Friday, August 31, 2012

SALAM MERDEKA 55 TAHUN!!

Tahniah untuk Malaysia, menyambut ulangtahun merdeka untuk kali yang ke 55. Harap2 keamanan yang ada kekal sampai bila2.

Selamat bercuti. 3 hari yu ollss. Tapi tak best pun, ayah emran kena duty. So kami dua beranak bosan ya amat. Hahaha.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Esok nak buat laksa!

*pantun 2 kerat* haha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 29, 2012

RUMAH BARU YANG TAK BERAPA NAK BARU

Alhamdullillah.. Lebih kurang 2 bulan jugak kami 3 beranak pindah masuk rumah yang ayah emran baru beli. Bukan rumah baru pun, rumah second hand ja. Tapi, syukurlah, rumah sendiri kan. Sebelum ni menyewa kat apartment. 

Memang tak best dok apartment tu, macam2 kes, daripada rumah kena pecah masuk 2 kali, lif asyik rosak, ayaq selalu takdak, parking problem. So now, duduk kat rumah teres, memang lega. Tak payah risau pasal masalah2 sebelum ni. Alhamdulillah.

Rumah sekarang dekat sangat dengan masjid. Tadika kemas tu 10 langkah ja dari gate rumah. Hahaha. Tadika PASTI pulak selang tak sampai 10 bijik rumah. Kedai runcit pun dekat. Nak pi Giant, Tesco, Billion, kedai 1 Malaysia pun dekat. Hahahaha.

Sebelum masuk rumah tu, ada kes jugak la sebab penyewa dengan owner lama takmau keluaq. Last2 kami beralah, bagi dia dok lagi sebulan. Sepatutnya hujung bulan 5 dia kena chow, sekali tak chow jugak. Siap cakap nak tunggu abeh cuti sekolah apa benda ntah, bla bla bla. Gaduh jugak la dalam telefon. 

Last2 cakap kat dia, "kak, kalau kak tak kluaq dari rumah tu, kami terpaksa buat police report, dan sewa kena banyaq kat kami. Kalau kak keluaq awai, takpa tak payah bayaq sewa rumah pun takpa". Last kak tu cakap, "eee.. banyak cakap la ko ni". Kojaq gak kak tu. Kami ni kira baik hati bagi dia dok sebulan lebih, dah la tak ambik sewa. Dok free okeh. Mengenangkan kak tu ibu tunggal, kami kesian kat dia. Takpa2, sabaq.

Rumah masa dia tinggai, memang kotoq gila. Geli nak tengok. Orang kedah kata "komoh". Kalau tengok dalam toilet, memang sangat2 geli. Kak ni pulak meniaga nasik lemak pagi2. So takleh bayangkan keadaan rumah ni dengan dia dok meniaga tu. 

Ayah emran dah renovate sikit rumah tu. Pasang tile. Buat wiring balik. Cuma bahagian dapur tu la sempit sikit. Nak pasang kitchen cabinet pun takleh, sebab sempit. So, tunggu ada duit lebih sikit, nak tambah sikit bahagian belakang tu, so besaq la sikit dapoq tu. Sekarang ni rilek dulu. Tapi serius, memang sempit sikit la dapoq tu. Insyaallah, ada duit lebih nanti baru tambah. Hehehe.

Kami pun dah selamat buat majlis doa selamat, jemput orang masjid. Penat, tapi lega. Semua dah setel. 
 

 Cermin yang dah retak menanti belah 


 Nak kena cat balik. Lepas indon tu cat warna putih,
ayah emran cat pulak dengan warna kuning ayaq.


 Bilik tengah. Kucing jiran2 suka berak kat longkang
belakang bilik ni. Sumpah aku takleh masuk bilik ni.
Aroma taik kucing buat aku pening. Hahaha.


 Bilik utama. Rumah ni serius banyak nyamuk.
Kalah rumah kampung. Malam pertama
kat rumah ni takleh tidoq, berjaga tampaq nyamuk.


Bahagian sinki yang teruk. 
 

