Monday, March 26, 2012

Lawak Hari Isnin

Ok, hapdet blog pakai henfon. Kata canggih kan, dunia tanpa sempadan gitu.

Hari ni, dah tengahari baru aku perasan, jam yang selalu aku dok pakai tu, bateri dah mati. Steady je jam tu tunjuk pukul 7.45 pagi sedangkan dalam pukul 1 petang baru aku perasan (nampak sangat bz, sampai jam pun tak sempat nak tenung. Ehemmmm.. Bz lah sangat).

Lagi cerita lawak, tadi aku parking, langgar divider. Senget bumper depan tu. Ni semua kes nak kena korek tabung nih. Haha. (Gelak, padahal dalam hati.. Sob3x).


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 22, 2012

KE MANA MENGHILANG MAKDARATERDIVA DOT COM

Sapa kenai blogger makdaraterdiva.com???
Mana menghilang ntah kakak ni
Rasanya dia dah lama tak update blog
Dah 3 bulan kot
Sapa ada khabar berita pasal dia, share2 la eh

ukhwah dalam dunia blog ni, harap2 terjalin dengan erat

*sorry, bz sikit la sekarang 

Thursday, March 15, 2012

KURANG BERNAFSU

Tajuk bikin panas!! Hahahaha
Sebenarnya nak cakap, harini kurang bernafsu nak buat entri panjang2
Mood Wordless Thursday pulak
So layan je la gambar2 baru dan lama kat bawah ni.. Hik3x

 Emran masa weekend baru2 ni. Tido ditemani tudung tepperware, 
ber CD merah dan puting kesayangan.
(thanks Ummi Weyah bagi CD kat emran)



 Emran dan basikal lumba!! Baju basah sikit,
ayaq liyuq meleleh. Nampak tak gigi emran???

 Emran kat Teluk Batik!!
Tak mandi pun, mai jalan2 je. Jari yg panjang2 tu 
kepunyaan pak emran. 
(kaki sapa ntah enteprem kt situ)



 Mak emran dan adik2 beliau. Masa ni kat Tupah, Merbok Kedah.
Sapa lagi cun??? Of kos la mak emran kan... Hahaha.
(masa ni mak emran tak kawin lagi, konfem slim lagi masa ni. keh3x)



dan yang terakhir sekali...........



Mak emran masa kenduri belah pihak lelaki.
Cun dak????
(Menyampah tudung terpeleot pulak)

Wednesday, March 14, 2012

WW: ANAK DARA GOJES


Besaq dah anak dara kakak aku ni
Zahra Safiyya, tahun ni dah 2 tahun
Cucu kesayangan mak ayah aku
Kalau kakak aku tak balik kampung, dok teringat la tok dengan tok wan
Walaupun dah ada anak sendiri, aku tetap teruja dengan Zahra ni
Hobi Zahra menonton Upin Ipin
Sangat suka kalau orang amek gambar dia
Harap2 Zahra membesar dengan sihat, bijak dan jadi anak yang solehah
Amin


 Zahra nak pi makan kenduri


Zahra dan kawan2. Geram tengok aksi Zahra
Budak lelaki pakai baju kuning, tengah hisap ibu jari eh???


Tuesday, March 13, 2012

MAYBANK LUMUT

Ni kisah masa aku ke Maybank Lumut kemarin. Ceritanya aku nak masukkan duit. Aku ni sebenarnya jarang nak masukkan cash dalam akaun so aku pun tak berapa nak sure cash deposit machine kat mana. Tengok kat situ ada la dalam 6, 7 machine termasuk cheque deposit, cash deposit dengan atm.

Masa aku sampai tu, ada sorang amoi ni dok beratur nak masukkan duit. Dia terus tegur aku, "adik, kalau mau amek duit, amek kat situ". Sambil tangan dia tunjuk2 kat atm. Aku senyum je la, dalam hati dok mengomel, "pehal ramah sangat amoi ni".

Kat situ aku perasan ada dua cash deposit, aku tengok ramai dok beratur kat cash deposit yang satu tu je, aku pun jenguk2 la cash deposit yang satu lagi. "Ohhhh rosak".

Aku rasa kelakuan aku mungkin nampak sangat jakun, macam orang kampung first time masuk bank kot, sampai sekali lagi amoi tu tegur aku, "adik kalau mau amek duit, amek kat situ". Dua kali tau dia tegur aku, sambil tunjuk2 atm kat mana, aku rasa a bit malu bila semua orang yg kat kawasan atm dengan cash deposit tu tengok2 aku.

Aku yang bengang terus cakap, "i know, thanks". Reaksi muka aku serius, nak paksa senyum kat amoi tu pun berat. Balik tu, aku rasa menyesal pulak dengan attitude aku. Hishhh.. Tapi ikutkan aku memang rasa hampeh sikit dengan amoi yang super peramah tu. Malu aku weh, nampak sangat muka aku ni slenge. Hahahaha.

