Monday, September 24, 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA.... KEH3X

Mood nak tulis tu berapa nak ada, layan je la gambaq tak lawa yang di ambil menggunakan camera henpon 3 megapixel. Wakakaka. (teringin nak tukaq henpon baru yang boleh amek gambaq cantik, sound ok, dan boleh surf tenet, dan yang penting, sangat murah. So demanding. Keh3x)




Rojak Mak Bee. Benda wajib ada dalam peti ais. Hahaha.
Ni pun dah nak abeh, so nanti kena beli stok baru. Nyam3x.
 



Hari jumaat lepas balik kerja, macam rutin pulak, mesti pi
kedai buah, beli jambu dengan betik. Bagi betik kat pengasuh emran, 
jambu untuk aku kat rumah. Emran pun suka jambu. Hehehe.

 


Emran tengah main camca, lantak la, janji tak kacau aku nak makan. Hahaha.
Order nasik ayam for me, ayah emran takmo nasik, so dia order Bakso.
Nasik ayam+bakso+sirap+horlick = RM10.40.
Murah ka mahal?? Aku kata mahal. Hahaha.

 


 Minyak tinggal 1 bar. Dah bagi warning, tapi saja malas nak isi sebab
esoknya ayah emran ajak balik kampung family dia. So, biaq la 
dia yang refill. Kah3x.Sebelum gerak balik kampung, aku suruh ayah emran 
pi isi minyak dulu, takut tak sempat sampai stesen minyak pulak. Hihihi.





Tadaaaaa!!! Spagheti mak emran. Yang bulat2 besaq duit 2 kupang tu ialah sosej.
Ayah emran takmau makan nasik for dinner, macam biasa lah, nak jaga badan.
(laki sibuk nak jaga badan, bini rilek ja badan cam tikus mondok).
Resepi asal tak letak sosej, tapi memandangkan mak emran sangat kreatif,
so letak je la apa yang ada dalam peti ais. Yang penting, ayah emran makan sampai abih.




The End
(* - *)
 

Friday, September 21, 2012

WESTERN LAH SANGAT!!!

Aku dengan ayah emran kalau pi Tesco, mesti pekena sizzling mee / sizzling yee mee. Macam dah jadi benda wajib. Mujuq kami tak pi Tesco tu tiap2 minggu. Pi pun bila tengok ada promo susu dengan pampers ja. Hehehe.

Since kami suka makan sizzling ni, aku rasa aku patut masak sendiri. Macam biasa, menggugel la cari resepi. Alaahhhh... senang jugak nak buat sizzling ni. Kat rumah memang ada balance mee lagi separuh bungkuih, guna hat tu sudah la. Malas pulak nak singgah kedai cari yee mee.

Berat aku naik 3kilo masa raya hari tu. Hahaha. Makan tak hengat. So nak try avoid nasik untuk dinner. Ayah emran pun asyik mengadu, berat dah naik. Tentera macam dia lagi la nak kena jaga BMI apa jadah ntah. 2 hari lepas aku dah masak spagheti cap orang kapong, so this time try sizzling pulak. Western betul menu makan malam aku minggu ni. 

Balik kerja, terus bersilat kat dapoq, sebab dah solat siap2 kat ofis. Tumis bawang putih, halia, bawang besaq dengan cabai kering 4-5 tangkai. Amboi, semerbak bau. Heheheh. Tunggu garing2 sikit, boh ayam pulak dengan lada hitam. Lepas tu, boh sos tiram dalam 2 camca, kicap pekat, kicap cayaq dan ayaq. Disebabkan sayuq dalam peti ais tu dah kecut, taktau stok berapa minggu punya, so takmau membazir, aku boh la sekali carrot, bunga kobis dalam tu.

Cendawan kering tu takdak, malas nak beli sebenarnya, so guna je la cendawan tiram tu. Janji cendawan. Jangan lupa garam secukup rasa dan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Semangkuk untuk aku, semangkuk untuk ayah emran.

"Sedap dak? Ada apa2 lagi nak kena improve dak?", mintak pendapat ayah emran. Padahal dalam hati, rasa macam sizzling tu sedap tak kira dah.

"Nak improve apa lagi, ok dah ni", susah jugak dapat laki pesen tak suka puji bini masak ni. Hahaha.