 Best part, depan rumah ni ada pokok pelam. Asyik berbuah pulak tu.
Dahan pokok ni turun betui2 depan gate.
 
*nampak tak signboard tadika kemas kat depan tu*









Tuesday, August 28, 2012

MARA: BAYARAN BALIK

Hari tu aku dapat notis 14 hari untuk setelkan balik bayaran MARA. Hahaha. Ada dalam 2k je nak setelkan loan tu, tapi malas nak perabih. Dok bayaq sikit2. So, lepas raya on 23rd aku bayar la 500 guna maybank2u. Lepas bayaq tu, rasa lega la sikit walaupun tak setel2 lagi hutang piutang tu. Hihi.

Bila aku check website MARA, tengok amount tu macam banyak tu jugak, macam tak kurang pun. Tak hapdet2. Call MARA, macam biasa la, susahnya nak dapat. Bila dah dapat, kena call bahagian kutipan luar, kawalan kredit la. Fine, layan je la. So harini dapat la cakap dengan bahagian yang sepatutnya.

Pakcik tu cakap, bayaran on 23hb belum proses lagi.

So, bila nak proses?

Minggu ni lah, kan cuti raya.

Ohhh.. lama cuti? Saya 23hb dah start keja.

Awak lain, kitorang lain. 

Hmm.. yelah2. So, bila nak update ni?

Minggu ni lah kot. 


* Ok, selamat hari raya staff MARA. Lepas kenyang makan lemang dan koi raya, jangan lupa update payment saya ye. Macehhhh.





Monday, August 27, 2012

DUIT RAYA EMRAN

Masa raya haritu, emran dapat collect 70 ringgit saja duit raya. Sikit la kalau nak compare dengan budak2 kecik sebaya emran yang lain. Tapi tak kisah la, beraya ni motif untuk kutip duit raya eh?? Over tau. Kadang2 orang2 tua lak yang over. Yang ada anak sebaya emran, sebok nak tau berapa duit raya emran dapat, konon2 nak bagitau anak dia dapat collect banyak duit raya. Perangai macam budak2 tak baligh ja. Hahaha.

Memandangkan aku memang ada simpanan tetap untuk emran tiap2 bulan dalam akaun ASB, termasuk jugak insurans dengan Prudential, so aku decide nak guna ja duit raya emran tu. Bukan buat beli topup aku pun, tapi buat beli susu emran.

Petang ahad, maka kami 3 beranak termasuk ayah emran sebagai driver terhormat, bergerak menuju ke tesco manjung. Pi semata2 beli susu emran. Ingat nak beli pampers sekali, tapi mahai plak. Maka, beli susu je lah. Beli susu 4 pek untuk stok sebulan. Serius cakap, aku ada rasa susu 123 emran yang baru ni, rasa macam kurang manis kalau nak di bandingkan dengan susu langkah 2. Emran senyum2 bila tengok aku gonggong botol susu dia sebab nak rasa kesedapan susu tersebut. Malu aku.

Motif aku cerita pasal duit raya emran ni sebabnya aku kena sound setepek dengan kawan aku pasal guna duit emran beli susu. Katanya, duit raya anak tak boleh guna, kena simpan. Ok2, aku tau. Aku pun mula tu memang nak simpan, memang nak masukkan dalam akaun emran. Tapi aku fikir dah tiap2 bulan memang aku dok simpan dalam ASB emran, lantak pi la aku nak guna pun, buat beli susu ja, bukan nak beli lipstick ka hapa. Lagipun masa aku beranak kat emran tahun lepas, dia dapat collect duit raya berapa ratus ja, tapi aku up kan jadi 1k masa aku bukak akaun yippie untuk emran.

Bila aku tanya orang yang sound aku tu, rupanya anak dia tak bukak apa2 akaun lagi. Nanti baru nak bukak. Alahai..... Tiap2 orang ada different method nak besaqkan anak dia. Janji tak bawak mudarat kat budak tu, buat pi la cemana pun. Income kita pun tak sama, aku yang bergaji kecik ni kena la sentiasa beringat, kena simpan sikit2 untuk masa depan emran. Orang yang income masyuk tak kisah lah, duit berkepuk2 dalam bank. Bekpi lah, duit anak, duit mak jugak. Hahahaha.


