Tuesday, January 31, 2012

ALAH BISA TEGAL BIASA.. HO YEAH!!!


Aku teringat masa mula2 kerja lepas beranak kat Emran haritu. Masuk kerja pukul 8, balik kerja 5.30. Rumah pengasuh Emran pulak dalam base TLDM, kadang2 nak masuk / keluar TLDM tu, kereta kena tahan kot2 depa ingat aku nak bawak lari bom / peluru. Kadang2 sampai rumah dah pukul 6, mandi dan solat asar, terus bertungkus lumus masak kat dapoq. Masa makan pulak sebelum maghrib, jadi hangpa imagine la berapa jenis lauk aku mampu masak dan lauk apa aku jamu laki aku makan. Hihi.

Masa tu punya la kelam kabut, dengan pagi nak hantaq anak pi rumah pengasuh, lepas tu celapak pi kerja. Mujuq tempat keja ni masa dia flexible, hg masuk keja lambat, hg balik la lambat sikit. Takpun, hg ganti la bila2 pun masa yang hg lambat tu. Sekarang ni 5.15 aku make sure aku dah on the way pi ambik Emran, sampai kat rumah, kalau laki aku ada, dia masak nasik dengan goreng ikan siap2. Kadang2 dia balik awal, aku sonok la sebab dia tolong masak semua dah. Aku makan ja. Sonok woo.

Kalau laki aku duty, aku tak masak nasik, aku makan megi,tak pun makan roti ja dengan melo. Haha. Aku malas nak masuk. Masa awal2 dok kat rumah sewa ni, kiri kanan depan rumah takdak orang. Masa tu bukan takut kat hantu sangat, tapi takut lebih kat orang. Banyak kes curi kat situ. Takut la kalau depa tau aku dok sorang2, dengan jiran kiri kanan takdak, sekali depa mai "ziarah" aku. Masyaallah, harap2 tak jadi la benda2 camtu. Awal pregnant kat Emran tu aku demam teruk sampai takleh bangun. Dengan lapaq, dengan tak larat, terkedang aku tidoq sambil teriak. Laki lak takdak, kena duty. Sedih, masa tu la teringat kat mak. Sedapnya ayaq melo mak bancuh tiap kali aku demam. Hahahaha.

La ni lepas Emran dah 5 bulan, aku rasa jadual aku tiap2 hari makin selesa. Dah tau macam mana nak manage tak bagi kelam kabut sangat. Kalau nak rilek sikit, aku siapkan beg sekolah Emran siap2 malam tu, basuh baju lepas maghrib, sidai awal baju2 tu. Pinggan kalau tak sempat basuh, letak pi la bagi penuh dulu dalam sinki tu, nanti laki aku balik awal, dia tolong basuh. Hahahaha.
Emran demam lepas kena cucuk 5 bulan, aku cari towel tak jumpa dah.
Letak je la napkin dia yang kusam tu. Letak kool fever yang haram tak kool pun. Haha.





Baru boleh meniarap.

Sibuk nak angkat punggung pulak. Sampai tertonggeng2.

Dah give up plus letih. Kena baringkan dulu, satgi meniarap lain.

Dah besaq2 pun kena pakai sarung tangan lagi. Kuku tajam sangat, garu muka sampai calaq.
Dah tak ensem anak aiiii. *Gedik pulak mak dia.

Monday, January 30, 2012

30 RINGGIT

Apa yang boleh dibuat dengan 30 ringgit? Dengan 30 ringgit, aku boleh isi minyak kereta putihku dan guna untuk 2 minggu (pi keja balik keja, siap pi meronda) . 30 ringgit jugak aku boleh guna untuk topup handphone maxis aku (boleh guna sebulan).30 ringgit  aku boleh guna untuk belanja makan untuk seminggu (beli breakfast dan lunch). 30 ringgit aku boleh beli t shirt (brand cheetah girl ka, ladylike ka). 30 ringgit lepas nak beli ayam sebelah, ikan temenung sekilo dan sayur (belanja dapur untuk seminggu).