Monday, March 12, 2012

BIL LETRIK

Cuti 2 hari macam tak cuti. Sat sangat kan. Sibuk mengemas rumah, kononnya adik yang kat Skudai dengan Melaka tu mai rumah ingatkan nak tidoq kat sini, kak depa pun sibuk la kemas rumah. Sekali depa mai singgah ja nak tengok baby emran. Lepas makan2, depa terus gerak balik Kedah. Nak sampai rumah cepat sebab nak spend time dengan family kat kampung. Rabu dah nak balik tempat depa balik. Bagus jugak depa mai tu, kain baju dah macam busut dah sebab tak berlipat. Kalo depa tak mai tu, mau yang busut tu bertukaq jadi gunung. Sekurang2nya rumah kemas la sikit. *sat ja kemas tu, kang esok lusa mesti semak balik. hik3x.



Tension la dok apartment ni. Malam kalu, ayaq paip jadi slow. Rumah tingkat 5 macam ni la. Blok lain ok ja. Blok F ni ja yang jadi macam ni. Dah nama pun blok F, elok sangat la tu dengan F###. Rumah jenis takdak kolah tu, jenuh la nak menadah ayaq. Tu mujuq pagi ni tak rasa nak membuang. Pagi ahad tu, sama kes jugak takdak ayaq. Ayaq dalam besen cukup amek wuduk ja, lepas tu aku dengan ayah emran decide pi mandi kat tandas awam kat pekan Lumut. Nampak macam pelancong sebab mandi kat tandas awam, padahal rumah takdak ayaq. Bila tanya2 balik dengan orang dekat2 blok, rumah tingkat 2 ada ayaq. Line rumah aku ja kot yang takdak. Kesian emran, pagi ahad tu mandi kat tandas awam. Hahaha. Takpa la emran, kita bajet2 la macam pelancong sikit kan.

  "mama bawak saya mandi kat tandas awam. macam pelancong pulak saya ni"

Rumah yang aku dengan ayah emran beli tu lembapppp benorrr prosesnya. Dari mengandung kat emran 6 @ 7 bulan lagi, sampai emran pun dah nak masuk 7 bulan, tak setel2 lagi. Duit KWSP dah 2,3 minggu dapat. Kang abeh aku guna buat shopping baru tauuuuu.. Hahahaa. *tak la, ada lagi, tak berani nak usik.

Ni bil letrik bulan lepas. Terkezut tetiba bil letrik kena -150 lebih. Seronok gila tak payah bayar bil letrik. Sekali sampai bil letrik bulan ni, kena 72. Yang minus tu sebab TNB salah kira kot. Boleh pulak main salah2 kira noh.

 bil letrik bulan lepas


 bil bulan ni

Friday, March 9, 2012

LUCUNYA TENGOK GAMBAR KAHWIN

Semalam balik dari kerja, aku terasa nak tengok gambar kahwin aku dengan ayah emran. Ayah emran bising sebab aku still tak mandi dan dan tak solat lagi. Nanti kang nak masak lagi, dan kami biasanya makan malam sebelum masuk waktu maghrib.

Aku panggil ayah emran, ajak dia tengok sama-sama. Dia mula tu malas nak layan aku sebab dia tengah potong ayam, bini dia request nak makan ayam goreng. Ayah emran can cook very well. *ceh, tetiba cakap mat shalehh pulak. Dia akan masak nasik, dan goreng ikan / ayam. Biasanya aku akan masak lauk yg berkuah. Lepas tu aku akan suruh ayah emran pergi tengok kan emran sebab budak tu keja menjerit2 sebab bosan takdak orang main dengan dia.

Tapi balik keja semalam, gedik nak tengok gambar kahwin pulak. Ayah emran mula2 macam serius, tapi bila tengok balik muka dia sendiri yang tutup mata masa orang amek gambar, dia gelak2. Kebanyakkan gambar, muka dia sokmo serius. Jadah pa ntah, aku rasa dia neves tu. Kah3x. Dan aku plak asyik tersengih2. Malu weh masa tu. Orang asyik tengok je. Cun sangat ka aku ni sampai orang khusyuk je dok tengok. Puihhhh.. Perasan.. Hahaha.

Muka aku pulak, mak andam tebalkan kening pakai celak hitam. Hareyyy betui. Dah macam ulut bulu dah kening aku. Ulat bulu yang badan hitam, bulu kaler putih, penah tengok??? Tahikkk betui jurumekap. Hahaha. Kesimpulannya, memang lawak kalau tengok gambar kahwin sendiri. *dan lawak jugak kalau tengok gambar kahwin orang lain. Tak percaya? Buka je facebook depa. Hihi.




