Wednesday, February 29, 2012

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN

Konsert Erykah Badu di batalkan!!! Sapa Erykah Badu ni weh? Aku tak kenai. Hangpa kenai? Aku tak kenai takpa la, aku kan orang kampung. Memang tak berapa nak tau bab2 artis ni. Lepas keluaq banyak gambaq Erykah Badu yang ada tatu simbol Allah kat badan, baru tau, "ohhh...ada penyanyi nama Erykah Badu rupanya. Adele aku kenai la". Kalau tak keluaq cerita ni, konfem sampai ke sudah taktau dan tak besa dengaq nama Erykah Badu.


Kolot ka kalau tak kenai Erykah Badu ni?? Tak kot. Sebabnya Erykah Badu pun tak kenai aku. Hahaha. Tapi, ramai yang kecoh sebab apa nak banned konsert Erykah Badu ni, sebabnya (kata depa laa), Erykah Badu ni penyanyi berbakat. Sedap kot suara dia. Pagi ni sampai ofis terus aku buka youtube, semata2 nak dengaq lagu Erykah Badu. Hmmmm.. Pendapat aku yang  hanya belajaq muzik kat sekolah rendah setakat bermain rekoder, aku rasa Adele lagi best kot. Ok lagi Justin Bibiaq. Ada jugak yang kata, Erykah Badu ni bukan takat letak tatu simbol Allah kat badan dia, simbol agama lain pun ada. Betoi ka macam tu?


Betoi ka tak betoi, aku orang kampung yang hulu ni, manusia kolot yang tak kenai sapa Erykah Badu ni, saja la nak habaq, daripada kita pi konsert Erykah Badu, baik layan youtube ceramah Ustaz Kazim Elias, dak pun Ustaz Azhar Idrus, dak pun, ustaz macho, Ustaz Don. Sekupang pun tak kena duit. Duit kena bayaq internet ja. Nak jimat, donlod la, esok2 boleh tengok 2,3 kali.


Eh, aku bukan bajet aku alim, bukan. Tapi aku rasa, ramai lagi aihhh penyanyi best yang ada kat holiwut tu, Adele ada, Bruno Mars ada, sapa lagi ntah. Tak berapa nak ingat nama. Bab seksi tu kita tak payah sembang la kan, artis Malaysia pun melambak hat seksi. Tu ikut suka depa la nak seksi, tapi kalau dah buat tatu simbol Allah kat badan tu, rasa macam tak berapa wajar la hangpa beria2 nak histeria sebab konsert dia kena banned. Tak payah bajet open minded sangat la kan, nanti ada konsert Britney Spears kat Lumut, kita pi ramai2 noh.


Britney dulu sangat sweet okeh, sekarang tak berapa sweet dah, sour jaa.. hohoho..



* aku minat britney spears, banyak lagu dia dalam henpon. masa remaja2 dulu, adik aku beli cd karoke britney dengan westlife. so, memang layan.

Tuesday, February 28, 2012

FACEBOOK VERSI KEDAH PUNYA

Dalam dunia yang serba canggih, dunia tanpa sempadan, dunia berteknologi, dunia anita  ni, macam susah nak jumpa orang yang tak dak akaun facebook. Ye dak? Daripada budak sekolah, anak jiran aku yang tadika pun ada akaun facebook woo, bawak ke pakwe makwe, mak bapak, menteri, perdana menteri hatta ustaz ustazah pun ada facebook. Tak sure First Lady ada akaun facebook ka dak. Nanti nak add. (itu pun kalau ada).

Sampaikan baby yang baru berapa bulan lahir tu pun mak ayah dah create akaun facebook kat anak depa. Ishhh.. canggih sungguh noh. Memang hebat penangan facebook ni.Mujuq aku tak terasa nak buat akaun facebook kat emran, takut ramai pulak yang add. Hahahaha.



Ni aku tengok kat facebook, ramai dok share gambaq facebook versi orang kedah punya. Lawak sungguh la, taktau sapa punya kerja ni. Kretipp!! Depa ni mesti ambik franchise dengan Mark Zuckerberg (betui taktau aku eja nama owner facebook tu). Tapi dah try sign in, tak boleh la pulak. Hahahaha.

Monday, February 27, 2012

BAYAR HUTANG

Tengahari tadi, aku ke Pejabat MARA Sitiawan. Bukan pi saja2 nak tau pejabat MARA ada kat mana, tapi nak bayaq hutang pinjaman pendidikan. Banyak jugak aku bayaq, 3 ribu!! Itu pun belum setel lagi, ada lagi belen. Slow2 bayaq lah, janji bayaq jugak daripada tak bayaq langsung. Keh3x.