Apahal nak kecoh sangat dengan 30 ringgit ni? Tak ada benda sangat lah 30 ringgit ni untuk orang yang rasa nilai dia kecil. Tapi bagi aku, 30 ringgit macam2 boleh buat.

Alkisahnya, hari tu ada jiran datang rumah, nak pinjam 30 ringgit. Lupa pulak alasannya, mungkin kad atm kena telan, tak pun gaji belum masuk. Kalau tak salah aku, memang itu la alasan yang jiran aku bagitau kat laki aku. Tak ada masalah nak pinjamkan 30 ringgit, aku siap cakap kat laki aku, bagi je 50 terus. Tapi laki aku cakap, tak payah la, 30 ringgit dah cukup.

Dah berbulan rasanya pinjam 30 ringgit tu, tapi sampai sekarang tak bayar. Siap cuba elakkan diri, parking moto kat tempat jauh, takut bertembung barangkali. Walaupun cerita ni antara jiran aku dengan laki aku, tapi tak baik aniaya laki aku yang baik itu. Laki aku dah la muka naif, senang- senang nak ambik kesempatan. Keh3x.


Tangan budak naif. Hitamnya, macam tangan bangla pulak. Hahaha.


Lu ingat brader, lepas ni lu susah, jangan ingat gua nak suruh laki gua tolong. Wahahaha. Macam kejam la pulak. Buat baik berpada-pada, hutang orang kena bayar. Kih3x. Sekian, dari GC yang mata duitan. ~~

Friday, January 27, 2012

aku terperangkap!

Berat aku sebelum mengandung 48.5 kilogram

Berat aku masa dah sarat mengandung 65 kilogram

Berat Emran masa diberanakkan 2.96 kilogram

Berat aku sekarang lepas beranak 60 kilogram




Berat mengandung dengan tak mengadung lebih kurang je???

Nampak sangat aku terperangkap dalam badan perempuan mengandung!!!!! Arghhhhh...

Wednesday, January 25, 2012

TIPS UNTUK GADIS2 YANG BAKAL KAHWIN

Aku nak berkongsi pengalaman yang mana aku rasa gadis2 kat luar sana, kena take note. Tips yang mungkin nampak poyo tapi believe me, orang pandai pun akan buat stupid mistake kadang2 tu. Hehehe.

Katakan kita baru kahwin, kita sebagai menantu baru dalam keluarga suami kita harus la kena pandai2 sesuaikan diri. Contohnya, kita baru kawin dan tak berapa pandai masak. Apa yang perlu kita buat??

* pagi2 kalau tengok mak mertua dok keletung keletang kat dapoq, pi la tolong. Bukannya duduk lepak2 bersembang, sedangkan mak mertua gigih masak sorang2

* tak pandai masak, tak semestinya tak pandai potong2 sayur, potong2 bawang

* tak pandai masak, tolong2 la buat air. Air pun tak reti buat??? wallahualam.

* tak reti buat semua benda tu, tolong la ambik kan pinggan, sudu, garfu.

* at least masuk la dapur, tanya ada apa2 yang nak kena tolong. Apa bengap sangat sampai yang tu pun nak kena ajaq. Hahaha.



Setinggi mana tahap pendidikan kita, setinggi mana jawatan kita, sebanyak mana gaji kita, kalau bab2 simple macam ni pun tak tau, hmmm.. susah la. Kalau malas kat rumah sendiri, jangan la bawak malas tu ke rumah mertua. Sekian sahaja tips dari aku yang rajin membantu mak mertua di dapoq. Hahahaha.

 Rambut Emran yang lucu. Dah lega demam, sekarang batuk2 pulak.
Semoga Emran kuat dan sihat macam selalu.