"Hmmm.. tu la, untung dapat bini pandai masak kan". Hahaha.

Menyesai takdan amek gambaq, makan tak hengat sebab masa tu dah nak maghrib. Alhamdulillah, kenyang. Modal pun tak kena keluaq sekupang pun sebab guna barang yang mana ada kat dapoq ja. Kalau makan kat tesco, mau dekat 10 ringgit gak ni. Isteri yang pandai berjimat cermat akan disayangi suami. Haahhaha.



*gambar cilok dari gugel*

Tuesday, September 18, 2012

PROMO SUSU DUTCH LADY KAT TESCO

Emran sekarang minum susu Dutch Lady 123 biasa, harga biasa dalam rm21 dan kupang2. Hari tu tengok Tesco ada buat promo susu Dutch Lady 123, harga rm18 dan kupang2. Murah. So Isnin public holiday sempena Hari Malaysia, kami 3 beranak pun pi jalan2 beli susu dan barang2 rumah sikit kat Tesco Manjung.

Tujuan utama nak beli susu, tapi mesti takkan beli susu saja, mesti ada benda lain jugak. Beli ayam sekoq, 1.6kg harga dalam rm10 dan kupang2. Selalunya kami beli barang dapoq kat econsave, tapi memandangkan nak beli susu emran yang tengah promo tu, so beli sekali barang2 dapoq. Teloq, nugget, sosej, mee goreng, susu dutch lady 4 pek untuk stok sebulan, pung pang pung pang semua dalam rm119 dan kupang2.

Since aku baru tukaq kad Maybank baru, so nak try la konon2 boleh guna as debit card. Cewi la pulak. So apa lagi, huluq la kad Maybank tu. Lepas tu tipu ayah emran kata aku bayaq guna credit card. Hahaha. Normally kalau pi tesco, mesti pekena sizzling yee mee. Nice. Makan laju2 sebab emran dok tak diam dalam troli. Nak terjun dari troli pun ada budak tu. So what to do, aku dengan ayah emran makan laju2. Hahaha.

Lepas makan tu, bawak emran ronda2 dalam tesco. Nampak kereta mainan yang kena masuk duit tu. Emran mula2 cuak, lepas tu seronok. Siap pusing2 stereng macam professional F1 driver. Hahaha.

 Curut tak penah lekang dari mulut. Hahaha
Masa ni tengah explore butang2 yang ada kat keta

 Pusing2 stereng. "Mama, nanti emran dah masuk tadika, 
nak drive keta sendiri boleh dak??"


Cerita selingan. Ayah emran ikut kawan dia pi cari siput sedut. Aku dari dulu memang tak pandai sangat nak makan siput ni, tak reti nak sedut. Tu dapat ketam sekoq. Besaq, kulit ketam tu keras kematu. Kalau tokak dengan gigi aku, pakai hancoq la. So buat2 manja dengan ayah emran, so dia tolong tokak kan ketam tu. Hehehe. Yang dalam mangkuk sebelah kanan tu ikan pekasam goreng. Mak aku yang buat. Ambik stok sebelang besaq dari sebelum posa lagi tak abeh makan. Masak 2 jenis ni ja. Balik keja tak larat nak masak banyak2. ;-).


Simple menu untuk dinner. Masak lemak siput sedut dengan
ketam kulit keras kematu, ikan pekasam goreng hasil tangan 
Mak Cik Paezah dengan ulam timun. 


Wednesday, September 12, 2012

KAD ATM HILANG.. SOB3X

 * gambaq from google *

Alkisahnya baru2 ni aku pi Maybank Lumut, orang macam biasa la, memang ramai. Maybank Lumut ni biasanya muka2 navy ja, banyak uniform putih dengan biru ja kat dalam bank tu. Aku buat hal sendiri, layan henpon dalam bank. Takkan nak ajak mamat navy sebelah aku sembang2 plak kan.

Aku sebenarnya nak keluarkan duit dari ASB akaun, so lepas semua setel, aku pun pi cash deposit machine sebab takkan nak bawak duit banyak macam tu, usung dalam beg. Nanti aku nak guna baru aku withdraw. Lepas dah masukkan duit dalam cash deposit machine, aku pun lenggang lenggang kangkung pi kat kereta.

