayah emran, nak bawak emran pi Teluk Batik. Aku pun pulun masak kat dapur. Last pi berkelah masa tengah sarat mengandung kat emran. Lama gila tak berkelah. Bizi mengalahkan bini PM.

Tak lama kat Teluk Batik tu sebab Emran dah mula buat hal. Nak makan pun tak senang, Emran dah korek2 pasir lempaq atas tikar, mujur tak masuk dalam bekas lauk, kalau tak mak ayah emran putih mata, lauk dah tak boleh makan. Hihi.






 Bakul berisi pisang sebiji, termos pink penutup dah hilang, keropok ikan, 
biskut emran, botol susu emran, air masak. Tidak kelihatan disitu ialah
bekas nasik dan 3 bekas lauk. Hihihi.


Ayah emran tengah explain, "ini biji moktan, tak boleh makan tau". 
Emran sengih2 macam paham. 
 

Emran tengah makan moktan. 
Emran kuriyes, benda ni boleh makan dak??
 

Emran dah besaq, nak jalan sendiri.
 

Haiiiii.. Saya comel kan.. Jalan macam orang tengah joget.


10 comments:

  1. Eppy belated besday...(saja nk wish lg skali..hehehe)

    ciss...ayat x dak cekelat...x dak bunga..x dak kek...cam perli ummi weyah ja....hahahaha...

    emran sooo cute miut....jgn dok kekoh mkn kulit moktan udah ler nak ooiii...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. macehhhh..

      emran dengan weyah kan beranak dekat2, mesti la sama2 kiut.. hihihi

      Delete
  2. Happy birthday to U
    Makin hensem Emran sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. emran mewarisi kecomelan mak dia.. hahaha..

      Delete
  3. Happy Belated birthday buat mak Emran~

    bulih gi berkelah tuh pon kira hadiah jugak tuh~
    sis pon dah lama x gi berkelah.. tak tau nak gi berkelah kat mana pon ye jugak.. hehehe..

    dah besar Emran.. dah makin segak dah~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacehh kak. :-)

      tu la, mujur ayah emran tak keja hari tu, kalau dia keja, lagi haru, saya celebrate brithday dengan emran je la sambil guling2 depan tv. hahaha

      Delete
  4. happy besday yang. aku dari semalam nak watsap tapi tak watsap. nak sms tapi tak sms. last2 komen kat bloggg jugak. hehehe.

    28 muda lagi la. macam aku. hahaha!

    ReplyDelete
  5. hahaha. 28 tu mmg muda lagi kan, lebih kurang sweet 18++++

    ReplyDelete