Friday, January 20, 2012

CHINESE NEW YEAR 2012

Ada sorang contractor bagi saya angpow
Mestilah saya ambik
Saya senyum2 tanda suka
Saya ucap Gong Xi Fa Chai sama dia
Dia angguk2, senyum2
Dia pesan sama saya, "eh, u tolong tanya wa punya payment tau"
Saya cakap, "baik2" dan senyum2 lagi
Entah berapa banyak kali nak senyum ni

Bila dia sudah balik, saya pun koyak angpow tu dengan rakus sekali
Saya bajet mesti paling banyak dalam dua puluh ringgit sahaja
Saya nampak duit kertas warna biru
Saya cakap dalam hati, "hampeh bagi aku duit singgit"

Saya kaget!!
Saya dapat macam gambar kat bawah



Terima kasih
Pertama kali saya dapat angpow paling banyak.
Saya nak belanja Emran baju baru lah.
Yeayyy.





Thursday, January 19, 2012

HARI BERUNIFORM

Semalam masa keluar lunch, nampak budak2 sekolah pakai uniform persatuan. Homaigod, rindu zaman sekolah menengah dulu. Dulu2 mesti tak sabar punya nak tunggu hari rabu (eh, rabu ka selasa ntah) sebab tak payah pakai uniform sekolah.

Lagi satu, bukan main kembang lubang hidung kalau dapat pakai baju persatuan, rasa riak bukan main. Apahal yang nak diriakkan sangat ntah la.

Ceritanya, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku join persatuan taekwondo. Masa tu, kalau tak puas hati, rasa boleh ajak bertumbuk. Walaupun baru tali pinggang kuning. Kah3x. Macam bangang!

Nasib baik cikgu penasihat buat t-shirt persatuan, kalau tak, mau lembab ketiak sebab kena pakai uniform taekwondo yang maha tebal tu dari pagi sampai petang. Phewww.




Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday : makan bantal


Rambut Emran terpaksa dibotakkan semula sebab makan bantal.
Maksudnya, rambut naik tak sekata.
Lebat di depan, tapi tidak dibelakang.
Bagus la nak, rambut mak makin banyak gugur, rambut anak pulak makin lebat. Koh3x.


Psttt.. Tak sabar nak buat rambut pacak kat Emran. Hahaha.
Okbai!

Tuesday, January 17, 2012

musim luruh di tengah panas

Hamboi tajuk, boleh tahan jugak ye. Seropa tajuk novel pun ada jugak. Bukan main, sejak producer2 filem/ drama berminat nak adaptasi novel ke layar perak dan gangsa, aku pun dah kena tempias nak letak tajuk grand2. Gemersik kalbu lah, ombak rindu lah, nafas cinta lah, mujur takdak yang nak letak tajuk nafas berbau.

Alkisahnya pasal musim luruh di tengah panas tu, mengisahkan seorang perempuan yang baru lepas beranak 5 bulan lepas. Dia tinggal bersama suami dan anaknya di Lumut yang mana keadaan disini sangat lah panas.

Sejak beranak, dia menyedari yang rambutnya bukan  main luruh dengan hebatnya. Atas lantai ada rambut, dalam jamban ada rambut, dalam beg ada rambut, bukan takat tu saja, kadang2 dalam makanan pun boleh ada rambut. * Ingat nak beli topi chef lepas ni, untuk mengelakkan rambut terjun ke dalam periuk.

Laki dia dah mula bising. Bukan pasal takut bini dia jadi botak sebab rambut bini dia makin hari makin luruh, tapi sebab tugas menyapu memang kerapkali dilakukan oleh laki itu. * Kecoh la bang, risau pasal rambut banyak atas lantai, bukannya nak risau rambut bini dah makin kurang ni. Grrrr..

Klimaks cerita ini bilamana si isteri makin stress dan berminat untuk menghubungi Dr. Rozmey dan berbincang mengenai produk rambut yang mungkin bakal dihasilkan oleh doktor rambut belah dua itu. Tamat lah cerita musim luruh di tengah panas. Sekian terima kaseyyy.

Friday, January 13, 2012

Video yang berjaya berjaya buat saya menangis




Assalamualaikum wbt. Pagi jumaat yang ceria ini dah berjaya buat aku teriak bila tengok video ni. Sob3x. Serius, aku seorang yang cepat tacing. Kalau tengok Bersamamu (dulu2 punya episod), tak sah kalau tak teriak. Aku memang hati tak berapa kental.