Lunch semalam, ayah emran masak megi untuk bini dia yang mengada2. Rajin laki aku ni, siap masuk macam2 bahan. Kalau bini dia masak, simple gila. *simple la sebab malas. Keh3x.

Thursday, March 8, 2012

HUJAN

Sekarang kat tempat aku hari-hari hujan. Masa aku kena hantar emran kat rumah pengasuh lama, aku cukup susah hati kalau hari hujan. Hujan tu kan rahmat Allah, tak baik mengaduh pasal hujan. Parking kawasan rumah aku tak berbumbung, dengan nak galas beg, nak dukung emran, aku rasa aku tak mampu nak pegang payung lagi. Berat. Sebab tu aku cukup susah hati kalau hujan.



Selalunya aku akan selimut emran biar tertutup kepala dengan badan dia, tapi pastikan ada ruang untuk dia nak bernafas. Dari tempat parking nak ke lif, aku akan lalu kat tepi longkang. Risau terjatuh satu hal. Mujur setakat ni tak pernah ada insiden macam tu. Kita sakit tak pa, bayangkan kalau emran yang terjatuh. Tak sanggup aku weh. Tengok emran kena cucuk pun dah buat aku sebak. *aku memang jenis tacing tak hengat. hik3x.



Tapi itu dulu, sekarang emran kat rumah pengasuh baru. Satu blok je dengan rumah aku, so senang lah sikit. Dah tak risau pasal hujan atau panas. Lega. Minggu depan emran dah nak masuk 7 bulan, gigi baru ada sebatang. Hobi emran ialah naik kereta lumba dan makan handphone mama.



Pagi tadi masa nak mai keja, nampak sepasang laki bini tengah gigih nak masukkan anak depa dari stroller ke dalam kereta, so masa tu aku rasa bersyukur sangat emran dah duduk dengan pengasuh yang dekat, dan aku pun tak kena hadap situasi macam laki bini tadi.

Hujan tu maknanya mak aku dan ramai orang kampung aku berehat dari motong. Selamat berehat mak.

Wednesday, March 7, 2012

JENAYAH BERLELUASA

Tajuk bukan main lagi macam blog abam majidul kemal sidik pulak. Balik keja kemarin, ayah emran habaq ada kes curi kereta kat tempat kami dok. Waktu kejadian, lebih kurang 10 pagi. Pencuri tu mesti pakar sangat dah, sat ja dia buka pintu kereta tu, start kereta terus bawak laju-laju.

Part yang paling bangangnya, kat tempat aku dok tu ada security. Bukan main lagi, nak masuk tu kena touch kad kat gate, baru boleh masuk. Kawan blog aku penah mai rumah, kena parking kereta kat gate, kena jalan kaki masuk, kononnya depa takdak pass. Bangang punya security. Ada security tapi haram takleh pakai, sebab banyak gila kes pecah rumah.

Masa aku awal-awal dok situ, rumah aku dok berapa kali kena masuk. Mula tu rumah belum ada grill, so habih la notebook ayah emran kena angkut sekali dengan tabung syiling satu botol softlan yang besar tu. Sekali lagi masuk depa angkut handphone dengan digital camera, walaupun masa tu dah pasang grill. Boleh fikir tak macam mana depa masuk sedangkan tapak kasut penuh rumah. Buat report polis, siap polis mai amek gambar tempat kejadian (rumah aku la tu, dengan rumah haram tak kemas, polis masuk round-round dalam rumah. Malu aku kat pakcik-pakcik polis tu sebab rumah sangat tak kemas masa tu. hohoho).

Baru-baru ni, jiran aku pulak kena. Dengar ayah emran kata depa angkut laptop. Memang banyak gila kes pecah rumah kat situ. Dan pihak pengurusan tempat tu, still dok charge maintenance mahai-mahai konon tempat tu ada security. Security tahik depa.

Tuesday, March 6, 2012

KISAH KAU DAN AKU (poyo gila tajuk ni)

Semalam aku SMS dengan kawan masa kat UiTM dulu. Khabarnya, dia nak beli kereta. Bayaran bulanan almost 1000 MYR sebulan. Aku terkagum. Sebabnya, kereta biba aku, bulanan tak sampai 400 MYR pun dah rasa kejang kepala lutut nak bayar.

Khabarnya lagi, insyaallah tahun depan nak beli rumah kedua. Aku terkagum lagi. Rezeki untuk dia sangat mencurah-curah, aku ni rumah pertama pun belum setel-setel lagi. Itu pun bukan aku yang bayar, laki ku merangkap ayah Emran yang bayar. Hehe.

Sembang seterusnya menyentuh bab bayaran balik duit pinjaman PTPTN. Katanya, dia dah bayar separuh. Aku?? Jangan kata separuh, suku pun tak sampai. Aku jadi kagum sangat. Murah rezeki dia.