Hutang MARA ni tak berapa sakit hati sangat nak bayaq sebab tak dak charges macam PTPTN. Gamaknya, nak kena ambik personal loan seketui, lepas tu pi bayaq kat PTPTN. Jadi, marilah warga penghutang semua, kita membayaq hutang. Hutang dengan kawan2, hutang dengan adik beradik, hutang dengan bank, hutang dengan mak ayah, hutang dengan Allah.

Renung2 kan, dan selamat makan ikan temenung (ikan kembung).


* aku kagum tadi tengok staff mara tu, jawatan pembantu tadbir sambilan ja, tapi layan fesgebuk pakai ipad. henpon pun mahaiii harganya. tiba2 rasa nak mintak keja dengan mara, jadi pembantu tadbir sambilan pun kira ok dah. haha. tapi think positive, mungkin laki dia bg hadiah ipad tu. :)

Friday, February 24, 2012

JANGAN BANDING-BANDINGKAN KAMI

Ayat KAMI pada tajuk diatas merujuk kepada menantu2, tak kisah la menantu lelaki atau perempuan. Hari tu masa aku sembang2 dengan pengasuh emran, dia sedih jugak sebab mak mertua dia suka bandingkan dia dengan menantu yang sorang lagi, sebab pengasuh emran tu ada SPM dan menantu sorang lagi ada DEGREE.

Ada degree je pun???? Aku rasa melambak kot orang ada degree sekarang ni. Lepas tu tak payah la nak bangga sanagat dapat menantu ada degree kalau ada degree pun tapi kerja pengasuh macam orang ada SPM ja.

Kenapa aku tiba2 emo semacam, aku jadi macam penyokong kuat pengasuh emran tu?? Sebab aku rasa kesian, mesti terguris hati dan perasaan dia sebab mak mertua dia suka banding2 macam tu. Kalau aku, mesti berat nak balik umah mak mertua. 

Kalau semua orang kerja hebat, jadi doktor, jadi pensyarah, jadi cikgu, habis sapa nak jadi pengasuh, sapa nak jual cucuq pisang tepi jalan?? 

Aku rasa memang standard orang2 kita ni (merujuk kepada tipikal melayu yang suka banding membanding ni), depa memang suka lebihkan or sayang kalau menantu depa tu masuk U, keja kerajaan, bisnes besaq ka. Kalau orang kampung aku sendiri pun, bangga la kalau orang tanya depa, menantu depa keja apa, senyum2 depa cakap keja kerajaan. Amboiiii.. megah sangat la tu dapat menantu keja kerajaan, macam la menantu tu dok huluq tiap2 bulan duit 50 ringgit ka apa.

Aku rasa, diatas keprihatinan aku terhadap hal2 wanita dan keluarga ni, pilihanraya akan datang, aku harap PIYEM akan lantik aku jadi menteri pembangunan dan bla bla wanita dan keluarga (ala, jawatan Kak Jat tu). Aku akan pastikan nasib2 wanita terbela, dan aku akan pastikan skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Hoolimpikkk pada tahun2 akan datang. Sekian, wabillahhitaufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 


 Tak tau bila rambut emran ni nak tumbuh elok sikit. Lebat tak sekata.
Menten botak je la emran oiii..

Thursday, February 23, 2012

AKU LAH MANUSIA PALING RENDAH DALAM OFISKU!!

Jadah tajuk macam apa ntah. Tapi aku tengah bengang dengan budak ni. Suka sangat mai berdiri sebelah aku, nak compare2 tinggi dia dengan aku. Tahek betui. Ada masalah ka jantan ni?? Macam la dia tinggi sangat!!! Ok, aku mengaku yang aku tak tinggi, kalau dalam bahasa paling kasaq, PENDEK.

SO?????

Hang ada masalah ka kalau aku pendek?? Awat, bijik mata hang rasa sakit ka tengok aku yang pendek ni?? Kalau rasa sakit mata, tak payah la tengok. Aku pun tak teringin nak tengok hang. Tadi aku dah cakap kat dia, even aku rendah, laki aku tinggi dari hang!! Ok, tak puas hati lagi?? Aku cakap lagi, dan my husband even tafffff dari u. (yang tu aku tipu, tafff tang mana ntah laki aku tu.hahaha). Tak kisah la, janji aku puas hati.