Marilah menonton bersama2, sungguh besar bakat yang Allah bagi kat budak ni. Dilahirkan buta, dan dijadikan anak angkat oleh pasangan laki bini yang tak mampu nak dapat anak sendiri. Takmau banyak cerita, serius aku teriak. Anda teriak tak??? Ntah la, terpulang la sama ada anda nak teriak ka tak. Sendiri punya feeling kan.

Thursday, January 12, 2012

selamat menjalani ibadah puasa

Hari ini aku ganti puasa ye. Tak banyak kena ganti, ada la dalam 16 hari je. Jangan terkejut pulak, bukan period secara berjemaah sampai 16 hari, tapi di sebabkan si Emran tu mau lihat dunia pada bulan ramadhan. Itupun, dah sarat2 pun aku gigih jugak nak posa.

Bangun makan soq (sahur), aku tambah nasik 2 pinggan. Bukak posa pun aku taram 2 pinggan. Sudahnya, maghrib sampai termengah2. Gila ahh. Start posa tu aku dah suh ayah Emran hantar aku balik kampung. Maka tak merasa la kami laki bini posa sebagai suami isteri buat kali pertama. Hemmmm... Sedih2.. Tapi tak pa la, baik aku balik dok kampung ja, mak ayah ada, selamat sikit. Buat ayah Emran duty, aku sakit nak beranak sorang2 kat rumah, naiyaaa.

Aku posa selagi boleh. Mak suruh bukak posa pun aku tak mau. Takut mudarat kat anak. Tapi aku yakin boleh. Semangat Malaysia boleh la katakan. *Takdak kena mengena.

Mai ke petang aku rasa macam Emran yang masa tu masih dalam perut kurang gerak. Risau weh, habaq kat mak, baby kurang gerak. Mak kata sebab hang posa la tu, dia pun ikut posa sekali. Lepas buka posa dan makan tak hengat dunia, baru la Emran gerak2. Alhamdulillah.

Aku baru ganti posa 1 hari!! Hari ni nak elakkan masuk blog makan2 macam blog KOG tu, dan elakkan cerita pasal makan. Sapa cakap pasal makan, aku terajang perut dia. Hahahaha.

Sekian sahaja cerita orang posa. Okbai!

Wednesday, January 11, 2012

yes, aku dah tau azam aku untuk 2012!!

Tajuk gedik gila!! Memang gedik pun. Sebab aku bukan sejenis manusia yang selalu ada azam dan rancangan yang aku kena target nak dapat kan sepanjang tahun. Tapi tahun ni, aku nak benda ni. Aku suka semua benda yang aku nak atau target, tak payah nak letak dalam list azam2 ni. Kalau nak, work hard, try untuk dapatkan. Kalau tak dapat, try lagi tahun depan.

Tapi untuk tahun ni, memang aku nak sangat benda ni. Aku letak benda dalam list azam aku sebab aku rasa, aku akan work hard, dan fight untuk jadikan benda ni kenyataan. Hehehehe.

Sebenarnya, dari masa aku tengah sarat mengandung lagi, aku dan laki ku nak beli rumah. Rumah sekenhen ja, tapi ok lah tu dari dok menyewa rumah orang. Harga rumah pun murah ja, padan la pendapatan kami laki bini yang tak semenggah ni kan.

Tapi, dari masa 8 bulan mengandung, sampai la ni emran dah nak masuk 5 bulan, proses nak beli rumah tu tak setel2 lagi. Bengang dah ni. Takkan nak tunggu aku beranak kat adik emran pulak baru boleh dok rumah sendiri. Makanya, aku terus bertukar menjadi manusia yang suka mendesak sebab aku rasa mereka yang buat kerja ni terlalu terhegeh2. Boleh katakan selang 2 hari aku akan call pejabat lawyer, dan lagi, aku call pejabat perumahan kat putrajaya.

Orang kat pejabat perumahan cakap, borang penilaian rumah tak dapat lagi, orang pejabat lawyer kata dah submit bulan 9 lagi. Dan akhirnya, yang kalah adalah orang pejabat perumahan sebab dia buat kerja based on system yang tak update. Borang penilaian rumah tu memang dah lama submit. By this week or next week, kami kena tunggu surat kelulusan.