* Selamat hari Isnin buat semua. 1 kerja pun tak start lagi ni, malassssssssss. Hihihi.


 Lemang raya.. nyam3x







Friday, August 24, 2012

BLOG BERHANTU

Assalamualaikum wbt.

Hari ni syawal yang ke 6. Dah lama tak update blog, last entri 26 March. Hahahaha. Lama gila. Blog ni dah jadi macam rumah terbiaq, berhantu. Hihihi. Taktau sebab apa malas nak update blog, bukannya takdak benda nak share, tapi rasa malas campoq letih, tu yang makin lama blog ni tak update. Tapi tak kesah la kan, bukannya ada pembaca tetap pun kat blog ni. Ngeh3x

Ada beberapa benda nak share.

Emran dah genap setahun 16 ogos lepas. Dah besaq dah anak teruna mama. Dah pandai senyum2 kat anak dara orang. Pantang nampak budak pompuan, sengih bukan main. Nak kena tibai lah tu. Besaq2 nanti, jangan jadi playboy sudah. Hari tu masa kat keta berenti kat traffic light, kat sebelah tu ada sorang budak pompuan berdiri kat tepi tingkap. Punya la emran tersengih2 sampai nampak semua gigi susu. Punya seronok tengok budak pompuan. Gedik betui. Kalau tengok budak laki, takdak la camtu sangat dia sengih. Hahaha.

Emran baru boleh berjalan sikit2. Serius lawak tengok emran berjalan, dah macam Jackie Chan dalam filem Drunken Master. Jalan menyenget2, pangggg jatuh. Hahahaha. So comel. Bila dah boleh berjalan tu, jalan slow2 ok la, ni sibuk nak berlari sekali. Konfem lah jatuh. Tapi, serius comel. Hihihi.

Ni pasal raya.

Disebabkan ayah emran dapat cuti awal, so 16 ogos kami dah gerak balik ke Jeniang, Kedah. Balik kampung aku dulu. Sempat la berbuka dengan family aku berapa hari, lepas zohor raya pertama, dah gerak balik Ipoh sebabnya raya ke 3 ayah emran dah start keja. Nak bagi adil kan, mak dengan ayah emran pakat2 berebut nak beraya kat kampung masing2. Hahaha. Tapi ok lah, pakat merasa la sorang sikit, beraya kat kampung sendiri. *untungnya kawin orang dekat kan, tak payah berebut nak balik kampung. hahahaaha*

So, dikesempatan ni nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin. Mintak maaf la noh kalah ada terkutuk, tergelak, dan segala macam terrrrr lagi. Hahhaa. Emran dapat duit raya sikit ja. So, sesapa yang baik hati nak bagi duit raya kat emran, jangan malu2 bank in dalam akaun Yippie emran. Hahahaha. *emran ada 2 akaun, 1 akaun yippie maybank, dan 1 lagi asb. Nak buka sspn, tapi masa tu bank cakap borang dah habehhh. Huhuhu*

Layan gambaq dulu...


 "Saya dah besaq, mama ajaq pegang botoi sendiri"



 "Saya suka tonggeng2 macam ni"


 Dapat hamper dari supplier. 


 Keadaan trafik otw nak balik Kedah haritu. Sebelah kanan sgt jammedddd!!


 Pose emran as a co pilot, otw nak balik Kedah.


 Popia nestum, hasil kerastanganku. First time buat, not bad.
Tapi kulit popia tu tergoreng hangit sikit. Wakakaka.


Gulai ikan tenggiri ayah emran yang dimasak dengan
penuh kasih sayang *nak jamu bini makan, kesian 
bini balik keja lambat, laki balik keja awai, haruslah tolong bini masak kannnss. Terima
kasih ayah emran. hihihi*