Ok, tu je la cerita aku yang suka terkagum dengan kejayaan kawan-kawan. OKbai.

Friday, March 2, 2012

REWARD UNTUK DIRI SENDIRI

>>>> Entry hari Jumaat lepas. Recycle. Hahaha<<<



Assalamualaikum.. Dah sampai hari jumaat dah kita kan, rasa macam baru sangat kerja minggu ni. Hari jumaat memang hari yang ditunggu2, lagipun hari ni rehat 2 jam. Keh3x. Selalunya, aku keluar cari barang2 Emran. Tapi untuk kali ni, cukup2 la beli barang emran, kesian jugak kat mak emran, asyik pakai kasut crocs tiruan tu ja.

Pakai baju kurung kemain cun lagi, digandingkan pulak dengan crocs tiruan ni, rasa macam cool sebab rasa selesa sangat. Tapi kalau orang tengok, macam nak pi pasar malam pulak. So, hari ni dah decide nak beli kasut baru. I mean, wedges!!

Aku suka wedges, dalam bonet keta tu sebenarnya ada 2 pasang wedges yang aku rasa dah xmau pakai. Tak tinggi sangat wedges tu, tapi sepasang wedges tu tali dia mcm dh rosak laa. Sedih, kasut masa bujang dulu. Yang sepasang lagi macam ketat, apa kes lepas beranak kaki kembang semangkuk ni. (please noted yang lepas kawin aku tak pernah beli kasut, melainkan beli crocs tiruan dan 1 lagi kasut yang aku beli masa pregnant dulu sebab tapak dia soo selesa tapi bertali2 pulak, susah nak tanggal. hamfess laa).

Dulu suka wedges cap krokodail sebab kasut dia soo tahan lama, walopun harga 50 lebih jugak kan. (50 lebih tu aku consider mahal, ada jugak wedges yang murah tapi design x cantik plus takdak jenama.haha). Alah membeli menang memakai kan. Biaq la keluaq duit lebih sikit, janji bila pakai rasa lawa, dan tahan lama. Kerana diriku begitu berharga. *tiba2.

So, kalau nanti aku keluar beli kasut, tapi balik tangan kosong (tak semestinya kosong, mesti akan beli something untuk emran jugak, maksudnya balik tanpa kasut), itu tandanya aku memang cerewet!! Yes, aku memang cerewet tang nak beli kasut yang mahal ni. Hahaha. Harap2 jumpa satu yang berkenan satu di hati. Pstttt.. Esok nak balik rumah mertua, boleh la tayang2 kasut baru. Kah3x. 

Thursday, March 1, 2012

TAK SUKA YANG PAHIT-PAHIT

Aku agak kuriyes (maksud kuriyes tu adalah merapatkan kening sambil mata disepetkan dan buat muka serius) bila tengok BOH GREEN TEA kat pantry sangat laku. Aku suka normal tea, tapi bukan green tea. Benda yang laku dan cepat habis dah tentu lah sedap, jadi aku pun menggedik la try green tea ni.

Bau saja dah cukup buat aku batalkan niat aku nak hirup ayaq teh tu, tapi tak pa, gagahkan jugak. Hirup la sikit, sekali memang serius tak sedap. Sudahnya memang satu mug green tea tu aku tuang dalam sinki. Sorry, not my type. Terus minum milo yang lazat. (Ingat lagi kecik2 dulu, ratah milo kat dapuq. Dah kawin ni pun, kalau ayah emran suruh bancuh milo, sempat jugak cedok serbuk milo masuk mulut dulu. Keh3x).

Aku memang tak suka benda pahit, sebab tu ulam2 langsung tak makan. Bila tengok ayah emran makan pucuk betik, aku kuriyes lagi. Cakap la pucuk2 ulam apa, memang tak berapa berkenan. Sawi dulu susah nak makan. Masa dalam pantang, hari2 makan sawi. What to do.. Makan je la, itu pun dah cukup bagus sebab orang tolong masakkan.. Hehe. Dah la bulan puasa, so jangan nak ngada2 nak demand itu ini.

Teringat sekotak set bersalin Amway yang memang tak luak langsung aku guna. Dari ayaq kunyit, sampai ke 2 botol ubat, last2 aku sedekah je la kat jiran aku yang baru beranak. Pahit gila babeng ayaq kunyit tu. Dari param, sampai ke pilis, macam tak luak jugak aku guna. Param dengan pilis tu sapu2 kat badan pun aku tak buat sebab aku malas. Haha. Last mak aku bebel sebab tengok aku langsung tak makan ubat. Bla bla bla bla, last aku makan la jugak. Tapi bukan ubat amway yang bau macam hmmmm... Mak aku suruh beli ubat kedai cina. Senang telan ubat tu, takdak bau, so ok la.