Kalau aku tau aku kena jadi seorang manusia yang suka mendesak2 ni, dah lama aku call depa ni hari2, to make sure yang depa ni betul2 buat kerja dan follow up balik kalau ada masalah. Hahaha. Aku mengaku, aku memang fussy. So what kan, takkan aku nak tunggu sampai emran masuk tadika pulak baru aku merasa dok rumah sendiri. *Over la pulak.

Untuk makluman semua, laki aku beli rumah tu under tentera ni, bukan buat loan bank. Sebab aku rasa, kalau loan bank lagi cepat kot. Betul tak??

Ok, sekian sahaja ceramah aku pada hari ini. Kita jumpa lagi pada entry akan datang. Wassalam. *tapak tangan kanan atas tapak tangan kiri, dan tunduk ke bawah. Bajet retis nasyid.

 Jangan tenung saya lama2, takut awak2 semua jatuh cinta pulak. Hahaha. Perasan

Tuesday, January 10, 2012

SEBENARNYA, KAMI SEIBU DAN SEBAPA

Keterujaan nak hapdet belog sudah mareyyy!! Hahahaha. Ok, hari ini aku nak up entri pasal berita yang paling hangat dan paling kecoh orang sana sini dok cakap. Dah tentunya pasal kes Anwar Ibrahim dan Saiful. Ptuihhhh! Sorry, tak amek port lah pasal ni (walaupun kita sebagai rakyat Malaysia kena jugak ambik tau pasal keadaan politik ni). Yelah, nanti nak pangkah parti mana kan.


Ok, tak minat la bab politik ni walaupun aku dibesarkan dengan mendengar lagu UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA tu. Keh3x. Undi adalah rahsia (tiba2). Hahaha.


Pasal tajuk kat atas, aku sebenarnya nak bagitau, kat dalam dunia blogging ni, aku tak sorang2. Ditemani oleh insan yang seibu, sebapa dengan aku jugak, iaitu adik aku. Beza 2 tahun je dari aku, tapi aku syak, muka aku lagi nampak awet muda dari dia. Hahahaha. Boleh belahhh jugak ye statement ni. Hehehehe.



Walaupun secara faktanya aku lebih cun dari dia, tapi dari dasarnya dia lebih bijak dari aku. Hmmmm.. (aku pun bijak, tapi dah malas nak belajar-ayat nak kaver je ni). Kalau rajin2 nak berkenalan dengan adik aku, boleh la melawat ke link yang tertera di atas. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan (hahaha.tiba2 lagi). Okbai.


Ni gambar cuci mata, 2 insan isterimewa istimewa  dalam hidup aku.

 Emran yang ntah berapa kilo berat dia sekarang. Sakit lengan + bahu kalau dukung. 
Berketul2 la otot lengan aku nanti. Wakakaka.



 Kakak Zahra yang cekciiii. Ni dia sebok nak tolong orang buat kuih raya.
Besar nanti boleh join masterchef. Hehehe.


Monday, January 9, 2012

FIRST!

Ini first entri untuk tahun 2012. Haha. Lama tak update blog, bukan sebab kebizian yang melampau, tapi no idea / no mood / no no nothing nak tulis. Memang no no no je lah. Sebab tu blog kawan-kawan pun tak jenguk, inikan pulak blog sendiri. Keterujaan buka blog hari-hari ni tak sama macam awal-awal ada blog dulu. Time tu memang teruja habis. Excited nak check komen. Hahaha.

Sekarang ni hari-hari mai keja layan youtube. Dari layan video Matluthfi, sampai la ke video merapu Faradyable (betul ka ku eja?), sampai la ke video Shila Amzah, dan macam-macam video lagi lah.

Ada banyak limau kat ofis, bila makan banyak sangat, cepat je lawas. Arghh.. dem sakit perut. Sebab tu entry ni aku tulis macam agak skema sebab ku sakit perut. Aduhhhh...

Ok la, pi berak dulu. Nanti sambung di entry yang akan datang. Chow.