Saja aku nak cakap macam tu, nak dia realize, orang pendek pun boleh kawin dengan laki tinggi. Hahahaha. Dan lagi, nak dia sedaq, orang lain yang lagi tinggi dari hang pun tak kecoh, tak kalut nak compare2 tinggi ni. Ishhh.. tak paham aku jantan ni. Kalau aku boleh sabaq, aku sabaq. Kalau aku tak leh sabaq, esok2 memang aku sound jugak mamat ni.

Ya Allah, bagi la mamat ni dapat bini yang lagi pendek dari aku. Amin. Hahahaha.

Wednesday, February 22, 2012

BLOG DAH BERSAWANG

Buka blog, tengok sawang labah penuh. (ni nak menggambarkan yang lama dah aku tak buka blog). Lama tak lama la, seminggu lebih kot. Minggu lepas Emran demam + batuk, sekali dengan anak pengasuh pun batuk2. Makanya hari selasa lepas aku terpaksa ambik emergency leave.

Emran dah sihat, tapi batuk tu transfer mai kat aku pulak. Batuk2 manja gitu. Bersin pun selalu jugak. Suara dah tukaq macam orang kerap pi karoksss dah ni.

Semalam kak aku sms, katanya ada sorang tok kat kampung aku dok fitnah mak aku, katanya mak aku menoreh sampai rosak pokok getah tu. Depan2 orang ramai mak aku dimalukan. Tuan kebun dah pi tengok pokok, depa tak kata apa pun. Dulu pernah sekali tok tu buat cerita yang sama, kata mak aku menoreh sampai rosak pokok getah. Kesian mak aku.

Dari dulu keturunan depa ni tak pernah nak suka keluarga aku, macam kami ada buat salah pulak dengan depa. Yang aku sedih, mak aku dimalukan. Aku memang pantang kalau mak aku teriak, mau jugak aku maki orang tua tu satgi. Hari tu aku balik kampung, tok ni teguq muka Emran sama macam laki aku, dia kata hang pi la buat2 ubat sikit ni, anak laki turun muka laki hang. (kepercayaan kapiyaq haramjadah mana ntah: kalau anak laki turun muka laki kita, hubungan kita laki bini asyik panas ja, suka gaduh, bla bla bla).

Aku malas nak layan tok tu, aku harap dia berubah. Tak payah la burukkan orang, sedangkan anak cucu dia lagi buruk. Sekian, berita orang sakit.

Friday, February 10, 2012

COKLAT BERALKOHOL

Selama aku kerja kat sini, sumpah tak pernah aku belek2 coklat yang mat saleh-mat saleh ni beli kalau depa balik kampung depa. Bukan main lagi aku melantak, benda free dan sedap lah kata kan. Bukan senang nak makan coklat mahai. Aku mana mampu nak beli, gaji pun ciputttt!

Ntah macam mana hari tu aku diberi hidayah nak belek2 kat belakang kotak coklat tu, sekali terkejut beruk jugak la tengok ingredient coklat tu ada alkohol. Cepat2 aku pi muntah kat toilet. Aduhhh.. Terasa bangang jugak la sebab selama ni tak pernah nak alert lebih sikit. Bukan nak salah kan mat saleh-mat saleh yang beli coklat ni, tidak sama sekali.

Depa kalau satu2 benda tu tau kita as a Muslim tak boleh makan, depa memang akan tulis nota kat situ, NON-HALAL. Kita pun dah nampak depa tulis camtu, takdak la gedik2 pi rasa.

Aku pun tak penah tau yang bahan2 nak buat coklat pun ada depa taruk alkohol. So, sejak daripada first kes tu, terus aku belek2 kotak or plastik yang depa bawak. Macam mana nak buat, nak kena samak anak tekak ka?

Thursday, February 9, 2012

25 PERCENT

Mula-mula aku nak tulis entri pasal benda lain. Tengah-tengah sedap dok tulis, ada 1 sms masuk. Dari bff aku. SMS dia aku share kat sini:


Patut ka tak patut, lagi sebulan nak kawin, pihak perempuan up kan duit hantaran 25 %.


Sori dear, aku share SMS hang kat sini. Bagi aku, macam tak patut je. Kenapa baru sekarang nak up duit hantaran tu? Kenapa dari awal2 tak decide nak letak siap2 berapa jumlah hantaran yang kita nak. Mungkin pihak lelaki berkemampuan nak carikan lagi 25% tu, tapi kan agak pelik kalau tiba-tiba pihak perempuan cakap nak up lagi 25%.