Kemarin masa nak cari kad bank, tengok2 memang takdak kat atm aku. Dalam beg takdak, dalam keta pun takdak. Cuak pulak rasanya. Yela, banyak la jugak duit kat dalam akaun tu. Lepas tu kad atm maybank aku tu memang aku link dengan akaun yippie emran. Campur akaun aku dengan akaun emran, dah berapa kat dalam tu.

Kelam kabut call maybank centre suruh blocked kad tu. Selamat, amount tak kurang.

So, nak kena pi buat kad atm baru. Malas nak keluaq time keja. Dah la parking susah kalau nak pi maybank tu, dengan ramai navy. Hmmm.. Tapi what to do, terpaksa jugak pi buat sebab cemana nanti nak keluarkan duit. Dah la buku bank pun takdak.

Harap2 tak lupa nak register maybank2u, sebab selama ni memang bayaq bil, duit kereta, saving bla bla bla memang guna maybank2u. Memang ada charge singgit dua, tapi aku rasa berbaloi daripada aku nak kena pi affin bank sebab nak bayaq duit keta, pi pejabat pos sebab nak bayaq bil astro. Hatta topup pun aku guna maybank2u.Cepat dan mudah.


Monday, September 10, 2012

LAKSA KEDAH DAN BIHUN SUP UNTUK OPEN HOUSE

Sebenarnya, ni bukan open house sangat, lebih kepada nak ajak kawan2 mai rumah. Cadangnya dengan ayah emran awal tu nak buat hari ahad, tapi memandangkan ayah emran ada larian apa benda ntah kat tempat kerja dia, so terpaksa di awalkan, buat hari sabtu.

So, hari jumaat tu kami bertiga termasuk co-pilot kecik si emran, pi beli barang2 nak masak kat pasar malam Teluk Muroh. Dan macam biasa jugak, ayah emran kena dukung emran lah, sebab emran sangat berat, walaupun berat tak sampai 10kg pun, tapi aku serius tak larat nak dukung lama2.

Beli daun sup, daun bawang, halia, tulang sikit, daging sikit, daun kesum, bla bla bla, yang takdak malam tu cuma bunga kantan dengan ikan sardin / ikan selayang, bahan utama nak buat laksa kedah. Ikan sardin tu ada, tapi harga kemain mahal, sekilo sampai 9 ringgit. Grrr.. mahal. Pagi sabtu ayah emran kena pi cari ikan sardin dengan bunga kantan kat pasar. But still harga sangat mahal. Bunga kantan pun mahal, 2 batang dah 3 ringgit. Cekik darah.

Lepas subuh aku dah keletung keletang kat dapoq sorang2, rebus tulang dengan daging dulu. Lepas tu nampak macam dah kembang sikit, baru tumis halia dengan barang2 rempah, dan tuang dalam kuah sup. Kuah laksa siap kemudian. Masak sorang2 memang la tersangat letih. Emran teriak sebab mak dia langsung tak layan dia hari tu. Hahaha.

Kawan2 aku ramai yang tak leh mai, sorang kena outstation, sorang lagi laki dia kena duty. Almaklum la, navy kan kena duty weekend. Mujuq ayah emran tak kena duty minggu ni. Sampai pukui 9.30 malam baru la tetamu balik. Walaupun sangat2 penat, tapi kami happy sebab dapat jamu orang makan, lagipun tetamu mai rumah tu kan bawak rezeki.

Tak sampai 5 bulan dok rumah baru, dah 2x kenduri / makan2 kami buat. Alhamdulillah. Seronok tengok orang mai rumah, tengok budak2 makan tu yang seronok, siap hirup kuah sampai abeh, konfem aku masak sedap. Hahaha. Ter bangga diri plak. Balance sup daging tu aku dengan ayah emran setelkan. Bayangkan isi2 daging tu jadi lembut, memang sangat mabelesss lah. Dua hari asek mengkedarah laksa dengan bihun, no nasik at all. Hahaha.


* pinggan mangkuk semua dah setel basuh, periuk ja belom sental lagi. errrkkk.. malasssss *
* takdak gambaq langsung sebab terlampau letih, tak ingat langsung nak amek gambaq *