Harap dua2 keluarga dapat setelkan isu ni secara baik. Lagipun nanti  nak jadi 1 keluarga jugak kan. So, selamat pengantin baru in advance.

Wednesday, February 8, 2012

PROSES MEMBOROIKAN PERUT

Jumaat lepas, kami 3 beranak balik kampung halamanku, Kedah yang pantang kalah. Hihi. Dalam kereta, Emran sedap je tidoq dalam car seat beliau. Aku pun lena jugak, siap meleleh2 ayaq liyuq. Buruk punya perangai, bini sapa lah tu. First terjaga dari tidoq, tak naik highway lagi. Kali kedua terjaga, dah kat Penang. Kali ketiga terjaga, wahhhhh dah dekat dengan kampung. Sonokkk!!!

Balik kampung kali ni keja makan kenduri ja. Kenduri pertama, anak sepupu aku kawin. Alhamdulillah, selepas menempuh pelbagai halangan dan ujian, kawin jugak depa ni. Jodoh depa kuat. Aku makan banyak, boroi perutku sebanyak 10% daripada biasa. Tahniah buat Uda dengan Nordin.

Petang sikit, aku dengan family pi makan kenduri rumah jiran lama. Pi jugak kenduri tu mengenangkan pakcik tu dengan anak perempuan dia sanggup datang rumah malam2 demi nak jemput pi kenduri rumah depa. Naik motor pulak tu!! Lagipun masa berjiran dulu, memang family pakcik ni sangat baik. Masa sampai tu dah petang sangat, tapi masih ada tetamu yang lain. Tengok lauk biasa2 ja, rasa macam tak mau makan. Tapi tak sampai hati tak makan, sekali rasa sup daging tu, sedapppppp sangat. Terus hirup2 sup yang sedap itu. Menu pulak so simple, sup daging, acar limau, ayaq asam kerisik.

Ahadnya pulak aku pi makan kenduri lagi. Kali ni siap ada orang main gendang dengan silat lagi. Lama dah tak tengok orang main silat. The best and funny thing ever, masa aku nak balik, aku salam dengan sorang ni, ingatkan dia tuan rumah, nak sedekah la duit sikit. (memang sikit sungguh pun duit dalam enevelope tu. haha) sekali tersalah orang. Wahahaha. Aku malu, terus jalan laju2, tak pusing belakang dah. Hahahahahaha.....

Friday, February 3, 2012

MOTOR KECIL AYAHKU

Masa aku kecil, ayah aku tidak mempunyai kereta. Hanya motor kecil keluaran FAME. Dengan motor kecil itu, ayah bawa aku, dan dua orang adikku, termasuk emak pulang bertemu tok di kampung. Aku yang besar diletakkan di hadapan, dan dua orang adikku diletakkan dihadapan emak. Kami berlima diatas satu kenderaan yang kecil.

Masa tu aku ingat, belum ada topi keledar untuk kanak-kanak. Jadi kalau ayah bawak motor laju, aku akan pejam mata rapat-rapat, sebab pedih mata. Kadang-kadang, ada binatang-binatang kecil terbang masuk mata. Tak lupa juga habuk-habuk dari jalan.

Aku rindu moment-moment indah masa kanak-kanak. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Sedar-sedar sudah dewasa, dah kahwin dan ada anak. Adik-adik aku masih tetap comel seperti zaman kanak-kanak kami walaupun seorang lagi sudah bergelar tunangan orang, dan seorang lagi masih gigih untuk belajar dan belajar dan belajar dan belajar. Hihi.

Wednesday, February 1, 2012

WORDLESS WEDNESDAY: KAGUM

Sesungguhnya, aku cukup kagum kalau tengok kereta2 mahal kat kawasan masjid. Alasan, walaupun mereka di beri nikmat kesenangan harta benda, tapi masih tak lupa Allah. Sekian, tima kaseyyyy!!! 






Makanan sedap yang boleh dijumpai di pasar malam Teluk Muroh, Lumut.
Tak payah nak pi Padang Kota untuk menikmati pasemboq yang lazat dan yummy ini.
Murah pun murah. Marilah berkunjung ke Perak, visit Perak 2012.
"Jom Terokai Perak" - Miss Tourism 2012 - GC.